Be My Friend :)

23 May 2011

Hari Keluarga: siri 2



Sampai jer terus pergi daftar dulu dan dapatkan satu goodies bag. Dalam goodies bag tu ada mineral water, aturcara program dan jajan sahaja sebab a day before (jumaat), urusetia dah bagi t-shirt (max 2 helai untuk setiap family) and bath towel sesiap kat ofis.





so dah dapat goodies bag masing2, terus gerak ke hotel pulak. dari jeti tu @ tempat ambil goodies bag, ada la dalam 10 minit perjalanan kot ke lobi hotel. takdelah jauh sangat. nak pulak masa tu tengah excited so kemain lagilah semua orang jalan cam laju jer..sebab rasa cam dekat jer kot..haha..






senarai agensi yang buat program di tempat yang sama pada hari sabtu


Lepas breakfast dengan bihun goreng & karipap yang disediakan oleh pihak hotel, kami pun ramai2 bergerak ke tepi pantai untuk acara sukaneka dan dimulakan dengan games untuk kanak2 sementara parents warming up (yelah sangat!). Ada 4 games semuanya and my daughter main semua games yang ada..hehe.. walau bagaimanapun, at the end tiada pemenang utama bagi setiap games memandangkan semua budak2 yang ada kat situ dapat sorang satu hadiah tak kiralah main games ke tak atau sama ada menang atau kalah. sebab takmolah nanti ada anak2 yang menangis bila tak dapat hadiah. hehe.. bagus jugak urusetia nih. hehe.. dan hadiahnya adalah berupa satu set alat tulis yang mengandungi pensil warna, pensil, pemadam, pencil box dan pembaris.






No comments: