Be My Friend :)

Showing posts with label Nami Island. Show all posts
Showing posts with label Nami Island. Show all posts

06 October 2017

#4/2017: Trip to Korea

Assalamualaikum... :)

Wow..lamanya x update blog.. 
kak Rin is malas uolls...
tengok blog sendiri pun tak
bayangkan dari bulan Januari sampai ni dah bulan Oktober x tengok blog..hahaha...
tapi xde la menyampah tengok blog sendiri pun cuma macam malas jer...
jomlah kita sambung...

22 Disember 2016 - Day 2

Hari ni plannya ke Nami Island 
Ni 2nd time untuk Kak Rin and Dee 
Tapi 1st time pergi naik subway + bus
Masa 2nd trip dulu kami naik bas terus dari Seoul ke jeti Nami Island

Cara2 nak pergi:

Nami Island
Myeongdong Station (Line 4) - Dongdaemun Station
Dongdaemun Station – Hoegi Station (Line 1 towards Soyosan)
Hoegi Station – Sangbong Station (Jungnang Line towards Yongmun)
Sangbong Station – Gapyeong Station (ITX toward Chuncheon)
Gapyeong Shuttle Bus at Gapyeong Terminal (5000won – bayar kepada bus driver)

Tiket entry ke Nami Island + ferry = 8000won

On the way...tengok Kak Rin sibuk dengan jadual dan subway maps :P

 Dah sampai...Alhamdulillah...



Cuaca di Nami Island masa ni ialah baru lepas hujan 
Sejuknya ya amat
Bagi can la yang 1st timer datang sini untuk ronda2 dan ambil gambar banyak2
Kak Rin jer amik gambar sikit sangat sebab sejuk so xmo bukak sarung tangan
Ada gambar lagi yang dalam kamera tapi x transfer2 lagi ke komputer...hahaha... 
jadilah ada gambar sikit2 nih ek... 
Pada akak, Nami Island sangat cantik masa musim luruh
Pokok masa tu berwarna warni dan tak sejuk sangat
So boleh enjoy more
Ini jalan pun terketar2
walhal dah pakai berlapis2 segala
2-3 jam di Nami Island, kami pun bergerak keluar dari situ...ke Petite France pula...

Petite France
Tunggu Shuttle Bus di hadapan Kedai 7Eleven
Waktu Buka – 9.00 pagi hingga 6.00 ptg
Tiket berharga 9000won
untuk balik tunggu shuttle bus di side Petite France (x perlu lintas jalan)
turun di Cheongpyeong Station

Naik bas yang sama masa pergi ke Nami Island tadi
Tunjuk jer tiket tadi
Petite France dengan Nami Island ni satu jalan. Tak jauh dah
Tapi x bolehlah nak pergi jalan kaki jer
Mau cramp kaki tu dibuatnya...hahaha..
dengan sejuknya...hoii...x sanggup

Gambar kat Petite France Kak Rin xde sebab Kak Rin x masuk dalam
Anak2 Dee dengan Nasrin dah x larat nak jalan dah
So Kak Rin dengan budak2 bertiga tu tunggu yang lain kat bus stop jer
Pukul 6 petang gitu, kami pun bergerak balik...
Settle day 2

04 December 2012

#65: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 11

Salam... :)

Nami Island (2)
Lagi gambar2 di sekitar Nami Island setelah dipilih2 dari ratusan gambar yang telah diambil sepanjang kami berada di pulau ini..... :)






 





Dan mercu tanda pulau ini mestilah patung ini...Yujin & Jungsang dalam Winter Sonata..berebut orang nak ambil gambar dengan patung ni...(kami pun sama :P) 


 Patung ni dibuat mengikut ukuran sebenar pelakon Winter Sonata kan? fakta ker auta? haha...aku pun xtau.. :P





 Ni satu lagi mercu tanda Nami Island :P



 

 Kebun sayur pun ada kat sini


 Dee kutip daun kuning sebagai kenang-kenangan :)

 
 Last but not least ~ tuan punya blog :P

Sambil jalan, sambil ambil gambar, sambil juga tengok jam. Kami tak mau lost track of time sampai terlambat naik feri untuk kembali ke jeti seberang sana. Risau kalau2 tertinggal bas pula nanti. Di Pulau Nami masa tu ada festival makanan (rasanyalah) tapi kami x beli la apa2 pun..hehe..




Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami pun bertolak balik ke seberang sana. Lepak pula di jeti, minum, makan waffle & buah berangan sambil berdoa semoga pintu bas dibuka lebih awal sebab dah x tahan kesejukan. Cuaca cerah tapi angin yang bertiup kuat membuatkan kami menggigil kesejukan. Sebaik sahaja pintu bas dibuka pada jam 3.15 ptg, kami terus serbu naik...haha..terkejut driver bas tu...:P bas bertolak balik ke Seoul pukul 4.00 ptg kot sebab sebelum bas bergerak tu kami bertiga dah tidur... :P

Kami tersedar apabila bas sudah memasuki bandaraya Seoul. Masa tu baru jam 5.30 petang tapi kat luar dah gelap macam pukul 7.30 mlm. Malam minggu, jalan pula jam. Patutnya kami dah pun sampai ke Stesyen Jamsil tempat di mana kami naik bas pagi tadi. Oleh kerana bas bergerak sangat perlahan akibat kesesakan teramat, driver bas menurunkan kami semua di sebuah perhentian bas. 

Terpinga2 kami bertiga yang pada mulanya agak panik kerana tidak tahu di mana kami diturunkan. Bagaikan hilang arah, kami cuba mengagak kedudukan kami waktu itu. Sukar juga pada mulanya kerana tiada papan tanda arah yang boleh kami fahami berdekatan tempat kami diturunkan. Suasana jalan yang sesak dengan kenderaan dan manusia dan hari yang dah semakin gelap & sejuk menambahkan lagi debaran di hati. 

Enggan untuk terus panik, kami perhatikan bahawa ramai yang berpusu-pusu melintas jalan yang sibuk ke bangunan di hadapan kami maka kami pun turun serta melintas jalan setelah lampu isyarat melintas jalan dinyalakan. Kami seterusnya menaiki elavator dan sampai ke tingkat atas bangunan tersebut yang rupanya sebuah stesyen subway. Tarik nafas lega dan setelah dapat mencari papan tanda arah, kami sebenarnya berada di Seongnae Station iaitu stesyen selepas Jamsil Station. Alhamdulillah dah nampak jalan pulang... :)

     Buku ini banyak membantu :)

03 December 2012

#64: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 10

Salam.. :)

10/11/2012 ~ Day 3 (Saturday)

Nami Island
Hari ni kami nak ke Nami Island. Ingatkan aku cerita pasal beli tiket bas di Insadong di hari pertama? Tiket pada asasnya telah dibeli pada hari tu. Tapi kami belum dapat tiket yang sebenar. Hanya diberi resit dan plan ringkas nak tunggu shuttle bus tu di mana sahaja. Sedikit cuak di situ.

Oleh kerana bas bertolak awal iaitu pukul 9.30 pagi dari Jamsil Station, kami bertolak awal dari hostel memandangkan dari Hongdae Station nak ke Jamsil Station tempat kami akan menaiki bas tersebut perlu melalui 20 subway station. Jadi untuk memastikan kami tidak tertinggal bas kerana sampai lewat, seawal pukul 6.45 pagi lagi kami sudah bertolak keluar dari hostel. Sepanjang dalam subway, kami tidur :P kerana masih dilanda mengantuk kerana bangun sekitar 5.00 pagi untuk mandi & bersiap-siap.

Untuk ke Nami Island, sebetulnya ada beberapa cara. Sama ada dengan menaiki shuttle bus dari Insadong atau Jamsil Station ataupun dengan bertukar2 subway. Macam aku dah prepare dari awal sekiranya gagal membeli tiket shuttle bus di Nami Island Seoul Centre di Insadong hari tu. Macam ni:

Nami Island
- From Hongik University Station take Subway Line 2 to City Hall Station (Line: to Sinchon - 5 station)
- From City Hall Station take Subway Line 1 to Hoegi Station (Line: to Soyosan - 9 station)
- From Hoegi Station take Subway Jungang Line to Sangbong Station (Line: to Paldang – 2 station)
- From Sangbong Station take Train Kyungchun Line to Gapyeong Station (Line: Kyungchun – 11 station)
- From Gapyeong Station take taxi/cab to Nami Island Jetty

Note:
From Sangbong Station to Gapyeong Station kena beli tiket lain sbb naik train biasa
Taxi/cab fare to Nami Island Jetty around = W3,000 per person
Ferry & Admission to Nami Island = W8,000 per person

Kira itu back-up plan la sekiranya kami gagal dapatkan tiket shuttle bus sebab kami beli tiket tu 2 hari sebelum ke Nami Island jadi takutlah tiket dah kehabisan. Mujurlah tiket masih ada walaupun pada awalnya staff di Nami Island Seoul Centre hari tu bagitau bahawa tiket shuttle bus dah habis tapi minta kami menunggu seketika sementara dia call driver shuttle bus tersebut. Mujur masih ada rezeki kami agaknya sebab tiket masih ada... :) Kami bayar 23000 won seorang untuk pakej ke Nami Island iaitu merangkumi tambang shuttle bus, tambang feri & tiket masuk ke Nami Island.



Kami sampai awal di Jamsil Station. Lebih kurang pukul 8.00 pagi. Masa tu dah ramai yang menunggu di hadapan Lotte Mart tempat kami perlu menunggu bas. Tetapi  mereka ni bukanlah nak ke Nami Island seperti kami tetapi nak pergi main salji sebenarnya. Terdapat beberapa tempat untuk meluncur salji telah dibuka sebenarnya dan shuttle bus untuk membawa mereka ke tempat-tempat meluncur salji ini akan mengambil mereka di sini.




Lengang tempat ini apabila bas2 ke tempat luncur salji telah membawa semua mereka yang menunggu di hadapan kami sebelum itu ke destinasi mereka. Cuma kami sahaja yang masih setia menunggu di tempat yang sama dalam kesejukan...haha..suhu waktu itu aku agak2 dalam 3 darjah celsius kerana sangatlah sejuknya sehingga merasakan jejari tangan kami mulai kebas dan tidak terasa apa2 lagi. Dee & K.Ina terus jer ajak pergi tempat luncur salji pulak lepas nih...emm...maybe next time..:P



Untuk mengurangkan rasa sejuk, kami berjalan2 di kawasan sekitar dan sambil2 tu mengambil gambar. Pelancong gitulah...tak ambil gambar, tak sah.. :P haha..

Dee & K.ina suruh aku ambil gambar mereka duduk atas batu tu. Senyum macam takde apa jer kan? sebenarnya lepas aku ambil gambar tu, dua2 orang ni terus melompat bangun sebab batu tu sangatlah sejuknya. Rasa macam duduk atas ais! kata Dee.. haha..


Akhirnya, dalam pukul 9.10 pagi, shuttle bus yang ditunggu pun tiba. Dee & K.Ina yang paling excited sekali bila nampak bas sebab dua2 orang ni dari awal lagi dah x boleh nak duduk diam, asyiklah mundar mandir sana sini tengok bas2 yang lalu lalang...haha..

Selepas aku serahkan resit yang diberi oleh staff di Nami Island Seoul Centre kepada pemandu bas tersebut, dia bagi aku satu set tiket seperti kat atas tu. Pemandu bas tu x pandai cakap bahasa Inggeris pun tapi dia bagi satu text dalam bahasa Inggeris untuk dibaca sebelum kami naik ke atas bas. Text tu memberitahu bahawa untuk balik, kami perlu menaiki bas itu semula pada jam 3.30 petang kerana bas akan bertolak balik pada jam 4.00 petang.



Tempat duduk kami ialah di bahagian belakang iaitu seat 29-31 seperti yang tertera di atas tiket. Sepanjang dalam bas, kami makan bekalan yang dibawa iaitu biskut & coklat dan kemudiannya tidur. Driver bas tu ada juga memberi penerangan dengan menggunakan mikrofon di dalam bas tetapi sudah pastilah kami tidak faham sebab penerangan dia dalam bahasa korea sepenuhnya...haha..



Setelah tidur dan terjaga beberapa kali di sepanjang perjalanan iaitu lebih kurang 2 jam, akhirnya kami pun sampai di jeti untuk menaiki feri pula ke Nami Island. Turun sahaja dari bas, aku ambil gambar bas dan nombor plat bas terlebih dahulu supaya kami tidak tersilap menaiki bas yang lain pula semasa balik nanti memandangkan di tempat parking bas itu ada beratus2 lagi bas yang lain.


Oleh kerana kami telah membeli tiket secara pakej termasuk tiket feri dan tiket masuk ke Nami Island, maka kami tidak perlu lagi beratur untuk membeli tiket berkenaan di jeti tersebut maka terus sahaja kami bergerak ke ruangan menunggu feri. Suasana di dalam tempat menunggu adalah sangat sesak. Cuti hujung minggu agaknya maka ramailah warga Korea yang turut sama mengambil kesempatan bersiar-siar di Nami Island.


Berpusu-pusu nak naik feri





Dek kerana excited, kami berdiri di bahagian luar sahaja semasa di dalam feri. Sejuknya bukan main. Suhu dahlah rendah masa tu, pastu dengan angin pulak kuat..rasa nak beku..haha..masa balik kami cepat2 masuk ke bahagian dalam feri..duduk diam2 sebab takmo berdiri kat bahagian luar dah..haha..lesson learned!

Turun dari feri jer, masing2 mencari port2 untuk bergambar..kami pun sama :P



Masa ambil gambar kat sini, tetiba angin bertiup kencang dan menyebabkan dedaun kekuningan ini berguguran. Wahh..betul2 macam Autumn in My Heart suasananya..haha.. :P



Pokok kat sini cantik sangat...semua nak bergambar di sini gak.. 

Kami main nyorok2 balik pokok :P

Dee yang berangan jadi Yujin dalam Winter Sonata kecuali xde Jungsang yang nak tolong pegang tangan dia :P

Some pokok2 kat Nami Island ni dah xde daun dah pun..yang ni dah sambut winter.. :P

sambung :)