Be My Friend :)

Showing posts with label Incheon International Airport. Show all posts
Showing posts with label Incheon International Airport. Show all posts

17 December 2012

#71: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 17

Salam.. :)

14/11/2012 ~ Day 7 (Wednesday)

Hari terakhir di Seoul...hari ni kami bangun awal dan bersiap2 walaupun semalamnya kami tidur lambat kerana mengemas beg. Flight kami pukul 5.40 petang nanti tapi oleh kerana kami perlu check out pada pukul 12.00 tengahari, jadi dari awal lagi kami sudah selesai berkemas dan bersiap2..biar awal dari lambat kan?...hehe.. :)

Pukul 10.30 pagi , aku turun ke pejabat hostel di tingkat bawah untuk memaklumkan kepada staff hostel yang kami akan check out hari ni pada bila2 masa dan nak bertanya di mana kami boleh dapatkan teksi dari hostel ke airport memandangkan beg kami dah bertambah, jadi mungkin akan menyukarkan kami untuk berjalan ke stesyen subway (especially si Dee tu)... :P tapi si Johnny, staff hostel tu beritau yang lebih mudah ke airport naik Arex (Airport Ekspress) sahaja dari naik teksi sebab lebih selesa, murah & cepat. Pasal beg jangan risau katanya, dia akan tolong hantar beg tu ke stesyen subway. Mula tu ingatkan salah dengar..beberapa kali aku tanya dia..."do you really want to carry our bags to subway station? by walking?"..hehe...beberapa kalilah jugak si Johnny tu iyekan.. :) dia suruh bagitau jer kat dia bila kami dah ready untuk bertolak. Baik si Johnny ni.. :)

Pukul 11.30 pagi, kami pun check out dan bergerak keluar. Johnny tolong bawak 3 bag kami dan sama2 jalan ke stesyen subway. Sambil jalan, sambil sembang2 dengan dia..relax jer dia..hehe..

 
 Ambil gambar dulu dengan Johnny sebagai kenang-kenangan :)

 Kami bertiga..Johnny tolong ambil gambar :)

 Selepas penuh seksa, akhirnya kami naik Arex dengan selamatnya...Dee paling letih sebab dia bawak banyak beg..hehe..(psst..beg mickey mouse tu Dee beli kat Namdaemun Market semalam)..hehe..

 Perjalanan menaiki Arex dari Hongik University Station ke Incheon International Airport memakan masa 45 minit. Kami selamat tiba di airport pada jam 1.00 petang..

 Beg berat giler...mujur travelator kat airport ni panjang...xyah jalan..fuhh!..

 Kami selamat sampai di Departures Hall di tingkat 3..



Cadangnya nak drop bag terus sebab dah buat web check in sebelum ke Seoul tapi check in counter hanya akan dibuka pada pukul 2.30 petang. So kami lepak la dulu sambil tunggu kaunter dibuka. X sanggup nak ronda dalam airport bawak semua beg tu.. :P

Lepas kaunter dibuka dan selamat drop semua backpack, kami ronda2 dalam airport pula sebab masa masih panjang. Sempat tengok live orkestra lagi kat ground floor.










Kami ronda2 sambil mengambil gambar serta refund baki T-Money Card dan seterusnya duit refund tu kami habiskan dengan membeli barang di dalam airport. Duit Korea yang x habis dibelanjakan pula, kami tukarkan semula dengan duit Malaysia di bank di dalam airport dan kemudiannya terus ke balai berlepas.

 Gate berlepas...penerbangan kami D7505 pada jam 5.35 petang

 Tiket balik..

 Boarding time...jom!..

 Dee dah ready dengan neck pillow strawberry dia... :)

 Last view of Seoul....bye2 Seoul!...we'll be back someday.. :)

 Muka ceria orang nak balik tanahair...hehe.. :)


 On board sempat ambil gambar awan kejap....pastu terus lena tiga2 orang... :)

Kami selamat tiba di LCCT, Sepang pada jam 11.45 malam dan settle urusan imigresen & ambil backpack kami dalam masa 15 minit. Dee's hubby & anak2 dia dah menunggu di luar balai ketibaan. Sebelum tu sempatlah beli McDonald untuk bawa balik since kami bertiga memang kelaparan. Memang ada beli on-board meal tapi tau jerlah... airasia punya on-board meal dahlah sikit...x sedap pulak tu...huhu...sorry airasia..tu kenyataan.. :P Kami selamat sampai di rumah Dee di Selayang pada jam 1.15 pagi dan setelah selesai makan & sebagainya, akhirnya kami melelapkan mata pada jam 2.00 pagi...


15/11/2012 ~ Day 8 (Thursday)

Pukul 4.00 pagi, jam mengejutkan kami yang terlena. Terus bersiap2 dan kejutkan Dee...tepat jam 4.30 pagi, kami pun bertolak keluar dari rumah Dee ke KL Sentral. Aku & K.ina cadang nak naik KLIA Ekspress jer untuk ke KLIA. Mengantuk tu usah cakaplah...cer tengok mata aku tu.. dah sama kaler dengan lipstik kan? hehe...

 Beg2 aku & K.Ina.. :)

K.Ina yang separuh sedar..hehe..

KLIA Ekspress yang kami naiki bertolak pada jam 5.30 pagi dari KL Sentral dan selamat tiba di KLIA 45 minit kemudian. Sesampainya kami di KLIA, terus check in dan drop bag kami dan seterusnya ke departure hall..penerbangan balik kami ke Penang adalah pada jam 7.30 pagi dan selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada jam 8.45 pagi. Mr. Hubby & my daughter dah pun menunggu di luar balai ketibaan..:) sementara K.Ina pula pulang ke rumahnya dengan menaiki teksi... aku selamat sampai di rumah pada jam 10.00 pagi dan seterusnya pengsan sampai ke petang...alhamdulillah...maka dengan ini, berakhirlah trip kami ke Seoul kali ini...sekian.. :) 

Nak pergi mana pulak lepas ni? emm...ada beberapa tempat dalam fikiran tapi masih dalam pertimbangan..cuma Seoul mungkin xde dalam list tahun depan..hehe..InsyaAllah...jika diizinkan Allah, mungkin kami akan ke tempat lain pula nanti... InsyaAllah...mudah-mudahan dipermudahkan.. :)

21 November 2012

#57: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 3

Salam.. :)

08/11/2012 ~ Masa kami sampai di Incheon International Airport, suhu waktu itu 8 darjah celcius. Tapi dalam airport x terasa la sejuknya tu... :P and for 2nd timer macam aku & K.Ina yang masih boleh ingat lagi keadaan dalam airport, relax jer la kami keluar dari kapal terbang. Tapi sementelah kami pun duduk di bahagian depan, maka kami keluar dahulu.

Selepas selesai membersihkan diri ala kadar & membetulkan mekap di toilet, kami pun bergerak ke kaunter imigresen dan seterusnya mengambil backpack masing2 di baggage claim area.  Benda pertama yang kami beli ialah T-Money Card dengan harga 3000 won dan kemudiannya direcharge 30000 won setiap satu. Setelah itu, berjalanlah kami ke station AREX (Airport Express) di bahagian basement airport untuk ke Hongik University Station iaitu di mana terletaknya hostel yang kami booking.  

 Sambil berjalan, sambil ambil gambar di sekeliling airport :P

 Depan ATM machine pun nak ambil gambar :P

 Belakang K.Ina tu la stesyen AREX

 Dalam airport pun ada panggung wayang tau..

 K.Ina termenung kejap masa dalam AREX..aku syak dia mengantuk..hehe.. :P

Perjalanan menaiki AREX dari Incheon International Airport ke Hongik University Station memakan masa 45 minit dan melalui exit 2, kami berjalan ke 2nd Pencil Hostel mengikut plan yang diberikan oleh pihak hostel. Taklah susah mencari..sekejap sahaja kami sudah berjumpa dengan hostel itu dan dibenarkan check in lebih awal dari waktu sepatutnya iaitu jam 2.00 petang. Waktu ketibaan flight kami sudah diberitahu lebih awal..sebab itulah bilik kami sudah disediakan dari awal.. :) Payment is upon check in. 

Setelah mengambil masa untuk berehat sebentar, membersihkan diri, mekap semula & bertukar pakaian yang lebih sesuai dengan suhu di luar, kami akhirnya keluar bagi memulakan eksplorasi kami di Seoul.. :) 

 Bergambar di luar exit 2, Hongik University Station

 Pelancong ginilah..dengan tiang subway pun nak ambil gambar..haha :P

Tempat pertama dalam itinerary kami hari ini ialah ke Insadong dan pokok yang berwarna kuning kehijauan ini menyambut kami sebaik sahaja kami sampai di sana.. :)

Sebenarnya dari Malaysia lagi kami tak henti berdoa moga2 sempatlah kami melihat keindahan musim gugur sebaik sampai di Seoul kerana menyedari hakikat bahawa Seoul sudah pun mula memasuki musim sejuk. Tapi alhamdulillah..suasana di hujung musim gugur masih jelas kelihatan di sekitar Seoul rupanya.. p/s: Walcott ssi..did i told you that the leaves will wait for me :P

 Ramainya orang kat Insadong..tapi cantik kan warna pokok2 tu.. :)

Beg2 man won (10000 won = RM30.00) di Insadong buat Dee rambang mata :P

Tujuan utama ke Insadong ialah kerana kami hendak ke Nami Island Seoul Centre yang terletak di situ bagi membuat reservation for shuttle bus untuk ke Nami Island. Susah juga nak mencari Nami Island Seoul Centre tersebut dengan hanya berpandukan alamat semata. Tapi dek kerana terleka dengan suasana di Insadong dengan berjalan, berjalan & berjalan, sedar tak sedar akhirnya kami berjumpa juga dengan Nami Island Seoul Centre tersebut dengan tak sengaja. Maka dapatlah kami membuat reservation untuk ke Nami Island pada hari Sabtu nanti.. :) yay!
    
Selesai urusan di Insadong dan mengambil kesempatan untuk bershopping secara terkawal di sana, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Yeouido Hangang Park.. :)

20 November 2012

#56: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 2

Salam.. :)

07/11/2012 ~ Aku & K. Ina bertolak dari Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 8.00 malam. Sepatutnya terbang pada pukul 7.40 mlm tapi biasalah kan...7.40 tu baru nak masuk pesawat.. :P..jadi pukul 9.00 malam barulah kami sampai di KLIA. 

 Check in di airport sebab tak boleh nak check in online :P

Merasalah naik pesawat baru yang lengkap dengan tv screen at the back seat walaupun yang ditonton cuma demonstrasi langkah keselamatan dalam pesawat :P

 Wajah ceria K.Ina dalam flight :P senyum lebar sampai ke telinga..haha...

Kalau dalam flight K.Ina dok senyum, sampai KLIA dah nak menangis pulak dia sebab backpack yang ditunggu x keluar dari carousel. Tunggu punya tunggu dari penuh beg atas carousel tu sampai habis beg orang dah ambil, dia punya backpack x keluar2. Backpack aku dah keluar awal2 lagi tapi basah sebab hujan lebat di KLIA. Cuma harap x basahlah baju2 dalam backpack aku tu. K.Ina dah cemas, muka dia dah pucat. Tapi bukan dia jer yang cemas, aku pun cemas jugak. Mujur flight ke Seoul jam 1 pagi. Jadi ada la masa nak cari beg dia. 


Petugas MAS yang ada di situ suruh K.Ina buat report kat kaunter MAS yang berdekatan situ. Ada la dalam 5-6 orang yang mengalami nasib yang serupa dengan K.Ina rupanya. Petugas tu kata, nanti kalau diorang jumpa beg tu, diorang akan poskan. Melompatlah kami. Next flight kami in a few hour jer lagi. Kalau xde beg tu, for sure K.Ina xde baju nak pakai masa kat Seoul. Nak pinjam baju aku memang x boleh sebab K.Ina tu kecil molek jer orangnya. 

Sementara K.Ina buat report kat kaunter MAS, aku masih menunggu di tepi carousel tu tadi. Ada flight dari Alor Setar kot baru sampai dan beg diorang pun keluar dari carousel yang sama. Aku pun turut sibuk menunggu sama...kot2 la backpack K.Ina bercampur dengan beg diorang. Petugas MAS pun ada jugak tunggu di situ. Dia pun hairan kenapa banyak pulak bag dari Penang yang hilang. Memang betul. Bila dia check satu2 tag pada bag yang keluar dari carousel tu, dia jumpa a few bag yang dari Penang termasuklah backpack K.Ina. Aku dah nampak dari awal jadi cepat2 aku ambil backpack K.Ina. Sempat cakap, "ini bag saya" kat petugas tu :) dan berlari mendapatkan K.Ina kat kaunter. 

K.Ina nampak jer aku yang sedang galas backpack dia, terus berubah muka dia. Lega agaknya. Sejuk tangan dia masa ambil backpack dia dari bahu aku...hehe..sapa2 pun mesti panik macam dia kan?..tapi Alhamdulillah..jumpa juga bag dia walaupun hampir sejam kami di situ...haha...cepat2 keluar dari situ untuk ke LCCT pula. Jam dah hampir 10.00 malam. 
   
Flight ke Seoul awal2 lagi aku dah buat web check in. Jadi xdelah risau sangat kalau sampai lambat di LCCT..cuma untuk drop bag, perlu sejam lebih awal dari waktu penerbangan. Mujur dari KLIA ke LCCT, kawan aku dah volunteer untuk tolong hantarkan. Dia dah menunggu di luar arrival gate dengan BMWnya.. terima kasih..merasa aku naik BMW buat pertama kalinya..hehe..(kesian) :P
  
Sampai di LCCT, my sis Dee dah menunggu...jadi kami terus check in di kaunter dan drop luggage. Lega. Baru perut terasa lapar. Makan dulu di McD sebelum masuk ke departure hall. Departure hall malam tu sibuk. Ramai betul orang. Sambil menunggu waktu untuk menaiki pesawat yang dijadualkan berlepas pada jam 1.00 pagi, kami bergambar dulu..:P

 K.Ina yang kembali ceria..hehe..

 My sis Dee..a year younger than me..(sama x muka kami?).. :P

Flight kami berlepas tepat jam 1.00 pagi dari LCCT dan selamat tiba di Incheon International Airport pada jam 8.30 pagi (waktu Korea)... Annyong Haseyo! :)

29 March 2012

#19: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 9

Ini hari terakhir kami berada di Seoul, Korea. Sejak dari pukul 4.30 pagi lagi kami sudah terjaga dari tidur kerana masing2 pun tidak boleh lena. Walaupun badan sangat penat kerana mendaki Mt. Namsan semalamnya, namun mata kami enggan bekerjasama dek kerisauan kami takut kalau2 kami terlewat tiba di Incheon International Airport dan akan menyebabkan kami terlepas penerbangan yang dijadualkan pada pukul 11.00 pagi (waktu Korea). Maka sebab itulah kami asyik terjaga dari tidur setiap sejam walaupun yakin yang masing-masing sudah mengunci alarm di hp masing2. Selesai mandi, bersolat dan bersiap2 serta memeriksa kalau2 ada yang tertinggal, kami keluar dari hotel pada jam 7.00 pagi dan bergerak menuju stesyen subway.

Dari Kkachisan Station, kami menaiki subway Line 5 ke Gimpo Airport dan seterusnya bertukar subway ke Incheon pula. Perjalanan lancar dan kami tiba di Incheon International Airport pada jam 8.30 pagi dan terus ke kaunter check in. Urusan di kaunter check in selesai 30 minit kemudian dan kami terus bergegas mencari kedai untuk refund semula kad t-money kami yang masih berbaki. Setelah berjumpa dan refund kad t-money kami serta membeli dan menikmati sarapan pagi kami iaitu roti dan strawberry milk, kami pun bergerak secara pantas ke kaunter pemeriksaan Imigresen untuk berlepas. Agak sukar pada mulanya nak mencari kaunter pemeriksaan Imigresen kerana kawasan Incheon International Airport yang sangat luas dan mengelirukan.

Setelah bertanya beberapa kali, kami akhirnya berjumpa dengan kaunter pemeriksaan Imigresen yang rupa-rupanya berada di kawasan yang tertutup dan bergerak dengan pantas menaiki keretapi ke tempat berlepas. Tercungap2 kami sampai di Gate penerbangan kami dan akhirnya memasuki pesawat dengan selamatnya. Pesawat kami berlepas pada jam 11.15 pagi (waktu Korea) dan sampai di KLIA pada jam 5.00 petang (waktu Malaysia) dan terbang ke Penang pula pada jam 6.30 petang dan sampai di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 7.30 malam. Walaupun penat, kami bersyukur trip kami ini berjalan dengan lancar malah dipermudahkan walaupun inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke bumi Korea yang selama ini hanya mampu dilihat dari drama2 Korea yang kami selalu tontoni. Alhamdulillah dan semoga kami diberi peluang lagi untuk kembali ke Korea suatu hari nanti dan mungkin juga merancang trip ke negara lain pula nanti...insyaAllah... :)

 
Suasana di Incheon International Airport
Lunch aku di dalam pesawat (Pasta with fish, bread, cheese cake, coslow salad, fresh orange & plain water, kimchi)