Be My Friend :)

06 June 2011

Holiday - Hatyai, Thailand 4

lepas pusing pening di pasar terapung, semua pun dah penat dan dah beli macam2 dah so kami pun gerak ke bandar Hatyai dan check in di Diamond Plaza Hotel seperti gambar di atas ni. bilik hotel adalah best dan selesa serta mempunyai tv yang ada berpuluh-puluh channel untuk dipilih dari yang bahasa thai, inggeris, korea and even malay. jadi of course la aku ngan akak roomate pilih channel korea & inggeris sebab channel malay cuma ada TV1, manakala channel thai x dapat difahami sebab xde subtitles...hehe..

gambar seterusnya ini diambil pada hari kedua di mana merupakan acara bebas. so sukahatilah nak pegi mana pun. aku dah 3 orang lagi kawan decide memulakan pagi dengan berjalan di kedai2 berdekatan dengan hotel dulu. masa keluar tu baru pukul 10.30 pagi waktu malaysia maka di thailand baru pukul 9.30 pagi tapi banyak kedai dah pun buka. kami cuci mata dengan masuk kedai handbag. baru jer aku amik satu gambar kat salah satu kedai handbag tu dah kena sound dengan sorang 'akak' yakni seorang 'abang' yang telah menjadi 'akak'.. dia kata "hey, cannot take picture!"...hah? aku pun macam dah terpinga2..so tanya dia balik "why?"..dia kata "you can only buy, not take picture".. so aku pun jawab "oh, sorry. i don't know that!". 3 orang lagi member aku yang juga terpinga2 pun dah xde mood nak tengok beg kat situ. so kami pun gerak ke tempat lain dengan masing2 masih hairan dan tertanya2 apa rasionalnya x boleh ambik gambar kan? bukan laku pun nak jual gambar handbag tapi xperlah..banyak lagi tempat boleh ambil gambar. so kami gerak ke tempat yang dikatakan popular kalau ke hatyai untuk shopping iaitu 'pasar' dengan menaiki tut tut. kosnya 20 baht iaitu rm2 setiap seorang. panas la naik tut tut.. :P




'pasar' ni lebih kurang macam pasar pagi la kalau kat malaysia. banyak jual baju2, kasut, handbag dan sebagainya. pastu ada kedai2 yang bersambung2 macam bazar. sangat luas bazar ni..aku rasa ada beratus2 kedai dalam bazar tu tapi tak tahan lama2 berada dalam bazar nih sebab sangat panas. so kami pun shopping secara pantas dan beli ala2 jer. harga barang agak mahal juga tapi kalau pandai tawar menawar dan kena pula tokeh kedai yang nak melayan tawar menawar ni, dapatlah harga yang 'masuk akal' sket. ada jugak tokeh kedai yang berlagak giler..so biarkan dia berlagak di situ..ada berlambak lagi kedai lain..lagipun most tempat, juai barangan yang sama jer.. cuma letak harga jer lain2..





lepas beli ala kadar di 'pasar' kami menyusuri jalan balik ke hotel. sebab kawan2 lain yang kami jumpa di 'pasar' kata sebenarnya x jauh pun 'pasar' tu dengan hotel kami. so buat apa nak bazirkan duit naik tut tut kan..jalan jer la di kaki lima kedai sambil masing2 mengagak kedudukan hotel. kira gamble jer nih dan disebabkan kami jalan berempat, semua pun relax jer jalan walaupun takde idea langsung kat mana sebenarnya kedudukan hotel kami tu. ikut suka hati jer jalan. dan alhamdulillah setelah hampir 30 minit berjalan dan singgah cuci mata kat kedai2 di sepanjang jalan tu, kami sampai juga di hotel kami dan terus ke Hameed Restorant yang tak jauh dari hotel untuk makan tengahari.

inilah lunch aku di Hameed Restorant, nasi goreng belacan (70 baht) dan milo ais (35 baht). nasi goreng tu memang sedap! dah makan balik hotel...pengsan tido sebab letih berjalan..haha..petang lepas asar, 4 sekawan ni keluar pulak. kali ni ke shopping complex yang berdekatan dengan hotel. saja nak tengok supermarket kat thailand ni macam mana..mundar mandir jer tanpa arah tujuan..haha..kat luar supermarket ni, tertarik tengok budak2 pancaragam ni main pancaragam atas lori..tu atas lori tuh bukan atas pentas pun tau...x tau diorang ni main sempena sambutan apa sebab tak faham tulisan siam di badan lori tuh kaedahnya..haha..pastu terpandang deretan gerai penjaja makanan halal di tepi supermarket nih so terbeli pulut mangga seperti gambar di bawah dengan harga 50 baht. bungkus untuk makan di hotel. memang marveles!...





lepas beli pulut mangga terpandang pulak ada gerai kecil yang menjual teh tarik dan nasi lemak di tepi supermarket ni juga...apa lagi..tetiba jer rasa rindu sangat2 kat Malaysia..hahaha..kalau dah kata malaysian tu kan..nampak jer teh tarik dengan nasi lemak tu dah rasa lain macam punya rindu padahal baru jer 2 hari kat thailand! hehe.. so kami singgah minum teh tarik dulu.. :)



teh tarik ni sedap betul. cuma pelik sikit sebab walaupun teh ni panas, dia letak straw...heheh.. pelik jugak minum teh tarik dengan straw tapi hentam ajelah.. :) lepas dah minum balik ke hotel semula dan malam hanya lepak di bilik hotel jer. esoknya iaitu hari terakhir, kami check out pukul 11.30 pagi waktu Malaysia dan terus gerak ke Danok...lepas melalui imigresen thailand dan cop passport, kami diberi masa lebih kurang 2 jam untuk makan tengahari dan last minit shopping sebelum bergerak balik ke malaysia. aku x beli apa2 pun di danok. cuma makan tengahari dan settlekan baki duit baht yang ada dan terus naik bas semula. x ada gambar di danok memandangkan aku xde mood nak ambil gambar di situ. tempatnya crowded, panas dan agak berserabut. tepat 3.00 petang kami bergerak keluar dari danok untuk melalui proses imigresen malaysia pula. beratur panjang dengan membawa beg masing2. selepas sejam, semua pun settle tanpa sebarang masalah, kami bergerak masuk malaysia pula. aku selamat sampai ke rumah pada jam 6.30 petang. Overall pada aku, ianya merupakan satu percutian bajet yang menarik and could be better if kita pergi dengan family dengan disertai bajet yang banyak..hahah..so tamatlah sudah entry hatyai kita ni yer.. :) fuhh... (tarik napas lega)...

No comments: