Be My Friend :)

10 January 2018

#1/2018: Good Day!

Assalamualaikum...


Dimulakan dengan gambar group bersama koala di Caversham Wildlife Park, Perth Australia... :)

Trip jalan2 Perth ni adalah pada 21 Disember 2017 hingga 28 Disember 2017 yang lalu 
First time sampai sini
Kami pergi berlima
Xde sewa kereta
Macam biasa, buat jadual sendiri
& travel naik bas, keretapi dan jalan kaki
So untuk first trip ke Perth ni bolehlah dibuat kesimpulan seperti di bawah:

⎷ Watertown Brand Outlets (depan rumah - City Stay Apartment)
⎷ Fremantle
⎷ Fish and Chips - Kailis Fish Market Cafe
⎷ Kings Park and Botanic Garden
⎷ Blue Boat House
⎷ Swan River
⎷ Bell Tower
⎷ Caversham Wildlife Park (Whiteman Park)
⎷ Chemist Warehouse (Murray Street, Hay Street, Fremantle)
⎷ Priceline Pharmacy (Perth Station, Hay Street)
⎷ E-Shed Market (Fremantle)
⎷ Fremantle Market
⎷ London Court (Hay Street)
⎷ Dare Coffee
⎷ Barista Bros Chocolate & Coffee
⎷ Aussin Gifts & Souvenirs (E-Shed Market)
⎷ Megabes (Fremantle Market)
⎷ Murray Street
⎷ Hay Street
⎷ Coles (Fremantle)
⎷ Woolworth (Murray Street)
⎷ Big W (Belmont Forum)

Oklah kan untuk first trip :P


First day, touch down Perth Airport jam 3.30 ptg
Berlepas dari KLIA 2 jam 10.00 pagi
Kami naik AirAsia
Melepasi Imigresen Perth cepat dan mesra
Beg pun dapat cepat
Yang lambat ialah untuk melepasi Kastam Perth
Check untuk ubat-ubatan dan makanan yang dibawa
Dah isi borang declare sesiap dari dalam flight
Masing-masing dah ready bawa list makanan dan ubatan (panadol jer pun)
Tapi diorang x tengok pun..
Just tanya bawa ubat apa? jawab jer panadol...so lepas dah satu check point
Bawa x mana2 bahagian ayam/daging? jawab ada, cooked and packed, brand Brahim's
so lepas lagi satu check point
Last tanya ada x bawa any grains? jawab ada, rice...so kena buka beg yang dibawa
Just nak check beras tu dalam proper packing ke x
Kot2 ada ulat bubuk ke dalam beras (kutu beras)
Tengok elok jer...so lepas semuanya.. Alhamdulillah
 

Dari Terminal 1, Perth Airport, kami naik free shuttle bus ke Terminal 3/4
Nak naik teksi sebab x larat nak usung bag.. :P
Kat Terminal 1 xde teksi
Naik Maxi Taxi yang muat untuk 5 orang + beg2 semua
Caj dari Terminal 3/4 ke City Stay Apartment = Aud62
Teksi bermeter..sis pasrah.. :P 




Ni rumah penginapan kami sepanjang berada di Perth
City Stay Apartment yang terletak di William Street
Betul-betul depan Watertown Brand Outlet
Lintas jalan dah sampai
Apartment kami pun kebetulan mengadap Watertown Brand Outlet ni


Ni gambar sebelah dalam Watertown Brand Outlets ni
Sebelum Krismas tenang dan damai jer
Tapi masa Boxing Day (sehari selepas Krismas - 26/12) fuhh..
Nak jalan pun susah.. :)
Sales gila2 yer masa Boxing Day

City Stay Apartment ni selesa la
Macam ngam2 jer untuk kami yang berlima ni
Ada dapur, tv, sofa, peti ais, mesin basuh, mesin pengering
Ada microwave, hot shower, meja makan, free wifi
Staf dia pun baik2 jer..

Cumanya yang K.Rin x berapa berkenan ialah
Toiletnya xde paip air...pastu xde lubang air keluar
Means, kena selalu pastikan lantai toilet x basah
Kalau basah, air akan bertakung
Yang lain2 tu ok
Lagipun x campur dengan orang lain..
So senang dan selesa

Ok kita sambung...(moga2 sis rajin update blog) :P