Di sebalik moment2 indah dan catatan kenangan mengenai trip ke Seoul, Korea yang aku abadikan di sini, sebenarnya terdapat juga kisah-kisah yang timbul setelah kami kembali bertugas seminggu kemudiannya. Ada suara2 yang kami dengar amat pelik bunyinya di pendengaran kami. Mana taknya...ada antara suara2 itu menyoal tentang kewajaran trip ke Seoul itu kami lakukan berdua sahaja iaitu tidak mengikuti mana2 trip dalam kumpulan yang besar. Ada yang kecil hati kerana kami tidak memberitahu tentang pemergian kami itu kepada mereka lebih awal. Malah ada yang hendak tahu secara terperinci. Dan yang lebih hebat lagi, kami dapati terdapat unsur2 boikot kepada kami di pejabat oleh segelintir officemate yang tidak berpuashati.
Baiklah...ini penjelasan aku:
1. Trip ke Seoul, Korea ini adalah trip personal kami berdua hasil dari idea kami sendiri dek kerana minat kami pada drama2 Korea selama ini. Dan oleh kerana ianya bersifat personal yakni peribadi, kami memang tidak pernah bercadang untuk menghebahkan atau mengwar2kan tentang trip ini kepada semua orang termasuk officemate sekalian sebelum trip ini dilakukan dari awal lagi. Aku tak tahu pulak kalau korang suka hebahkan trip personal korang kepada semua orang. But well, pada aku, aku tetap merasakan untuk menghebahkan kepada satu dunia tentang rancangan atau planning peribadi aku adalah tidak perlu.
2. Segala perbelanjaan untuk trip ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh kami berdua yakni tidak melibatkan mana-mana pihak termasuklah ahli keluarga kami sendiri. Jadi adalah wajar bagi kami untuk merahsiakan segala perbelanjaan jika kami rasakan perlu.
3. Keputusan untuk melakukan trip ke Seoul ini dibuat setelah kami membuat segala pertimbangan baik dan buruknya dan kami sedia untuk menanggung segala implikasi di atas keputusan yang kami buat ini. Namun begitu, Alhamdulillah..tiada perkara2 buruk yang berlaku kepada kami sepanjang berada di Seoul. Kami juga telah membuat research, planning & preparation yang sangat terperinci selama 4 bulan sebelum berlepas ke sana.
4. Kepada yang sangat risau kerana kami hanya pergi berdua sahaja ke Seoul, Korea yang jaraknya 7-8 jam perjalanan dengan menaiki kapal terbang dari Malaysia ini, kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga..namun, kami ingatkan di sini bahawa negara yang kami kunjungi ini iaitu Korea Selatan, adalah sebuah negara yang selamat yakni bukan negara komunis atau terlibat dalam siri2 pengeboman. Yang lebih layak untuk risau tentang pemergian kami ke sana tentulah diri kami sendiri dan ahli keluarga kami serta kawan2 rapat sahaja. Dan sebagai bonus, untuk pengetahuan korang, semasa kunjungan kami ke sana, terdapat ramai orang Malaysia (Melayu) yang turut berkunjung ke sana. Malah kami sempat berbual dengan 29 orang ahli rombongan dari Perak iaitu terdiri dari makcik2 semasa kami di Namsam Tower dan asyik bertembung dengan warga Malaysia (Melayu) di setiap tempat yang kami kunjungi.
5. Sebelum pergi, kami telah mengisi borang kebenaran ke luar negara iaitu sebulan sebelum tarikh kami dijadualkan berlepas ke Seoul dan telah mendapat kebenaran dari YB. Setiausaha Kerajaan Negeri dan disokong oleh Ketua Jabatan tempat kami bertugas. Bermakna, kami tidak pergi ke sana tanpa kebenaran ataupun secara haram atau tersembunyi. Permohonan cuti rehat juga telah kami kemukakan seminggu lebih awal.
6. Aku percaya, everybody has their own dream..things that you want to do in your life. Samalah macam aku dan kak Ina. Kami ada impian kami masing2 dan kebetulan salah satu impian kami itu sama. Maka, kami decide untuk capai impian kami itu sama2. Namun begitu, aku sedar, tak semua orang faham apa yang kita impikan itu...even your life partner might not understand it but knowing me, if my mom knows about it and support me, i knew that i'm on the right track and i'll fight for it. If not, i'll regret it later...
7. Yang tiba2 boikot dan kecil hati kerana tidak diberitahu lebih awal, kami minta maaf tapi sekali lagi aku nak ingatkan di sini, trip ini trip personal dan kita pun bukan rapat sangat sampai aku nak kena bagitahu all the details. Even satu pejabat, kita tak rapat dengan semua orang kan? Cuma a few yang rapat dengan aku & Kak Ina sahaja yang tahu dari awal dan support us without judging us. Sebab a friend is someone who won't judge you so easily. Betul tak? Malah, kawan yang baik, will always support you because they knew, you're not going to do something wrong anyway..kan?
8. Aku ni dah mid 30's, Kak Ina pula dah over 40...maka secara logiknya, kami layak dan berhak buat keputusan sendiri. Kenapalah pulak nak kena bagitahu a few of you dalam pejabat tu about our planning dan minta pendapat? dan kalau some of you ni x approve trip ni, kami kena batalkan ke trip kami ni? Begitu ke? Well...please remember this yer...Both of us ni dah berkeluarga...so keluarga kami sepatutnya lebih berhak untuk tolong nasihatkan kami tentang apa jua planning kami...okay? and again, kita ni pun officemates jer pun..selama ni pun kita takat berbual lebih kurang gitu jer..x payah kot nak ambil tahu lebih2 macamlah kita ni rapat sangat...boleh kan?
So rasanya cukup dah kot penjelasan aku tentang trip ke Seoul, Korea ni. Honestly, aku tak sangka pula yang pemergian kami ke sana akan memberi impak yang besar kepada officemates kami semua. Even dah 2 minggu berlalu, cakap2 di belakang ni, selalu sangat sampai ke telinga kami sampai satu tahap, aku nak jer pergi tanya balik dekat diorang ni face to face. Entah apalah yang buat diorang x puashati sangat pun aku x tahulah. Kami dah selamat pergi dan selamat balik dah pun. Dan ke Korea walaupun berbackpack berdua sahaja, adalah sangat selamat sebenarnya. Sebuah negara yang mesra pelancong sangat2 sebab x susah nak pergi mana2 tempat pun masa kat sana. Sesiapa yang dah pergi sana mesti setuju dengan aku. Kalau korang yang sibuk sangat cakap2 kat belakang ni sebenarnya dengki sebab x dapat pergi sana lagi, aku cadangkan, korang pergilah...ada duit sikit, cari partner, pergilah sana...aku sikit pun tak jeles...aku sokong lagi ada...orait?
5 comments:
Hahahaha.. wujud jugak makhluk macam ni yer, sampai boikot hang tu adakah impaknya depa bley pi Korea on the spot ?... simpan duit pergi la sendiri. Tetiba situasi hang seperti seolah-olah ketua rombongan yang meninggalkan anak buah plak kaedahnya. Dengki tak habis-habis !
tu la pasal..aku pun pelik. Even sampai kami ke Singapore a week later kan..ada pulak yang kata, kami berdua ni xde team building sebab kat mana2 pun jalan berdua. Helloooo..kita bukan pergi rombongan budak sekolah tadika yang kena jalan pegang2 tangan dan tunggu cikgu kata boleh jalan baru nak jalan. Nama jer trip pejabat yer. Masa terhad, kalau jalan ramai2 sempat ke nak beli something untuk dibawa pulang? x cukup ke kalau kami selalunya jadi orang pertama yang tunggu di tempat yang dijanjikan sepanjang trip tu? Sebab itulah aku rasa pergi sendiri lagi baik...tapi jadi isu juga..aku ingatkan artis jer ada anti-fan nih..aku & Kak Ina pun ada anti-fan rupanya.. heheh..funny kan?
biaq la..k.rinie..apa lepa nak kata..
bukan ambik duit lepa pun..
yang penting k.rinie happy...
biasa la..sesetengah golongan orang macam ni.. cemburu tengok org len happy..
Tu la kan farah..sabar jer la..depa still x percaya kami pi berdua jer ke sana..abih tu? Itu pun boleh jadi isu...
Salam..
Seronok dan bersemangat baca entri korea akak sebab saya pun bakal melawat korea bulan november ni, backpack style dan berdua juga, dengan member. Bezanya saya pegi dengan kawan yang saya kenal online, masa zaman2 giat berforum pasal k-pop.. zaman2 belajar kat u dulu hehe..
Sama macam akak, saya pun rasa malas nak disclose awal2 pada rakan sekerja pasal trip saya ni.. Setakat ni cuma sorang BFF dan boss besar je saya bagitau.. Bagitau BFF sebab excited kan.. x tau nak cerita kat sapa (saya bujang lagi) & bagitau big boss baru2 ni sebab nak tanya prosedur nak ke luar negara..
Saya pikir, kalau bagitau awal2 macam berlagak pulak.. Lagipun ini personal trip kan..
Post a Comment