last week aku dah war-warkan yang aku nak pegi luar negara kan? hehe.. ala.. bukanlah luar negara mana pun.. aku ke Hatyai Thailand jer..haha..office trip actually.. so aku pergi bersama officemates..kami bertolak seawal 7.45 pagi jumaat dari butterworth ke bukit kayu hitam tapi sebelum itu singgah kejap di CTC Changlun untuk isi borang masuk Thailand and tukar duit bagi yang belum tukar duit. aku dah tukar siap2 di komtar. tukar sikit jer pun...cukuplah untuk makan dan beli sikit2 tu..hehe.. so sampai sempadan lebih kurang pukul 12.00 tengahari and then terus melalui imigresen Malaysia dan seterusnya imigresen Thailand. sebab sekarang ni cuti sekolah, so ramai jugaklah orang di sempadan. kira2 sejam kemudian barulah settle semuanya dan kami terus gerak ke Hatyai. dari sempadan (Danok) ke Hatyai makan masa sejam jugaklah. sampai di Hatyai kami singgah di beberapa tempat seperti di pusat penjualan barangan kulit dan cenderahati, pastu pusat penjualan barang2 makanan hasil rakyat tempatan dan pusat jualan madu lebah dari pokok popi. Nama2 tempat tu semua aku tak ingat..hahaha..so tengok gambar2 jerlah ek.. haha..
No comments:
Post a Comment