Be My Friend :)

11 October 2018

#5/2018: Perth Day 5

Assalamualaikum...

25/12/2017 - Perth Day 5

Hari Krismas kat sini
Jalan lengang selengang-lengangnya
boleh main2 kat atas jalan :P
Banyak public transport hari ini tak beroperasi
Kedai2 dan supermarket juga tutup
Cuma tinggal kedai2 runcit kecil yang dimiliki oleh orang arab sahaja yang buka

Walaupun Perth sunyi di hari krismas ni
Kami still plan nak keluar jalan-jalan juga
Rugilah kalau sekadar lepak kat bilik jer kan
Bukan selalu ada peluang datang sini

So harini kami ke Kings Park






 
Kings Park ni luasnya ya amat
Memang tak larat la nak pusing 
Panas pulak tu
Tapi orang ramai juga
Sebab public holiday kot
So ramai yang datang lepak2
Dan berkelah sempena krismas
Sejam juga kami lepak kat sini
View cantik sebab dapat tengok kawasan perairan Perth & sebahagian bandarnya
Cumanya tak tahan panas..lain macam ooo

So meneruskan program sightseeing kami hari ini
Kami ke Swan River






Berjalan menyusuri Swan River
Dan akhirnya kami sampai di Bell Tower






Walaupun tulis OPEN tapi sebenarnya tutup
Krismas memang boring kalau kat sini
Pokok krimas pun ada a few jer
So cuma sesuai untuk sightseeing
Tapi mostly kena jalan kaki la
Sebab x semua bas beroperasi




So sepanjang jalan ke apartment
Bolehlah ambil gambar
Actually nak ambil gambar tengah jalan pun boleh tu
Sebab memang xde kenderaan pun
Balik apartment terus masak
Lapaq giler
Kedai makan pun tutup termasuklah kedai makanan arab
Kaki pun sakit..
Hari yang memenatkan tapi berjaya selesaikan misi hari ini

Nanti akak sambung lagi yer..