Be My Friend :)

27 November 2012

#60: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 6

Salam.. :)

09/11/2012 ~ Day 2.  Pagi ni breakfast kami ialah maggi & white coffee (stock from Malaysia)... :) and during our stay here, the chef was me..merangkap photographer, ketua kumpulan & penunjuk arah sekaligus..hehe.. :P .. selesai bersarapan, kami pun bersiap2 dan keluar dari hostel pada jam 10.15 pagi...maklumlah..jadual sendiri yang buat..jadi suka hati jer nak keluar pukul berapa pun kan..hehe..


Deoksugung Palace
Destinasi pertama dalam jadual hari ini ialah ke Stone-Wall Road iaitu bersebelahan dengan Deoksugung Palace. Apa ada kat situ? Dari maklumat yang aku baca, sepanjang Stone-Wall Road ni permandangannya cantik sangat pada musim luruh...itu yang nak pergi tengok tu..ye ke cantik?

Tapi keluar jer dari stesyen subway ke sana, dari jauh kami ternampak satu upacara sedang diadakan betul2 di hadapan Deoksugung Palace. Rupa2nya changing of the royal guards ceremony sedang diadakan. Jom tengok! kata Dee sambil berlari...aku & K.Ina mengikutnya dari belakang.. :)  
...........




...........
Diorang ni berlakon serius jer macam betul2. Aku rasa la diorang ni kerja sebagai artis budaya yang bekerja dengan istana ni ataupun dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Korea agaknya..hehehe..

Upacara pertukaran pengawal keselamatan Diraja ni dilakukan di sini setiap hari (kecuali hari Isnin), 3 kali sehari iaitu  pada jam 11.00 pagi, 2.00 petang & 3.30 petang..kebetulan la masa kami sampai di situ, jam baru menunjukkan pukul 11.10 pagi. Maknanya upacara itu baru sahaja bermula. Jadi kami pun tumpang sekaki tengok walaupun xde dalam plan kami pun...hehe..tengok dan ambil gambar...Pastu tengah2 tu ada masa rehat 5 minit dan penonton diberi peluang untuk mengambil gambar dengan mana2 pelakon tersebut.
..........
Dee yang excited terus jer suruh ambil gambar dengan dia nih..hehe..dia duduk paling depan..tinggi kan?
.............
K.Ina pulak selit..dengan orang yang sama..balik hostel kami gelakkan K.Ina bila tengok balik gambar ni...Dee kata orang tu xmo senyum pun masa tangkap gambar nih..haha..
............
K.Ina sorang pulak. Kali ni si dia senyum.. :P
...........
Annyeong Haseyo! :)
............
Masa turn aku pulak tangkap gambar dengan orang yang sama, K.Ina tukang ambil gambar.  Dah ready senyum tetiba K.Ina buat spoil...dia bukan tekan butang ambil gambar..dia tekan butang off...hampeh!..dia kata dia tergamam tengok orang sebelah aku tu sampai tertekan salah butang..nak pulak butang off dengan butang ambil gambar pulak dekat2...haha..ke K.Ina sengaja sabotaj aku ek? :P sementara nak on balik kamera, ada penonton lain pulak ambil gambar dengan dia nih. Jadi kena tunggu jap..pastu soh K.Ina ambil gambar aku lagi sekali..siap warning dia..kalau dia tekan butang off sekali lagi, aku xmo kawan dengan dia dah..hahaha..giler... :P
........
Dah ambil gambar dengan dia, aku nak blah dah...malu kan..sekali K.Ina kata..."Rinie tunggu, ambil sekali dengan K.Ina pulak"..haha...K.Ina nih..(posing cam tangga kan?..haha)
...........
Close-up pokok kat tepi Deoksugung Palace..cantik kan?
.........
Lepas 5 minit rehat, persembahan upacara itu disambung semula. Kami yang dah hilang tumpuan bergambar di tepi jalan pula. Deuksugung Palace ni terletak betul2 di tepi jalan utama. Senang nak cari..
......
Pelancong sedang bergambar di tepi jalan yang sibuk :P
............
Rakan pelancong juga bergambar di tepi jalan yang sama :P
........
K.Ina dengan hulubalang berjanggut :P
............
Masa persembahan tu diberi masa rehat 5 minit lagi selepas itu, K.Ina terus suruh aku ambil gambar dia dengan pelakon yang lain pula...
............
K.Ina: Rinie..ambil jap gambar K.Ina dengan 'tok janggut' tu
Aku: Mana?
K.Ina: Tu..yang tinggi pakai baju merah2 tu..
Aku: Xmo...x hensem..:P
K.Ina: Ala..jom la Rinie..K.Ina nak ambil jugak gambar dengan dia..
Aku: Xmo...Rinie nak pergi beli tiket masuk..
K.Ina: Dee....ambil jap gambar K.Ina..
Dee: ok...(pasrah)
...........
Aku malu sebenarnya nak pergi ambil gambar dengan pelakon2 ni lagi sekali...hehe...lagipun masa tu aku dah tertarik nak masuk jer Deoksugung Palace ni bila ternampak pokok2 cantik di bahagian dalam istana. Tiket masuk pun x mahal.. 1000 won sahaja dan permandangan di bahagian dalam istana ni sangatlah cantiknya.. :)..selesai membeli tiket, kami terus bergerak masuk ke dalam istana tanpa menunggu persembahan tersebut habis...kalau tunggu sampai habis ntah dengan siapa pula K.Ina nak bergambar.. :P 

No comments: