Be My Friend :)

22 January 2014

#55: Trip to Tokyo - Fakta Menarik & Tips

Salam... :)


Pengangkutan: 

1.  Kalau korang bercadang nak travel serata tokyo menggunakan perkhidmatan keretapi/subway, aku cadangkan korang ready dengan train maps sekali. Sebab, berbanding dengan sistem keretapi/subway di Seoul, sistem keretapi/subway di Tokyo was a little bit complicated. Complicated macam mana? Sistemnya lebih besar & lebih sibuk. Ada banyak jenis keretapi/subway di Tokyo yang mana operasinya dijalankan oleh pelbagai syarikat keretapi yang berbeza. Ada Metro, ada JR, ada Toei..dan sebagainya. Selalunya, semua jenis keretapi ni berkongsi platform yang sama di sesebuah stesen keretapi. Tapi akan membawa korang ke destinasi yang berbeza kalau tersilap naik keretapi. Macam mana nak elak daripada tersilap naik keretapi? Alert! masa nak naik keretapi tu make sure korang tau keretapi jenis apa yang korang nak naik. Contoh, nak naik keretapi Metro untuk ke Asakusa misalnya, semasa keretapi dah sampai, korang tengok lambang pada keretapi tu. Kalau Metro, lambang dia M, maka betul dah tu. Boleh dah naik...gitu..

2.  Kadang-kadang, nak pergi satu-satu tempat tu kita kena bertukar beberapa keretapi untuk sampai ke tempat tu. Jadi untuk memudahkan korang & menjimatkan masa, korang guna Suica card yang macam kad touch 'n go tu. Aku ada cerita pasal Suica card ni kat entry awal trip to Tokyo ni hari tu. Sebab apa mudah & cepat? Sebab, bila tukar keretapi, kita kena keluar dari keretapi yang terdahulu dan kena masuk ke platform lain untuk naik keretapi yang lain. Untuk itu, kalau xde Suica card ni, korang kena keluar dari platform dan kena beli tiket lain untuk ke destinasi yang seterusnya. Beli tiket senang juga sebab ada mesin jual tiket. Tapi yang lecehnya, mesin tu banyak bahasa Jepun dari bahasa Inggeris. Mau terkebil-kebil kejap masa nak beli tiket tu...haha... Kalau ada Suica card senang, touch jer kat scanner masa nak keluar dari platform, pastu touch pulak kat scanner masa nak masuk ke platform lain. Senang dan macam pro jer kan? haha...Suica card ni boleh beli kat banyak tempat tapi yang paling mudah, beli sesiap masa sampai kat Narita Airport. Kat Haneda Airport pun ada juga. Satu kad 2000yen termasuk 500yen harga kad. Pastu boleh reload semula kat mesin reload kat mana2 stesen keretapi. Nak beli air kat mesin vending pun senang. Scan jer terus boleh beli air. 

3.  Kalau nak travel keluar sket dari Tokyo dengan menaiki keretapi laju (shinkansen), baik beli JR Pass. Jimat dari harga sebenar tambang keretapi laju kalau beli secara manual.  Macam aku beli JR Kanto Area Pass untuk travel ke Karuizawa hari tu, 8000yen untuk harga JR Kanto Area Pass tu, dah cover perjalanan pergi & balik ke Karuizawa, Narita Express (N'EX) ke Tokyo Station dan boleh guna selama 3 hari untuk naik unlimited mana-mana keretapi JR. Cuma tunjuk pass tu kat pegawai yang bertugas kat pintu masuk platform jer. Ada banyak jenis JR Pass, tapi tu korang boleh google sendiri mengikut jadual perjalanan korang.

4. Kebanyakkan stesen keretapi di Tokyo, memang sibuk dan sesak. Nak pulak masa peak hour. So make sure, korang jalan kat tepi kalau korang jalan slow sebab orang Jepun ni, jalan laju2 macam kena kejar kaedahnya..haha...ada yang sampai berlari2 pun ada.. :P Pastu, pastikan korang tau nak keluar exit no berapa. Sebab stesen keretapi diorang ni ada banyak pintu keluar (exit) yang menghala ke pelbagai tempat. Kalau salah exit, harapan adalah cerah untuk korang berjalan lebih jauh untuk ke tempat yang dituju.  

5.  Mod pengangkutan (persendirian) pilihan di Tokyo adalah basikal. Kat kawasan kejiranan (neighborhood) selalunya diorang guna basikal sebagai pengangkutan. Pagi-pagi dan petang-petang boleh la tengok ibu-ibu hantar/ambil anak-anak mereka ke sekolah dengan menaiki basikal. Bawa haiwan peliharaan seperti anjing bersiar-siar pun naik basikal. Yang nak pergi kerja pun naik basikal juga. Pakai kot & kasut kulit elok-elok, kayuh basikal pergi office. Kalau kat Malaysia, mau orang kata gila...hehe..sebab sana cuacanya sejuk. Mungkin x berpeluh sangat atau x berpeluh langsung kan? Pihak majikan diorang juga menyediakan tempat parking khas untuk basikal tau. Jaranglah nampak motorsikal kecuali motorsikal berkuasa besar atau motorsikal yang digunakan untuk menghantar makanan. Maka bolehlah jimat minyak, kurangkan asap & bersenaman secara tidak langsung.  

* pengangkutan lain seperti teksi & bas, aku xde tips sebab x naik...hehe...sori..

Makanan:

1.  Sepanjang berada di Tokyo, kebanyakkannya kami masak makanan yang dibawa dari Malaysia. Mujur hotel ada dapur. Senanglah nak masak. Selalunya kami masak untuk makan pagi & makan malam sahaja sebab tengahari selalunya makan masa travel. Kalau masa travel, kami makan coklat atau biskut yang dibawa ataupun beli kebab dari kedai makanan arab. Kat Tokyo ada banyak kedai makanan arab so don't worry. Cumanya harganya agak mahal. Teringin juga nak makan makanan Jepun tapi oleh kerana buta huruf Jepun dan gagal bertutur dalam bahasa Jepun, maka kami x beranilah nak makan ikut suka hati...haha..yer la kan..dari ragu-ragu baik jangan makan..betul tak?

Cenderamata:

1.  Kalau korang nak cari barangan cenderamata sebagai kenang-kenangan, better beli di Asakusa Shrine jer sebab ada banyak pilihan. Nak kata murah tu tak juga sebab mostly barang-barang kat Tokyo ni mahal-mahal belaka. Apa nak buat, negara maju la katakan, maka dah tentu taraf hidupnya juga tinggi la kan..kat area Akihabara pun ada juga tempat menjual barangan cenderamata Jepun ni tapi harganya agak mahal dan pilihannya juga terhad...gitu..

2.  Kalau nak beli barang-barang keperluan lain, baik beli jer kat Daiso...harga satu barangan yang dijual = 105yen jer. Ada banyak Daiso kat area Tokyo. Itu korang boleh google sendiri. Yang aku pergi cuma Daiso di Harajuku & Akihabara. 
 
Plug Power:


1. Plug power kat Jepun ni pelik sket. Diorang guna 2 point-flat-pin plugs power sahaja. Xde round atau 3-pin plugs kat Jepun. Maknanya susah sket kalau kita nak guna peralatan elektrik yang kita bawak dari Malaysia. Even international plug pun x boleh digunakan di sini kecuali korang dah ready dengan plug adapter yang bersesuaian dari awal. Macam aku, ada la bawak periuk kukus mini masa pergi Tokyo hari tu. Ingatkan bolehlah guna untuk masak nasi sebab ada bawak international plug sekali. Rupanya sekian terima kasih ajelah sebab international plug pun x boleh digunakan. Mujur bilik hotel kami ada dapur maka bolehlah juga nak masak nasi. 

2.  Plug power yang lain dari yang lain tu jugak telah menyebabkan kami tidak dapat nak mengecas handphone kami. Jadi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ni, aku beli jer charger baru untuk handphone Samsung kat kedai serbaneka kat sana. Mahal pun mahal la janji boleh charge handphone. Apa kes xleh nak call atau sms nanti kan?..Mujur aku, Kak Ina & Nasrin guna jenis handphone yang sama...Samsung..maka bolehlah share2 guna charger tu....

Kesimpulannya:

Kesimpulannya, Trip to Tokyo ni sangat enjoy walaupun kami demam sebelum pergi, masa kat sana dan selepas balik dari trip ni...hahaha..dan mungkin lebih enjoy kalau kami sihat sepenuhnya kan...tapi memandangkan keadaan cuaca yang sangat sejuk dan penderaan akibat berjalan banyak semasa travel telah menyebabkan antibody menjadi lemah so sebab tu la demam. Berbanding dengan di Seoul, di Tokyo kita lagi kena banyak berjalan sebab jarak tempat-tempat untuk dilawati tu jauh-jauh. Bertukar keretapi di stesen keretapi/subway pun dah meletihkan sebab jarak antara platform tu jauh2 pastu terpaksa turun naik tangga pulak. Nak cari exit (pintu keluar) pun kadang-kadang memeningkan sebab banyak exit, pastu jauh2 pulak tu. Oleh itu, pakailah kasut yang bersesuaian dan kuatkan semangat! hehehe... the end... :P 

Aku: Rindukan Korea :)

2 comments:

flors ss said...

salam, nak tanya nama hotel kat tokyo yg ada dapur tu boleh? tq

marstories said...

Soho Asakusa Hotel namanya...boleh tgk pasal hotel ni dalam part 2 - trip tokyo dlm blog saya ni.