Be My Friend :)

19 November 2012

#55: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 1

Salam :)

Iyer..ini 2nd trip aku ke Seoul tahun ini. 1st trip pada bulan Mac yang lalu. Masa tu pergi berdua sahaja dengan partner jalan2 aku iaitu K.Ina. 2nd trip ni pergi bertiga pula..aku, K.Ina & my sis Dee. Asalnya memang takde perancangan nak ke Seoul semula tahun ini sebab xde bajet. Memang tak terfikir pun. Tapi last May, my sis si Dee tu beria-ia memujuk. Jomlah..jomlah..teman dia katanya. 1st trip dia x dapat ikut di atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Dia nak pergi sendiri takde partner katanya...lagipun since aku dah pernah pergi, jadi akulah pilihan dia yang pertama & terakhir..:P

Maka setelah bertolak, bertarik, berguling dan sebagainya yakni berfikir dengan semasak-masaknya, akhirnya aku bersetujulah nak meneman dia ke Seoul. Tapi dengan syarat Dee sponsor some of the expenses (kononnya) :P dan bila diberitahu pada K.Ina, dia pun (gedik) nak ikut serta :P haha..maka flight & hostel pun dibooking pada akhir bulan 5 yang lalu...

Sebelum aku bercerita lebih lanjut mengenai trip kali ini, aku ceritakan dulu tentang hostel tempat kami tinggal selama 7 hari berada di kota Seoul yer. Kami stay di 2nd Pencil Hostel yang terletak di Hongdae. Aku booked through www.booking.com dan kemudian dihubungi oleh pihak 2nd Pencil Hostel, Hongdae sendiri melalui email untuk sahkan booking. Kami book ensuite room for 3 person with private bathroom. So dalam bilik ada 1 katil double + 1 katil single. Tapi hari ke-4 kami bertukar ke bilik for 4 person pula sebab ruang yg agak sempit di bilik kami tu untuk kami menunaikan solat dan kebetulan banyak bilik kosong di floor yang sama masa tu (bilik kami di tingkat 3). Bilik2 dia di sini adalah berkonsepkan apartment yakni lengkap dengan peralatan asas seperti tv, mesin basuh, peti ais, dapur, singki & microwave dalam satu bilik. Jom tengok gambar!
  
 Setiap bilik menggunakan sistem number door lock :) 

 Ada sinki, kabinet dapur, dapur elektrik & mesin basuh

 Katil double decker (x 2) untuk bilik for 4 person

 Ada microwave & peti ais 2 pintu

 Mesin basuh automatic

 Flat screen tv

Pada keseluruhannya, stay kat hostel ni sangatlah memuaskan sebab nama jer hostel tapi kita x campur dengan penghuni lain sebab semuanya private macam kita stay di hotel malah lebih baik sebab bilik lengkap dengan peralatan asas yang sangat kita perlukan apatah lagi jika kita stay untuk masa yang agak lama.

Kawasan kejiranan juga selamat dan nak berulang alik dari hostel ke stesen subway terdekat iaitu Hongik University Station (Exit #2) juga tidaklah susah. Lebih kurang 7-8 minit berjalan kaki sahaja. Tiada bukit atau tangga yang perlu didaki di sepanjang perjalanan kecuali perlu menaiki tangga untuk ke bilik sahaja. Hostel ini juga dekat dengan kawasan 'nightlife Hongdae' (Exit #9) yang terkenal dengan deretan kedai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan, clubs & restaurants :) 

Staff 2nd Pencil Hostel ini juga very helpful & baik terutamanya Johnny (Korean) & Zuruel (Melayu). Cuma ada sorang staff perempuan yang agak kureng kat situ. Kenapa aku cakap dia kureng? 

Satu ~ Sebab first night masa kami dah pindah ke bilik baru (dari bilik 303 ke 301) dalam pukul 8.00 mlm camtu tetiba bilik kami dibuka dari luar. Terkejut tau sebab kami dah kunci bilik dari dalam. Rupanya minah ni..terus jer dia masuk pastu nampak kami, dia kata dia nak ambil laundry. Memang pagi tu sebelum kami pindah masuk, si Zuruel tengah kemas bilik tu. So kami just pindah barang dan terus keluar. Mungkin Zuruel keluar dari situ sebelum kain cadar yang digunakan penghuni bilik sebelum tu siap dibasuh. Aku pun tanyalah, "why don't you knock (the door)?" dia kata "oh, i don't know you were checked in already"...takde kata "SORRY" pun tau...terus jer dia blah bila dah ambil kain cadar tu. Pelik tak? Kenapa dia x check sebelum dia buka bilik orang? dan kenapa dia x boleh kata sorry? mujur masa tu kami tengah memasak dan tengok tv...

Dua ~ Ada sekali tu kami nak keluar, pagi la dalam pukul 9 pagi camtu. K.Ina pulak tengah pegang beg sampah dari dalam bilik. Tapi sebab nak perbetulkan tali beg yang dia galas, dia letak kejap plastik sampah tu tepi tangga tempat dia tengah berdiri. Aku pulak tengah pakai kasut di pintu bilik. Sekali minah ni turun dari tingkat atas dengan rambut berserabut. Maybe baru bangun tidur. Sempat dia sound K. Ina..."put that garbage in the bins downstair, don't put it here!"..amboi!..K.Ina jawab jer.."yes, i know"..tolong la..dah hari ke3 atau ke4 camtu tau kami kat situ..memang hari2 kami buang sampah kat bawah la..xde pulak kami buang kat tangga. Kalau hari2 dia jumpa kami buang sampah kat tangga, logik jugaklah dia nak sound lelebih...kan?

Itulah aje yang tak bestnya. Yang lain tu ok jer. Johnny tu pun sampai tolong hantarkan beg kami ke stesen subway masa nak balik tu sebab beg dah beranak so susah la kami nak bawak...haha.. Dia tolong angkat 3 beg dan jalan sama-sama kami sampailah ke stesen subway. Siap sembang2 lagi. Baik betul! Thanks Johnny :) ~ Saranghaeyo :P

Details about the hostel:
atau
search jer di facebook :2nd pencil hostel     

7 comments:

afidah samhanin said...

assalamualaikum kak..nk tanya,akak stay 4 bed private kan?klu ikut hrga dkt web dorg, 100,000 won eh?klu in RM how much kak?and dy kene byr ekut head ke cane..contoh 4org pegi..sb kwn ckp rata2 kt korea ni,dorg caj ekut head

marstories said...

waalaikumussalam.. :)
100,000 won tu lebih kurang RM300.00 tapi itu untuk harga sebilik bukan perhead...and yes..kebanyakkan hostel ikut harga perhead tapi kat 2nd pencil hongdae ni bilik dia stail apartment..bilik2 berasingan..x campur orang..so diorang charge ikut harga bilik...

Fyda^D!do said...

oo camtu..best jgk cmtu..blh masak dlm bilik kite je..mcm certain guesthouse,dorg sediakan kitchen tp kene kngsi kan?klu xsilap laa..hihi..sudi2 lah jenguk blog sy..afidahsamhanin.blogspot.com:) msh new tp syg puas sy edit nk ltk follower ttp xdpt:( n klu akak msh egat,sy pena email akak utk tahu detail intinery yg akak wut..hihi..pjg plak taip..sorii:)

marstories said...

Fyda: Akak ingat awak...email2 yang dihantar still akak x delete :)

Ha'a..kebanyakkan guesthouse/hostel mmg macam betul2 asrama..ada yang kena kongsi dapur & bilik air sekali dengan orang lain. Setgh orang x kisah. Tapi akak paling nak elak dari kena kongsi bilik air dengan orang lain. Kat 2nd Pencil Hostel ni tak..betul2 macam apartment..bilik sendiri dah ada bilik air & dapur sendiri mcm dalam gambar tu la..selesa. Satu tingkat ada 5 bilik kot..tapi x pernah bertembung dengan orang lain pun. Maybe sebab masing2 keluar pada waktu yang berbeza.

ok..nanti akak jenguk blog awak pula.. :)

COO WIN Batik said...

Salam sis

Nak tanya psl ur trip in march tu.how was the weather ya? InsyaALLAH I'll go there mac ni,with my sister. So nak tau la jugak what should we wear & bring kan.hope ur info would help us. :-)

Thanx in advance ya.

marstories said...

COO Win Batik: Wsalam.. :)

Cuaca di Seoul masa bulan Mac lebih sejuk dari cuaca bulan November sebab Mac memang masih dlm winter manakala November pula baru nak masuk winter jadi suhu x sesejuk mcm bulan Mac.

Cuma xde salji dalam bulan Mac tapi sejuknya bukan main2. Wajiblah pakai winter jacket, sarung tangan & stoking. Kena juga pakai baju berlapis2 untuk mengelakkan dari kesejukan terlampau. Juga pakai lip balm dari masa ke semasa masa berjalan2 atau pakai jer face mask sebab udara yang sejuk mudah menyebabkan bibir pecah2 atau hidung sakit & berdarah..

More info, bolehlah tengok cerita 1st trip saya dalam blog ni yer.. :)

COO WIN Batik said...

Okay. Thank you for ur info.it really helps a lot. Okay,,,tak sabar nak gi shopping. Hehehe. Thanx again ya. :-)