Be My Friend :)

28 March 2012

#17: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 7

Warning: Entry ini paling panjang + paling banyak gambar! :P

Bangun pagi hari ketiga berada di Seoul terasa lebih segar sebab kami tidur lena malam semalamnya. Mungkin juga sebab aktiviti di hari kedua berjalan dengan lancar dan kami hanya berjalan di kawasan yang berdekatan antara satu sama lain sahaja maka keletihan tidak begitu dirasakan. Seperti semalam, pagi ini juga kami keluar dari hotel pada jam 9.35 pagi (waktu Korea). Kami berjalan keluar dari hotel ke stesen subway di dalam suasana pagi yang nyaman dan cuaca juga baik. Di stesen subway agak sibuk dengan pelajar dan warga Korea yang mengejar masa nak ke tempat kerja dan ke sekolah. Tidak pasti pula kami sekolah apa yang start lambat sangat..hehe..untuk tidak memberi tekanan kepada mereka yang kelihatan tergesa-gesa, kami selalunya berjalan di sebelah kiri jalan secara santai sambil bergerak ke menuju ke ruangan menunggu di sebelah kanan untuk menaiki subway Line 5 untuk ke Sin-gil Station.

Sesampainya di Sin-gil Station, kami perlu berjalan agak jauh kira-kira 15 minit untuk menaiki subway Line 1 pula untuk ke Seoul Station. Subway Line 1 berada di bahagian atas Sin-gil Station. Setelah menunggu hampir 5 minit subway yang dinantikan pun tiba. Kami menaiki subway yang sesak itu sebelum turun di Seoul Station dan bertukar pula ke subway Line 4 dari Seoul Station untuk ke Hoehyeon Station. Sedikit mencabar destinasi kami hari ini apabila terpaksa bertukar subway 3 kali sebelum sampai ke tempat yang dituju. Cabaran berganda apabila tiba di Hoehyeon Station bilamana kami terpaksa berjalan selama 20 minit pula setelah keluar dari Exit #5 station berkenaan menuju ke jalan utama nak ke Mt. Namsan. Hanya berpandukan papan tunjuk arah yang terdapat di sepanjang jalan, kami beberapa kali tersasar dan berpatah balik di jalan yang sama kerana tidak berjumpa dengan jalan yang menuju ke Mt. Namsan tersebut.. hehe.. sudahnya kami mengambil gambar di sekitar kawasan terlebih dulu.. 






Penat menaiki tangga dan mengagak kedudukan jalan yang sebenarnya, akhirnya kami tiba di Namsan Botanical Garden...syukur Alhamdulillah..





Terpaksa pula menaiki tangga dan bukit yang bagaikan tiada kesudahan..haha..semput dan termengah2 kami dibuatnya. Sesampainya kami di atas, agak kecewa pula kami apabila mendapati kawasan tersebut sedang dalam proses pembinaan. Namun begitu, sempatlah kami mengambil gambar di kawasan sekitar sebelum turun semula dan mencari jalan lain nak ke Mt. Namsan.




Setelah turun dan berjalan mengelilingi bukit kecil tadi selama 20 minit sejauh 300m (juga menaiki bukit), kami sampai ke tangga ini pula..


Dan tangga itu membawa kami ke sini:








lagi gambar2:




Dan setelah mendapat tunjuk arah dari seorang unnie (kakak) warga Korea yang baik hati, kami menyusuri jalan sejauh 200 meter menghala ke Namsan Library sebelum melalui walking trail untuk ke Mt. Namsan. 





Walking trail dari Namsan Library menuju ke Namsan Tower:






Deretan pokok pine



Kami berjalan dan berjalan dan berjalan secara menaik dan berterusan tanpa henti dan bersaing dengan warga Korea yang lain tanpa menyedari bahawa walking trail tersebut sebenarnya sepanjang 7.9 kilometer dari Namsan Library ke Namsan Tower!  huhu... patutlah rasa macam tak sampai2...haha..kalau kami tahu dari awal2 lagi yang jaraknya sejauh itu, pastinya dari mula2 lagi kami dah mencari cara lain nak ke Namsan Tower tu contohnya, naik kereta kabel dari Myeongdong misalnya atau naik sahaja bas dari Itaewon! Namun begitu, pemandangan yang indah dengan udara yang nyaman di sepanjang walking trail itu menjadikan pendakian kami itu sangat berbaloi..lihat sahaja deretan pokok pine di sepanjang laluan pejalan kaki yang menjadikan kawasan Mt. Namsan ini sangat menakjubkan walaupun kami terpaksa menghabiskan masa selama 2 jam setengah untuk sampai ke puncaknya....

Kira-kira 200 meter lagi ke Namsan Tower, kami berhenti mengambil nafas dan meredakan sedikit kekejangan otot akibat berjalan dalam masa yang lama. Waktu itu sudahpun menunjukkan jam 2.30 petang (waktu Korea). Kami seterusnya ke kedai serbaneka yang berhampiran dan membeli brunch (breakfast + lunch) kami untuk hari ini.

Strawberry milk & Tuna Mayo Triangle Kimbap

No comments: