Be My Friend :)

14 February 2014

#57: Trip to Bandung - Day 2

Salam... :)


Day 2 di Bandung bermula dengan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel. Hotel Unik tempat kami duduk ni, hotel 1 bintang kot..ker xde bintang! hehe..sarapan dia hari2 ada la 2 jenis kot..termasuk kalau nak makan roti dengan jem atau rajin nak bakar roti dengan pembakar roti yang disediakan. Tapi aku tengok pembakar roti tu macam berkulat jer...hehe..kang cherry berry plak makan roti bakar..haha..

So terpaksa redho dengan pilihan yang ada, makan jerlah dengan pasrah kaedahnya...haha..Day 2 ada bihun goreng..pastu ada sayur brokoli campur kobis bunga. Apa fesyen makan bihun goreng dengan sayur pun x taulah aku. Lain tempat lain caranya..kan? haha..

Settle sarapan pagi, supir kami si Topan dah tunggu di luar. Memang sesuai la dengan nama dia, tepat2 pukul 9 pagi dia mesti dah sampai di hotel untuk ambil kami. Untuk trip ni, aku x buat detail itinerary macam yang selalu aku buat kalau pergi berbackpacking. So more to free & easy jer. Bawak mak aku, aku tak boleh nak buat jadual yang terkejar-kejar ke sana ke mari...betul tak? Aku nak dia merelaxkan diri..bukan meletihkan diri dia..hehe..

Semalam sebetulnya Topan supir kami tu dah cadangkan yang hari ni kami ke Tangkuban Perahu dulu. Sebab katanya, biasanya orang Malaysia yang datang ke Bandung, nak tengok tempat menarik di Bandung dulu dan shopping di hari last. Tapi dia cadangkan jer, so dia kata ikutlah apa keputusan kami. Tapi kami pulak dah decide lain malam semalamnya...iaitu, hari ni kami nak pergi shopping dulu kat Pasar Baru. Day 3 baru nak pergi Tangkuban Perahu. Group perempuan kan..so kelihatan shopping lebih menarik dari yang lain...hahaha...

Maka, jadual kami hari kedua di Bandung ialah shopping sampai pening di Pasar Baru...pukul 9.15 pagi dah sampai ke Pasar Baru tau sebab dekat jer dengan hotel x berbintang kami tu...hehe.. Masa kami sampai tu, peniaga pun baru nak bukak kedai. Kira sementara diorang bertungkus lumus nak bukak kedai, kami naik dulu ke tingkat 6...cadangnya, dari atas, turun ke bawah...Pasar Baru tu ada 8 tingkat (6 tingkat di atas yang di panggil lantai, 2 tingkat bawah tanah yang dipanggil basement). Pastu masing-masing ikut agenda sendiri iaitu cari barang2 yang dipesan orang & barang2 sendiri tapi masih berdekatan antara satu sama lain.  

 E yang diberi tugas bawak barang2 yang dibeli oleh mak & kakak2 dia yang 2 orang tuh..haha...

 Me & my mom :)

 Dee yang menggila kejap beli telekung...semua nak dibelinya...haha.. :P

Pasar Baru ni memang sesak betul dengan orang nak membeli & orang nak menjual. Kat mana-mana pun mesti ada penjual yang ikut kita jual keychain la...fridge magnet la..beg la..jaket kulit la...mintak sedekah la...huh! pening!...seriously annoying..walaupun kita dah cakap, x mau, terima kasih...diorang masih ikut kita & desak soh kita beli barang yang dijual. Kena sabar jer dan buat x tau. Dah penat mengikut, diorang berhenti la mengikut..tapi dah yang lain pulak ikut kita dan tanya benda yang sama. But if muka garang, diorang ikut kejap jer...hehe..

 Ni permandangan di luar Pasar Baru. Sibuk dan jalan jammed sepanjang masa.


Pukul 3.00 petang, kami dah x tahan untuk terus berada di Pasar Baru. So sms supir kami untuk datang ambil. Tunggu dia datang ambil akan ambil masa 1 jam juga sebab semua jalan kat Bandung ni akan jammed during peak hour. Dalam sejam menunggu tu, kami jumpa tempat duduk di tepi tangga. Ingatkan bolehlah berehat melepaskan lelah..tapi rupanya kena serang dengan penjual2 juga. Semua pakat tunjuk barang yang dijual. Siap ada pemuzik jalanan yang x reti bahasa yang kita xnak dengar dia menyanyi tapi nak menyanyi jugak tepi kita. Abis menyanyi tadah tangan suruh kita bayar. Mana boleh kan? Kita dah kata taknak..yang dia nyanyi jugak kenapa kan..so kami buat nohin (kata orang Perak) jer la sampai dia blah.

Us :)

Pukul 4.00 petang supir kami sampai depan pintu utama Pasar Baru. Terus naik kereta laju2. Orang yang menjual ni sampai ketuk2 cermin tunjuk barang yang dia jual. Adooi...lega rasanya bila kereta dah start jalan. Barulah perut masing2 terasa lapar. Terus ajak supir makan kat kedai masakan Padang. Petang baru nak lunch... :P

Lauk-lauk yang penuh sepanjang meja makan :)

Jus Avocado (Alpukat) yang teringin sangat aku nak rasa...ok la...not bad.. :)

Habis makan, terus minta supir kami hantar balik ke hotel. Badan dah letih..nak rehat. Jadi kami melepak aje kat hotel sampai malam. Dah x keluar mana2 dah. Tengok mak pun dah letih sangat. Tak sampai hati nak ajak berjalan lagi..hehe..untuk makan malam, E bungkus nasi goreng di gerai di tepi hotel. Ok la...rasa boleh tahan..harga pun murah...

Aku: Sempat singgah Kedai KartikaSari yang berselang 2 kedai dari hotel kami..konon nak survey harga kek lapis kukus yang ramai kata sedap tu...fuhh...boleh tahan mahal harganya...x jadi beli.. :P

2 comments:

zila@akulovetravel said...

lah kebetulan sypun guna si topan tu dulu..hahha

marstories said...

Zila: la...ye ke? hahaha...