Salam.. :)
Gyeonbokgung Palace (2)
Lepas hujan reda, kami pun pusing2 kat bahagian taman di bahagian belakang istana. Cantiknya pemandangan kat taman ni...mesti dulu2 raja & pemaisuri selalu ambil angin kat sini kan..hehe..
Pokok favourite aku...warna merah/kuning/oren.. :)
Pokok favourite maharaja Korea...pokok bonsai..hehe.. :)
Pokok fovourite K.Ina...warna hijau/kuning... :P
Dee lebih minat istana pagoda.. :P
K.Ina pilih pokok merah nih..dia kata sama warna dengan tudung dia.. :P
Aku & Dee pilih pokok merah/kuning/oren.. :)
Pastu masing2 pilih pokok oren/merah ni pulak...
Close-up pokok tu di bahagian atas... cantik kan?.. :)
Ada cerita sket pasal pokok ni tau..hehe...sebenarnya, sebelum kami sampai kat pokok oren/merah ni kan, ada la a group of pelancong dari China kot yang sampai kat sini dulu. Punyalah lama diorang ambil gambar kat pokok ni. Ambil gambar pokok la, gambar diorang dengan pokok la, gambar daun la...fuhh!..kami ni tunggu la lebih kurang 10 meter dari pokok tu...x tahan tunggu lebih lama, K.Ina selamba jer terus pegi pegang pokok tu kat tepi2 diorang...terus dia cakap "Rinie, ambil jap gambar K.Ina kat sini!" jerit dari jauh...haha..terus posing pulak tu sambil lambai2 kat aku soh datang...haha...pastu barulah group tu blah dari situ...hahaha...tabik spring kat K.Ina! :P
Masa tunggu nak ambil gambar kat pokok tu sempat ambil gambar ni...Dee's idea.. :)
Posing kat deretan pokok bonsai pulak... :)
....
....
Kami ambil gambar kat pokok2 ni masa K.Ina pergi toilet...hehe..tu sebab dia xde gambar kat pokok ni.. :P
...
Lawa kan pokok merah ni? (ke orangnya yang lawa?)...haha.. :P
Tuan punya blog bersama pokok favouritenya yang berwarna kuning.. :P
Dee yang setia dengan beg besar tu..haha...dalam beg tu sebenarnya ada bekal kami..air untuk minum & untuk pergi toilet...maklum la kan...haha...
Ni pulak pokok merah/hijau yang menjadi idaman semua.. :)
Cantik kan jalan kat taman ni dengan pokok merah, hijau & kuning di kiri kanan jalan.. :)
Still can't get enough posing with trees...especially the red one! :)
Ini pulak pokok pisang kaki (persimmons)..daun dah xde dah pokok ni tapi buahnya punyalah banyak!..musim kot sebab time ni memang banyak pokok2 persimmons ni yang kami nampak di sekitar Seoul. Geramnya tengok!...mujur tinggi pokok tu..hehe..
Unik pokok ni..sebab tu kami bertiga nak bergambar kat pokok ni.. :)
Penat berjalan di sekeliling taman, kami berhenti rehat sebentar di tepi kolam buatan ni. Tengah2 tu rasanya istana puteri raja...
Aku yang setia menggalas beg tu...hehe...sebagai tukang baca maps segala, aku simpan maps, guide book & itinerary kat dalam poket depan bag tu, so lebih mudah untuk ambil & simpan semula barang2 yang diperlukan bila sling bag tu dari kalau galas kat belakang dan juga lebih selamat.. :)
Ni masa dah nak keluar dari Gyeonbokgung Palace ni...dah penat berpusing2 kat taman..jomlah ke destinasi seterusnya.. :)
Lotte World
Dari Gyeonbokgung Palace, kami ke Lotte World pula. Cadangnya nak main2 kat indoor park. Tapi masa kat depan kaunter tiket masuk ke Lotte World, tengok2 tiket masuk + rides = 40000 won...fuhh!! tarik nafas aku...tu belum masuk live shows kalau ada...admission fees sahaja dah 25000 won. Mahal la bagi aku & K.Ina yang pergi Korea 2 kali dalam setahun ni (+ pegi Singapore lagi hari tu)..Dee insist nak masuk..but aku ngan K.Ina x mau..sebab kali ni duit poket yang dibawa was very, very, very limited, x sama macam masa pergi 1st time dulu. Kalau kat sini jer dah habis 40000 won, nanti x best pulak nak shopping barang2 nak dibawa balik kan?...
2 vs 1, so akhirnya xjadilah nak masuk Lotte World. Kami pusing2 jer kat situ dan pergi beli barang2 dapur sikit kat Lotte Mart. Dee diam jer sepanjang kami berjalan2 kat dalam tu...aku tau dia merajuk...sebab dari kat Malaysia lagi dia kata nak pergi sana. Aku pun dah janji nak pergi sana tapi x sangka pulak mahal sangat tiket masuk + rides dia..kalau setakat masuk jer tapi x naik rides dia, baik xyah masuk kan?..
Oleh kerana Dee dah merajuk, aku kesian la pulak kat dia. So bincang2 ngan K.Ina, nak pejam mata, masuk juga ke Lotte World tu tapi lepas pukul 4.00 petang la sebab tiket jadi murah sket, dari 40000 won turun jadi 31000 won sahaja. Adik punya pasal kan.. tapi rajuk Dee panjang rupanya..dia dah xmo masuk..nak ajak balik dah..so xmau memaksa, kami pun bergerak balik ke stesyen subway. Tapi masa tu masih awal lagi rasanya nak balik ke hostel. Rugi pula kan balik awal2...
Masa ni okay lagi, dok bergambar kat depan pintu masuk LotteWorld...
Dee yang merajuk :P sorry sis!..let's go again next time.. :)
K.Ina yang maintain ceria..
Bahagian bawah ialah tempat skating..kat tingkat atas sekali ialah Lotte World tempat main rides segala tu...
Coex Mall
Since masih awal lagi, aku cadang nak singgah sekejap kat Coex Mall..dah dekat pun Lotte World dengan Coex Mall....selang 3 stesyen subway jer pun...K.Ina x kisah mana aku nak bawak dia pun..Dee pulak walaupun still merajuk, dia terpaksa juga ikut aku sebab subway map aku yang pegang & aku sorang jer yang pandai baca... :)
Coex Mall pada aku & K.Ina sedikit berlainan & dah x seceria macam masa kami pergi bulan 3 tempohari. Baru lebih kurang 8 bulan jer x pergi sini. Kedai2 kecil kat bahagian bawahnya pun dah banyak yang tutup. Kami jalan pusing-pusing jer kat situ sampai sudahnya nampak Coex Megabox...tengok wayang jer la...kaki pun dah sakit.. :) maka kami tengok cerita nih..
The Werewolf Boy lakonan Song Joong Ki & Park Bo Young.. :)
Kat dalam panggung wayang sebelum cerita bermula..
Panggung wayang di hari Isnin x ramai orang pun. Rasanya lebih kurang x sampai 30 orang pun penontonnya termasuklah kami bertiga...hehe...masa ni mood Dee dah semakin baik sebab dia memang nak tengok citer ni pun...(untung dulu belajar psychology kat uitm..hehe) :) Tiket wayang 8000 won seorang...movie ni dah tentunya citer Korea yang tiada subtitle...hehe..jadi kami agak2 jer la dia kata apa dan buat2 faham..haha...tapi ajaibnya, kami faham jalan ceritanya & did enjoyed the movie.. :) best ceritanya! Saranghaeyo Song Joong Ki!! (tetiba)..haha..
Habis tengok wayang, barulah kami pulang semula ke hostel kami di Hongdae...dinner kami malam ini ialah maggi kari (lagi)..hehe...maka tamatlah cerita hari ke-5.. :)
No comments:
Post a Comment