Salam... :)
13/11/2012 ~ Day 6 (Tuesday)
Hari terakhir kami di Seoul..esok ada lagi sehari tapi sebab esok dah nak balik Malaysia so x kira!..Ada hari ni jer tinggal nak explore Seoul..huhu..sedih...tapi hari ni hari S.H.O.P.P.I.N.G! yeay! x jadi nak sedih..haha.. :)
Kami keluar awal hari ni. Maklumlah nak shopping..:P sengaja aku masukkan hari shopping last sekali dalam itinerary...dah settle explore Seoul baru best nak pegi shopping kan? even Dee's mood as bright as the sun today...hilang mood swing dia semalam.. :P
Myeongdong
Kami ke Myeongdong dulu.. :)
Myeongdong awal2 pagi pun ramai orang dah. Kedai2 pun kebanyakannya dah pun buka. Hari cerah tapi sejuk ya amat. Kat Myeondong ni popular dengan kedai2 barangan kosmetik/skin care, pakaian, kasut dan sebagainyalah..hehe..
Muka pagi kami berdua...Dee xmo bergambar..dia tengah adjust mood swing dia semalam la tu...haha... :P
Kat sini ada beratus2 kedai skin care! satu lorong pun ada 4-5 kedai skin care jenama yang sama. Contohnya, kat lorong ni ada 4-5 buah butik "The Face Shop"!..pastu kedai2 ni pulak ada bagi offer/sale yang berlainan..contohnya ada kedai yang bagi diskaun, ada yang x bagi diskaun tapi bagi banyak free gift...maksudnya walaupun sama jer brand yang diorang jual, offer x sama...gitu...
X sampai setengah jam kat Myeongdong ni, dah 2 beg barang skin care aku beli..haha..Dee lagilah..dia memang giler barang2 skin care nih..hehe.. :)
Nampak macam panas terik kan? tapi kalau x pakai jaket, beku dah kot...hehe..
Kami jalan2 sambil berhenti sekali sekala tengok barang2 dalam kedai sepanjang jalan bila nampak yang menarik...tapi xleh berhenti lelama sebab kalau lama2 mesti terbeli satu dua barang lagi...haha...kat sini jumpa kedai jual beg 10000 won..Dee beli handbag...aku beli gak..tapi bukan beli handbag untuk aku, sebaliknya aku beli beg galas untuk si manja aku sorang yang kat rumah tu...mesti dia suka :)
Namdaemun Market
Sekejap jer kami di Myeongdong... lepas tu kami terus gerak ke Namdaemun Market pula. Kalau ikutkan, dari Myeongdong boleh naik subway terus ke Namdaemun Market tapi oleh kerana jaraknya tak jauh iaitu hanya berselang satu stesyen subway sahaja, kami decide nak jalan jer dari Myeongdong ke Namdaemun Market. Tapi jalan mana yang harus dituju tu memang kami tak tahu langsung..hehe..kira "try and error" la...kalau salah jalan, boleh berpatah balik kan?..so no problem! kami guna lorong bawah tanah berpandukan papan tanda tunjuk arah..sekejapan jer kami dah sampai ke Namdaemun Market...try yang tanpa error..success! :)
Namdaemun Market lagi sibuk dari Myeongdong...meriah..and since aku & K.Ina dah pernah sampai sini dulu, jadi lebih mudah untuk cari barang yang hendak dibeli di sini. Masing2 pun dah ready dengan list barang yang hendak dibeli jadi tinggal lagi nak cari jer la...hehe..
Tengok mulut Dee tu...punyalah muncung..entah apa la yang dia nampak tuh! :P
Sesaknyalah Namdaemun Market ni sampai nak jalan pun susah tapi best sebab macam2 ada kat sini. Kalau pandai cari, boleh beli barang yang sama dengan harga yang lebih murah. Sebab peniaga kat sini ada juga yang tak jujurnya. Bila nampak pelancong asing macam kita ni, dan2 letak harga barang tu tinggi dari sepatutnya. Mentang2 la kita x faham sangat bahasa diorang kan?.. 2nd timer dah pandai sket bila shopping kat sini..hehe.. :)
Bila dah banyak barang yang dibeli dan cuaca juga makin sejuk, makanya dah susah nak ambil gambar...so dah xde gambar kami kat Namdaemun Market ni. Since masih awal, kami decide nak ke Insadong pula sebab Dee nak beli barang cenderahati dan kat Insadong ada banyak lagi pilihan barang cenderahati dan harganya lagi murah dari kat Namdaemun Market. Oleh kerana masing2 berat dengan barang2 yang dibeli, kami balik ke hostel dulu untuk hantar barang, makan & solat terlebih dahulu sebelum ke Insadong.
On the way nak balik dari Namdaemun Market, jumpa pula dengan kedai kebab yang dijual oleh orang Iraq...lamanya x makan ayam...hehe..kami beli kebab ayam special bawa balik...sedap! :)
Insadong
Di Insadong, kami sangkut pulak kat kedai beg 10000 won nih... Dee beli 2 handbag, aku beli 1 handbag untuk mak aku (@ mak Dee juga) & K.Ina pun beli 1 handbag..haha..giler.. dan beli barang2 cenderahati (top-up mana yang masih belum cukup)...
Pukul 6.30 petang Insadong dah gelap. Kedai banyak yang dah tutup...orang pun dah kurang..dan sejuk sangat2...walau dah pakai sarung tangan pun, jari masih lagi rasa kebas...
Sapa nampak Dee angkat tangan! hehe...Dee jalan laju2 cari 2-3 barang lagi sebelum semua kedai tutup..Aku & K.Ina ikut jer dia dari belakang.. :)
Hongdae Street
Lepas beli barang di Insadong, kami bertolak balik ke Hongdae dan since malam ni malam terakhir berada di kota Seoul, kami mengambil kesempatan untuk ronda Hongdae Street pula sekali lagi sebelum balik ke hostel. Sesampainya di Hongdae Street kami makan malam dulu di kedai yang pernah kami singgah hari tu...tiga2 orang makan Noodle in Anchovy Soup.. :)
Dan kemudiannya ronda2 lagi...ronda punya ronda, pastu Dee insist nak belanja kami minum kopi pulak....hehe...thanks Dee.. :)
Aku pulak sebab x biasa minum kopi kat coffee shop ni, order la air kopi jenis apa ntah namanya...hehe..pastu sampai2 jer minuman yang diorder, punyalah kecik cawan kopi aku tuh...dah pulak buihnya setengah dari cawan tu...sikit giler air kopi dia, 2 kali teguk dah abis...haha...Dee & K.Ina bantai gelak kat aku...pastu diorang pakat bagi air diorang sorang sikit kat aku...isi balik cawan kecik aku tuh...hahaha...lawak bila diingat2.. :P
Lepas minum kopi yang panas dan menyegarkan tu (ewah!), kami sambung ronda lagi. Dee si shopaholic tu ada lagi benda yang dia nak beli...haha...ikutkan jer...kang dia sentap lagi susah...hehe...lagipun Hongdae Street malam weekdays taklah sesibuk malam weekend so senang nak jalan dan lebih senang nak beli barang...pastu jumpa bangunan ni...kata si Dee, bangunan ni dipanggil 'Butterfly'...
K.Ina yang sibuk nak bergambar gak dengan bangunan 'Butterfly' nih... :P
Lepas habis ronda dan dah tak tahan sejuk, kami pun jalan kaki balik ke hostel. Suhu masa tu 2 darjah celcius..patutlah sejuk sangat...balik hostel kemas barang pulak...pukul 2.30 pagi barulah selesai kemas barang...pastu tengok ramalan kaji cuaca yang malam ni light snow akan turun katanya...dah tu masing2 berangan nak tunggu nak tengok salji...haha..tapi menjelang pukul 3 pagi, x nampak pun saljinya...mata pun dah x boleh tahan...semua tido x sedar diri akhirnya...haha... :P
Beg kami yang dah siap berkemas.. :)
Selesai aktiviti hari ke-6 :)
2 comments:
salam, boleh tak recommend kedai makeup mana yang murah kat myeongdong?
Anon: wsalam...kat Myeongdong terlalu banyak kedai skin care dan harganya mengikut jenama tertentu. Saya cadangkan awak masuk 2-3 kedai yang sama contohnya The Face Shop dan cuba bandingkan harga..tapi yang paling best, tiap kali beli barang x kira banyak atau sikit, awak akan dapat free gift. Lagi banyak beli, lagi banyak free gift yang akan diberikan.. :)
Post a Comment