Be My Friend :)

12 April 2012

#28: Trip ke Singapore

Lepas 3 hari balik dari interview di Putrajaya, aku ke Johor & Singapore pula mengikut trip yang dianjurkan oleh ofis aku. Walaupun boleh memilih sama ada nak ke Pulau Langkawi atau Pulau Pangkor atau ke Phuket/Krabi ataupun trip memancing, aku lebih berminat nak ke Singapura. Maka bertolaklah kami dari Penang menaiki kapal terbang Air Asia ke Johor Bahru dan dijemput oleh tour bus sesampainya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Bas itu kemudiannya membawa kami ke Johor Premium Outlets sebelum menghantar kami terus ke hotel di Johor Bahru. Malamnya, kami hanya berpusing di sekitar Johor Bahru dan hanya masuk ke Singapura dengan tour bus tersebut pada hari esoknya (Sabtu & Ahad). Oleh kerana semuanya mengikut plan yang dirancang oleh ajk yang bertanggungjawab, maka xde apa sangat yang nak diceritakan..so jom tengok gambar2.. :)

Kat airport Bayan Lepas with officemates


Sekitar Johor Premium Outlets
Sabtu kami ke Universal Studios Singapore..seharian di situ..eloklah pun..orang punyalah ramai sampai nak jalan pun susah. Cuaca pulak panas...dah pulak, nak masuk satu2 theme park tu kena beratur punyalah panjang dan lama giler..beratur nak tengok Transformers jer dah 2 jam..fuhh...mujur best.. :) 


 
beratur nak tengok transformers
beratur lagi..huhu
 
partner jalan2 @ k.ina :)
lagi gambar2 di USS:









Kesimpulannya..letih ya amat pergi USS ni. Kalau bawak anak aku kat sini, mau dia bebai..hehe..sebab kawasan dia luas so kena jalan banyak, pastu sesak, panas, kena beratur panjang2 & barang2 yang dijual pun sangat mahal. Pukul 7 petang kami bergerak pulang ke pangkal jalan..hehe..balik ke hotel kami di Johor Bahru..Ahad kami masuk ke Singapore lagi tapi memandangkan masa terhad, kami cuma sempat makan tengahari, shopping ala kadar & ke Merlion Park sahaja sebelum tour bus menghantar kami semula ke Senai Internationl Airport untuk balik ke Penang.. itulah 2 hari trip ke Singapore aku.. :) sekian..  


Inilah Merlion (Mermaid + Lion)

No comments: