Be My Friend :)

22 March 2012

#15: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 5

Untuk ke COEX Mall kami perlu menaiki subway Line 4 untuk ke Sadang Station dan seterusnya bertukar ke subway Line 2 untuk ke Samseong Station di mana terletaknya COEX Mall. Tujuan utama kami ke COEX Mall ini bukanlah kerana hendak bershopping sementelah kami masih di hari pertama berada di Seoul tetapi kerana kami mahu ke COEX Aquarium yang terdapat di dalam COEX Mall tersebut yakni destinasi terakhir kami di hari pertama ini. Konsep COEX Aquarium ini lebih kurang sama dengan Aquaria KLCC kalau di Malaysia.

Sampai sahaja di COEX Mall, kesan dari berada di dalam kapal terbang lebih 7 jam sebelumnya dan tanpa tidur & rehat yang mencukupi di mana kami hanya tidur lebih kurang sejam sahaja semasa berada di dalam kapal terbang sudah pun menunjukkan kesan yang jelas. Kami berdua sudah keletihan. Apatah lagi seharian menaiki subway memaksa kami banyak turun naik tangga serta mendaki dan menuruni bukit menyebabkan kaki kami kekejangan. Suhu juga sudah semakin sejuk di mana pandangan juga sudah semakin tidak jelas akibat berkabus. Namun untuk mengalah tidak sama sekali kerana kami perlu menyudahkan jadual yang telah dirancang dari awal kerana jadual untuk hari esok pastinya akan lebih padat.




COEX Mall dari luar
Dari pintu utama COEX Mall nak ke Aquarium yang terletak di tingkat bawah, kami perlu menyusuri deretan kedai2 di dalam kompleks membeli belah tersebut. Oleh kerana kaki kami seolah2 sudah enggan berkerjasama dengan kami, maka terpaksalah kami berjalan secara perlahan-lahan sambil melihat signboard di mana terletaknya Aquarium terbabit. Puas berpusing-pusing tanpa mengetahui kedudukan sebenar Aquarium tersebut, kami akhirnya mengalah dan mengambil keputusan untuk bertanya kepada pengawal keselamatan yang berdiri berhampiran dengan kami. Pada mulanya agak sukar juga hendak menerangkan tujuan kami namun ternyata perkataan 'Aquarium' sudah berjaya membuatkan beliau mengetahui makna soalan kami. Setelah mendapat tunjuk arah hasil dari campuran bahasa Inggeris + bahasa Korea, kami sudah dapat mengagak kedudukan Aquarium tersebut. Tanpa berlengah, percarian kami diteruskan dan akhirnya kami berjaya menemui pintu masuk ke Aquarium tersebut. Bayaran masuk ke Aquarium ini ialah sebanyak 17,500 won seorang (RM52.50).   







lagi gambar:






Kawasan di dalam Aquarium ini sangat luas sehingga kami merasakan bahawa kaki kami yang sudah sedia sakit bagaikan hendak tercabut...haha..maka banyak antara kolam2 yang terpaksa kami skip untuk cepat sampai ke pintu keluar..hehe... Setelah memaksa diri berjalan sehingga ke pintu keluar, kami terpaksa memaksa diri juga berjalan hingga ke pintu utama COEX Mall untuk kembali ke Samseong Station sebelum mengambil subway Line 2 untuk balik ke Kkachisan Station. Terasa jauhnya dari Aquarium ke pintu COEX Mall bagaikan 10 km jaraknya. Namun segala keletihan & kesakitan terpaksa kami lupakan sehingga kami selamat sampai di Kkachisan Station dan mengambil backpack kami masing2 sebelum mencari hotel yang telah kami booking dari awal.

Mencari hotel juga pada mulanya agak sukar kerana kawasan berhampiran dengan hotel yang kami cari sudah mulai gelap walaupun pada waktu itu baru pukul 6.30 petang waktu Korea. Namun setelah berpusing-pusing di tempat yang sama beberapa kali dan bertanya kepada warga Korea beberapa kali, kami akhirnya dapat menemui hotel yang dicari yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari Exit #3, Kkachisan Station.

Hotel tempat kami menginap
 
Suasana malam di sekitar kawasan hotel
Dan seakan2 mengetahui bahawa kami sudah kehabisan tenaga, urusan check in di hotel ini sangat mudah dan cepat. Tidak sampai 5 minit, kami sudahpun sampai di bilik kami. 





Bilik yang agak selesa. TV besar di hadapan katil king size dan tv sederhana besar di dalam bilik air, 2 buah komputer yang turut boleh dilayari dengan perkhidmatan wifi percuma, dilengkapi dengan heater & aircond, peti ais mini yang turut dimuatkan dengan beberapa tin air pelbagai jenis yang diberi percuma seperti air kopi, jus, energy drink & air carbonat, mesin untuk membuat air panas atau sejuk serta gel mandian dan shampoo & hair conditioner bersaiz jumbo di dalam bilik air. Usai membersihkan diri, solat dan makan malam dengan maggi cup yang dibawa, kami kemudiannya menutup tirai mata dengan mudahnya. Safe & sound.. :) malam pertama kami di Seoul, Korea.       

8 comments:

Naja said...

Rinie, bestnya.. tercapai gak impian hang menjejak kaki di bumi Korea :)

marstories said...

naja:..yer..alhamdulillah..antara kenangan terindah dalam hidup.. :)

umieliza said...

Rini....bestnya impian tcapai..jelesin weh

marstories said...

umie: yer...impian aku tercapai..hehe..alhamdulillah...

Unknown said...

slm,tmpg tya,hotel ape y akak duk?

marstories said...

Wsalam mazura..boleh..Mate Tourist Hotel namanya..

Myra said...

Salam, tumpang baca blog, plan nak Pegi Nov nie, but still xbooked hotel lg,brape harga tuk 1mlm kat Mate Hotel ni?

marstories said...

Myra: xtau pulak harga semlm berapa sbb saya amik pakej MAS so dah masuk sekali dgn flight tickets..try check kat www.booking.com..boleh compare harga bilik hotel & senang nak booking juga + xyah bayar online pun, bayar masa check in kat hotel tu nanti.. ;-)