Be My Friend :)

31 December 2014

#86: My 2014

Salam... :)

Last entry for this year! Esok dah tahun baru kan? Cepat jer masa berlalu...ker xde la cepat sangat? hehe..Anyway..2014 bagi aku meninggalkan pelbagai kisah suka dan duka seperti juga peristiwa di tahun ini yang banyak meninggalkan kesan pada kita semua seperti tragedi pesawat MAS MH370 & MH017 serta pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 baru-baru ini serta kisah banjir di negara kita. Moga Allah permudahkan segalanya...insyaAllah...

Untuk recap, aktiviti aku untuk tahun 2014 adalah seperti berikut:



Trip to Bandung, Indonesia dari 29 Januari 2014 hingga 2 Februari 2014. Trip pembuka tahun 2014. Pergi bersama mak aku & adik2 (Dee & E) :)


Trip to Busan, South Korea dari 3 April 2014 hingga 7 April 2014. Explore musim bunga di Busan dengan Kak Ina. 


Trip to Kuching, Sarawak dari 25 April 2014 hingga 28 April 2014. Ini trip ofis so pergi dengan kawan2 sekerja. 


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diterima pada 29 April 2014 di Hotel Gurney, Pulau Pinang. Antara moment yang terindah sepanjang perkhidmatan 15 tahun dalam Perkhidmatan Awam. Alhamdulillah.


Trip to Medan, Indonesia dari 26 November 2014 hingga 29 November 2014. Family trip yang disertai oleh 9 orang anak beranak...hehe..trip penutup tahun ini...

Itu jer kot..hehe..and for next year yang bermula esok, ada beberapa planning yang masih dalam peringkat planning dan satu trip pembuka 2015 akan berlangsung minggu depan. Trip ni x planning...tetiba jer..hehe..anyway..itu kita cerita nanti la yer...lastly, Selamat Baru Tahun 2015 yer semua! Moga 2015 memberi sinar dan harapan baru pada kita semua...insyaAllah...


Aku: Oh yer, aku dah jumpa balik kain batik Sarawak yang aku sangka aku dah buang dalam entry terdahulu.. :) kalau ada rezeki, mesti jumpa balik kan?...alhamdulillah...

24 December 2014

#85: Trip to Medan, Indonesia - Part 3

Salam... :)

Last part of Trip to Medan, Indonesia. Lepas ni aku nak buat rangkuman 2014 pulak as the last entry for this year (kalau rajin la..hehe..)

Seperti biasa, hari ni pun lepas breakfast kami pun keluarlah dari hotel. Plan hari ni dimulakan dengan Pajak Sambas. Makanya kami naik la betor ke sana. Dah cakap dah nak pergi Pajak Sambas. Tapi ntah kat mana geng betor ni bawak kami. Kedai mana ntah yang jual macam2 barang jugaklah. 


Aku x tau nama kedai ni tapi kedai ni ada jual macam2 pakaian, kain sulam, telekung, jubah, kain batik & kain pelekat. Tapi kalau dibandingkan dengan barang yang dijual kat Pajak Ikan, kat sini jauhhhh lagi mahal. Contohnya kain pasang sulam. Kat sini kain pasang sulam yang sama jenis yang aku tengok kat Pajak Ikan hari tu harganya Rp300,000 sedangkan kat Pajak Ikan baru Rp170,000. Beza banyak kan?

Dek kerana semuanya mahal2, sudahnya kami cuma beli kain batik jer kat sini. Itupun xde la murah sangat. Tapi sebab dah datang sini, beli jugaklah kan.

Dari situ, kami naik betor yang sama untuk ke Pasar Petisah. Tambang betor untuk dua tempat ni ialah Rp50,000 satu betor. Macam bazar la pasar ni. Ada jual macam2 jenis pakaian. Gambar xde sebab malas nak amik gambar..huhu..kat sini kami cari baju nak pakai untuk kenduri adik lelaki aku kat Setiawan tu. Tapi 2-3 orang jer dapat baju yang dicari. Yang lain beli kat Malaysia. Dah penat ronda2, makanya semua pun dah lapar sebab dah tengahari. Dee cadang kami pegi makan nasi padang. Maka dari Pasar Petisah, kami naik angkutan kota (van) ke Restoran Nasi Padang Garuda. Tambang satu van tu Rp100,000.



Tu antara menu di Restoran Nasi Padang Garuda tu. Ada berpuluh2 lauk untuk dipilih. Tapi xdelah kami ambil semua. More than a half kami letak kat meja sebelah yang kosong termasuk desert dia iaitu puding coklat. Desert buah-buahan potong, kami makan. Sedap tapi mahal. Haruslah mahal kan sebab restoran Garuda ni restoran famous. Untuk 9 orang makan, bil kami Rp750,000. Fuhh...mujur kongsi2 bayar...

Dari Restoran Garuda tu, kami naik angkutan kota yang sama yang hantar kami ke restoran tu sebab susah nak dapat transport dan driver angkutan kota tu pun ada bagi no telefon dia pada kami. Kami ke Medan Mall lagi untuk ke Pasar Sentral yang terletak bersebelahan dengan Medan Mall tu. Kali ni, driver angkutan kota tu dah tau kami dari Malaysia dan nak tau dia charge berapa untuk tambang dari Restoran Garuda ke Medan Mall yang xde la jauh sangat tu? Tambangnya Rp500,000!!

Gila! x berbaloi sebab masih dalam kawasan bandar Medan. 3 kali kami tanya harga tambang. Rupanya kami memang x salah dengar. Memang dia cakap Rp500,000. Nak tak nak, bayar jugaklah sebab dah sampai pun Medan Mall. Lari bajet kami di situ. Bengang!

Di Pasar Sentral, kami beli baju tshirt Medan. Tapi aku tak beli pun. I don't love Medan, so no need to buy tshirt 'I Love Medan' pun kan. Aku masih bengang dengan angkutan kota yang over charged tadi tu. Sekejap jer di Pasar Sentral, kami masuk ke Medan Mall untuk minum2 menyejukkan hati. Dee sambung shopping kat Supermarket Matahari dalam Medan Mall tu.

Lepas dah rehat sekejap, kami decide nak ke Pajak Ikan sekali lagi untuk membeli kain pasang sulam lagi sebelum balik ke hotel. Pajak Ikan ni, pukul 5 petang dah tutup. Maka bergeraklah kami menaiki betor ke sana. Tambang Rp30,000. 

Elok dah sampai kat Pajak Ikan, maka aku hulurlah tambang Rp30,000 kat driver betor yang aku naik (kami naik 3 betor semuanya). Sekali driver betor tu cakap 'mana cukup ni bu..tambangnya Rp60,000. Aik!! tadi kat Rp30,000 jer tambang kan? Dia kata sebab aku naik berdua, maka tambangnya jadi Rp60,000! Dia kira per person bukan per betor! Ni lagi gila! Sepanjang aku naik betor dalam 3 hari kat Medan ni, belum pernah betor dikira satu kepala. Semua dikira tambang satu betor tau!

Aku cakaplah, mana pulak. Semua betor yang saya naik tambang dikira satu betor bukan kira tambang satu orang! Dia x puas hati. Tiga2 betor dah berpakat nak kira tambang ikut per orang! Memang bengang! sudahnya suami Dee bayar jer satu betor Rp50,000 sebab malas dah nak bergaduh kat tempat orang. Kang jadi lain kan. Maka lepas bayar tambang, kami semua masuk Pajak Ikan sambil maki2 dalam hati!. Dahlah makan mahal sampai Rp750,000 pastu tambang angkutan kota dah kena Rp500,000...ni naik betor pun kena tipu lagi sampai Rp50,000 untuk jarak yang x berapa jauh pun. That's it! serik dah aku pegi Medan ni!

Mujur dalam Pajak Ikan kami jumpa satu kedai kain pasang sulam yang banyak pilihan & murah2 juga harga kainnya. Kedai pun sejuk ada aircond & kipas dan kami diberi kerusi kecil sorang satu untuk duduk sambil memilih kain. Settle beli kain pasang sulam kat sini, kami pun baliklah ke hotel. Kedai2 dalam Pajak Ikan pun semua dah start nak tutup kedai dah pun.

Nak balik ke hotel pun kami naik betor. Mula tu cuak jugaklah nak naik betor lagi. Kang dia kira per person lagi kan tambangnya. Takut kena tipu lagi. Pantang nampak orang Malaysia jer nak tipu. Macam la orang Malaysia yang pergi sana tu semua kaya raya kan? Tanya betul2 kat yang bawak betor tu..tambang kira satu betor ke satu orang? Diorang ada la 4-5 orang kat situ yang berkumpul lepak tunggu pelanggan. Diorang cakap tambang mmg sepatutnya dikira untuk satu betor. Bukan kira ikut berapa orang naik. Diorang kata, betor yang kami naik dari Medan Mall tu, betor luar yang suka tipu orang. Tambang dari Pajak Ikan ke hotel kami Rp20,000 aje satu betor. Padahal kalau nak kira jarak, dekat lagi jarak dari Medan Mall ke Pajak Ikan tau!

Sampai kat hotel, suruh Ani & Nureel bawak budak2 naik ke bilik dulu manakala aku, mak aku, Dee & husband Dee keluar lagi ke kedai kek Zulaikha untuk cari Bika Ambon untuk dibawa pulang. Katanya kalau dah ke Medan, tak sah kalau x beli bika ambon kan? Kami naik betor lagi ke sana sebab agak jauh juga dari hotel nak kedai kek tu. Tambang satu betor untuk pergi balik ialah Rp50,000. Settle beli bika ambon, balik ke hotel dan mulalah mengemas barang2 ke dalam beg. Esoknya pagi2 lagi kena bertolak untuk ke airport dah.

 Ready to go home

Hari Keempat di Medan, lepas breakfast, kami bertolak ke airport dengan menaiki free airport shuttle yang disediakan oleh pihak hotel. Dah bayar sesiap charge Rp200,000 yang dikenakan untuk 2 orang kanak2 dewasa dalam group kami tu. Pukul 9.30 pagi dah bertolak dari hotel sebab takut jalan jem. Flight Dee berlepas pada pukul 1.30 ptg ke KL. Manakala flight aku yang sepatutnya berlepas pada jam 2.25 petang ke Penang delayed ke jam 3.10 petang. Masa check in kat kaunter, bayar Rp200,000 seorang untuk airport tax. Group Penang selamat sampai pada jam 5.05 petang manakala Group KL selamat sampai pada jam 3.30 petang. Alhamdulillah.

Pada aku, xdelah best sangat Medan ni. Cumanya bearable sebab pergi dengan family kot. Mungkin pengalaman orang lain best, tak macam aku pun kan. Tapi pada aku, cukuplah. Next time xmo dah pergi sini. Pergi tempat lain pulak...insyaAllah.

Aku: Bika ambon tu bukan my cup of tea...bolehlah..

18 December 2014

#84: Trip to Medan, Indonesia (Part 2)

Salam... :)

Lamanya nak sambung balik part 2 kan? ke xyah sambung? hahaha...aku kemalasan plus kesibukan dengan kenduri kawin adik lelaki aku. Yang nak kawin tu adik, tapi kakak2 dia yang haru biru 2 minggu sebab dia. But takmolah elaborate kenapa kan. Anyway......kenduri sebelah pihak perempuan di Setiawan dah pun selamat berlangsung pada 12 Disember (nikah) & 13 Disember (kenduri) yang lalu. Kenduri sebelah pihak lelaki mungkin akan dibuat pada tahun hadapan (kalau ada bajet) :P

Lepas habis kenduri di rumah pihak perempuan, sempatlah kami si rombongan pihak lelaki ni pusing2 Lumut sambil beli ikan bilis dan kemudiannya lepak mandi laut kat Teluk Batik. Dah dekat dah kan...

7 pasang pengantin baru tengah tunggu turn untuk dinikahkan dengan pasangan masing2

 Rombongan pihak pengantin lelaki...kak long (tuan blog) telah dipaksa oleh emaknya untuk membawa tepak sirih :P

 Pengantin lelaki (no. 5) diapit oleh kakaknya yang no. 3 (kiri) & kakak no. 4 (kanan)

Pengantin perempuan pulak diapit oleh dua orang kakak iparnya
  
Gambar lain ada dalam kamera tapi aku malas nak transfer lagi dalam pc. Tengok la bila rajin nanti..hahah...

Oklah...jom sambung citer Trip to Medan (part 2):

Hari kedua di Medan, kami keluar ke Pajak Ikan dengan menaiki Betor (beca motor) dari hotel setelah semuanya selesai menikmati sarapan pagi. Adik2 aku semua makan breakfast yang disediakan oleh pihak hotel manakala aku, Nasrin dan mak aku, bersarapan ala kadar dalam bilik jer dengan bekalan yang dibawa (ada roti, maggi & biskut). Naik betor dari hotel Rp20,000 sahaja tapi mak aku x perasan dia bagi duit Rp50,000 kat pemandu betor tu dan bakinya tidak dikembalikan. Kira burn la lagi Rp30,000 tu...huhu..

Gambar kat Pajak Ikan aku x ambil. Malas nak keluarkan hp atau kamera dari dalam beg sebab sibuk pegang anak Dee & anak sendiri (Nasrin). Dah tu, kalut nak mengelak penjual barang2 cenderahati yang sibuk mengikut lagi. Kat Pajak Ikan ni, yang dicari ialah kain pasang sulam. Ada a few pasang jugalah aku beli untuk diri sendiri dan kawan2 yang mengirim. Tapi harga kain pasang sulam kat sini lebih mahal dari yang dijual di Bandung. 

Selepas habis berjalan dari lorong ke lorong dalam Pajak Ikan ni, kami pun bergerak pula ke Sun Plaza dengan menaiki betor juga. Tambang satu betor Rp25,000. Kami makan tengahari di Sun Plaza ni iaitu di Restoran Texas Chicken. Bawak budak2, kalau ada nasi lauk ayam goreng memang laku la kan? Lepas makan, ronda2 kejap dalam Sun Plaza..cuci2 mata.

 Nureel (No.6), Dee (No. 2), Yaya (anak Dee), Nasrin & Min (anak Dee)

 Sepupu...berebut 2 beradik ni jalan nak pegang tangan Kak Long Nasrinnya :)

 Kena paksa ambil gambar tepi pokok krismas oren :P

My Mom with anak perempuan bongsunya :P

Lepas ronda2 kat Sun Plaza, kami bergerak pula ke Medan Mall. Naik betor juga...Rp25,000. 


Medan Mall ni ada 4 tingkat. Sibuk tapi bersih dan xde orang mengikut kita soh beli macam2. Masa aku pergi ni, Supermarket Matahari dalam mall tu tengah buat sales hujung tahun. Beli 2 gratis 1..means, beli 2 percuma 1 so kami ambil kesempatan beli baju, kasut, seluar & handbag dalam Medan Mall ni.

Sebelum balik, kami bungkus set nasi & ayam kfc untuk dinner

Dari medan mall, kami balik ke hotel dengan menaiki Angkutan Kota (van). Muat semua 9 orang kami dalam satu van tu. Tambangnya Rp80,000 satu van. Maka settle cerita di hari kedua....sambung...  

Aku: Betor tu tempat duduknya punyalah kecil. Duduk 2 orang pun rasa sendat gila!

03 December 2014

#83: Trip to Medan, Indonesia

Salam... :)

Sebab hari ni boring xde benda nak buat atau fikir, jom la cerita pasal trip to Medan...hehe..semacam jer kan? x best ke pegi Medan? jom la cerita...

Aku pergi Medan hari Rabu lepas (25/11) sampailah hari Sabtu (29/11). 4 hari jer kat sana, 2 hari jer jalan kat bandar (Bandara) Medan sebab 1 hari kira hari pergi & 1 lagi hari balik. Ini family trip yang disertai oleh 2 group. Group aku terbang dari Penang terdiri daripada aku, Nasrin, Mak aku & adik aku perempuan aku Nureel. Satu lagi group terbang dari KL terdiri daripada adik aku Di, husband dia (An), 2 orang anak dia (Min & Yaya) & adik ipar Di (Ani). So semua sekali 9 orang.

Rabu tu flight from Penang berlepas seperti dalam jadual iaitu pkl 6.30 ptg dan selamat sampai di Kualanamu International Airport, Medan pukul 6.20 ptg (waktu Medan). Patutnya flight group Di dari KL berlepas pukul 5.30 ptg dan mereka perlu menunggu kami di airport sebelum ke hotel tapi flight diorang delay 2 kali sehingga akhirnya berlepas pada jam 8.00 mlm. Flight diorang tiba pada pukul 8.10 mlm waktu Medan tapi dek kerana tidak mengisi borang ketibaan di dalam flight, diorang terpaksa mengisinya sebelum ke kaunter Imigresen Medan dan akhirnya keluar ke arrival hall pada jam 9.00 mlm. Kami yang menunggu ni dah cramp kaki dibuatnya!

Dari airport, kami menaiki free shuttle yang disediakan oleh pihak hotel iaitu Hotel Soechi International. Aku booking dan bayar harga bilik melalui Booking.com. Perjalanan dari airport ke hotel memakan masa hampir 1 jam. Menurut supir (driver), kalau jalan jammed (macet), perjalanan mungkin memakan masa sehingga 2 jam. Mujur malam tu jalan tak jammed walau banyak kenderaan di jalan raya.

Sampai di hotel dah 10.00 malam... kami kepenatan dan urusan di kaunter check in lebih menambahkan penat yang sedia ada. Kami book 3 bilik untuk 6 orang dewasa & 3 orang kanak2 dan bayaran telah dibuat secara online. Tapi kat sana, rupanya masih perlu membayar Rp800,000 untuk deposit bilik & Rp200,000 untuk airport shuttle untuk 2 orang kanak2 yang melebihi umur 5 tahun dan telah dikira sebagai dewasa (Nasrin 11 tahun, Min 7 tahun). Hanya Yaya sahaja dikira sebagai kanak2 sebab dia umur 4 tahun. Dan polisi hotel, 1 bilik standard = 2 penginap dewasa sahaja. Maknanya 3 bilik = 6 penginap dewasa sahaja. Memang group kami 6 orang dewasa tapi oleh kerana Nasrin + Min telah dikira sebagai dewasa juga, maknanya dah terlebih 2 orang 'dewasa' untuk 3 bilik maka, free shuttle tidak dikira untuk 2 orang 'dewasa' yang terlebih itu tadi. Itu yang kena charge Rp200,000 iaitu Rp100,000 seorang untuk sehala. Untuk balik, kena bayar lagi Rp200,000!

Masuk bilik pun belum, dah kena bayar Rp1 juta. Pastu lagi satu yang menyakitkan hati ialah perangai supir aka driver shuttle hotel tu sendiri. Sebenarnya dari airport lagi dia dah bising2 kat aku untuk tambah 2 extra bed untuk 2 orang kanak2 dewasa tu. Katanya, aku memang WAJIB kena tambah extra bed sebab 2 orang budak tu dikira sebagai dewasa. Tak boleh tak tambah katanya. Aku diam jer sampai ke hotel. 

Kat kaunter, dia bising2 lagi kat aku. Sudahnya aku tanya kat petugas kaunter tu, kalau aku taknak tambah extra bed tak boleh ke? Sbb anak2 Di walaupun 2 orang, kecik2 kurus kering jer diorang tu. So boleh jer share katil dengan parent diorang kan? Anak aku pun boleh share katil dengan aku sebab aku ambil 2 katil super single untuk semua tiga2 bilik. So it won't be a problem kalau share katil pun. Petugas kaunter tu cakap, boleh jer kalau xmo tambah extra bed. Cuma diorang bagi cadangan untuk bagi keselesaan kat aku. Kalau xmo, xyah tambah dah. Hah! boleh pun...xde la WAJIB pun! So aku cakap, aku takmo tambah dah apa2 sebab extra bed = extra charge. Diorang cakap OK! dan settle la bab tu kat kaunter. Tapi rupanya belum settle kat supir aka driver tu tadi. Dia cakap apa ntah kat petugas kaunter tu dengan muka x puas hati. Masih nak paksa aku ambil extra bed kaedahnya. Lantaklah..aku ajak mak & adik2 aku naik ke bilik. Itupun 2 bilik jer dah ready. Lagi 1 bilik dapat lepas setengah jam kemudian.

Bilik hotel besar & selesa. Ada 2 katil super single. So xde problem nak share tidur dengan Nasrin pun. Mak aku stay dengan aku, Di sefamily 1 bilik, Nureel + Ani 1 bilik. Semua dapat bilik di tingkat berbeza, Di di tingkat 9, aku kat tingkat 10 & Nureel kat tingkat 11. Hotel besar tapi aku x suka lif hotel ni. Nak pegi bilik, kena slot kad bilik kat dalam lif tu dan lif tu akan berhenti kat tingkat berapa bilik kita jer. Means, macam aku yang biliknya kat tingkat 10, aku cuma boleh pergi tingkat 10 dan turun lobi jer. Kalau nak pergi ke bilik adik2 aku kat tingkat 9 atau tingkat 11, aku kenalah naik atau turun tangga dari tingkat 10. Gila kan? Dahlah tangga dia menakutkan. Huh! hari pertama pun dah buat aku rasa macam nak balik Malaysia balik...huhu... 

...bersambung  

p/s: gambar hotel aku x amik...xde hati..

20 November 2014

#82: Terbuangkah?

Salam... :)


Bangun tidur hari ni, tetiba teringat kain batik sarawak yang aku beli masa pergi Kuching hari tu. Aku punya yang warna pink tu. Mana ntah aku letak. Ke dah terbuang sekali dengan sampah2 masa aku kemas bilik aku 2 bulan sudah? Aku ni fesyennya kalau mengemas, habis semua benda aku buang sekali. Huwaa...satu kerja pulak pagi tadi sambil bersiap nak pergi kerja, sambil cari kain batik tu. Memang rasa macam dah terbuang la...tapi x dapat nak terima kenyataan...dalam hati masih pujuk diri sendiri "eh tak..tak buang..mesti ada simpan kat mana2 ni"..gitu...

Sudahnya, dari pagi tadi x keruan. Asyik la teringat. Pastu sampai2 ofis, cari kat ofis juga. Dengan harapan, kot2 terbawa ke ofis pastu terlupa. Memang x la..xde kat ofis pun. Tapi sebab nak cari kat rumah tadi x sempat, terus cari kat ofis pulak...hahaha..ngok ngek! Sahih balik kerja kang aku selongkar cari lagi sampai aku penat...huhu...xperlah...kalau ada rezeki mesti jumpa kan?  

Oh..seperti yang diberitahu dalam entry terdahulu, last 2 weeks aku pergi kursus kat Langkawi. Penat giler. Pastu seminggu lepas tu aku pergi kerja jalan macam robot. Sakit kaki! Tambah2 bila nak turun naik tangga. Seksanya! Penangan dari aktiviti kursus + misi shopping kat sana la tu. Dengan backpack berat macam batu waktu balik tu...dengan orang yang berduyun2 berebut nak naik feri...dengan sesaknya masa nak keluar dari feri...Oh mai! boleh insaf dibuatnya! waktu tu la...hahaha... :P

Aku xde shopping banyak pun. Beli cekelat sikit, beli mangkuk sikit...jadi la..bajet pun kureng kan...padahal kalau x pergi Langkawi tu, hari2 biasa tu xde rasa pulak nak beli cekelat...hahaha...tapi macam pelik la kalau pergi Langkawi x beli cekelat kan? so beli la...xde la pelik dari orang...:P

Next weeks nak pergi family trip dah! yeay!! permohonan ke luar negara pun dah lulus, cuti dah apply, duit dah tukar, itinerary dah print dan dah check in flight sesiap dah.. :) counting days...lalala...nanti kita cerita lagi yer... :)

04 November 2014

#81: Teringat Trip Jepun

Salam... :)

Dah masuk bulan 11 kan? Kejap jer masa berlalu. Rasa macam baru jer naik keretapi kat Tokyo. Sedar2 dah setahun pun tinggalkan Tokyo...rasa nak pergi Tokyo lagi..tapi bajet xde..mahal serba serbi kat Tokyo tu..tiket flight mahal..hotel mahal..makanan mahal..cenderahati mahal...fuhh...jenuh la nak menabung semula...hehe...(kemain intro)..haha...

Cerita pasal kenangan kat Tokyo tahun lepas, ada benda yang aku x ceritakan. Takut korang x percaya. Tapi xpelah kalau x percaya pun. Bukan dapat apa pun kan?...haha...jom la cerita...

Ceritanya begini...kalau korang baca cerita trip Tokyo aku hari tu, mesti korang perasan aku ada cerita pasal pengalaman salah naik keretapi laju (Narita Express @ N'EX) dari Narita Airport nak ke Tokyo Station. Kami naik keretapi yang betul tapi pada masa yang salah. Korang boleh flashback kat SINI

Kami sebenarnya duduk di tempat duduk mamat ni & the gang:

 Jun Matsumoto
 Kumpulan Arashi

Kalau korang peminat artis Jepun, mesti kenal diorang ni kan? Dalam kumpulan Arashi, aku cuma kenal Jun sebab dia pelakon. Masa tu dalam group dia ada la 7-8 orang. Mungkin termasuk pengurus & pa diorang kot. Punyalah garang pengurus dia. Dengan muka bengis suruh kami blah dari kerusi yang sedang kami duduk.

Masa tu tengah panik. Jadi aku tak ingat itu kumpulan Arashi. Yang aku tahu, macam familiar jer muka Jun tu. Dia la tolong check tiket segala. Banding dengan tiket dia. Itupun dia cakap Jepun dengan K.Ina. Mujur K.Ina tahu sikit2 dan ingat nak cakap macam mana. Diaorang ni haram x tau bahasa Inggeris langsung. Ke diorang tau tapi xnak cakap bahasa Inggeris langsung pun boleh jadi jugak kan?...tapi yang tolong beria ialah si Jun tu la. Sampai dia panggil pengawal (ke pengawas) keretapi untuk tolong kami. Last2 dia mintak pengawal tu bagi kami duduk kat seat bahagian belakang sebab gerabak tu kosong banyak. Mujur. Tapi x logik la jugak nak suruh kami turun sebab keretapi tu sedang bergerak dengan sangat laju dan tak berhenti di stesen lain kecuali stesen Tokyo. N'EX ni memang laju giler. Tiket pun mahal giler...haha..yen3,020 sehala dari Narita Airport ke Tokyo Station...mahal kan?

Bila dah duduk kat seat belakang, barulah perasan itu kumpulan Arashi. Tapi xdelah excited bila tersedar jumpa dengan artis Jepun pun. Baru jer melepasi tahap panik yang kronik kan. Cuma sempatlah cakap 'arigato gozaimasu' + 'sumimasen' kat Jun sebelum kami bergerak ke seat belakang tu. Dia sorang jer yang baik dalam group dia. Yang lain macam nak telan jer kami. Lepas sampai kat stesen Tokyo pun kami nampak group Arashi ni lagi tapi kami jalan ke arah lain. Xmo bertembung..haha..

Itulah ceritanya...korang percaya tak nih? tak percaya pun takpe...xde hal. Aku cerita jer.

Bagi aku trip ke Tokyo lebih mencabar kalau nak dibandingkan dengan trip ke Korea. Sebab? Papan tanda dalam bahasa Inggeris sangat kurang. Pastu orang2 Jepun ni terlalu mencintai bahasa kebangsaan diorang. Sikit pun xnak cakap bahasa Inggeris. Macam seolah-olah kalau cakap bahasa Inggeris tu bermakna diorang x sayangkan negara diorang. Jadi nak tanya diorang apa2 punyalah payah. Jenuh tergeliat lidah cakap Jepun.

Mujurlah sekali jer tersilap naik keretapi. Selamat pergi sampai Karuizawa + Yokohama tanpa bertanya pada orang Jepun dah. Itulah pengalaman dan cabaran kan bila pergi trip sendiri. Xde tour guide, gamble jer la...pastu kena ingat, bukan semua orang atau semua tempat mesra pelancong. Maknanya bukan setiap orang yang kita tanya tu nak tolong kita. Ada yang nampak dari jauh dah paling muka ke arah lain sebab takut kita tanya kat diorang...gitu...

Weekend ni, aku ada kursus di Langkawi. Pergi 3 hari jer pun...pastu hujung bulan ada trip penutup untuk tahun ni. Tu jalan jauh sikit. Tapi xlah sejauh Korea ataupun Jepun. Itu nanti2 la kita cerita lagi yer...

Aku: to Mr. Jun Matsumoto, thank you for helping us! (bajet macam dia baca blog nih :-P) 

29 October 2014

#80: Looking For Anak Kucing Gebu - Part 2

Salam... :)

Macam ngengada pulak ada part 2 bagai...hahaha..ala...xperlah..dah anak kucing pun belum ditemui..jom la citer lagi selagi x jumpa...hahaha...



Punyalah excited sampai dah beli cat bed...haha...Akak beli online kat CatsnDogs.my hari Isnin hari tu. Hari ni dah sampai barangnya. Siap dapat free petster magazine lagi. Thank you CatsnDogs.my! Seriously, bila tengok website dia...rasa semua benda pun nak beli...hahaha..kucing pun belum ada!

Xde sapa pun email akak pasal anak kucing yer. Ke sebab xde orang pun baca blog akak ni? kesian... ataupun orang yang baca xde anak kucing nak jual/derma kat akak? xperlah...xde rezeki lagi la tu...kan?

Actually ada jugaklah akak pergi survey kat a few kedai binatang tapi malangnya, xde anak kucing yang dijual. Hamster, tikus makmal, ayam katik, ayam jambul, landak, ikan...ada la. Ha..pastu ada 1 kedai tu, ada jual seekor anak anjing yang cute sangat. Kesian dia dok lambai2 soh datang kat dia. Akak pun apa lagi...terus pergi kat dia. Tapi xde la pegang dia. Tengok jer la.. :P

Pagi tadi sempat mengendeng kat ex-officemate soh dia jual sekor anak kucing dia kat akak..hahah...dalam perut lagi anak kucing tu pun..belum keluar..dok pujuk2 dari awal..hahah...dia kata InsyaAllah..boleh...!yeay...rasa nak terbang ke langit punya la happy! :)

Adooi...terpaksalah korang baca entry akak yang ngokngek ni hari ni...iyelah..nak cerita pasal trip..belum pergi trip lagi..bulan depan nun...so ceritalah pasal new interest akak ni kan...hehe..& di akhiri dengan gambar akak masa pergi kursus kat hotel di Tanjung Bungah last week... :)

with Kak Ina

 Bawak si manja sorang nih...Nasrin..

27 October 2014

#79: Looking For Anak Kucing Gebu

Salam... :)

Sapa ada anak kucing gebu (+ comel) lebih untuk dijual/didermakan sila angkat tangan! hehe..macam la boleh nampak kan?! hahaha...

Sebenarnya macam ni...akak tetiba teringin nak bela kucing. Gila-gila punya teringin ni. So dalam 2-3 minggu ni asyiklah tengok gambar anak2 kucing gebu. Pening Mr. Hubby akak menengok peel akak yang agak pelik itu..hahaha...

But seriously, kalau korang ada anak kucing gebu yang lebih yang korang rasa nak jual (bajet akak rm200)/derma sila email akak yer kat rinie21@gmail.com. Lebih cun kalau korang tinggal kat area Penang supaya senang akak nak pergi ambil anak kucing tu. Akak janji akan beri sepenuh kasih sayang akak pada anak kucing korang tu...InsyaAllah...hehe :)


Gambar kat atas tu akak ambil dari iklan di Mudah.my. Memang dah bulat hati nak beli seekor anak kucing tu. Tapi apakan daya...owner dia kata dua2 anak kucing tu dah ada orang booking & dia lupa nak padam iklan tu dalam Mudah.my. Maka xde la rezeki akak kan...huhuhu...frust!..comel kan? geram tengok...

Anyway, please let me know kalau korang ada apa yang akak cari ni yer...thank you in advance... :)

Aku: dah beli a few barang keperluan anak kucing (semangatnya kan?) :P

15 October 2014

#78: 20 Perkara Tentang Saya

Salam... :)

Lama x update ek? xde benda nak cerita..haha..macam yang aku selalu cakap la...kalau x pergi trip..memang xde cerita nak cerita. Hari2 pun sama jer aktiviti. Kang aku asyik tunjuk aku masak apa, korang boring pulak. Macam la aku sorang jer hari2 masak kan?...hahaha..tapi actually try masak resepi2 baru adalah satu benda yang aku suka buat sekarang ni. Search jer kat internet nak try buat apa. InsyaAllah ada beratus2 resepi yang boleh dicuba. Kadang2 ada jugak yang tak jadi. Tambah2 lagi kalau try buat kek. Ada yang jadi tapi kurang sedap, ada yang tak naik dengan elok, ada yang merekah pulak time bakar. Macam-macam la. Tapi xdelah aku putus asa...try lagi dan lagi sampai jadi seperti yang diharapkan...gitu..

Oleh kerana xde benda nak cerita, jom cerita 20 perkara tentang aku. Xde sapa pun la tag aku atau soh aku buat pun...haha...saja la..tengok kat blog orang, ramai jer buat kan?..idea juga tu. At least ada benda la nak update blog...hahaha..

1.  Aku, anak sulung dari 8 orang adik beradik. Ada 4 orang adik perempuan, 3 orang adik lelaki, 3 orang adik ipar (lelaki) & 4 orang anak saudara + 2 lagi anak saudara coming soon. Meriah kan? hahaha..tapi anak aku sorang jer :P

2.  Masa kecik2 dulu, aku sorang kakak yang garang tapi sensitif. Kat depan adik2 nampak macam tough jer tapi kat depan mak, mengadu pasal adik2 sambil meleleh2 air mata...sampai mak cakap "Along, Along kan kakak, lempang jer adik2 kalau melawan atau degil..yang Along pulak yang menangis kenapa?"..haha..(p/s: to adik2, dulu tu Along lempang sebab mak yang suruh! sapa soh kome degil!) :P

3.  Menjadi sumber rujukan kat adik2. Kalau diorang nak sesuatu atau takut nak bagitau mak atau abah, diorang akan tanya aku dulu. Kalau aku kata ok, barulah diorang berani nak bagitau mak. Ataupun mak yang akan tanya pendapat aku dulu tentang apa2 perkara. Selalunya aku akan support mak 200%.. :)

4.  Mak tak boleh nak rahsia apa2 dari aku walaupun adik2 dah warning jangan bagitau aku tentang sesuatu. Begitulah sebaliknya. Mesti tercerita jugak...hahah...Maknanya, kalau mak tau, aku pun tau...kalau aku tau, mak pun akan tau jugak...hahaha..kawan baik mak la katakan... :P

5.  Aku seorang yang kuat semangat dan berani walaupun hati tisu..hehe..jadi xde hal kalau kena travel atau duduk jauh dari keluarga. Aku ni orang Perak (Sungai Siput), lepas spm dulu, aku sambung belajar kat Port Dickson 2 tahun sambil praktikal 6 bulan di KL, pastu kerja kat Sungai Petani 7 bulan dan kemudian transfer ke JB 3 bulan, pastu kerja kat Penang pulak dari tahun 1999 sampai sekarang. Dalam masa tu aku travel dengan bas every weekend from Penang to KL/Shah Alam masa sambung degree secara pjj start tahun 2006 sampai 2011 (4 1/2 tahun) hari tu.
 
6.  Aku jenis yang tak suka menunggu lama2. Means, kalau berjanji ngan aku, mesti on time. Kalau terlambat pun mesti x boleh lebih dari 10 minit. Terutamanya kalau janji nak pergi lunch sama2. Time lapar memang boleh buat aku berubah jadi raksasa gorgon kalau terpaksa menunggu lama2...haha..lagipun aku jenis yang xde hal la setakat nak keluar sorang2 pun. Ni kalau tunggu orang la yer..kalau tunggu bas atau flight, kena redho la walau kena tunggu berjam2...haha..

7.  Aku memang jenis yang ingat pada janji. Kalau dah janji dengan aku tentang sesuatu, mesti tunaikan. Kalau rasa x boleh nak tunaikan, jangan janji pada aku apa2. Kang aku ungkit sampai dapat...haha..

8.  Kalau aku marah, aku akan jadi sangat pendiam. Memang x cakap apa2 selagi x cool down. Sebab kalau paksa2 aku cakap jugak time marah, kang keluar ayat2 yang bakal sakitkan hati orang sampai ke tulang hitam...amboi...haha..

9.  Satu lagi peel aku kalau sedang marah, aku akan dengar lagu kuat2 dengan pakai headphone sambil buat kerja. Itu salah satu cara aku cool down selain dari tido...pujuk2 time tu x jalan...hehe.. 

10.  Kalau aku masak, mesti aku akan tanya "sedap x?" kat Mr. Hubby & anak aku Nasrin. Selagi x cakap sedap, aku akan tanya...haha..sebab apa? sebab kalau dengar komen sedap tu, aku rasa hilang rasa penat memasak tu..hahah..

11.  Aku suka travel sendiri (backpacking) dan negara yang paling aku suka setakat ini ialah Korea. Dah 3 kali berpeluang ke Korea iaitu 2 kali ke Seoul (musim sejuk & musim luruh) & sekali ke Busan (musim bunga). Selain tu, aku dah ke Tokyo dan Bandung. Itu antara tempat yang aku pergi sendiri tanpa pakej atau tour guide. Tempat lain macam Singapore, Hadyai & trip dalam negara adalah trip ofis. Next time masih nak pergi Korea lagi...tapi berangan nak bawak family pulak... :)

12.  Aku kalau travel memang lengkap dengan detail planning. Aku akan study & plan aktiviti aku kat sana. Contohnya, nak pergi mana, cara nak pergi & berapa tiket masuk. Detail planning aku akan termasuk checklist senarai barang-barang yang perlu dibawa termasuklah maps, guide books, phrase books dan ubat2. Aku tak nak dah sampai tempat orang baru menggelabah cari barang keperluan atau baru nak tanya orang macam mana nak pergi sesuatu tempat. Kang disebabkan language barriers, tension aku kat tempat orang...haha..

13.  Aku kalau berkawan ni, memang setia. Tapi once orang tu start tipu aku atau buat aku sakit hati, aku akan jadi tawar hati. Tapi aku bukan jenis yang serang2 orang walaupun orang tu dah sakitkan hati aku. Aku akan diam & kurang aktiviti dengan dia. Tambah2 kalau orang tu kawan baik aku. Cepat jer aku tau ko tipu aku. Sebab apa? sebab bila lama berkawan, kita boleh tau body language orang tu. So bila dia tipu, body language dia akan bagitau yang dia sedang menipu kita.

14.  Jenis susah nak simpan duit @ boros la kan..haha..tapi kalau tetapkan sasaran, boleh pulak! contohnya, nak pergi backpacking...pandai pulak menabung!...hahaha..

15.  Jenis yang senang kena sakit perut. Contohnya, masa trip pergi Bandung. 2 kali aku pergi Bandung, dua2 kali la jugak kena cirit birit & perut berangin macam ada ribut petir dalam perut. Padahal orang lain yang pergi trip yang sama dengan aku & makan benda yang sama dengan aku, x kena pun. Sensitif sangat perut aku nih... :P

16.   Seorang pendengar yang baik. Means, kalau orang mengadu dengan aku atau cerita apa2 dengan aku, aku akan menjadi seorang pendengar yang baik kepada dia. Boleh bagi nasihat dan memahami apa yang sedang orang itu alami. Tapi kalau orang tu memang buat benda yang tak betul & aku dah tegur berulang2 kali, aku dah x boleh lagi dengar cerita dia dan aku xkan tanya apa2 lagi dah. Sebab? dia sendiri yang cari pasal...so sendiri tanggung la...kita bukan budak2 kecik lagi yang  x tau benda tu betul atau salah...kan?

17.  Seorang yang simple kalau nak keluar. Tshirt & jeans pun dah ok. Boh beg duit kecik & hp dalam poket seluar jeans jer. X payah nak berhandbag bagai. Kecuali kalau pergi kenduri atau travel jauh.

18.  Warna yang paling aku suka ialah warna merah. Memang alergik. Tengok benda apa pun, yang warna merah mesti nampak extra cantik...haha..kira warna merah no. 1 la, no. 2, pink & no. 3 ialah biru.

19.  Kalau tak silap, tahun ni dah masuk 14 tahun aku guna no. hp yang sama. Hp jer yang berubah beberapa kali tapi nombor masih yang sama. Sayang aku pada DIGI nih...haha..

20.  Last but not least, kalau novel omputeh, aku suka baca tulisan Nora Roberts, Katie Fforde & Mariah Steward. Kalau novel melayu, aku suka tulisan Hlovate (semua buku dia aku dah beli :P)..

Sekian & diakhiri dengan gambar makanan.. :P 

 Last week ada potluck kat pejabat. So aku buat spaghetti olio. Yang bekas kecik tu bekal Nasrin ke sekolah.

 Ni time malas masak. So makan maggi kari jer. Tapi upgrade la sket kan?..hehe..

 Bila lama x buat kek, mulalah teringin nak makan kek. So aku buat kek kurma coklat..yumms.. :)

Ni resepi by Chef Wan. Aku ikut dalam buku 400 resepi Chef Wan. Namanya Gerang Asam ikan tenggiri (masakan orang Melaka peranakan). Lebih kurang rasa macam asam pedas la...cuma lebih strong keasamannya tu...hehe..
  

23 September 2014

#77: Masak-masak

Salam.... :)

Jom tengok projek masak-masak aku last week & this week... :P

 Malam Jumaat lepas buat roti sosej ni. Senang jer, guna roti paratha, potong 4, gulung sosej yang telah dipotong 2, dah siap gulung, kelar sket bahagian atas dan sapu kuning telur, then masak dalam oven. Done!

Ini karipap roti inti sardin & kentang. Breakfast hari Sabtu lepas. Guna roti Gardenia Bran & Wheatgerm jer. Breakfast jer masak, lunch makan kenduri, dinner pulak makan kat kedai...haha... 

 Tada! karipap roti yang telah digoreng :)

Hari Ahad buat laksa pulak... :)

Semalam (Isnin), sementara teman Nasrin buat kerja sekolah, aku buat ciskut dek kerana teringin lepas tengok ciskut yang adik aku Farah buat...hehe.. :)

Bekal hari ni...ciskut yang menggunakan biskut marie coklat.. :) yumms...

Aku: try masak yang simple2 jer... :)

11 September 2014

#76: Kemalasan

Salam.. :)

Aku kemalasan. Padahal trip planning untuk trip ujung bulan 11 nanti belum buat pun. Dee dah tanya 2-3 kali dah sebab dia excited. Aku pun excited kalau bab2 berjalan nih tapi nak buat planning tu yang malas. Sebab kena buat survey sana sini. Kena baca itu ini. Bukan boleh main taip jer terus siap itinerary...kan? Sebab aku ni orangnya agak detail sikit kalau bab berjalan ni. Takmo la bila dah sampai tempat tu baru nak decide nak pergi mana dan macam mana. Harus buang masa kat situ kalau baru nak buat plan...betul tak? Oh..trip kali ni nanti is family trip plus ada kanak2 ikut...

Lagi satu kemalasan is, nak buat batang bantal. Sebenarnya aku mintak tolong mak buatkan bantal kekabu. Bantal kat umah aku tu semua dah leper2. Maklumlah...bantal murah beli kat supermarket tu. Kainnya dah siap beli tapi mak soh aku jahit sendiri batang bantal tu sebelum pos kat mak sebab mesin mak kat kampung rosak. Alah...macam senang jer kan jahit lurus jer. Aku ada la mesin Singer yang umurnya 10 tahun dah kot kat umah tu. Selalunya 2-3 tahun sekali jer aku bawak keluar mesin tu dari dalam kotak untuk jahit langsir...haha..tapi tu la..sebab kemalasan, kain pun elok jer dok dalam plastik lagi....huhu..

Aku cuma rajin...memasak... :P

 Ni buat 2 hari lepas...chocolate cheese cake...resepi ikut dalam internet...rupa x lawa tapi sedap..hehe.. :P

 Ni dinner semalam..spaghetti olio aglio..senang dan sedap (puji masakan sendiri :P)..hehe..yang bulat2 tu fishball. Ingat nak beli scallop..tapi sebab scallop mahal sangat..kensel..beli fishball sudah..hahaha..

 Ni buat semalam juga lepas dinner dengan spaghetti di atas...strawberry cheese cake..sedap tapi cheese tu lembik...aku ingat aku salah teknik masa masukkan serbuk agar-agar (ganti gelatin sebab x jumpa kat supermarket)...rasa dah sedap dah tapi x puas hati sebab cheese tu x mengeras dengan sempurna. Frust!! kena cuba lagi nih..  

Oklah..aku nak start buat itinerary nih...hehe...(iyer2 jer) :P

Aku; My mom sms bagitau yang dia dah bawak basikal baru ronda2 kampung. Orang tengok pelik katanya! haha...tapi mak happy...hehe...aku pun... :)

08 September 2014

#75: Tricycle for Emak

Salam... :)


Last Saturday, belikan tricycle ni untuk my mom. Happynya mak dapat basikal baru...hehe..actually first time aku tengok dan jatuh hati dengan tricycle ni was masa kat Tokyo tahun lepas. Aku ada cerita kot dalam entry trip to Tokyo yang orang Jepun ni memang suka basikal. Everywhere kat sana boleh tengok diorang kayuh basikal sama ada nak pergi kerja ke, nak pergi hantar anak pergi sekolah/nursery, pergi beli barang-barang, bawak anjing/kucing bersiar2...memang meriah la dengan basikal..so antara banyak2 basikal, tricycle ni yang paling menarik perhatian aku. Sebab? Sebab aku teringatkan mak aku. Mak aku x tahu bawa basikal. So kalau basikal 2 tayar macam biasa tu, memang dia takat boleh sorong jer la. Jadi, masa nampak basikal tu, terus aku cakap kat Nasrin; "Eh comelnya basikal ni kan Nasrin? kalau basikal macam ni mesti Opah pun boleh bawak!". Nasrin pun cakap "ha'ah la mama...beli la kat opah satu"...amboi..satu hal pulak la nak cari kedai basikal kat Jepun tu kan...hahaha..

Bila balik kg, cerita la kat mak aku. Terus excited la dia. Simpan angan2 nak beli jugak basikal camtu. Senang la dia nak bergerak sana sini. Tapi masalahnya, ada ke basikal camtu jual kat Malaysia ni kan...sebab tak pernah nampak pun...Tapi xper...let's try cari...

Maka bila ada peluang pergi ronda kedai basikal mesti aku cari kot2 ada jual basikal macam ni. Kebetulan 2-3 bulan lepas balik dari Tokyo tu, rajin jugak aku ronda kedai basikal sebab mengikut Mr. Hubby yang nak survey basikal. Nak beli basikal untuk riadah katanya. Dalam banyak2 kedai, akhirnya aku nampak basikal yang seakan2 sama dah dengan basikal yang aku nampak kat Tokyo tu tapi saiz basikal tu kecil sikit. Mungkin untuk kanak2 kot. Survey jugak kat internet kot2 basikal ni ada jual kat kedai basikal area Penang ni. Tapi takde okay...yang ada basikal beli secara online..harga antara RM860 dan ke atas. Hold dulu...kumpul duit jap..hehe...

Maka, bila dah ada duit, aku ajak Mr. Hubby pergi cari basikal ni lagi. Kali ni memang dah niat, kalau jumpa terus beli dan terus hantar balik kampung...hehe...semangat! Mula2 ajak Mr. Hubby pergi kedai basikal kat Jalan Raja Uda tempat aku tengok basikal yang sama tapi untuk kanak-kanak tu. Berdebor2 masuk kedai tu..haha...ada wehhh!!..elok jer tergantung kat sebelah basikal untuk kanak2 yang aku nampak hari tu. Alhamdulillah...ada rezeki mak..ada satu tu jer pun so memang x dapatlah nak pilih2 color...hahaha...

Dipendekkan cerita, terus beli, tawar harga lebih kurang, terus zasss hantar balik kampung. Dah telefon bagitau mak sebelum tu nak hantar basikal. Sebab tu masa sampai kat kampung tengok mak dah standby kat luar rumah..tengah nyapu laman...haha...happynya mak dapat basikal tu. Suruh try bawak, takmo sebab malu kat kami..hahah..alhamdulillah...

Mungkin pelik sikit la bila mak bawak basikal ni ronda kampung nanti sebab 1st time kot nampak ada basikal camni. Tapi kalau kat Jepun tu tak pelik pun sebab ramai orang2 tua kat sana guna basikal jenis macam ni. Sesuai sangat la untuk orang2 tua yang tak reti nak bawak basikal 2 roda tu. Senang tak payah fikir nak terjatuh ke apa. Siap boleh lock handbrake lagi tu. Raga pun besar kat bahagian belakang so takyah fikir barang nak terlompat keluar ke kan?..hehe...

Aku: pun happy bila tengok my mom happy... :) 

02 September 2014

#74: Hai...

Salam... :)

Dimulakan dengan gambar scallop masak tumis.... :)

Tak ada cerita nak cerita sebenarnya walaupun dah lama x update..hehe.. x pergi jalan2...so xde cerita la kan. Setakat aktiviti harian, apa la sangat yang nak diceritakan...pergi kerja, balik kerja, pergi kerja, balik kerja...gitu..

Oh..scallop tu sebenarnya first time dalam hidup aku try masak & rasa. Itupun sebab terpengaruh lepas tengok insta Chef Wan yang tunjuk dia tengah makan scallop kat Norway...hehe..gigih la aku cari scallop kat sini walaupun saiz macam anak scallop jer pun... kira bolehlah...hahaha...sedap rupanya scallop ni yer..ingatkan x sedap...cer try buat..hehe..

Aku nak cerita pasal raya pun macam dah outdated dah...hehe..Syawal pun dah habis kan..xyah citer la ek..bukan luar biasa pun hari raya aku...biasa2 jer macam orang lain jugak...hehe..

Oh..tapi nak update...akak yang dalam cerita kisah sedih si udang galah tu dah minta maaf kat aku 10 hari sebelum raya hari tu. Aku pun dah maafkan dia. Cuma hati yang luka, parutnya masih ada. Jadi nak berbaik2 macam dulu kala tu mungkin x boleh atau mungkin akan ambil masa yang lama la kan.. anyway..kita tutup buku kisah kat Kuching tu, dan moga x jadi dah lain kali...insyaAllah..


Gambar kat atas ni ialah kek kurma yang aku buat minggu lepas. Sejak dua menjak ni, aku jadi rajin pulak buat2 kek nih...new interest kot...ke sebab faktor umur yang semakin meningkat? hahaha...dalam 2 minggu aku try buat bengkang labu, bengkang jagung & kek kurma nih...buat 2-3 kali kalau x puas hati hasil yang pertama kali buat...practice makes perfect kan? haha..tapi kawan2 ofis kata sedap...siap mintak resepi lagi tuh..padahal aku pun ikut resepi dalam internet..hehe..

Oklah..kalau ada cerita best, aku cerita lagi...nak cerita pasal next trip pun lambat lagi...InsyaAllah hujung bulan 11 nanti...

Aku: kata bff...tapi menipu...bagusnya ada bff camtu kan?

09 July 2014

#73: Selamat Berpuasa

Salam... :)

Selamat berpuasa! aku sebenarnya tak tau nak cerita apa tapi bila tengok gallery dalam hp aku, rasa macam banyak sangat gambar...hehe..jom la tengok apa yang ada..




Ini projek gila aku semalam. Kuetiau rebus. Aku teringin nak makan kuetiau rebus sebenarnya tapi nak versi yang dibuat sendiri (bajet masak sendiri lagi sedap dari beli :P kuikuikui). Maka gigihlah beli segala bahan2 untuk kuetiau rebus ni masa rehat. Ingatkan sempatlah masak untuk berbuka puasa. Kononnya jemu la berbuka dengan nasi & lauk2 ni. Alih2 semalam sampai rumah pun dah pukul 7.05 petang. Jalan jem tak hingat kat area Seberang Jaya sampai sangkut kat situ almost sejam setengah. Nak buat kuah pun tak sempat! mujur dah beli 2 jenis lauk for back-up. Dengan baju kerja & tudung segala bersilat masak nasi, buat air & perangat lauk. Fuhh...semput.  Maka kesimpulannya berbuka dengan nasi jugaklah...pun alhamdulillah kan? tapi dek semangat nak makan kuetiau rebus tu masih menyala, elok selesai berbuka terus gigih masak jugak apa yang dirancang...dan tercapai la hasrat.. :)
 



Ini pulak gambar masa derma darah 3 minggu sebelum puasa hari tu. Ni tahun ke-3 aku menderma darah. Alhamdulillah...walaupun tiap kali nak derma darah tu takut semacam...hehe...bukan apa, cucuk masa nak check darah tu sakit ooo...walaupun sekejap jer rasa sakit tu tapi still sakit kan...hehe...okaylah derma darah..dah nak derma yang lain tak mampu. Boleh juga membantu orang yang memerlukan...InsyaAllah..




Ini pulak gambar random makanan yang dimakan sebelum puasa hari tu. Dah ada dalam gallery so tepek jerlah kat sini..hehe..

Cerita Trip ke Kuching hari tu aku skip jer la ek? xde mood nak buat storynya. Malas nak ingat cerita yang tak berapa best. But still, ada a few gambar masa kat Kuching hari tu aku nak tunjuk kat korang... :)

 Bukti dah sampai Kuching :P

 Kek lapis Sarawak...ada yang sedap...ada yang so-so :P


 Orkid di Taman Orkid Kuching
 Kampung Budaya Sarawak (tapi x masuk pun..tengok dari luar sebab tiket mahal :P)

 Burung Kenyalang Gergasi :P

 Ni kat Pasar Satok masa beli ikan terubuk masin (ada lagi dalam peti ais) :)

 Kedai jual aksesori 

 Pasu Sarawak

 Gula-gula lada hitam

 Tempat rehat kat Pasar Sarikin

 Mi Kolok yang popular kat Sarawak

 Pasar Sarikin

Udang kering kat Pasar Sarikin (gambar udang galah xde :P)

Itu jer kot gambar2 yang ada masa kat Kuching. Malas dah nak amik gambar dari kamera2 ofismate. Cukuplah tengok sikit2 jer..hehe..lain kali kalau umur panjang & ada rezeki boleh pergi lagilah kan? Apa yang dah jadi, yang buruk tu aku jadikan pengajaran. Walau apa pun, aku dah maafkan orang tu. Walaupun dari masa ke semasa aku masih lagi dengar cerita2 yang memburukkan aku dari orang itu. Tapi xyah kot nak sampai nak hasut orang xyah kawan aku. Xyahlah sampai kata "boleh yer tahan dengan perangai dia macam tu?". Merujuk kepada perangai aku la tu. Oh come on...dalam berkawan ni, bukan satu pihak jer kena sabar tau..dua2 pihak kena sabar. Semua pun ada kekurangan masing2. Macam aku dengan K.Ina..ingat dia jer kena sabar dengan perangai aku? aku pun selalu kena sabar dengan perangai dia...tapi dah namanya kawan...mana yang sikit2 tu boleh pejam mata jer la..telan..gitu..

Aku: even kawan baik pun, bukan semua benda dia nak cerita kat kita..kan?