Be My Friend :)

24 December 2014

#85: Trip to Medan, Indonesia - Part 3

Salam... :)

Last part of Trip to Medan, Indonesia. Lepas ni aku nak buat rangkuman 2014 pulak as the last entry for this year (kalau rajin la..hehe..)

Seperti biasa, hari ni pun lepas breakfast kami pun keluarlah dari hotel. Plan hari ni dimulakan dengan Pajak Sambas. Makanya kami naik la betor ke sana. Dah cakap dah nak pergi Pajak Sambas. Tapi ntah kat mana geng betor ni bawak kami. Kedai mana ntah yang jual macam2 barang jugaklah. 


Aku x tau nama kedai ni tapi kedai ni ada jual macam2 pakaian, kain sulam, telekung, jubah, kain batik & kain pelekat. Tapi kalau dibandingkan dengan barang yang dijual kat Pajak Ikan, kat sini jauhhhh lagi mahal. Contohnya kain pasang sulam. Kat sini kain pasang sulam yang sama jenis yang aku tengok kat Pajak Ikan hari tu harganya Rp300,000 sedangkan kat Pajak Ikan baru Rp170,000. Beza banyak kan?

Dek kerana semuanya mahal2, sudahnya kami cuma beli kain batik jer kat sini. Itupun xde la murah sangat. Tapi sebab dah datang sini, beli jugaklah kan.

Dari situ, kami naik betor yang sama untuk ke Pasar Petisah. Tambang betor untuk dua tempat ni ialah Rp50,000 satu betor. Macam bazar la pasar ni. Ada jual macam2 jenis pakaian. Gambar xde sebab malas nak amik gambar..huhu..kat sini kami cari baju nak pakai untuk kenduri adik lelaki aku kat Setiawan tu. Tapi 2-3 orang jer dapat baju yang dicari. Yang lain beli kat Malaysia. Dah penat ronda2, makanya semua pun dah lapar sebab dah tengahari. Dee cadang kami pegi makan nasi padang. Maka dari Pasar Petisah, kami naik angkutan kota (van) ke Restoran Nasi Padang Garuda. Tambang satu van tu Rp100,000.



Tu antara menu di Restoran Nasi Padang Garuda tu. Ada berpuluh2 lauk untuk dipilih. Tapi xdelah kami ambil semua. More than a half kami letak kat meja sebelah yang kosong termasuk desert dia iaitu puding coklat. Desert buah-buahan potong, kami makan. Sedap tapi mahal. Haruslah mahal kan sebab restoran Garuda ni restoran famous. Untuk 9 orang makan, bil kami Rp750,000. Fuhh...mujur kongsi2 bayar...

Dari Restoran Garuda tu, kami naik angkutan kota yang sama yang hantar kami ke restoran tu sebab susah nak dapat transport dan driver angkutan kota tu pun ada bagi no telefon dia pada kami. Kami ke Medan Mall lagi untuk ke Pasar Sentral yang terletak bersebelahan dengan Medan Mall tu. Kali ni, driver angkutan kota tu dah tau kami dari Malaysia dan nak tau dia charge berapa untuk tambang dari Restoran Garuda ke Medan Mall yang xde la jauh sangat tu? Tambangnya Rp500,000!!

Gila! x berbaloi sebab masih dalam kawasan bandar Medan. 3 kali kami tanya harga tambang. Rupanya kami memang x salah dengar. Memang dia cakap Rp500,000. Nak tak nak, bayar jugaklah sebab dah sampai pun Medan Mall. Lari bajet kami di situ. Bengang!

Di Pasar Sentral, kami beli baju tshirt Medan. Tapi aku tak beli pun. I don't love Medan, so no need to buy tshirt 'I Love Medan' pun kan. Aku masih bengang dengan angkutan kota yang over charged tadi tu. Sekejap jer di Pasar Sentral, kami masuk ke Medan Mall untuk minum2 menyejukkan hati. Dee sambung shopping kat Supermarket Matahari dalam Medan Mall tu.

Lepas dah rehat sekejap, kami decide nak ke Pajak Ikan sekali lagi untuk membeli kain pasang sulam lagi sebelum balik ke hotel. Pajak Ikan ni, pukul 5 petang dah tutup. Maka bergeraklah kami menaiki betor ke sana. Tambang Rp30,000. 

Elok dah sampai kat Pajak Ikan, maka aku hulurlah tambang Rp30,000 kat driver betor yang aku naik (kami naik 3 betor semuanya). Sekali driver betor tu cakap 'mana cukup ni bu..tambangnya Rp60,000. Aik!! tadi kat Rp30,000 jer tambang kan? Dia kata sebab aku naik berdua, maka tambangnya jadi Rp60,000! Dia kira per person bukan per betor! Ni lagi gila! Sepanjang aku naik betor dalam 3 hari kat Medan ni, belum pernah betor dikira satu kepala. Semua dikira tambang satu betor tau!

Aku cakaplah, mana pulak. Semua betor yang saya naik tambang dikira satu betor bukan kira tambang satu orang! Dia x puas hati. Tiga2 betor dah berpakat nak kira tambang ikut per orang! Memang bengang! sudahnya suami Dee bayar jer satu betor Rp50,000 sebab malas dah nak bergaduh kat tempat orang. Kang jadi lain kan. Maka lepas bayar tambang, kami semua masuk Pajak Ikan sambil maki2 dalam hati!. Dahlah makan mahal sampai Rp750,000 pastu tambang angkutan kota dah kena Rp500,000...ni naik betor pun kena tipu lagi sampai Rp50,000 untuk jarak yang x berapa jauh pun. That's it! serik dah aku pegi Medan ni!

Mujur dalam Pajak Ikan kami jumpa satu kedai kain pasang sulam yang banyak pilihan & murah2 juga harga kainnya. Kedai pun sejuk ada aircond & kipas dan kami diberi kerusi kecil sorang satu untuk duduk sambil memilih kain. Settle beli kain pasang sulam kat sini, kami pun baliklah ke hotel. Kedai2 dalam Pajak Ikan pun semua dah start nak tutup kedai dah pun.

Nak balik ke hotel pun kami naik betor. Mula tu cuak jugaklah nak naik betor lagi. Kang dia kira per person lagi kan tambangnya. Takut kena tipu lagi. Pantang nampak orang Malaysia jer nak tipu. Macam la orang Malaysia yang pergi sana tu semua kaya raya kan? Tanya betul2 kat yang bawak betor tu..tambang kira satu betor ke satu orang? Diorang ada la 4-5 orang kat situ yang berkumpul lepak tunggu pelanggan. Diorang cakap tambang mmg sepatutnya dikira untuk satu betor. Bukan kira ikut berapa orang naik. Diorang kata, betor yang kami naik dari Medan Mall tu, betor luar yang suka tipu orang. Tambang dari Pajak Ikan ke hotel kami Rp20,000 aje satu betor. Padahal kalau nak kira jarak, dekat lagi jarak dari Medan Mall ke Pajak Ikan tau!

Sampai kat hotel, suruh Ani & Nureel bawak budak2 naik ke bilik dulu manakala aku, mak aku, Dee & husband Dee keluar lagi ke kedai kek Zulaikha untuk cari Bika Ambon untuk dibawa pulang. Katanya kalau dah ke Medan, tak sah kalau x beli bika ambon kan? Kami naik betor lagi ke sana sebab agak jauh juga dari hotel nak kedai kek tu. Tambang satu betor untuk pergi balik ialah Rp50,000. Settle beli bika ambon, balik ke hotel dan mulalah mengemas barang2 ke dalam beg. Esoknya pagi2 lagi kena bertolak untuk ke airport dah.

 Ready to go home

Hari Keempat di Medan, lepas breakfast, kami bertolak ke airport dengan menaiki free airport shuttle yang disediakan oleh pihak hotel. Dah bayar sesiap charge Rp200,000 yang dikenakan untuk 2 orang kanak2 dewasa dalam group kami tu. Pukul 9.30 pagi dah bertolak dari hotel sebab takut jalan jem. Flight Dee berlepas pada pukul 1.30 ptg ke KL. Manakala flight aku yang sepatutnya berlepas pada jam 2.25 petang ke Penang delayed ke jam 3.10 petang. Masa check in kat kaunter, bayar Rp200,000 seorang untuk airport tax. Group Penang selamat sampai pada jam 5.05 petang manakala Group KL selamat sampai pada jam 3.30 petang. Alhamdulillah.

Pada aku, xdelah best sangat Medan ni. Cumanya bearable sebab pergi dengan family kot. Mungkin pengalaman orang lain best, tak macam aku pun kan. Tapi pada aku, cukuplah. Next time xmo dah pergi sini. Pergi tempat lain pulak...insyaAllah.

Aku: Bika ambon tu bukan my cup of tea...bolehlah..

No comments: