Be My Friend :)

21 March 2012

#13: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 3

Misi kami di Itaewon adalah hendak melihat mercu tanda Islam di Seoul iaitu Seoul Mosque yang merupakan satu2nya masjid yang terdapat di Seoul. Maka sebab itulah Itaewon berada di dalam senarai teratas di dalam itinerary kami. Dari Kkachisan Station di mana kami menyimpan backpack kami, kami menaiki subway Line 5 dan turun di Gongdeok Station sebelum bertukar menaiki subway Line 6 untuk ke Itaewon Station. Kami sampai di Itaewon pada jam 10.30 pagi waktu Korea. Suhu yang amat sejuk menjemput kami apabila kami keluar dari Itaewon Station melalui exit 4 dan memaksa kami memakai sarung tangan yang dibawa. Agak teruja juga apabila wap2 keluar dari mulut dan hidung kami apabila bernafas. Sebelum meneruskan misi mencari masjid Itaewon, kami berjalan secara santai sambil mengambil gambar di sekitar jalan di kawasan Itaewon. Berikut adalah gambar2 yang diambil di sekitar Itaewon:






Namun keterujaan kami mengambil gambar sedikit terbantut apabila kamera aku mengalami kekejangan..hehe..jammed kerana suhu terlampau sejuk. Tangan kami juga sudah terasa kebas walaupun telah memakai sarung tangan. Maka kami membuat keputusan untuk berhenti untuk menikmati makan pagi/tengahari terlebih dahulu di samping memanaskan badan yang kesejukan sebelum misi mencari masjid Itaewon diteruskan. Brunch (breakfast + lunch) pertama kami di Seoul ialah Kebab Daging bersama air Mountain Dew di restoran arab Pasha. Harga untuk satu set ialah 9200 won (RM27.00).

Usai menikmati makan tengahari yang agak menyelerakan dan membungkus sebahagian lagi untuk dibawa balik kerana portionnya yang agak besar, kami seterusnya meneruskan misi mencari masjid di Itaewon dengan dibantu oleh signboard yang terdapat di sepanjang jalan. Sebarang usaha untuk memulihkan kamera aku yang kekejangan semasa berada di restauran juga menemui kegagalan kerana kemera masih kesejukan. Maka gambar berikutnya diambil dari kamera partner aku iaitu Kak Ina. Sedikit tersasar kami pada mulanya dan setelah menaiki anak tangga yang agak curam dari jalan utama dan kemudiannya berpenat lelah mendaki bukit yang agak tinggi juga, kami akhirnya berjaya menemui masjid yang dicari-cari. Tersergam indah masjid di hadapan mata.     



Pastinya tidak lengkap lawatan kami ke masjid Itaewon jika tidak masuk ke dalam masjid dan melihat tempat solat muslimah yang berada di tingkat 3. Ternyata keletihan mendaki anak tangga dan bukit untuk sampai ke masjid sebelum itu memperlahankan langkah kami berdua untuk sampai ke ruangan tempat solat muslimah tersebut sehingga tercungap2 kami mengambil nafas sehingga berjaya sampai ke situ. Namun begitu, gambar di dalam masjid tidak dapat diambil kerana kami terlihat simbol larangan mengambil gambar di dalam masjid yang dilekatkan di dinding masjid, maka kami akur dan hanya berada di ruang solat muslimah selama 5 minit sebelum turun semula ke bahagian bawah. Waktu itu, belum masuk waktu solat zohor. Mulanya kami bercadang ingin menunggu sehingga masuk waktu solat Zohor tetapi apabila mendapati tempat mengambil wuduk bagi muslimah & tandas yang berada di bahagian belakang masjid berkunci dan hanya di situ sahaja tempat yang boleh digunakan oleh muslimah untuk mengambil wuduk maka hasrat tersebut terpaksalah kami batalkan. Maka kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..National Museum of Korea..


4 comments:

Double F & Double D said...

best nya k.rini...p
ka.rini p berdua ngan kak ina ja ka?

marstories said...

hehe..a'a..berdua jer..backpackers.. :)

Anonymous said...

salam....nk tny blh?? apa nama hotel yg akk tinggal 2.. ;)

marstories said...

anon: Untuk first trip ni, akak stay kat Mate Tourist Hotel..