24/12/2017 - Perth Day 4
Hari ni nak jalan yang dekat2 jer & shopping
sebab semalam dah jalan jauh kan tengok kanggaroo dan kawan2 dia
So hari ni nak pergi The Blue Boat House yang terkenal tu pulak
pastu nak shopping perfume
So dari City Stay Apartment kami naik CAT macam biasa ke Perth Station
Pastu naik bas No. 950 menghala ke Qeii Medical Centre
Turun kat hentian Mounts Bay Rd Before Wingfield Av
Betul2 dekat dengan The Blue Boat House ni
Taraa...dah sampai!!
Perth Crawley Edge Boatshed also known as the Blue Boat House
Kalau jalan2 Perth tapi x pergi The Blue Boat House ni kira x cukup syarat la
Ni kira mercu tanda Perth juga ni
Tapi xde la apa pun..gitu jerlah
Ada jeti sambung dengan boat house tu jer
Boleh la takat nak ambil gambar :P
Janji kami dah sampai kan? hehehe
Masa kami sampai tu xde ramai orang pun
Kami jer dengan sepasang couple ni
Tapi pun nak duduk lama2 kat situ pun buat apa
Panas lit-lit hoi...summer kan
Pastu tepi laut pulak..berbahang oooo
Maka kami pun bergerak meninggalkan lokasi ini untuk ke aktiviti seterusnya
Iaitu aktiviti shopping sampai pengsan
hahahah
So acara shopping ni cover:
(a) Chemist Warehouse di Hay Street & Murray Street
(b) Priceline Pharmacy di Hay Street & Murray Street
(c) London Court di Hay Street
(d) Woolworths di Murray Street
Murray Street & Hay Street ni actually sebelah2 jer
Tapi jalan dia panjangggggg
Kena jalan jauhhhhh kalau nak pergi cawangan2 depa ni
Tapi demi misi mencari perfume yang dipesan oleh kawan2 dan adik2
Kami relakan jua
Memang best la shopping perfume kat sini
Tambah2 lagi time Christmas Eve ni kan
Masa ni kedai2 kebanyakkan dah turun harga barang untuk ready for Boxing Day (sehari selepas christmas)
Penat jalan macam nak seret jer kaki dah
Tapi peluang ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja
Sebab lepas ni bila pulak nak sampai Perth kan
hahahah
In between shopping, berhenti kejap makan roti sosej ni kat Murray Street
Halal yer....kat kedai orang arab dari Iran
Isteri dia yang buat, katanya
Aud5 harganya
Besar dan sedap ya amat (tengah lapar) :P
Kedai buku kat sebelah Chemist Warehouse di Hay Street
Lepas shopping, kami pun pulang ke pangkal jalan
Malam macam biasa masak nasi
Kali ni masak lauk mix seafood yang kami beli kat Woolworth
Gambo lauk xde sebab semua pun malas nak amik gambo
So itulah cerita di hari ke-4 di Perth..jumpa lagi..:)
No comments:
Post a Comment