Be My Friend :)

07 July 2011

jalan2 @ Langkawi Island 3

lamanya nak tunggu siri akhir jalan2 @ Langkawi Island ni kan? (ada ker orang tunggu pun?..hehe..:P).. sorilah..aku pemalas lipas nak buat entry sebab nak masukan gambar2 punyalah bercinta.. tapi bila dah dapat komputer baru kat ofis, laju sket leh masukkan gambar..hehe..so kita sambung entry ni yer.. :)

di hari kedua, awal2 lagi kami semua dah bangun mandi dan bersiap2 sebab bas akan datang ambil dan hantar kami ke jeti pada jam 8.30 pagi. pada mulanya mengikut plan, kami akan singgah sebentar di Dataran Lang terlebih dahulu sebelum bergerak ke jeti tapi malangnya cuaca tidak mengizinkan...hujan lebat turun seawal 7 pagi lagi dan tiada tanda hendak berhenti sehinggalah bas datang mengambil kami. jadi terpaksalah plan nak ke Dataran Lang dan mengambil gambar bersama burung lang terbesar di langkawi dibatalkan dan kami terus saja bergerak ke jeti. oleh kerana kami sampai agak awal di jeti dan hanya akan menaiki feri balik ke jeti kuala perlis pada jam 10 pagi, makanya masing2 dengan hepinya shopping last minit kat jeti pulak..hehe..makcik2 tu kalau dah beli bukan reti nak berenti.. sampai aku tengok masa nak tolak barang masuk ke ruangan menunggu (balai pelepasan) pun macam nak berniaga dah..hahaha..itu belum lagi masa nak naik feri. dengan orang yang super duper ramai..tambah pulak bilangan beg2 yang banyak..fuhh...memang aku tabik spring kat makcik2 rombongan cik kiah ni tau..hehe..


atas feri barulah aku, mak dan anak aku breakfast dari bekal yang dibeli di restoran bersebelahan dengan hostel kami sebelum tu. selesa juga nak makan sebab belakang tiap2 seat ada meja berlipat yang boleh ditarik untuk letak bekas makanan. sambil2 tu tengok video yang dipasang. perjalanan balik selalunya akan terasa lebih cepat kan? sekejap je dah sampai di jeti kuala perlis. berpusu2 pulak nak keluar dari feri..hehe..aku rasa trip kali ini macam trip kelam kabut sket sebab semuanya nak cepat2...setengah nyawa nak keluar dari feri pun tau buat dek kawan2 mak aku tuh..sekejap jer tunggu di jeti, bas yang disewa khas dari kampung pun sampai...masa tu baru jam 11 pagi. perut pun kenyang lagi so semua pun terus naik bas. aku ingatkan dah nak balik rupanya trip ni ada lagi agendanya...ke padang besar pulak kita..hehe..


inilah first time aku sampai ke padang besar tau...perjalanan dari kuala perlis ke padang besar x sampai 2 jam pun. sampai2 sana, makcik2 ni cepat jer turun sebab masing2 rupanya dah ada plan nak beli barang lagi. mak aku pun dah banyak kali sampai sini tapi dia relax jer sebab xde benda apa dia nak beli pun. so memula kami ke market di belakang gerai2 makanan...lepas beli buah mangga dan laici, kami ronda2 jer dalam tu tengok macam2 barang...suasananya macam kat danok jugaklah..barang yang dijual pun hampir sama. cuma harga barang kat padang besar mahal sikit dari di danok. lepas penat dah pusing pening dalam tu, perut pun dah lapar, maka berhenti lunch dulu. lepas tu sambung tour dalam kompleks pulak...ronda2 jer..mak aku la jadi tour guidenya...hehe..pukul 3 petang, kami pun bertolak balik. aku turun lepas tol sungai dua. mr. hubby pickup aku dan anak aku di situ manakala mak dan adik aku bersama rombongan cik kiah meneruskan perjalanan sampai kampung. overall..trip ini adalah trip yang meletihkan tapi menarik sebab dapat luangkan masa bercuti bersama mak, adik dan anak aku... :) the moment is priceless... :)

















ini gambar barangan yang dijual di padang besar. satu pun aku x beli. aku tangkap gambar jer.. (kecuali gambar lunch aku hari tu).. hehe.. :)

No comments: