lama giler nak loading gambar2 nih...huh! anyway, ni gambar2 sekitar lawatan kami ke tempat pertama di langkawi dalam trip kali ini iaitu Kilim Geoforest Park. dengan bayaran sebanyak RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak2, kami dibawa menaiki bot yang boleh memuatkan seramai 11 orang satu bot dan dilengkapi dengan jaket keselamatan ke 4 tempat lawatan iaitu yang pertama menyaksikan berpuluh-puluh burung helang turun ke gigi air untuk mencari makanan, yang ke-2: melihat pertembungan air laut/air tawar di samping melihat pulau2 yang menyerupai kasut, baby face, apache dan kura2, seterusnya tempat ke-3: tempat penternakan ikan di mana dapat melihat pelbagai spesis ikan yang berada di sekitar kawasan penternakan ikan termasuk ikan sumpit yang tidak diternak tetapi sering berada di sekitar kawasan tersebut dan menunjukkan kebolehannya menyumpit roti basah yang telah dilekatkan di tiang2 sehingga jatuh ke dalam air , bermain bersama ikan2 pari yang jinak, serta melihat secara dekat belangkas dan ikan2 lain yang diternak di dalam kolam ternakan. seterusnya tempat ke-4: gua kelawar tapi aku x masuk gua kelawar ni sebab pemandu bot tu kata gua tu busuk sket dengan taik kelawar jadi ramai dari kami malas nak susah payah naik ke atas dan masuk ke dalam gua. makanya kami lepak jer dalam bot bila ada 3 orang dalam bot kami tu pergi melawat gua tersebut...hehe.. lagipun ramai makcik2 ni sakit lutut jadi diorang malas nak panjat tangga tinggi2 untuk masuk dalam gua..hehe..aku yang x sakit lutut pun malas nak masuk ke dalam gua tu..hehe..lepas tu kami dibawa semula ke jeti...maka berakhirlah sesi lawatan yang mengambil masa hampir 1 jam itu...pada aku, sangat berbaloi-baloi la lawatan dengan menaiki bot tu dengan bayaran yang sebegitu..sangat menarik..
tempat lawatan seterusnya ialah ke tempat pembuatan batik, pusat jualan minyak gamat, makam mahsuri dan beras terbakar. tempat2 ni aku x ambil gambar sebab cuaca panas terik dan aku pun dah letih..hehe..lepas tu kami dibawa ke tempat penginapan (aku dah lupa nama homestay tersebut..huhu)..petang tu setelah mandi manda kami di bawa ke tempat yang disukai oleh makcik2 ni semua iaitu idaman suri..hehe..aku pun suka jugak..bukan makcik2 tu jer suka..semua borong coklat dan pinggan mangkuk..aku beli ala kadar jer..jadilah dari x beli langsung kan..haha..lepas tu kami balik ke pangkal jalan (balik hostel :P)...malam aktiviti bebas jadi aku dgn mak, adik dan anak aku pegi pasar malam yang berdekatan hostel untuk dinner dan seterusnya melarat ke kedai ismail group pulak...itu ajelah aktiviti kami di hari pertama..hari kedua kita sambung lagi yer.. :)
2 comments:
bestnya..kak rini teringat kenangan lama..ehhehe
tempat jatuh lagikan dikenang...kan?..hehehe..
Post a Comment