Salam... :)
11/12/2012 (Sunday) ~ Day 4
sumber: www.zenkimchi.com
Oh...sebelum kita bermula, aku nak tunjuk gambar cacing laut yang aku bagitau aku nampak kat Noryangjin Fish Market (Part 5) hari tu. Aku google..hehe...nama cacing ni spoon worm atau kat Korea dikenali sebagai "Gaebul"...dan bukan orang Korea jer makan cacing nih, orang Jepun & China pun makan cacing ni sama ada makan mentah2 ataupun masak dgn sayur....hehe..mana aku tahu? aku baca dalam satu blog mengenai makanan exotic..ewww..:P sekian...
> p/s: jgn tengok lama2 gambar cacing tuh..karang x lalu nak makan ataupun mimpi ngeri malam nanti..hahaha... :P
Ini bukan spoon worm atau sea worm :P
Hari ke-4 kami di Seoul, hujan turun dengan lebatnya yang aku sedar bermula dari jam 5.00 pagi. Memang sebelum ke Korea aku ada tengok ramalan kaji cuaca dan dijangka hari Ahad memang hujan tapi x sangka pula hujannya betul2 lebat dan x berhenti.
Bagaimanapun kami bangun awal seperti biasa dah bersarapan terlebih dahulu iaitu maggi yang telah diupgrade (tambah telur) dan kopi susu (instant) :) dan bersiap2 secara santai. Pukul 11.00 pagi kami decide untuk keluar juga dari hostel walaupun hujan masih belum berhenti.
Masa betul2 kat depan pintu, kami bertembung pula dengan Zuruel (staff 2nd Pencil Hostel) yang tengah mengemas bilik kat depan bilik kami. Mungkin penghuninya baru sahaja check out agaknya. Zuruel bagitau yang boss dia dah bagi kebenaran untuk kami bertukar bilik yang lain sebab masa hari kedua kami di sini, aku ada cakap dgn Johnny (juga staff hostel) kalau2 kami boleh bertukar ke bilik yang bersebelahan dengan bilik kami sebab space kat bilik kami terlalu kecil untuk kami menunaikan solat, di mana kalau salah seorang tengah solat, org lain x boleh nak guna sinki atau dapur atau ke bilik air sebab space kat situ sahaja yang free. Johnny janji nak tanya kat boss dia dulu macam mana.
Zuruel bagitau yang bos dia dah bagi kebenaran since semalam lagi (hari ke-3) tapi mungkin xde staff hostel yang terjumpa dengan kami untuk bagitau sebab semalam kami kan keluar awal pagi untuk ke Nami Island dan pulang lambat pula kerana berjalan2 dahulu di Hongdae Street. Since hujan pun belum berhenti, kami decide untuk pindah bilik dulu. Kami tukar ke bilik yang Zuruel tengah kemaskan. So masuk balik ke bilik kami dan pindah semua barang2 kami ke dalam bilik yang baru. Space luas dan lebih selesa. Pukul 12.00 tengahari barulah settle pindahkan barang dan kami bergerak keluar dari hostel setelah mengambil payung yang disediakan oleh pihak hostel.
Plan hari ni terpaksa kami tukarkan memandangkan hujan yang tidak ada tanda2 mahu berhenti. Maka plan outdoor ditukarkan ke plan indoor sahaja. Takkan nak tangkap gambar dalam hujan kan...jadi berpandukan guide book, kami ke I'Park Mall/Yongsan Electronics Market.
I'Park Mall/Yongsan Electronics Market
Kami ke Yongsan Station iaitu station yang menjadi center yang menyambungkan beberapa bangunan besar seperti I'Park Mall/Yongsan Electronic Market yang menjual pelbagai barang elektronik seperti kamera, komputer, telefon bimbit, televisyen dan sebagainya. Manakala bahagian bawah pula terdapat pasaraya besar yang menjual pelbagai barangan dapur (E-Mart Yongsan Store). Di situ juga terdapat sebuah pasaraya besar yang menjual perabut & pakaian, e-Sport Stadium, panggung wayang dan berpuluh2 restaurant dan kedai menjual pakaian dan barangan kosmetik. Bangunan I'Park Mall adalah seperti di bawah ni..
sumber: yeongboon.blogspot.com
Sumber: visitkorea.or.kr
Sesampainya kami di Yongsan Station, tempat pertama yang dituju ialah I'Park Mall di mana kami hanya mencuci mata sahaja. Nak beli kamera, kamera dah ada, handphone pulak mahal2 belaka. Walaupun Korea merupakan negara pengeluar handphone terkenal seperti Samsung, harga handphone Samsung kat sini xlah murah..:P kalau murah pun mungkin beza RM100 ke bawah sahaja dari harga di Malaysia. Mungkin itu harga untuk pelancong kot..kalau korean yang nak beli, harganya mungkin lebih murah...kan? Makanya, kami hanya window shopping sahaja di sini.
Jalan punya jalan, kami jumpa E-Mart Store kat bahagian bawah bangunan I'Park Mall tu. Jadi pergi shopping sayur dulu..hehe...rindu nak makan sayur sebab dah 4 hari kat sini asyiklah makan kimchi jer, x jumpa pun tempat yang jual sayur segar...rasa macam x cukup jer diet kami di sini...:P
Barang2 yang kami beli di E-Mart Store (sayur, cabai hijau, sesame leaves, gochujang & kimchi)
Lepak kejap kat tengah2 Yongsan Station mencari idea nak pergi ke mana lepas ni
Lepas beli sayur, kami ronda ke Yongsan Electronics Market pula. Ada jambatan tertutup yang menyambungkan I'Park Mall dengan Yongsan Electronics Market ni. Senang nak pergi cumanya kena banyak berjalan..fuhh..rasa nak tercabut kaki..:P tapi sama juga dengan yang dekat I'Park Mall, kat sini pun hphone mahal2..:P..tengok jerlah pastu kami berpatah balik ke Yongsan Station.
Oleh kerana hari pun dah petang dan tahu bahawa pukul 5.30 petang pun dah beransur gelap, kami decide nak ke Cheonggyecheon Plaza jer..memang dalam jadual asal, kami nak ke Cheonggyecheon Plaza untuk tengok Seoul Lantern Festival dan jumpa Korean friend aku si Walcott Lee hari ini tapi sebab hujan, memula terfikir nak cancel jer lagipun Walcott x dapat datang disebabkan hal2 yang x dapat dia elakkan. Tapi last2 kami ikut juga jadual asal dan berharap hujan telahpun berhenti kat luar sana.
Ini rasanya kat Jongo 3 (Sam)ga Station..on the way nak bertukar subway line 1 ke Line 5 untuk ke Gwanghwamun Station. Sunyi jer laluan ni jadi aku ambil gambar..hehe..pastu Dee kata, why not Along (Dee panggil aku Along) buat cerita dalam blog Along yang laluan ni berhantu. Bohlah tajuk "laluan stesyen subway yang berhantu di Seoul"...haha...giler si Dee nih..memain..mentang2 la kami jalan bertiga masa tu..kalau jalan sorang2 mau dia pun takut... :P
Seoul Lantern Festival 2012
Akhirnya kami sampai di Cheonggyecheon Plaza untuk tengok Seoul Lantern Festival. Masuk adalah percuma dan festival ini memang diadakan setiap bulan November setiap tahun. Hari masih hujan jadi kami berjalan menyusuri Cheonggyecheon Stream melihat tanglung (lantern) sambil berpayung.
Hujan berhenti tutup payung jap...pastu buka balik payung bila hujan turun balik.. :)
Air terjun buatan yang dipasang lampu...cantik :)
Kat bawah salah satu jambatan kat situ, dijadikan pusat aktiviti sempena festival ni. Kat sini pengunjung boleh menyertai aktiviti yang diadakan seperti membuat tanglung tapi kena bayarlah. Kami tengok jer :P dan walaupun hujan agak lebat juga dan suhu sangat sejuk, ramai juga pengunjung yang mengunjungi lantern festival ni tau..most of them are Korean... :)
Kedai jual lampu yang seakan2 tanglung pun ada juga.. harganya boleh tahan mahal! :P
Oh! abaikan petugas yang sedang melekat kertas kat tanglung naga tu yer...hehe...pengunjung boleh tulis apa sahaja kat kertas yang disediakan pastu petugas akan lekatkan kertas tu untuk membentuk tanglung naga. Pun kena bayar gak :) xde benda free kecuali ambil gambar jer free...hehe.. :P
Ini sebagai bukti kami dah sampai di Seoul Lantern Festival 2012 :P
Pakaian kami pun dah basah dek hujan, jari pun dah kebekuan dek sejuk melampau jadi kami pun balik ke hostel semula. Sebelum sampai hostel, singgah kat kedai beli telur & nasi.
Close-up nasi yang selalu kami beli sepanjang berada di Seoul
Sampai hostel, aku masak sardin, rebus telur, celur sesame leaves & hangatkan tteokbokki semalam (beli kat Hongdae Street)
Tteokbokki ni diberi nafas baru...haha.. aku tambahkan sayur & cabai hijau pastu menyesal sebab tteokbokki tu memang dah sedia pedas pastu cabai hijau pun pedas juga...berasap telinga kami makan tteokbokki ni..hahaha..itulah dinner kami malam ini..
Selesai aktiviti di hari ke-4 :)
No comments:
Post a Comment