Be My Friend :)

16 May 2013

#26: Trip to Sabah 3

Salam... :)

Hari Ketiga berada di Sabah, aku terjaga sejak awal pagi lagi. Mungkin dek kerana cuaca yang sangat-sangat sejuk di Kundasang agaknya yang membuatkan tidur menjadi tidak begitu lena. Maka aku, K.Ina & K.Faezah dah bersiap dari awal lagi dan terus ke cafe resort untuk sarapan pagi. Sementara menunggu makanan yang dipesan siap, kami bergambar dahulu di sekitar kawasan resort.Oleh kerana gambar terlalu banyak, semua gambar terpaksalah aku collagekan..hehe.. :)

 Kiram Village Resort, Kundasang...(psstt: xde kena mengena dgn Kiram kat Lahad Datu tu tau!) :P

Mungkin disebabkan keadaan cuacanya yang sejuk  dan lembab, bunga-bunga pelbagai jenis & warna hidup subur di sini. Geram tengok!


Hari ini sebetulnya kami perlu pulang ke Kota Kinabalu semula setelah bermalam di Kundasang semalamnya. Dalam perjalanan dari Kundasang ke Kota Kinabalu, sempat kami singgah sebentar di lereng bukit untuk bergambar beramai-ramai dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu iaitu mercu tanda Negeri Di Bawah Bayu ini... :)

 Bergambar berdua pula dengan K.Ina (wajib...hehe..) :P

Perjalanan dari Kundasang ke Kota Kinabalu adalah lebih kurang 2 jam 15 minit. Pada aku, perjalanan ini terasa sangat lama dan membosankan. Hampir2 juga aku termuntah disebabkan skill tour guide kami yang tersangat cekap membawa van yang kami naiki. Mungkin kerana hendak mengejar masa kerana kami bertolak dari Kiram Village Resort agak terlewat pagi tadi menyebabkan dia membawa van tersebut dengan agak tergesa-gesa. Terlompat2 kami di dalam van apabila van melalui tebing yang curam dan memotong kenderaan di hadapannya. Urut dada & beristigfar kami di sepanjang perjalanan sehinggalah selamat sampai ke Jesselton Point Jetty...:P

Di jeti ini, semua rakan2 selawatan bersiap2 untuk snorkeling di Pulau Sapi & Pulau Manukan. Hanya aku, K.Ina & K.Faezah sahaja memilih untuk tidak ikut serta dalam acara snorkeling. Namun begitu, kami tetap mengikuti rombongan ke Pulau Sapi & Pulau Manukan kerana mahu menikmati pemandangan menarik di kedua-dua pulau yang dikatakan sangat cantik itu.

 Pulau Sapi dengan laut yang jernih biru kehijauan menggamit kami sesampainya kami ke pulau tersebut :)

Apabila rakan-rakan lain sudah tidak sabar lagi untuk memulakan misi snorkeling, kami bertiga pula mengambil peluang mengambil gambar di sekeliling pulau dan menikmati makan tengahari kami di restoran tepi pantai yang menyajikan menu yang agak menarik juga. Lebih kurang sejam setengah berada di Pulau Sapi, kumpulan kami bergerak pula ke Pulau Manukan.

Hampir 3 jam berada di Pulau Manukan, kami pun bertolak balik ke Jesselton Point Jetty dengan menaiki bot dalam hujan. Basah juga akhirnya kami bertiga seperti kawan-kawan yang snorkeling tadi... :P

Pulau Manukan :)

Malamnya, kami menjamu selera di Restoran Nelayan yang termasuk dalam pakej lawatan kami sebelum meminta untuk dihantar di kawasan sekitar pasar Filipina untuk misi shopping.. :)

 Menu kami malam itu sebelum ditambah lagi beberapa hidangan selepas itu...

 Kami makan sambil menikmati persembahan secara live di pentas berhampiran dengan meja kami... :)

Esoknya, kami bertolak balik dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang dengan menaiki kapal terbang pada jam 1.35 petang dan selamat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada jam 4.00 petang. Maka tamatlah lawatan 4 hari 3 malam kami di Kota Kinabalu + Kundasang.. :) Sekian...

14 May 2013

#25: Trip to Sabah 2

Salam... :)

Di hari kedua, kami bergerak meninggalkan Kota Kinabalu di awal pagi dengan menaiki 2 buah van untuk ke Kundasang pula. Dari Kota Kinabalu, kami perlu melalui jalan di lereng-lereng bukit yang berpusing-pusing. Sungguh mencabar laluannya sehinggakan kepala kami menjadi pening...haha...

Dalam perjalanan itu, kami singgah di beberapa tempat menarik. First place yang kami singgah ialah di Rumah Terbalik di mana, kat dalam rumah tu, segalanya digantung secara terbalik dan dipaku...since kat dalam rumah tu tak dibenarkan mengambil gambar, so kami hanya bergambar di kawasan luar sahajalah...


Perjalanan diteruskan pula ke kaki bukit (nama tempat aku dah lupa :P)





 Tempat ni ada banyak jual barang-barang cenderahati...

Selepas itu, kami singgah pula di Kinabalu Park (rasanyalah :P)...tapi x dapat tengok view yang menarik di sini disebabkan kabus tebal.
 
Selepas itu perjalanan diteruskan lagi dan kami kemudian singgah pula di kawasan yang menjual buah-buahan segar. Nama tempat aku lupa juga...kihkihkih...sorry.. :P






cantik dan berwarna-warni kan buah-buah ni.. :)

Selesai membeli bekalan buah-buahan untuk dimakan di dalam van sebelum berhenti makan tengahari, kami singgah pula di kawasan untuk melihat bunga Raflesia. 

 Oh ini pokok kaktus bukan pokok bunga raflesia.. :P

Oleh kerana nak tengok bunga raflesia, setiap orang dikenakan bayaran masuk sebanyak RM20 seorang, maka kami akhirnya hanya bergambar di luar sahaja bersama pokok kaktus (sbb free :P)...

Kami kemudiannya berhenti untuk makan tengahari di Pekan Ranau sebelum bergerak pula ke Poring Hot Spring...





K.Faezah & K. Ina.. :)

Kemudiannya, kami bertolak ke destinasi terakhir pada hari kedua ini sebelum menginap di Kiram Village Resort di Kundasang. Kami ke Desa Dairy Farm @ ladang lembu... :)

 Lembu-lembu sedang mengambil giliran untuk diperah susunya..




 Tuan punya blog bergambar di tepi kandang lembu sambil menahan napas..:P baunya fuhhh...x tahan... :P

Setelah hampir pengsan menahan nafas dari bau tahi lembu yang mencucuk-cucuk hidung, kami akhirnya bertolak ke Kiram Village Resort. Maka bermalamlah kami di Kundasang dalam cuaca sejuk yang melampau. Sejuk giler! Lebih sejuk dari Cameron Highlands rasanya. Dah berselimut tebal pun, kaki masih kesejukan bagaikan duduk dalam peti ais lagaknya.

 Keesokkan paginya, bergambar di papan tanda masuk ke Kiram Village Resort. Ceritanya di next entry yer.. :)