Be My Friend :)

14 May 2013

#25: Trip to Sabah 2

Salam... :)

Di hari kedua, kami bergerak meninggalkan Kota Kinabalu di awal pagi dengan menaiki 2 buah van untuk ke Kundasang pula. Dari Kota Kinabalu, kami perlu melalui jalan di lereng-lereng bukit yang berpusing-pusing. Sungguh mencabar laluannya sehinggakan kepala kami menjadi pening...haha...

Dalam perjalanan itu, kami singgah di beberapa tempat menarik. First place yang kami singgah ialah di Rumah Terbalik di mana, kat dalam rumah tu, segalanya digantung secara terbalik dan dipaku...since kat dalam rumah tu tak dibenarkan mengambil gambar, so kami hanya bergambar di kawasan luar sahajalah...


Perjalanan diteruskan pula ke kaki bukit (nama tempat aku dah lupa :P)





 Tempat ni ada banyak jual barang-barang cenderahati...

Selepas itu, kami singgah pula di Kinabalu Park (rasanyalah :P)...tapi x dapat tengok view yang menarik di sini disebabkan kabus tebal.
 
Selepas itu perjalanan diteruskan lagi dan kami kemudian singgah pula di kawasan yang menjual buah-buahan segar. Nama tempat aku lupa juga...kihkihkih...sorry.. :P






cantik dan berwarna-warni kan buah-buah ni.. :)

Selesai membeli bekalan buah-buahan untuk dimakan di dalam van sebelum berhenti makan tengahari, kami singgah pula di kawasan untuk melihat bunga Raflesia. 

 Oh ini pokok kaktus bukan pokok bunga raflesia.. :P

Oleh kerana nak tengok bunga raflesia, setiap orang dikenakan bayaran masuk sebanyak RM20 seorang, maka kami akhirnya hanya bergambar di luar sahaja bersama pokok kaktus (sbb free :P)...

Kami kemudiannya berhenti untuk makan tengahari di Pekan Ranau sebelum bergerak pula ke Poring Hot Spring...





K.Faezah & K. Ina.. :)

Kemudiannya, kami bertolak ke destinasi terakhir pada hari kedua ini sebelum menginap di Kiram Village Resort di Kundasang. Kami ke Desa Dairy Farm @ ladang lembu... :)

 Lembu-lembu sedang mengambil giliran untuk diperah susunya..




 Tuan punya blog bergambar di tepi kandang lembu sambil menahan napas..:P baunya fuhhh...x tahan... :P

Setelah hampir pengsan menahan nafas dari bau tahi lembu yang mencucuk-cucuk hidung, kami akhirnya bertolak ke Kiram Village Resort. Maka bermalamlah kami di Kundasang dalam cuaca sejuk yang melampau. Sejuk giler! Lebih sejuk dari Cameron Highlands rasanya. Dah berselimut tebal pun, kaki masih kesejukan bagaikan duduk dalam peti ais lagaknya.

 Keesokkan paginya, bergambar di papan tanda masuk ke Kiram Village Resort. Ceritanya di next entry yer.. :)

No comments: