Entry Spring kenalah mula dengan gambar bunga kan? hehe...tu bunga Cherry Blossom yang teringin sangat aku nak tengok secara live dan akhirnya impian itu tercapai pada 3 April yang lalu.
Trip ni seperti biasa adalah trip duo (with K.Ina). Sehari sebelum berlepas ke Busan, kami terlebih dahulu terbang dari Penang ke LCCT. Oleh kerana flight kami pada keesokkan paginya adalah awal iaitu pada jam 8.15 pagi dan semestinya kena berada 2 jam lebih awal untuk check in dan sebagainya, maka kami decided untuk bermalam di Tune Hotel malam itu. Biliknya kecik amat...tapi jadi la dari kena tido kat kaki lima airport kan..:P
Maka dipendekkan cerita, akhirnya flight kami selamat berlepas dari LCCT ke Busan mengikut jadual iaitu pada jam 8.15 pagi dan selamat juga tiba di Gimhae International Airport, Busan pada jam 4.00 petang. Sampai jer airport Busan, cari kedai serbaneka dulu untuk reload kad 'T-Money' kami yang memang kami bawa. Kalau xde, boleh jer beli kat kedai serbaneka (7 eleven) kat airport tu. Harga kad 2000won. Pastu boleh la reload lagi kalau rasa banyak nak turun naik subway.. :)
Keluar jer dari Busan Airport rasa nak beku! haha... sebab aku & k.ina pakai jaket biasa jer. Bajet suhu taklah sejuk sangat memandangkan dah masuk musim bunga kan. Sebenarnya kiraan kami tu tersasar sebab musim bunga kali ini di Korea, suhu menurun...alamak!
Oleh kerana hari dah petang, dan suhu yang sejuk, kami memang bajet nak terus ke hotel sahaja di hari pertama ni. Jadi dari Gimhae International Airport, kami terpaksa berjalan hingga ke hadapan Gimhae Domestic Airport untuk menaiki Busan Gimhae Light Rail Transit ke Sasang Station sebelum bertukar ke Subway line 2 ke Seomyeon Station dan bertukar lagi ke Subway Line 1 pula untuk ke Busan Station sebab hotel kami berdekatan dengan Busan Station.
Untuk trip 5 hari 4 malam di Busan ini kami menginap di Busan Mokhwa Motel yang terletak 10 minit berjalan kaki dari Busan Station. Nak cari hotel ni pun senang walaupun pada mulanya kena tanya orang Korea juga...hehe...jom tengok bilik kami...
Bilik ni aku booking thru booking.com macam selalu. Ok la bilik dia, saiz sederhana untuk 2 orang. Ada satu katil queen yang ada pemanas katil. Ada tv, ada peti ais kecil, ada water dispenser (panas & sejuk), ada almari solek & ada komputer yang ada internet dan juga ada free wifi... :) cukuplah kan? plus murah gaklah..untuk 4 malam, lebih kurang RM400...
Bilik air dia, luas siap dengan bath tub. Tapi percayalah...jangan kata nak berendam dalam tub..kami mandi pun macam cakcibor jer hari2 sebab walaupun ada water heater, udara sejuk yang masuk dari tingkap yang tertutup rapat dalam bilik air ni, boleh rasa hingga ke tulang sejuknya! haha...sebab tu mandi 10 minit jer dah kuar!..hehe...
Letak jer bag, kami turun semula...ronda2 kat kawasan bawah hotel dulu...
Strawberry yang besar-besar dan nampak menyelerakan.. :P
Kat bawah, tepi kaki lima jalan, dah macam pasar malam!..hari-hari gitu...jual buah-buahan, ikan-ikan & pelbagai makanan laut, periuk belanga, gerai makanan, sayur-sayuran...wahh...meriah..
K.Ina yang nak ambil gambar tepi ikan...aku pun ada gambar tepi ikan tapi xmo boh sini sebab nampak macam aku pendek dalam gambar tuh! haha.. :P
Buah-buah pun fresh jer sebab sejuk kan...xyah boh dalam peti ais dah... :)
Kami ronda-ronda sambil beli tupperware untuk masak maggi, telur & kopi 3 dalam 1. Lepas tu jalan laju-laju balik ke bilik...hehe..sejukkkkk...!
Bersambung....
Aku: suka pegi Korea walaupun ini dah masuk kali ke-3 :P
No comments:
Post a Comment