Ini hari terakhir kami berada di Seoul, Korea. Sejak dari pukul 4.30 pagi lagi kami sudah terjaga dari tidur kerana masing2 pun tidak boleh lena. Walaupun badan sangat penat kerana mendaki Mt. Namsan semalamnya, namun mata kami enggan bekerjasama dek kerisauan kami takut kalau2 kami terlewat tiba di Incheon International Airport dan akan menyebabkan kami terlepas penerbangan yang dijadualkan pada pukul 11.00 pagi (waktu Korea). Maka sebab itulah kami asyik terjaga dari tidur setiap sejam walaupun yakin yang masing-masing sudah mengunci alarm di hp masing2. Selesai mandi, bersolat dan bersiap2 serta memeriksa kalau2 ada yang tertinggal, kami keluar dari hotel pada jam 7.00 pagi dan bergerak menuju stesyen subway.
Dari Kkachisan Station, kami menaiki subway Line 5 ke Gimpo Airport dan seterusnya bertukar subway ke Incheon pula. Perjalanan lancar dan kami tiba di Incheon International Airport pada jam 8.30 pagi dan terus ke kaunter check in. Urusan di kaunter check in selesai 30 minit kemudian dan kami terus bergegas mencari kedai untuk refund semula kad t-money kami yang masih berbaki. Setelah berjumpa dan refund kad t-money kami serta membeli dan menikmati sarapan pagi kami iaitu roti dan strawberry milk, kami pun bergerak secara pantas ke kaunter pemeriksaan Imigresen untuk berlepas. Agak sukar pada mulanya nak mencari kaunter pemeriksaan Imigresen kerana kawasan Incheon International Airport yang sangat luas dan mengelirukan.
Setelah bertanya beberapa kali, kami akhirnya berjumpa dengan kaunter pemeriksaan Imigresen yang rupa-rupanya berada di kawasan yang tertutup dan bergerak dengan pantas menaiki keretapi ke tempat berlepas. Tercungap2 kami sampai di Gate penerbangan kami dan akhirnya memasuki pesawat dengan selamatnya. Pesawat kami berlepas pada jam 11.15 pagi (waktu Korea) dan sampai di KLIA pada jam 5.00 petang (waktu Malaysia) dan terbang ke Penang pula pada jam 6.30 petang dan sampai di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 7.30 malam. Walaupun penat, kami bersyukur trip kami ini berjalan dengan lancar malah dipermudahkan walaupun inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke bumi Korea yang selama ini hanya mampu dilihat dari drama2 Korea yang kami selalu tontoni. Alhamdulillah dan semoga kami diberi peluang lagi untuk kembali ke Korea suatu hari nanti dan mungkin juga merancang trip ke negara lain pula nanti...insyaAllah... :)
Suasana di Incheon International Airport |
Lunch aku di dalam pesawat (Pasta with fish, bread, cheese cake, coslow salad, fresh orange & plain water, kimchi) |
2 comments:
nak pi lagi nanti jgn lupa ajak aku sama :)
hehe..orait! bisa diatur.. :)
Post a Comment