Be My Friend :)

29 March 2012

#20: Trip ke Seoul, Korea - Corat-Coret

1.  Kami menggunakan subway sebagai pengangkutan utama untuk bergerak ke tempat2 yang dilawati kerana mudah dan cepat. Penggunaan T-Money card juga melancarkan perjalanan kerana tidak perlu bersusah payah membeli tiket tiap kali hendak menaiki subway. T-Money card juga boleh digunakan untuk menaiki bas malah boleh digunakan untuk membeli barang runcit dan kosmetik di kedai2 yang terdapat logo T-Money.

2. Kerana cuaca yang amat sejuk semasa kunjungan kami ke Seoul iaitu antara -3 darjah celcius hingga -5 darjah celcius, kami terpaksa memakai 3 lapis baju iaitu baju t'shirt, sweater di bahagian dalam dan winter jacket di bahagian luar. Kerana itu, semua gambar kami kelihatan seolah-olah kami memakai baju yang sama setiap hari kerana kami hanya bertukar baju di bahagian dalam tetapi tetap memakai winter jacket yang sama setiap hari kerana kami hanya membawa sehelai winter jacket sahaja dari Malaysia. Dan juga 2 lapis seluar di mana di bahagian dalam kami memakai legging.

3. Cabaran utama berjalan di Seoul ialah tangga dan bukit kerana semua station subway memaksa anda turun naik tangga serta berjalan mendaki bukit untuk ke tempat2 yang ingin dilawati. Memang seksa! Next time, kalau ada rezeki berkunjung ke sini lagi, kami berazam mahu membeli walking shoes yang lebih mahal dan selesa..wajib!



4.  Oleh kerana cuaca amat sejuk, ia menjadikan bau di dalam subway agak kurang menyenangkan terutamanya di waktu pagi. Jadi, sila tahan nafas anda sehingga sampai ke tempat yang dituju kerana untuk menutup hidung semasa di dalam subway akan kelihatan sangat kurang asam (rude)..hehe..

5. Semua tandas di Seoul adalah percuma dan setiap station subway mempunyai tandas, deretan kedai2 serbanika, kedai2 menjual roti, baju2 mahupun kosmetik dan accessories. 

6. Setiap hari apabila balik semula ke hotel dari berjalan-jalan, kami berdua akan diserang demam kerana tidak tahan dengan keadaan cuaca. Mana taknya, suasana di luar sangat sejuk sehingga menggigil walaupun sudah memakai 3 lapis baju, masuk di dalam subway kembali normal kerana terdapat heater di bawah tempat duduk di dalam subway. Jadi oleh kerana badan mengalami perubahan suhu sejuk panas sejuk panas yang mendadak, maka kami akan diserang demam waktu malamnya. Mujur kami membawa bersama first aid kit yang lengkap dari awal lagi maka demam itu tidaklah melarat hingga ke pagi dan membantutkan planning kami.  


7.  Perkataan Korea yang paling banyak kami gunakan sepanjang berada di Korea ialah Annyong Haseyo (hi, apa khabar), Kamsahamnida (terima kasih), Igo olma yeyo? (yang ini berapa harganya), Hwajangsil oedi issoyo? (tandas di mana) dan chuwoyo (sejuknya)..hehe..

8. Di Insadong terdapat penjual berbangsa Korea yang menjerit 'apa khabar', 'apa khabar' kepada kami apabila ternampak kelibat kami melalui gerai mereka. Jenuh nak jawab 'khabar baik'..'khabar baik'..setiap kali..hehe..

9.  Di Namdaemun Market pula, ada penjual t'shirt berbangsa Korea yang boleh bercakap dalam bahasa Malaysia seperti 'T'shirt, 3 sepuluh ribu (10,000 won)", warna apa?, kelabu?, merah?, putih? dan 'terima kasih'.. sangat lucu loghatnya.. :)

10. Kak Ina agak popular ketika di Namdaemun Market apabila ada beberapa penjual (lelaki) yang sibuk bertanya berapa umur dia kerana susuk tubuh badan Kak Ina yang kecil..hehe..

11. Walaupun baru pertama kali berkunjung ke Korea, kami tidak tersesat ketika mencari tempat yang ingin dilawati kerana telah bersedia dengan detail planning dari awal. Dengan berpandukan detail planning yang dibuat ini serta dibantu oleh subway map yang dibawa, kami tahu subway line berapa yang perlu kami naiki, turun di station mana, dan seterusnya bertukar subway line berapa pula hingga sampai ke tempat yang dituju. Maka perjalanan kami sepanjang berada di Seoul menjadi mudah.

12.  Kos tiket kapal terbang pergi balik termasuk tax, insurans perjalanan dan penginapan hotel di Seoul selama 4 hari dari MAS Holiday yang kami beli adalah sebanyak RM1,900.00 seorang. Memang berbaloi. 

13.  Kadar tukaran wang asing bagi Korea ialah 1,000 won = RM2.90. dan perbezaan waktu di Korea dengan Malaysia ialah Korea lebih awal dari Malaysia 1 jam.

14.  Di dalam subway kami mendapati bahawa ada beberapa deretan tempat duduk yang dikhaskan untuk warga tua, wanita mengandung, oku atau yang membawa anak kecil melalui simbol yang dipaparkan di dinding subway. Yang membuatkan kami kagum ialah, kerusi2 ini hanya diduduki oleh mereka seperti yang terdapat di dalam simbol tersebut dan akan dibiarkan kosong jika tiada antara mereka ini yang menaiki subway pada waktu tersebut walaupun subway itu penuh sesak dengan warga Korea yang lain.

15. Terdapat pilihan sehingga 70 chanel yang boleh ditonton menerusi television di hotel tempat kami menginap. 5 daripadanya adalah chanel berbahasa Inggeris. 

16.  Menaiki subway juga mudah kerana terdapat pengumuman dalam bahasa Inggeris tiap kali subway sampai di mana-mana station. Jadi anda tidak perlu risau. Selagi ada subway map dan mendengar pengumuman yang dibuat, anda tidak akan terlepas station untuk turun. Papan tanda di dalam subway station juga banyak terdapat di dalam bahasa Inggeris. Subway di Seoul bersifat mesra pelancong.. :)



17.  Di setiap station subway juga dilengkapi dengan anggota polis yang sedia membantu anda serta terdapat information counter. Jangan risau jika anda tidak pandai berbahasa Korea untuk bertanya kerana walaupun bercampur bahasa Korea & bahasa Inggeris, petugas yang berada di kaunter tersebut akan sedaya upaya membantu walaupun beliau bercakap dalam bahasa Korea, kita akan mudah faham...hehe..sebab akan dibantu oleh gerakan tangan sebagai tunjuk arah. 

18.  Hasil pemerhatian kami, kami mendapati bahawa 80% dari warga Korea yang menggunakan subway sangat obses dengan handphone di mana mereka leka mengunakan hp mereka sepanjang berada di dalam subway seperti berbalas sms, menonton rancangan tv atau video klip artis2 Korea mahupun berbual di telefon. 15% lagi membaca ketika berada di dalam subway dan 5% lagi tidur atau termenung sambil mengenang nasib diri seperti yang kami lakukan..hahaha...

19.  Kerana cuaca yang sangat sejuk, muka kami terutama bahagian bibir menjadi sangat kering sehingga kami terpaksa memakai lip balm dari masa ke semasa untuk mengelakkannya daripada pecah. Sekali sekala apabila berkesempatan melihat wajah di cermin, hampir menjerit kami dibuatnya kerana kulit wajah sangat kering hingga berkedut2 bagaikan kami berumur 50an..haha..ngeri tengok wajah sendiri..cepat2 cover dengan moisturiser dan bedak..hahaha.. 

20.  Kerana perlu banyak berjalan turun naik tangga dan bukit dan bergegas pergi ke beberapa tempat dalam  masa sehari, kami dibantu oleh bertin-tin air energy drink yang dibeli dari mesin di station subway. Kalau x, dah lama kami collapse! hehe..

sekian...:)

34 comments:

Naja said...

Sangat berinformasi. Kot satu hari nanti terbuka ati aku nak p Korea, aku pi berguru dengan hang la Rinie ya... :)

marstories said...

hehe..boleh..aku boleh bagi contoh detail planning yang aku buat tu sebagai rujukan hang. Dengan detail planning tu aku yakin, hang boleh cari tempat2 tu dengan senangnya tanpa tersesat. Bila2 hang nak detail planning tu, bagitaulah ek..aku boleh emailkan kat hang..eh..sapa2 pun nak boleh email kat aku yer..

Anonymous said...

marstories,saya sha..kitaorang pun nak g korea mggu depan..2 orang gak,backpackers..bila dah baca ur blog,bnyak tips utk kitorang...bleh tak nak detail planning u untuk rujukan tambahan...email mars bapa,leh la kita sembang banyak g...

Anonymous said...

opps lupa lak tadi nak bagi email saya.key2rizz@yahoo.com

marstories said...

Sha...boleh jer...my email rinie21@gmail.com.. ;-)

Anonymous said...

Salam...risaunya akak ni sampai demam2 kat sna, saya nak gi hujg february mesti lagik sejuk...risaunyer~

Anonymous said...

BOLEH TAK NAK DAPATKAN DETAIL PLANNING UTK REFERENCE CUZ SAYA NAK PERGI BULAN DEPAN KE KOREA....THANKS!!!(^-^)

eMAIL:along_ita311@yahoo.com

Anonymous said...

hai cik rini..saya dan kwn2 ada planning nk pie korea thn depan 2013...boleh ke saya nk dapatkan detail planning utk rujukan..saya dah buat, tp takla detail..tgk catatan perjalanan dgn tips dlm blog ni,boleh jadi rujukan kami berenam nanti..emel saya haikalerina@gmail.com...annyeong!!

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

Salam,

Saya bercadang untuk ke Korea tahun hadapan..boleh bagi detail planning..sy dah email pd awak..nie email saya..zass_2010@yahoo.com terima kasih

Anonymous said...

Anneoyeong ;)

Nice blog especially pasal trip ke korea.Like it! Sy akan ke korea Feb 2013 tpi belum bt ape2 detail planning lgi..list down tpt nak pg bderet2..haha. boleh x emailkan sy cth d.planning sbg panduan? Thanks gumawoyo kamsahamida :)

email adds: pusitstef88@gmail.com ^o^

marstories said...

zass_2010: saya dah dah emel kat awak :)
Anon: thanks..insyaAllah..nanti saya emelkan..

Anonymous said...

salam,

tahniah kerana mempunyai blog yang sangat berinformasi. saya dapat banyak panduan di sini.jika tak keberatan harap dapat kongsi cth trip planning ke korea ni untuk panduan saya selanjutnya.saya akan ke sana tahun depan.

terima kasih sekali lagi ya.

honeyzmadu@gmail.com

n.a.s.u.h.a said...

salam, sy ada baca tips2 untuk ke korea daripada blog awak ni..sgt membantu..sy nak ke korea this year.boleh sy dapatkan detail planning untuk sy jadikan rujukan?thank you so much..=)
email sy: nasuha87@gmail.com

Anonymous said...

salam,
saya ada baca tentang trip awak ke korea. boleh tak emelkan tips-tips sebelum pergi ke korea dan ketika berada di korea. saya dan kakak saya akan ke korea pada bulan mac. saya tak pasti apalagi yang diperlukan untuk ke sana.
tima kasih. ini emel saya
zana_shahana@yahoo.com

rizal said...

salam, saya akan ke korea pada bulan jun, boleh kiranya emailkan saya detail planning yang awak buat. thanks alot.
shahrizalahmadselo@gmail.com

RtaiN said...

Salam, saya akan pergi ke korea hujung bulan feb ni. Boleh tolong email kat saya planning and kalau boleh tolong bagi tips tempat yang murah dan brg apa yg berbaloi utk beli kat sana :)

rtainhilav@yahoo.com

marstories said...

RtaiN: Wsalam. Saya dah email pada awak contoh detail planning saya.. :) untuk tips shopping, awak boleh tengok kat bahagian tips :)

Mrs Kwon said...

Salam kak. Boleh x sy nk dptkan detail planning akak di korea.. Ni emel sy - zazalee86@gmail.com.. Tq kak

Anonymous said...

Salam blh x sy nk detail planning akak kat korea..hasni_hanafi@yahoo.com

marstories said...

hasni: akak dah emel... :)

NuR HiMe said...

hi... saya berminat nak dapatkan detail planning awk cuz nak g sane juga.... huhu... ni email sy... nurhime90@gmail.com

NuR HiMe said...

hi...saya berminat nak dapatkan detail planning awk.... email saya kat nurhime90@gmail.com....

NuR HiMe said...

hi...saya berminat nak dapatkan detail planning awk.... email saya kat nurhime90@gmail.com....

NuR HiMe said...

hi...saya berminat nak dapatkan detail planning awk.... email saya kat nurhime90@gmail.com....

marstories said...

Nurhime: Akak dah emelkan...sampai 4 kali awak mintak yer..hehe..

sue_hashim said...

salam...
saya su, boleh tak kalo nak mintak detail planning awak? Nak buat rujukan utk plan trip ke Korea. Email saya thuwaibahhashim@gmail.com . Thanks ye.. =)

Anonymous said...

salam kak,

boleh emailkan saya juga detail planning tu?sy akn ke korea hujung bulan ni..tq

email : syazana_1403@yahoo.com

alia* said...

Salam.

terbaiklah cerita akak pergi korea.mcm org2 diatas, boleh tak kalau saya pun nak jugak detail planning yang akak buat tu. mesti akn banyak membantu..

amaliarosmadi@gmail.com

terima kasih akak =)

Anonymous said...

Salam...boleh emailkan detail planning and tips ke korea tuh...saya akan pergi dgn family awal jun ni..tq very much...email to bee821211@yahoo.com

Anonymous said...

salam, sy suka dgn blog akk.. byk info yg boleh dapat.. sy akan ke korea pada bulan sep nie.. boleh emelkan sy contoh detail planning coz sy pergi gamble.. thanks ye :)

marstories said...

anon: terima kasih suka blog akak..:) boleh2...tapi awak x bagi email add awak so macam mana nak emelkan detail planning tu..hehe..emelkan kat akak at rinie21@gmail.com

Anonymous said...

hai...sronok baca blog ni. bole emailkan kat saya jugak detail planning tu? sy akan gi bln august nnt :P sgt teruja~ tenkiu very much! (emel: farhana3004@gmail.com)

Anonymous said...

Assalamualaikum...mohon emailkan detail planning ke fadzlieza75@yahoo.com.my. Terima kasih.

Anonymous said...

Aslmkm sis,
Nice posts on ur korea trips, lots of help for us readers. Insya Allah, i'm going to korea this june. thus, i would like to request for ur sample of planning as well. i hope u won't mind. and i thank you in advance for ur kind help. kamsahamnida!

izah.
lordvoldemort_7683 at yahoo.com