Day 3 in Tokyo :)
Planning di hari ketiga ni ialah nak ke Asakusa Shrine iaitu tempat wajib kalau ke Tokyo, Sumida Park yang terletak berhampiran dengan Asakusa Shrine dan Tokyo SkyTree iaitu mercu tanda Tokyo yang terbaru yang juga terletak berdekatan.
Oleh kerana dilanda keletihan, kami keluar agak lewat dari hotel iaitu sekitar jam 9.15 pagi setelah bersarapan ala kadar. Matahari sudah cerah memancar namun masih terasa sejuk sewaktu kami berjalan menuju ke stesen subway (Iriya Station) untuk ke Ueno Station. Dari Ueno Station, kami seterusnya bertukar ke Subway Ginza Line untuk ke Asakusa Station. Jaraknya cumalah berselang 3 station sahaja dari Ueno Station. Terasa sekejap berada di dalam subway... :)
Pintu masuk utama Asakusa Shrine
Tanglung gergasi yang digantung di pintu utama
"Hai!"...kata Nasrin :P
Sewaktu kami tiba di sana sekitar jam 10.30 pagi, orang ramai telah mula membanjiri kawasan ini.
Kak Ina pun tidak ketinggalan bergambar di pintu masuk utama.. :P
Dan lagi.. :P
Kaminarimon Gate nama pintu masuk utama ni rupanya.. :)
Puas mengambil gambar di hadapan pintu masuk utama, maka kami pun bergerak masuk ke dalam Asakusa Shrine ini..
Pintu masuk utama dari sebelah dalam
Bergambar dengan replika kasut tali gergasi yang merupakan kasut tradisional orang Jepun
Berlatar belakangkan bangunan pagoda di belakang pula .. :)
Dari pintu masuk utama, sepanjang jalan menuju ke Sensoji Temple yang terletak di bahagian belakang terdapat Asakusa Nakamise iaitu deretan kedai-kedai di kiri dan kanan jalan yang menjual pelbagai barangan cenderahati Jepun. Tempat yang paling sesuai untuk membeli barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Walaupun harganya agak mahal, namun terdapat banyak pilihan yang diberikan. Harga barangan yang dijual adalah fixed price...jadi tawar menawar tidak akan dilayan...hehe..
Setiap kedai ada memaparkan tanda larangan "No Photo"...tapi dah nama pun pelancong kan...mesti nak curi-curi ambil gambar juga sebagai kenang-kenangan pernah sampai di sini...lagipun bukan rugi pun kalau gambar diambil..kan? :P dahlah bukan senang nak sampai ke Jepun nih wehh...hehe..(Tips: ambil gambar dengan kamera hp..so xdelah diorang perasan sangat kita ambil gambar kedai diorang)... :P
Antara Japan sweets yang comel-comel dan berwarna warni yang dijual...geram tengok..rasa nak beli..tapi tak beli..hehe.. :P
Di hujung Asakusa Nakamise ialah Sensoji Temple iaitu Tokong Buddha yang terkenal di sini. Kami tak masuk pun. Cuma ambil gambar dari jauh..hehe..
Nak tulis wish? 100yen yer... :)
Tulis wish atas kertas dan ikat begini kat tempat yang disediakan... (aku ambil gambar jer yer..)
Pokok kuning yang cantik di tepi Sensoji Temple :)
Setelah membeli barangan cenderahati, kami berjalan pula ke Sumida Park yang terletak di tepi Sungai Sumida. Sempat beli kebab ayam dari kedai pak arab dan hot chocolate dari mesin vending dalam perjalanan.. :)
Gambar yang diambil dari jambatan yang menyeberangi Sungai Sumida
Sungai Sumida :)
Kak Ina yang bergambar berlatar belakangkan Sungai Sumida dan jambatan :P
Di tepi Sungai Sumida, kami duduk melepaskan lelah sambil menikmati makan tengahari kami iaitu kebab ayam dan air coklat panas (aku berkongsi dengan Nasrin), manakala K.Ina menikmati coklat Cadbury yang dibawa & air coklat panas yang juga dibeli dari mesin vending.
Sesudah berehat lebih kurang 30 minit di tepi Sungai Sumida, kami berjalan pula ke Tokyo SkyTree. Kenapa berjalan? kerana malas hendak berpatah balik ke Asakusa Station untuk menaiki keretapi Tobu Line ke Tokyo Sky Tree Station yang jaraknya hanya 1 stesyen sahaja.
Nampak macam dekat jer kan Tokyo SkyTree tuh? Sebenarnya, xdelah dekat sangat! hehe..
Akhirnya setelah berjalan lebih kurang 20 minit dari Sungai Sumida, akhirnya kami sampai di Tokyo SkyTree Station...fuhhh!..walaupun letih Kak Ina masih boleh tersenyum.. :)
Tokyo SkyTree :)
Tokyo SkyTree ini merupakan struktur tertinggi di Jepun dan merupakan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa. Tiket untuk naik ke Tokyo SkyTree Observation Deck boleh dibeli di kaunter tiket di tingkat 4 atau melalui online (berbahasa Jepun). Tiket untuk dewasa adalah 2000yen, kanak-kanak 900yen. Kami tak naik pun. Mahalnya tiket...huhu..pelancong bajet macam kami ni hanya mampu ambil gambar dari bawah jer...hehe...yang penting, dah sampai ke sini kan?
Puas mengambil gambar, kami menaiki keretapi Tobu Line dari Tokyo SkyTree Station untuk balik ke Asakusa Station. Dah tak mampu nak berjalan balik kaedahnya..haha...dari Asakusa Station, kami menaiki Subway Ginza Line ke Ueno Station dan kemudian bertukar ke Subway Hibiya Line untuk ke Akihabara. Berjalan-jalan sekejap di Akihabara sebelum mengambil Subway Hibiya Line untuk balik ke hotel kami (Iriya Station). Malamnya, aku diserang demam...
No comments:
Post a Comment