Be My Friend :)

29 November 2012

#62: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 8

Salam... :)

Stone-Wall Road
Selepas dengan berat hatinya meninggalkan pokok2 cantik dalam Deoksugung Palace, kami pun keluar lalu menuju ke Stone-Wall Road mengikut jadual yang telah dibuat lebih awal...sedih jer bunyinya kan? haha..tapi sebenarnya Stone-Wall Road ni terletak betul2 bersebelahan dengan Deoksugung Palace jer.. :)

Stone-Wall Road ni sangat popular di Seoul semasa musim gugur kerana kita boleh tengok pokok2 berwarna-warni di sepanjang jalan ini. Jalan ni adalah sepanjang 900 meter bermula dari Deoksugung Palace hinggalah ke bangunan Kyunghyang Shinmun.
...........



Nama pun Stone-Wall Road kan..jadi wajiblah masing2 mengambil gambar di stone wall yang dimaksudkan tu..haha..di balik tembok tempat kami bergambar tu ialah Deoksugung Palace.. :)
........
Mungkin sebab masa kami menyusuri Stone-Wall Road ini jam telahpun menunjukkan pukul 12.30 tengahari (waktu Korea), maka ramailah warga Korea yang turut mengambil peluang berjalan-jalan di sepanjang jalan yang sama bagi memenuhi waktu makan tengahari mereka. Rasanya kebanyakkan mereka ini bekerja di bangunan yang berdekatan.
...........  

Hanya kami yang x jemu2 mengambil gambar di sepanjang jalan ini :P
............

Pokok2 cantik di sepanjang tembok batu yang sempat aku abadikan sebagai kenang-kenangan :)
............
Dee & K.Ina duduk atas batu bujur di tepi lorong pejalan kaki
.........
Us dua beradik :)
..........
Dee & stone wall
......
The yellow gingko leaves > cantiknya.. :)
...........
Sama kaler dah pokok ni dengan scarf..wajiblah ambil gambar dengan pokok ni.. :P
.............

K.Ina & Dee bergambar dengan jambangan bunga gergasi di taman bunga
di tepi Stone-Wall Road ni
.......

Kami berjalan hinggalah sampai ke penghujung Stone-Wall Road ini dan berpusing di bahagian hadapan pula sehingga tidak sedar bertemu dengan jalan yang sangat familiar kepada aku & K.Ina seperti dilanda dejavu.  Rupanya jalan yang kami lewati waktu itu bertemu pula dengan jalan menuju ke Gwanghwamun Square...:P Maka laju sahaja kaki melangkah ke School Food Restaurant yang pernah kami kunjungi ketika di 1st trip dahulu untuk menikmati makan tengahari kami hari ini.

 Set Bimbibap yang kami kongsi bertiga kerana portionnya yang besar
.......
Close-up

 Duta School Food Restaurant :P
.........
Selain dari bimbibap, kami juga order satu tteokbokki tapi gambar tidak sempat diambil..hanya tinggal pinggan tteokbokki sahaja :P

No comments: