Be My Friend :)

28 November 2012

#61: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 7

Salam... :)

Deoksugung Palace
Masih di Deoksugung Palace tapi kali ni di bahagian dalam pula. Cantiknya permandangan dalam Deoksugung Palace ni rupanya. Dengan daun2 berwarna warni...berbaloi la bayar tiket masuk 1000 won seorang.. :) hehe...kawasan istana ni pun xlah besar sangat...xlah letih nak berjalan pun cuma jadi lama sebab banyak sangat berhenti ambil gambar...tak habis2 tangkap gambar dengan pokok jer..bukan tangkap gambar dengan istana.. :P 



Kat belakang tu ada la papan kenyataan yang memberitahu sejarah mengenai istana dan map kawasan istana...tapi sorang pun x baca..semua teruja nak ambil gambar dengan pokok jer...haha..


Pokok2 hijau kuning di kawasan istana ni memang menakjubkan..suhu masa ni pun taklah sejuk sangat..dalam 10 darjah celcius rasanya..



 Kalau gambar bertiga mestilah menggunakan tripod. Senang..xyah suruh orang ambil.. :)




 Senget sket...guna tripod gitulah.. :)

 K.Ina yang tersepit celah pokok.. :P


 Cuaca nampak macam panas..tapi sejuk sebenarnya..tu pasal pakai muffler scarf :)




Senget lagi...masa setting kamera kat tripod rasanya macam dah stabil..tapi bila tengok balik gambar yang diambil, senget la pulak..ermm..xperlah..x kisahlah kan.. :)


 Duduk kat pokok ala2 bonsai pulak...

 "Dee nak ambil gambar kat pondok telefon"...(suka hati ko la Dee ooi) :P

Penat pusing istana, kami berhenti duduk dulu.....pun sempat lagi ambil gambar..

 K.Ina yang posing ala2 macam nak tolak pokok tu.. :P


 Pokok ni lawa la sangat..

 Pokok ni pun lawa..warna hijau campur kuning sket, campur merah sket..

Letih berjalan, kami duduk rehat sekejap di tepi bangunan istana...lepas tu gerak keluar untuk kembali ke plan asal iaitu ke Stone-Wall Road...tersasar sekejap kami hari ni..leka sangat tengok pokok.. :P

No comments: