Be My Friend :)

06 October 2017

#4/2017: Trip to Korea

Assalamualaikum... :)

Wow..lamanya x update blog.. 
kak Rin is malas uolls...
tengok blog sendiri pun tak
bayangkan dari bulan Januari sampai ni dah bulan Oktober x tengok blog..hahaha...
tapi xde la menyampah tengok blog sendiri pun cuma macam malas jer...
jomlah kita sambung...

22 Disember 2016 - Day 2

Hari ni plannya ke Nami Island 
Ni 2nd time untuk Kak Rin and Dee 
Tapi 1st time pergi naik subway + bus
Masa 2nd trip dulu kami naik bas terus dari Seoul ke jeti Nami Island

Cara2 nak pergi:

Nami Island
Myeongdong Station (Line 4) - Dongdaemun Station
Dongdaemun Station – Hoegi Station (Line 1 towards Soyosan)
Hoegi Station – Sangbong Station (Jungnang Line towards Yongmun)
Sangbong Station – Gapyeong Station (ITX toward Chuncheon)
Gapyeong Shuttle Bus at Gapyeong Terminal (5000won – bayar kepada bus driver)

Tiket entry ke Nami Island + ferry = 8000won

On the way...tengok Kak Rin sibuk dengan jadual dan subway maps :P

 Dah sampai...Alhamdulillah...



Cuaca di Nami Island masa ni ialah baru lepas hujan 
Sejuknya ya amat
Bagi can la yang 1st timer datang sini untuk ronda2 dan ambil gambar banyak2
Kak Rin jer amik gambar sikit sangat sebab sejuk so xmo bukak sarung tangan
Ada gambar lagi yang dalam kamera tapi x transfer2 lagi ke komputer...hahaha... 
jadilah ada gambar sikit2 nih ek... 
Pada akak, Nami Island sangat cantik masa musim luruh
Pokok masa tu berwarna warni dan tak sejuk sangat
So boleh enjoy more
Ini jalan pun terketar2
walhal dah pakai berlapis2 segala
2-3 jam di Nami Island, kami pun bergerak keluar dari situ...ke Petite France pula...

Petite France
Tunggu Shuttle Bus di hadapan Kedai 7Eleven
Waktu Buka – 9.00 pagi hingga 6.00 ptg
Tiket berharga 9000won
untuk balik tunggu shuttle bus di side Petite France (x perlu lintas jalan)
turun di Cheongpyeong Station

Naik bas yang sama masa pergi ke Nami Island tadi
Tunjuk jer tiket tadi
Petite France dengan Nami Island ni satu jalan. Tak jauh dah
Tapi x bolehlah nak pergi jalan kaki jer
Mau cramp kaki tu dibuatnya...hahaha..
dengan sejuknya...hoii...x sanggup

Gambar kat Petite France Kak Rin xde sebab Kak Rin x masuk dalam
Anak2 Dee dengan Nasrin dah x larat nak jalan dah
So Kak Rin dengan budak2 bertiga tu tunggu yang lain kat bus stop jer
Pukul 6 petang gitu, kami pun bergerak balik...
Settle day 2

24 January 2017

#3/2017: Ke Korea Lagi (3)

Assalamualaikum...

Untuk trip kali ini, kami stay di Namsan Guesthouse 4
guesthouse ni terletak tidak jauh dari Exit 3, Myeongdong Station
x jauh la nak kena berjalan
pastu dekat pulak dengan Namsan Cable Car
jalan kaki jer

Namsan Guesthouse 4 (sekarang Namsan Guesthouse 3)

Bilik VIP 1

Bilik VIP 2

Dapur

* Gambar2 ni semua KakRin ambil dari website Namsan Guesthouse (www.namsanguesthouse.com)

Oleh kerana trip ni ladies only
so KakRin book 2 bilik jer
bilik VIP 1 - 10 orang (6 dewasa, 4 kanak-kanak)
bilik VIP 2 - 5 orang (dewasa)
KakRin booking bilik ni 6 bulan sebelum pergi
booking adalah thru website Namsan Guesthouse
pastu diorang akan reply thru email untuk confirmkan booking
pastu lagi 2 bulan nak pergi sana
kena hantar email sekali lagi untuk re-confirmation
harga bilik bolehlah korang rujuk kat website diorang yer

Fortunately, dapur satu floor dengan bilik kami
so senang la nak masak
barang-barang basah memang kebanyakannya kami bawa sendiri
barang-barang yang senang dapat macam telur pula
kami beli kat convenience store
masak pun ikut la sapa yang rajin
xde giliran ke apa
pastu makan sama-sama
kalau nak makan kat luar pun, ok juga
sebab kat Myeongdong ni senang nak cari makanan halal
ada restoran makanan korea yang halal
ada gerai jual kebab
tapi kalau nak jimat, baiklah masak sendiri
sebab harganya mahal
lagipun boleh guna peralatan yang disediakan
breakfast pun pihak guesthouse sediakan
tapi terhad kepada roti, jem, peanut butter & kopi o sahaja
selalunya kami masak nasi goreng, nasi lemak atau maggi
makan kenyang2 baru semangat nak jalan2 kan...hehe..

Mesin basuh dan mesin pengering pula ada di tingkat atas
sabun disediakan secara percuma
manakala untuk menggunakan mesin pengering,
kena masukkan duit ke dalam mesin terlebih dahulu
wifi juga disediakan secara percuma
laju pulak tu...
so overall, best la duduk kat Namsan Guesthouse ni..
sambung...