Be My Friend :)

02 December 2015

#12/2015: Kesayangan

Assalamualaikum... :)

Lama x jenguk blog
malas betul nak update
xde citer apa pun
tahun ni punyalah xde idea nak cerita apa sampai entry pun baru 12!! hahaha
kalau x pergi travel memana memang la xde citer
setakat masak yang gitu2 jer malas la nak citer
Bukan terer sangat pun masak2 nih
Tapi ni ada citer sket nak citer...pasal kesayangan baru...

Meet Bobbi & Mia (dari kiri)

Hari tu kan aku ada kata macam nak cari girlfriend untuk Bubu?
Ha..ni girlfriend untuk Bubu la..
tapi memandangkan budak 2 ekor ni kecik lagi...
baru 2 bulan umurnya
maka kenalah bela bagi besar dulu baru boleh bagi kawin
hahaha..

actually, aku beli budak 2 ekor ni dari Mudah.com
tapi masa tu tengok anak kucing yang lain
so aku wasap la tuan dia tanya ada lagi ke x kucing dalam iklan tu
mencuba nasib jer la kaedahnya
sebab dah 2-3 kali juga aku wasap tuan kucing yang lain tapi xde respond
maybe sebab dah sold out kot kucing dalam iklan Mudah tu

Nak jadi cerita, tuan kucing ni respond...
tapi dia kata kucing dalam iklan tu dah dijual..
tapi dia bagi gambar kucing yang masih ada (Mia)
tengok jer gambar terus berkenan
tanya jantina..dia kata betina
cantik la..terus setuju..
Booking dulu...gaji baru pergi ambil
tuan dia tinggal kat Seberang Jaya jer

Masa pergi nak ambil si Mia tu
Mak kepada tuan kucing offer amik sekor lagi
dia kata kesian sebab kucing tu tinggal 2 beradik jer
dia nak bagi free jer si Bobbi tu
Tak fikir lama terus setuju...
ok kot bela 2 ekor..termasuk Bubu 3 ekor la..
terkejut Mr Hubby...sekali jadi 2 ekor anak kucing dalam carrier..
Baik tuan kucing tu...terima kasih la yer..

Dalam kereta nak balik ke rumah baru fikir nama budak 2 ekor tu
actually nama Mia tu memang dah pilih sesiap masa booking
yang sekor lagi tu jer baru nak fikir nak beri nama apa
fikir punya fikir...akhirnya kami setuju bagi nama Bobbi..
hehehe..
actually si Bobbi pun betina gak..
lantaklah..kucing kan..x kisahlah :P

Bubu di dalam banglo 3 tingkatnya dengan muka sedih :P

Bubu dapat sangkar yang lebih besar
3 tingkat tu
sangkar dia yang lama tu bagi Mia & Bobbi pulak
Letak dua2 sangkar sebelah menyebelah
boleh diorang kenal2 dulu..
hahaha...

Pagi tu beli sangkar baru Bubu
pastu balik umah pasang & pindahkan Bubu
petang pergi ambil Mia & Bobbi pulak
2 weekend la aku & Nasrin mengemas bilik tempat letak sangkar tu
mujur sangkar baru Bubu tu beli share dengan Mr. Hubby
tapi all in berhabis banyak jugalah gaji bulan ni dengan kucing2...
huhu..
Xperlah...moga Allah murahkan rezeki aku kan...
dan moga ketiga-tiga kucing kesayangan ni membesar dengan sihatnya..
amin..

05 October 2015

#11/2015: Weekend

Assalamualaikum wbt... :)


Dimulakan dengan gambar ikan :P
actually itu menu makan tengahari di hari Ahad yang lalu
aku beli ikan Saba Mackerel ni di Tesco dengan harga RM3.99 seekor
punyalah besar ikan ni...tengok tu..sampai tak muat pinggan!
dan oleh kerana baru first time beli ikan ni dalam bentuk fresh
(ikan sardin mackerel cap Ayam Brand selalu la beli)
maka aku google la apa resepi yang sesuai untuk masak ikan ni
dan akhirnya decided nak buat kari & grill
buat separuh2 sebab ikan ni besar..
maka jadilah masakan seperti di atas...
masak kari paling win!
next time kalau jumpa ikan ni bolehlah beli lagi.. :)
 
 Brownies coklat kedut

Brownies coklat kedut ni pun dibuat di hari Ahad yang lalu
petang tu boring sebab tak keluar ke mana2 since cuaca pun tak bagus
jerebu kan...so nak keluar pun takde mood..
so memandangkan bahan2 nak buat brownies ni memang dah ada
maka terjadilah brownies ni...hehe
senang la buat brownies kan?
tak payah pakai mixer pun
sap sap soi siap
sedap pulak tu (puji masakan sendiri) :P
resepinya korang google k..
Oh yer...
tudung instant shawl Cherry (2 muka) macam gambar kat atas ni ada lagi tau...
available color adalah seperti di gambar bawah ni..
1 color ada 1 helai sahaja...
RM22 jer...murah2 jer aku jual..
material: high quality chiffon
 

Dan...bermula bulan Oktober ni,
setiap pembelian akan diberikan 1 facial mask seperti di bawah secara percuma!
maknanya kalau beli 1 tudung, dapat 1 facial mask,
kalau beli 2 tudung, dapat 2 facial mask dan seterusnya..
taknak ke?
tudung dahlah murah...dapat facial mask lagi...
rugi x beli..
hehehe..
jenis2 instant shawl yang lain boleh tengok kat entry sebelum ni yer
pastu bolehlah wasap aku untuk order (0164949975)



30 September 2015

#10/2015: Seriously?

Assalamualaikum... :)


Gambo kat atas tu sebenarnya comment dalam mood 'awaiting moderation'
x jelas kan? tapi boleh klik kat gambar untuk tengok lebih jelas
ada berbelas komen yang hampir sama
untuk promote service kat Bandung
aku xnak approve
bukan sebab xmo tolong orang promote service
tapi sebab dah banyak dah yang aku dah approve
seriously? perlu ke iklan banyak2 dalam entry blog orang?
takyah la kan?
kalau orang tengah cari service transportation kat bandung
don't worry...orang boleh cari sendiri dengan mudah
banyak iklan dah
dalam entry bandung aku tu pun dah ada
xyahlah anto komen gitu banyak2
rimas aku tengok :(
haishh...

Satu lagi
kalau nak tips untuk ke Korea,
please la baca entry Korea aku dalam blog nih
ada 2 set entry ke Seoul (1 & 2)
pastu 1 set entry ke Busan
tengok kat side bar belah kanan tu
ada banyak tips yang aku dah bagi dalam tu
itu berdasarkan pengalaman masa pergi sana dulu
nak bagi tips lebih2, aku pun bukanlah pro sangat
bukan menetap di Korea pun
nak pergi travel ni, nak pulak travel sendiri
kena rajin buat research...
pelan2 buat...hari2 cari sikit2 info
apatah lagi nak travel tu nun tahun depan

info pasal cuaca, musim, tempat2 menarik
yang tu kat Official Korea Tourism Organization (english.visitkorea.or.kr) ada banyak info
boleh tengok jadual program pelancongan diorang kat sana
kalau nak info pasal hotel, motel, guest house
boleh search kat www.booking.com 
tak pun search jer kat side bar belah kanan atas sekali tu
baca review hotel, motel, guest house tu untuk tahu best ke tak hotel tu
try & error
aku tak tau mana tempat penginapan yang paling best, paling murah kat sana
aku x mampu nak terbang ke Korea untuk buat survey

transportation di Korea?
ikut la cara travel korang
nak mudah naik teksi
nak jimat naik bas atau subway
kalau ada lebih bajet boleh ambil khidmat tour guide
ada yang boleh sediakan transport/penginapan/makanan sekali dalam pakej
search jer...ada ramai student Malaysia kat Korea yang buat part time jadi tour guide pun

selain tu, beli la guide book
ada banyak info pasal Korea dalam tu
siap bagi subway map
cara pergi satu2 tempat dengan subway pun ada dia bagi
beli phrase book sekali
sesak2 boleh juga guna untuk cakap bahasa Korea masa kat sana
kan?

berapa cash money korang nak bawa masa kat sana?
itu bergantung cara travel korang jugak
berapa hari? pergi banyak tempat tak?
tempat yang korang pergi tu dikenakan tiket masuk ke tak?
makan masak sendiri/bawak bekal atau nak makan makanan korea jer?
transport tu nak guna teksi ke nak guna subway jer?
semua kena ambil kira sebelum korang fikir berapa nak bawa
aku tak boleh simply cakap yang sekian2 banyak tu cukup dah..

Bank mana yang boleh korang pergi kalau nak keluarkan duit masa kat sana?
ntah..seriously aku tak tau
sebab aku tak pernah kuarkan duit kat bank masa kat sana dulu
duit tukar sesiap kat Malaysia
jimat la sampai ada baki untuk tukar balik bila balik Malaysia
masa pergi Jepun pun aku tak tukar duit masa kat sana
kat Bandung & Medan jer ada tukar sebab terbabas shopping
tapi xperlah sebab sana senang nak tukar duit kan?
bahasa pun senang nak faham
cer kalau kat Korea atau Jepun...belum tanya pun dah berpeluh2 dibuatnya..

So..itu jerlah penerangan yang aku boleh bagi pasal Korea
sorry aku x reply email sorang2 yer
pelan2 la korang buat research sendiri...
insyaAllah...ok punya
Korea ni xde la susah sangat untuk travel sendiri
signboard kat sana pun banyak dalam bahasa inggeris
orang Korea pun banyak juga yang baik2 nak tolong korang masa kat sana
sesat atau salah jalan masa kat sana, benda biasa bila travel
tapi bila buat itinerary sendiri iaitu hasil dari research yang korang buat
insyaAllah kesilapan tu dapat diminimumkan
nak pulak kalau korang ada map untuk tolong korang
mesti ok punyalah!
arasseo?


Diakhiri dengan gambar Bubu ni
bawah tu gambar masa dia umur 1 bulan rasanya
atas tu masa raya puasa hari tu...dah 6 bulan
lain kan?
hensem dia :)
ni dah masuk 8 bulan
rasanya macam nak kena mula cari gf untuk dia dah nih
haha....

21 September 2015

#9/2015: Instant Shawl Murah

Assalamualaikum...

Tajuk macam apa kan? haha...
tapi sebab entry ni memang mengenai instant shawl murah pun...
jomlah tengok gambar2...
seperti biasa, nak beli boleh wassap saya: 0164949975 (Rinie) :)

Ini instant shawl 2 muka - Cherry 2 warna
Harga: RM20
Material: Chiffon
Mana yang nombor kodnya dah bergaris tu maknanya dah sold out..


Ini pulak instant shawl 2 muka - Cherry 1 warna
Harga: RM22
Material: Chiffon
Semua warna yang ada kat bawah ni ada lagi
kalau dah sold out saya keluarkan gambarnya nanti..

 Light Grey
 Dark Fuchsia
 Maroon
 Striking Pink
 Soft Pink
 Soft Peach
 Soft Purple
 Electric Blue
 Ocean Blue
 Green Lime
 Yellow
 Brown

Available (seperti gambar di atas)

02 September 2015

#8/2015: Saya Jual Instant Shawl Cantik

Assalamualaikum... :)

Saya sedang belajar menceburi bidang bisnes (bisnes la sangat).. :P
Actually aku jual tudung..hehe..
saja jer tadi tu intro macam best sket...

Jom la tengok gegambar tudung..mana tau berkenan kan..

Jenis: Instant Shawl
Material: Chiffon
Harga: RM18.00 sahaja
Whatsapps: 0164949975 (Rinie)
Mana yang dah sold out aku akan keluarkan gambarnya.. :)










Warna pink dah sold out
Available warna mustard sahaja
Warna kuning dah sold out
Available warna purple sahaja




06 August 2015

#7/2015: Aidilfitri 2015

Assalamualaikum... :)


Bubu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang terbaca blog picisan ni. Tuan blog ni dah malas ya amat nak hupdate blog dia sebab dia dah pencen berjalan-jalan tahun ni jadi xde benda dia nak citer..haha..

Haha..ni gambo Bubu masa raya hari tu
bawak dia balik kampung
walaupun balik 3 hari jer, gigih bawak dia sama
tak sampai hati nak tinggal dia kat rumah
lagipun kalau kat kampung dia punyalah behave
baik bebeno
sebab takut tengok orang ramai kat rumah kot
pastu x biasa dengan suasana kat kampung pun sama
takut dia bila dengar bunyi itik dan angsa jiran sebelah rumah
pastu pelik dia tengok ayam kat luar
hahaha....sian dia jakun terus..
kucing bandar la katakan..
dari kecik mana pernah tengok ayam, itik segala tu
hehehe..
makan pun dia tak lalu masa kat sana
sikit jer makan pastu xmo dah
stress kot...hehe.. 

As for my hari raya
tahun ni berjaya buat biskut raya 2 jenis
biskut kelapa & biskut coklat chips
pastu buat ketupat palas buat pertama kalinya
walaupun pertama kali, berjaya juga buat 136 biji ketupat
fuhh! rasa nak pengsan!
hahaha
sebab letih bebeno, satu gambo pun x ambil
pastu ada masak rendang daging jugak...
mujur sebelum tu ada beli pressure cooker dari lazada
ala..pressure cooker jenama trio RM36.00 tu
memang membantu la masa masak rendang daging tu
20 minit jer dah lembut dah daging tau
satu pelaburan yang bijak di situ..hehe..
berbaloi2... :-P

Oklah...Selamat Hari Raya Aidilfitri!

24 June 2015

#6/2015: Cerita Puasa

Assalamualaikum...

Mcm mana puasa korang? ok?
aku pun ok jer..
cuma since balik dari Terengganu aku batuk2 & selesema
bila puasa lagilah kan..sebab x boleh nak kulum strepsil & makan ubat
cuma time buka puasa & sahur jer kan
so most of the time asyik la terbatuk2 macam nak terkeluar anak tekak semua
time nak tido pun tau
bila dah start batuk bukan senang nak berhenti pulak tu
dengan hingus nak melelehnya lagi...
fuh..penat ahkak...
esok kena repeat klinik la rasanya.. :-(

Selain dari tu, puasa cam biasa jer
lauk untuk berbuka ada yang beli, ada yang masak sendiri
selalunya balik kerja sempatlah masak 1 jenis lauk tambahan
itupun yang simple2 jer la
nak masak yang cerewet sket kenalah masak on weekend kan..
petang semalam masak udang galah goreng bercili ni


Habiskan stok bahan basah kat esbok
last week sebelum puasa beli udang galah ni kat market
sekali dengan ikan, sotong, ayam, ketam
sekilo udang ni dapatlah masak 2 kali
cukup la untuk buka puasa & sahur sekali 
last week dah masak kari dengan kentang


Weekend ni kenalah restock balik esbok
senang bila nak masak bahan dah ready kan
paling koman pun xde la goreng nasi kosong jer
boleh jugak campak2 udang ke, ayam ke dalam tu
barulah laju sket nak suap nasi time sahur tu..
betul tak? hehe..

Family aku ni, memang jenis hadap nasi masa berbuka & sahur
kuih-muih beli juga tapi makan lepas sembahyang
masa berbuka memang kena ada nasi
tak reti nak makan kuih dulu ke, murtabak ke.. gitu..
sahur pun sama
walaupun ada masa x lalu nak telan, tapi tetap makan nasi..
hehe..

Oklah...nanti2 kita sambung lagi yer...

17 June 2015

#5/2015: Selamat Berpuasa

Assalamualaikum... :)


Dimulakan dengan gambar makanan sebab esok dah start puasa...haha..
menu semalam actually
lala tumis pedas namanya
resepi campak2 ikut suka jer

minggu ni baru start masak balik
sebab last week seminggu berkampung di Terengganu
meninggalkan orang2 yang tersayang di Penang
demi kejohanan sukan dwi tahunan pejabat aku
duduk 8 hari di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu nun
dengan misi mencari emas :)


Misi yang tercapai! :)
Tapi menang bukan sebab akak terer yer...
team akak yang terer sebenarnya.. haha
akak duduk di kerusi simpanan jer la... :P
simpanan pun dapat medal...ok la kan? haha

duduk lama2 kat Terengganu pun x senang
asyiklah teringat rumah
homesick sangat2
padahal dulu boleh jer tinggal rumah seminggu pegi seoul, tokyo nun..
ker sebab ini dalam negara jer..tu yang homesick?
mengada kan..haha..



Kata anak aku Nasrin, sepanjang aku xde, Bubu pun x lalu makan
makan sikit jer
alolo...kiut sangat kan?
dia rindu kat mama dia la tu..
macam tu la jugak mama dia rindu dia..
tapi mama dia makan ok jer pun..haha..
balik tu terus peluk & cium dia..
dia pun cium balik...wahh...ada kemajuan..haha

oklah...selamat berpuasa yer kepada yang baca blog ngokngek ni..
walaupun jarang2 update...haha..
Assalamualaikum.... :)

22 May 2015

#4/2015: Resepi Ketam Goreng Cili

Assalamualaikum... :)


Bahan-bahan:

3 ekor ketam - dibersihkan
sedikit garam & kunyit
1 keping asam keping
1 sudu kecil cukup rasa
1 sudu kecil gula

Bahan-bahan kisar:

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk cili/cili giling
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air

Cara-cara:

1.  Goreng ketam yang telah dibersihkan dan dilumurkan dengan garam & kunyit dan ketepikan
2.  Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit pekat & masukkan asam keping, cukup rasa & gula
3.  Setelah itu masukkan ketam yang telah digoreng tadi & kacau lagi 5 minit dan angkat
4.  Siap! sedapnya tu sehingga menjilat jari! :P

Senang kan? entry ke-4 tahun ni...hahaha..jadi la..

12 May 2015

#3/2015 : Bubu The Cat

Assalamualaikum... :)


5 Perkara Tentang Kesayangan Sekor Ni:

1.  Suka tangkap kaki orang yang tengah berjalan pastu gigit. Dia ingat melawak...kita dah rasa nak bagi flying kick kat dia! sakit ooo...

2.  Suka main air kat bekas minuman dia. Masuk tangan dia dua2 dalam bekas air pastu kuis bagi air semua keluar...haish...

3.  Suka sangat main daun pandan. Orang letak kat bawah sangkar dia nak bagi wangi..dia korek2 sampai koyak rabak daun tu...huhu.. 

4.  Pandai menyahut bila orang panggil nama dia...kalau tak nampak dia, panggil jer, nanti sekejap terus ada kat tepi kaki kita... :)

5.  Suka lari ke sana sini lintang pukang kat dalam rumah. Punyalah laju...pastu terduduk sambil terjelir lidah..penat lari la tu..


16 April 2015

#2/2015: Kemalasan

Assalamualaikum...

:)

Malas giler update blog.. (macam la ada orang heran ko malas nak update kan..) hehe..
Tahun ni aku rasa tahun yang slow dari segi aktiviti. So entry blog pun slow la..
Xde aktiviti maknanya xde cerita yang nak diceritakan...gitu..
Bukanlah xde aktiviti langsung sebenarnya...ada..cuma bukan aktiviti jalan2...
Setakat pergi kerja, balik kerja, balik kg, pergi makan2...ada la..
Oh pergi kursus pun ada... baru jer ke Langkawi untuk 3 hari beberapa minggu yang lalu...
Tapi sebab kursus, malas la nak cerita...hehe..

Oh...tapi ada satu benda nak citer...pasal anak angkat aku..
Akhirnya...setelah 12 tahun anak aku keseorangan..
Aku ambil anak angkat untuk temankan dia..
Ni nak perkenalkan...


Anak angkat aku; Bubu namanya (sebab bulu dia kelabu :P)
Baru jer ambik tak sampai seminggu.. :)
Diberi oleh kawan aku Mieza (tenkiu Mie...i lap u)
Hehe..

So sekarang ni tanggungjawab makin bertambah...
Hari2 kena clearkan sangkar dia (tukar air minum, bersihkan litter box, bagi makan)
Main2 dengan dia...
Sampai aku sekarang ni time kerja pun masih macam boleh terbau2 makanan dia
Macam boleh bau taik dia...hahaha...

Bubu umur lebih kurang 2 bulan lebih..mix kot dia nih..bulu panjang juga..gebu..
Kalau pegang dia, rasa cam nak penyet2 dia..hahaha
Tapi oleh sebab baru lagi dengan kami, dia x berapa nak manja lagi
Pegang pun sekejap jer dia nak diam
Lepas tu mengelupur nak lepaskan diri, nak lompat2..
Pastu main pun ganas..nak gigit2 orang, nak cakar2..
Sekarang tambah 1 lagi, dah pandai nak panjat2 aku dari belakang..
Sakit ooo...time tu rasa nak tempeleng jer dia..haha..

Sekarang ni rajin la search pasal kucing bila free tu..
First time bela kucing gitu la kan...hahaha..
Excited la sebenarnya nak tengok dia membesar
Rumah busuk la sikit dengan bau makanan dia...
Tapi aku beli dah pewangi rumah untuk cover...hahaha..
Sebab Mr. Hubby komplen...kena la cepat2 cari alternatif..

Taik dia berbau time aku clearkan litter box dia jer
Masa skop tu kan...nak termuntah jugak kadang2...hahaha..
Tapi masa2 lain x berbau sebab guna pasir yang odorless
Aku x guna yang ada bau tu 
Sebab risau kalau bercampur bau pasir dengan taik dia kang pengsan aku terus! 
Hahaha..

Kesimpulannya, bukan kucing jer sedang adjust dengan persekitaran yang baru
Kami sefamily pun sama la..
Terutamanya aku la sebab aku yang banyak uruskan Bubu...
Hopefully, dia happy tinggal dengan kami...
Kami pun happy ada dia...gitu

Oklah...diakhiri dengan gambo makanan..


Ni gambo makanan yang sedap...
Haha...lapo dibuatnya..
Ni masa sambut birthday Nasrin yang ke-12 tahun pada 1 April 2015 yang lalu
Kami makan bertiga kat Restoran Big Bob, Bertam... 
Sedap dan affordable... :)
Anak kesayangan sorang tu diberi hadiah beg & kasut oleh mama & abahnya..

Oklah...nanti kita sambung lagi yer...

05 February 2015

#1/2015: Hai

Assalamualaikum... :)

Dah masuk bulan Februari dah pun kan? kejap jer...baru teringat xde entry lagi untuk tahun baru ni...hehe.. xde benda nak cerita pun. Hari-hari pun buat rutin biasa jer pun. Nak cerita pun segan...haha..

Oh...hari tu aku ada cakap ada trip x dirancang dalam bulan 1 hari tu kan? x jadi la trip tu...huhu...Actually trip tu trip ofis Mr. Hubby...nama pun x plan...so x jadi la. Nak pegi Krabi sebenarnya. Tapi tetiba x jadi...katanya tangguh ke bulan 2 tapi senyap jer pun...aku rasa cancel terus kot... 


Sapa tau tu apa? Tu namanya water inlet valve. Tempat control masuk air dalam mesin basuh automatik. Ceritanya benda tu rosak. Ada la dalam 2 minggu sudah kot. Nak basuh kain di pagi ahad yang cerah. Tetiba air yang masuk ke dalam mesin slow la ya amat. Kalau camtu bila masa nak habis basuh kain kan? Sudahnya aku check dalam internet, apa pasal jadi camtu kan. Pastu terbaca, kemungkinan water inlet valve ni yang rosak. Dah tu, aku amik screw driver, try bukak kat bahagian atas tempat benda ni duduk. Godek2...keluarkan seketul camtu..haha...pastu zass ajak Mr. Hubby cari kat kedai. Terkebil2 Mr. Hubby tengok...haha...

Tapi malangnya walau berpusing satu Kepala Batas + Sungai Petani, benda ni x dijumpai sebab mostly kedai tutup di hari Ahad. Maka balik la ke rumah semula dan sambung basuh kain dengan teknik memegang paip air secara manual. Settle juga kerja membasuh kain walaupun kena berulang kali pegang paip air di tepi mesin basuh...huhu...nasiblah..

Hari Isnin, Mr. Hubby berjaya membeli benda ni dengan harga RM30 dan aku memasangnya semula di mesin basuh. Tara! air keluar dengan lajunya seperti selalu...yeay! terer tak?si suami pun kagumlah dengan si isteri yang disayangi yang boleh bertukar menjadi technician membaiki mesin basuh...haha.. :P
 
 Ini pulak pengat ubi kayu ahad lepas. Menu makan petang yang sangat mabeles.

Diakhiri dengan kuetiau goreng malam semalam. Menu paling senang yang diminta oleh Nasrin + Mr. Hubby. Campak2 dah siap. Sebungkus kuetiau jer tapi makan 3 orang pun x boleh habis..banyak jadinya bila campur macam2. 

Untuk tahun ni, aku rasa xde trip jalan2 kot sementelah anak manja nan seorang tu nak upsr. Kena tolong dia buat kerja sekolah yang berlambak setiap hari + kena jadi cikgu tuisyen dia sekali. Kenalah tolong dia kan. Kalau mama dia berjalan tinggal dia, mesti emosi dia terganggu kan..dahlah dia pun dah terjangkit penyakit suka berjalan tu dah...haha...oklah...nanti kita cerita lagi yer...wassalam...:)