Minggu lepas masa trip ke kl untuk berkonvo, salah satu aktiviti yang sengaja aku masukkan dalam itenerary ialah melawat tempat yang meninggalkan seribu kenangan di zaman remaja aku dulu. Adik2 mengikut aje..diorang memang sporting kalau bab2 berjalan ni....cuma diorang kata "Along ni poyo laa.." haha..first time ke sana setelah 12 tahun berlalu dan melalui lebuh raya yang tidak pernah aku lalui terasa juga ianya satu perjalanan yang panjang.
Nak ke mana aku sebenarnya nih? hehe.. tu..dah nak masuk exit...aku yang duduk di hadapan banyak menghabiskan masa mengambil pelbagai gambar di sepanjang jalan. Kami keluar dari rumah adik aku di Selayang pun lepas makan pagi (Ahad). Masa tu jam pun sudah hampir menunjukkan jam 11.00 pagi. Agak lewat juga kami keluar kerana menunggu seorang lagi adik aku dari Klang sampai. Berkonvoi 3 kereta kami hari itu. Kami ke Port Dickson... :)

Tujuan utamanya sudah pasti sebab hendak ke sini...Politeknik Port Dickson. Rindunya... :) kali terakhir aku ke sini pun ialah masa aku konvo pada tahun 1999.. selepas 12 tahun berlalu dan berpeluang sampai ke sini semula, aku tengok banyak betul perubahan yang berlaku di PD. Poli pun begitu juga. Bangunan dah bertambah...banyak perbezaannya namun kenangan itu tetap segar dalam ingatan. Bak kata pepatah...tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat...... hehe.. Kami ambil kesempatan masuk juga di dalam kawasan Poli dan mengambil gambar di sekitar dewan utama/perpustakaan. Pak guard pun tidak bertanya. Sangkanya tentu ahli keluarga pelajar datang menghantar pelajar pulang ke asrama..mungkin la.. hehe..x lama kami di situ. Ada la lebih kurang 15 minit sahaja. Cukuplah sekadar menunjukkan kepada anak dan suami bahawa di sinilah tempat aku belajar dahulu. Itu pun sudah memadai. Selepas itu kami menjamu selera di Restoran Asam Pedas berhampiran Teluk Kemang dan kemudian berehat2 di tepi pantai Batu 5 sebelum bergerak pula ke destinasi seterusnya..itu kita sambung in the next entry yer :)
1 comment:
Taun 1999.>?? senior saya 1 tahun.. saya pun mcm teringat tempat ni.. konvo taun 2000 sampai sekarang masuk 17 taun tak pernah sampai kesini.. warghh mesti berubah gilerr...
Post a Comment