Be My Friend :)

23 November 2012

#59: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 5

Salam.. :)

First nak bagitau yang siri My 2nd Trip to Seoul ni aku tak tahu lagi ada berapa part semuanya tau..hehe..sebab trip kali ni lebih lama (from 7/11/2012 - 15/11/2012) and we went to a different places than the 1st trip (for K.Ina & me) so ada banyak gambar yang diambil dan terlalu banyak benda yang nak diceritakan...korang sabar jer la ek.. :P itu jer yang nak dibagitau..ok jom sambung.. :)

Noryangjin Fish Market
Lepas bersiar2 di Yeouido Hangang Park dan merasakan suhu pun dah semakin sejuk, kami ke Noryangjin Fish Market pula. Dari review dalam web yang aku baca, dikatakan market ni popular di Seoul so nak juga tengok apa yang membuatkannya popular kan... Tapi persoalannya, buka lagi ke market petang2 dan dah nak ke malam ni? buka lagi la...market ni dibuka 24 jam...so bila2 rasa nak beli fresh seafood pun boleh...
.........
 Gambar ni kredit to: en.wikipedia.org

Suasana dalam Noryangjin Fish Market tu macam dalam gambar kat atas tau. Aku ambil jer dari internet sebab aku xde gambar ni. Sajalah nak tunjuk kat korang bagaimana suasana dalam market tu supaya x payah aku nak terangkan bagaimana suasana di dalam market tu secara terperinci. Tapi tu kat bahagian depan jer tau..kat bahagian dalam ada beratus lagi kot gerai2 yang menjual benda yang sama. Gambar2 kat bawah ni aku ambil..


Most of hidupan laut yang dijual di market ini masih hidup yer..bukan macam kat market di tempat kita. Elok jer diorang letak dalam akuarium. Besar2 pulak tu. Nak beli pun takut..takut nak makan dan takut nak beli..pengsan 3 kali tengok harganya..hahaha...tapi kalau aku la..x gamak kot nak makan ikan yang masa aku beli tu masih hidup...kang tak pasal2 aku beli akuarium & terus bela ikan tu.. :P
.........
Macam2 jenis ikan ada..aku pun x kenal ikan apa..dari saiz sebesar 2 jari, sampai sebesar peha...jenis2 siput/kerang pun berlambak2..sampai geli tengok..sotong pun sama tau...elok jer hidup lagi dalam akuarium....besar2 pulak tu...kagum aku.. 


Udang kara ni ada la agaknya besar lengan aku (tapi manalah korang tau lengan aku sebesar mana kan?)..haha..bayangkan jer la ..2 ekor pun dah terlebih box ais yang kecik tu...bila peniaga tu kurang tengok kat kami yang tengah kagum tengok itu ini di situ, aku curi2 la ambil gambar..haha..takut kena marah sebab ambil gambar.. :P tempat orang kan...kadang2 orang x suka gambar diambil..walaupun yang diambil hanyalah gambar si udang kara... :P


Tu hah..udang yang dok atas ais tu dah mati dah..yang dok dalam air semua hidup lagi..dengan ketam hidup yang bermacam2 saiz...tapi yang paling menggelikan tekak aku tengok sepanjang dalam market tu ialah sejenis cacing laut. Ada la sebesar ibu jari kaki, berwarna pink pudar & sepanjang 1 setengah jengkal..hidup lagi dalam akuarium..aku xleh bayang camana orang korea makan cacing nih? diorang masak camana la kan..uweekk...nak ambil gambar pun aku x gamak..geli tahap super!



Tokeh kedai ni pulak tetiba angkat sekor ketam dari dalam salah satu akuarium dia...dia tengah soh kami beli ketam dia. Tu ketam winter..yang besar giler...dah macam labah2 besar jer aku tengok. Dia terus timbang ketam tu. Ada la besar lebih kurang 18cm diameter dia. Tokeh ni kata harganya 52000 won tapi dia kata bayar 50000 won dah la...banyaklah dia punya 50000 won :P..tu dah bersamaan dengan RM150 tau...kang camana aku nak masak ketam tu pulak?...nak pegang pun aku takut..haha...
..........
Yang ni pulak udang pelbagai saiz...lagi besar dari tu pun ada..


Penat berjalan sampai ke hujung market, kami berpatah balik..insaf..rupanya bila tengok banyak sangat makanan laut yang hidup2 tu membuatkan kami hilang selera nak makan seafood. Langsung x beli apa2 kat market tu. Cuma beli periuk ni jer kat luar market. Dari harga 8000 won makcik tu letak dan kemudiannya bertawar menawar dengan makcik kedai tu, dapatlah akhirnya dibeli dengan harga 6000 won (RM18)..hehe..(ko ada pergi market beli periuk jer? :P haha) dan kami terus beredar ke subway station untuk pulang ke hostel.

Malam pertama kami di Seoul, kami makan nasi putih (yang telah siap dimasak & dibeli dari kedai 7-eleven berhampiran dengan hostel dan dipanaskan semula dengan microwave) dengan sambal ikan bilis, sardin & daging masak kicap yang dibawa dari Malaysia.. :) gambar kat atas yang ada maggi dalam periuk tu sajer jer sebab nak tunjuk periuk sebenarnya..hehe..gambar menu makan malam tu xde...dah lapar sangat kot..so x teringat pulak nak ambil gambar sebelum makan...hehe..

K.Ina sempat buat lawak masa aku tengah masak sardin guna periuk yang kami beli tu. Dia kata camni:

K.Ina : Rinie..kalau kita beli ketam besar tu tadi agaknya camana kita nak masak ketam tu yer?

Aku : Kenapa pulak?

K.Ina : Yer la...badan ketam tu jer dah sama besar periuk kita nih (periuk kami tu 18cm diameter dia)...haha..rasanya kita boleh boh badan jer la dalam periuk..kaki2 dia terkeluar terjuntai2 dari periuk tu la..hahaha...

Aku & Dee : ha'a kan..hahahaha...   

2 comments:

zila@akulovetravel said...

Wow bestnya ada experience gi pasar korea..nape xbeli udang..kang lebih kecik..

marstories said...

zila: x beli sebab agak mahal harganya..lagipun jadi x lalu sebab tengok banyak sangat hidupan laut yang pelik2..haha..