Salam.. :)
Cerita penutup tahun 2012 ni ialah family vacation di Pulau Pangkor last weekend. Selalunya kan, hujung tahun memang aku & adik2 akan planning nak pergi mana2 untuk jalan2 sefamily. 1st 4 siblings la yang akan bincang, buat keputusan & keluarkan bajet untuk cover all the expenses, manakala yang lain termasuk mak & abah kami akan ikut sahaja.
Seboleh2nya, tiap2 tahun nak buat aktiviti macam ni sebab nak jumpa semua adik2 sekaligus susah sikit bila masing2 dah berkeluarga, bekerja & tinggal berjauhan antara satu sama lain tapi bergantung juga pada kedudukan kewangan & kelapangan semua jugalah. Macam last year tak pergi mana2 pun..cuma tahun2 sebelum tu ada la kami pergi Cameron Highland & Bukit Merah Laketown Resort.
Ikut perancangan awal, semua adik beradik bersetuju akan ikut serta tapi last minute, one of my sis & family dia tak dapat ikut sama sebab dia terpaksa bekerja & tak dapat menukar shiftnya ke hari yang lain sebab biasalah time cuti sekolah ni, semua orang pun nak bercuti dan ada program masing2 juga jadi dia tak dapat nak tukar jadual kerja dia dengan kawan2 dia yang lain & tak dapatlah nak ikut kami semua ke Pulau Pangkor...lain kali la Achik yer...nurse gitulah... :)
Aku sefamily balik kg sehari lebih awal sebab dah janji nak konvoi dengan mak, abah & adik2 aku dari kampung, manakala lain akan gerak dari KL dan berjanji akan berjumpa di Jeti Lumut sahaja. Family Vacation ni adalah untuk 3 hari, 2 malam. Awal pagi Jumaat tu, mak dah gerak aku awal2 lagi soh tolong dia masak untuk makan tengahari nanti. Selain nasi & lauk pauk, mak aku dah prepare banyak giler bekal...hehe..dengan buah2nyalah (pulasan, durian, rambutan & langsat), dengan roti, jem rambutan lagi...pastu dengan barangan makanan untuk buat bbq lagi..fuhh..sakan mak aku nih! takper..adik lelaki aku ramai..diorang boleh bawak semua tuh..haha..
Kami yang dari kampung bertolak pukul 10.00 pagi ke Lumut melalui Kuala Kangsar setelah abah & adik2 lelaki aku bising membebel kata kami lambat! hahaha..diorang mana tau? nak prepare macam2 mestilah ambil masa dan hanya mak2 jer yang tau nak kena prepare apa kan? Diorang tau siap diri sendiri jer...yang lain tu? Anyway, perjalanan ke Lumut lancar dan kami selamat tiba di Jeti Lumut lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Lepas letak barang2 semua kat Jeti, kami parking kereta di Parking Bertingkat berhampiran dengan Jeti Lumut. Group dari KL belum tiba lagi so kena tunggu diorang dulu. Bila diorang sampai barulah kami naik feri ke Pulau Pangkor.
Suasana kat Jeti dah gelap. Bila2 masa sahaja hujan akan turun. Siap bunyi guruh & kilat lagi.
Kat Jeti Lumut ada diorang letak nama hotel, chalet & resort kat Pulau Pangkor berserta dengan nombor telefonnya. Kami dah booking chalet kat hotel yang no. 15 tu.. :)
3 beradik ni memang rapat..mana2 pun mesti duduk dekat2.. :P
Adik2 aku, bila ambil gambar jer sukalah 'buat muka'.. :P
Ntah cakap pasal apa yang serius sangat tu?
Elok feri sampai jer hujan turun punyalah lebatnya. Gambar kat atas ni aku ambil melalui tingkap dalam feri. Hitam betul awan kan? takut tengok...
Tapi yang kat dalam feri punyalah ceria..hehe..
Sesampainya kami di Jeti Pangkor, hujan telahpun berhenti. Alhamdulillah...Kami terus gerak ke hotel kami di Teluk Nipah dengan menaiki 2 buah teksi. Setelah check in jer chalet masing2 (aku 1 bilik, Dee 1 bilik, mak & adik2 perempuan 1 bilik , Abah & adik2 lelaki satu bilik), semua terus serbu bilik mak..makan tengahari yang dah nak petang..haha... lepas makan, masing2 balik chalet memasing dulu...pukul 6.00 petang barulah masing2 gerak ke pantai..nak mandi laut dah lambat sangat rasanya...ambil angin tepi laut sudahlah kan...
Cantik kan pemandangan laut selepas hujan lebat?
Adik2 main tulis2 atas pasir...sapa yang boleh tulis perkataan 'pangkor' sebelum ombak datang dikira pemenang..hehe..xde hadiah pun..saja main2.. :)
Habis main2 tepi pantai, pergi jalan2 tengok gerai2 tepi pantai pulak..cuci mata jer..
Lepas penat pusing2..balik ke chalet memasing balik..malam keluar makan malam pulak ramai2..
No comments:
Post a Comment