Be My Friend :)

10 March 2014

#60: Ex-bf, Bunga Telur & Kapal Terbang

Salam... :)

Ex-bf:
Dalam 2 minggu lepas, tetiba aku terkejut dapat fb friend request daripada my ex-bf. Ala..bf masa belajar2 dulu..dah more than 15 years tak contact dia pun. But aku taulah dia dah kawin sebab aku tengok fb dia..haha..cumanya dia x boleh tengok fb aku sebab aku privatekan fb aku jadi friends jerlah boleh tengok fb aku...gitu..

So bila tetiba tengok ada friend request dari dia, terkejutlah aku...more to kecut perut la sebenarnya sebab kisah2 lama dulu...dan of course la aku x except pun. Bagi aku, cerita lama kekal sebagai cerita lama. So tak payahlah kita nak berfb friend pun kan?.. move on..masing2 pun dah ada kehidupan sendiri....betul tak?

Mungkin juga dia send friend request tu secara x sengaja... sebab x lama lepas tu request tu pun dah hilang. Tapi kesimpulannya, sengaja ke, x sengaja ke, kita xyahlah jadi kawan dah...kawan fb pun x payah la yer.. p/s awak: saya dah kawin, husband saya hensem.. :P hehe..

Bunga Telur:
Sekarang ni sebenarnya aku tengah sibuk juga, buat bekas telur untuk adik aku yang akan berkahwin hujung bulan ini nanti. Sakit2 pinggang la jugak buat itu ini..tu yang xde update lepas trip Bandung haritu (dan memang xder citer baru pun... :P)

Kertas Crepe

Bunga carnation dari kertas crepe

Ribbon yang berperanan sebagai daun

dan inilah hasilnya :)

Baru siap setengah...lagi setengah to go...fuhh..ada lagi x sampai 3 minggu untuk siapkan semua sebelum balik kampung...chaiyok! chaiyok! :)

Kapal Terbang:
Kesiannya MH370 kan? aku hari2 fikir mana la hilangnya. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Semoga segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia & MAS akan dipermudahkan dan akhirnya menjumpai semula MH370 dengan selamat. InsyaAllah...bulan depan aku pun nak travel lagi ni...cuak jugak hati ni..tapi ajal maut tu bukan di tangan kita..kan? Moga Allah permudahkan perjalanan aku nanti..insyaAllah.. :)

Aku: Pray for MH370..

1 comment:

Anonymous said...

Cntik munge2 tu..pasni wat utk e lak kn..cayalahh...