Be My Friend :)

Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

24 January 2017

#3/2017: Ke Korea Lagi (3)

Assalamualaikum...

Untuk trip kali ini, kami stay di Namsan Guesthouse 4
guesthouse ni terletak tidak jauh dari Exit 3, Myeongdong Station
x jauh la nak kena berjalan
pastu dekat pulak dengan Namsan Cable Car
jalan kaki jer

Namsan Guesthouse 4 (sekarang Namsan Guesthouse 3)

Bilik VIP 1

Bilik VIP 2

Dapur

* Gambar2 ni semua KakRin ambil dari website Namsan Guesthouse (www.namsanguesthouse.com)

Oleh kerana trip ni ladies only
so KakRin book 2 bilik jer
bilik VIP 1 - 10 orang (6 dewasa, 4 kanak-kanak)
bilik VIP 2 - 5 orang (dewasa)
KakRin booking bilik ni 6 bulan sebelum pergi
booking adalah thru website Namsan Guesthouse
pastu diorang akan reply thru email untuk confirmkan booking
pastu lagi 2 bulan nak pergi sana
kena hantar email sekali lagi untuk re-confirmation
harga bilik bolehlah korang rujuk kat website diorang yer

Fortunately, dapur satu floor dengan bilik kami
so senang la nak masak
barang-barang basah memang kebanyakannya kami bawa sendiri
barang-barang yang senang dapat macam telur pula
kami beli kat convenience store
masak pun ikut la sapa yang rajin
xde giliran ke apa
pastu makan sama-sama
kalau nak makan kat luar pun, ok juga
sebab kat Myeongdong ni senang nak cari makanan halal
ada restoran makanan korea yang halal
ada gerai jual kebab
tapi kalau nak jimat, baiklah masak sendiri
sebab harganya mahal
lagipun boleh guna peralatan yang disediakan
breakfast pun pihak guesthouse sediakan
tapi terhad kepada roti, jem, peanut butter & kopi o sahaja
selalunya kami masak nasi goreng, nasi lemak atau maggi
makan kenyang2 baru semangat nak jalan2 kan...hehe..

Mesin basuh dan mesin pengering pula ada di tingkat atas
sabun disediakan secara percuma
manakala untuk menggunakan mesin pengering,
kena masukkan duit ke dalam mesin terlebih dahulu
wifi juga disediakan secara percuma
laju pulak tu...
so overall, best la duduk kat Namsan Guesthouse ni..
sambung...

12 January 2017

#2/2017: Ke Korea Lagi (2)

Day-1
 Boarding Pass

 Nasrin & Min (cousin)

KakRin, Dee & Yaya

Assalamualaikum...

Untuk trip kali ni, kami naik Thai Airways dari Kuala Lumpur ke Seoul via Bangkok
Entah macam mana masa KakRin tengah survey tiket flight
nampak macam Thai Airways more affordable dari Air Asia dan MAS
tiket pergi balik lebih kurang RM1700++ termasuk makan, luggage 30kg & in-flight intertainment
boleh pilih seat sendiri (free) & request muslim meal
dalam flight diberi bantal dan selimut
tahap keselesaan macam flight yang lain juga
cuma masa pergi, dalam flight rasa panas sket..mungkin aircon x berapa kuat
berkipas akak dengan risalah keselamatan dalam flight .. :)
yang duduk bahagian tengah jer rasa panas rupanya
yang bahagian tepi elok jer lenanya
flight dari KLIA ke Bangkok berlepas lewat maka sampai di Bangkok juga lewat
berlari2 kami turun untuk ke departure hall untuk flight seterusnya
oleh kerana ianya connecting flight, maka flight itu menunggu kami
kami pula tersekat di pemeriksaan kastam Bangkok yang panjang dan cerewet
sampai di gate pelepasan, ketibaan kami dialu-alukan oleh petugas untuk memasuki pesawat
nampaknya kami kumpulan penumpang yang terakhir
masuk dalam flight tercungap2..hahaha..
kenangan...

 Muslim meal from Kuala Lumpur to Bangkok

 Muslim Meal from Bangkok to Seoul

Makanan yang disediakan di dalam flight ok la boleh tahan
nak kata sedap sangat tu xlah
tapi yang untungnya, sebab request muslim meal
maka kami akan dapat makanan terlebih dahulu dari yang lain
Air jus pun boleh diminta dan ditambah
Overall, ok la Thai Airways ni..

Kami sampai di Incheon International Airport sekitar jam 6.30 pagi
selepas melepasi imi korea kami terus menuntut bagasi
tunggu punya tunggu akhirnya confirm 2 bag x sampai...masih di airport Bangkok
bag Dee & Siti
bag itu kemudiannya dihantar terus dari airport ke guesthouse kami pada jam 9.00 mlm
alhamdulillah tiada kerosakan
di airport kami reload kat T-Money siap2 sebanyak 30000won
T-Money tu kami dapat secara percuma setelah menjawab soalan survey dari VisitKorea, Malaysia
dapat coupon book juga
lepas masing-masing dah jawab survey secara online di website mereka
KakRin dan Siti sebagai wakil pergi ambil kupon & T-Money ni kat pejabat VisitKorea di KL


Dari airport kami terus ke guesthouse kami yang terletak di Myeongdong
Naik subway airport railroad (allstop) dari airport ke Seoul Station
dan kemudian ke Myeongdong Station
Namsan Guesthouse x jauh dari exit 3, Myeongdong Station
selesai KakRin menguruskan check in dan bayar
kami dibenarkan masuk terus ke bilik
masing-masing dah letih dan mengantuk
maka berehatlah sebentar melepas lelah
tukar baju, makan,
dan keluar semula selepas itu
first day ni kami ke Insadong sahaja
mulanya ada beberapa tempat dalam itinerary asal
tapi memandangkan semua pun masih keletihan
so KakRin decide bawa ke tempat yang dekat dahulu
boleh juga survey2 barang cenderahati terlebih dahulu
nanti boleh plan nak beli apa kan?



Insadong hujan
maka jalan2 pun terhad
beli sikit sorang lebih kurang
pastu gerak balik guesthouse
macam yang sedia maklum,
masa winter, pukul 5 petang pun dah gelap macam pukul 8 malam
suhu pun drop sebab hujan
maka eloklah balik bilik dan berehat
malamnya kami masak nasi dan makan dengan telur goreng dan sambal ikan bilis kering
pastu masing2 melayan hp sebab wifi kat guesthouse lajuuu...
so selesailah cerita day-1
bersambung...

05 January 2017

#1/2017: Ke Korea Lagi

 
Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru! Semoga Allah panjangkan umur kita, murahkan rezeki kita, berikan kesihatan yang baik untuk kita & berkati hidup kita di dunia dan di akhirat..amin... :)

So nak citer ni..
sebelum berakhirnya tahun 2016 yang lalu
from 20 - 28 Disember 2016
KakRin pergi cuti2 Korea (lagi) bersama-sama 15 orang ahli trip
trip ni dah dirancang selama setahun iaitu dari hujung tahun 2015
maklum jerlah trip jauh2 ni kan..
kena buat calculation bab expenses..
kena buat study dulu nak jalan ke mana
even dah pergi 3 kali kan...hehe
that's why lamaaaa plannya

So gedebuk gedebak, by Januari 2016 dah cukup 15 orang ahli trip
memang KakRin yang tetapkan jumlah ahli sebab risau xleh handle
ni first time KakRin pegi ramai2
selalunya paling ramai pun 3 orang jer
pastu dalam group ni, hanya KakRin & adik KakRin si Dee jer yang pernah sampai Seoul
14 orang lagi tu first timer
ada pulak yang baru first time nak pergi luar negara
so banyak benda la yang KakRin kena handle
dari buat itinerary, booking tiket kapal terbang, booking hotel
buat senarai keperluan, jawab semua kemusykilan
study itu ini
tapi semua tu xdelah susah sangat sebab dah ada pengalaman kan

kali ni memang sengaja pilih waktu winter
sebab nak rasa salji turun
walaupun tahu, salji tu macam hujan jugaklah
maknanya, x tentu akan turun salji walaupun itu time winter
tapi kira gamble jerlah...harap2 dapat rasa salji turun kan
alhamdulillah...dapat juga rasa 
tu nanti kita cerita lagi..

So here is the itinerary:

20 Disember 2016 (Selasa) 
- Bertolak dari KLIA

21 Disember 2016 (Rabu) 
- Tiba Di Seoul
- Check in hotel (Namsan Guesthouse)
- Insadong

22 Disember 2016 (Khamis) 
- Nami Island
- Petite France

23 Disember 2016 (Jumaat) 
- Gyeongbokgung Palace
- Gwanghwamun Square
- Cheonggyecheon Stream
- Gwangjang Market

24 Disember 2016 (Sabtu) 
- Pyeongchang Trout Festival

25 Disember 2016 (Ahad) 
- Namsan Tower
- Dongdaemun Design Plaza
- Dongdaemun Market
- Hongdae Sunday Bazaar

26 Disember 2016 (Isnin) 
- Insadong
- Namdaemun Market
- Itaewon

27 Disember 2016 (Selasa) 
- Check Out
- Bertolak balik dari ICN

28 Disember 2016 (Rabu) 
- Tiba di KLIA

So sepanjang setahun merancang dan menguruskan pelbagai urusan trip
ada la pertukaran dan pertambahan ahli trip sehingga menjadi 16 orang kesemuanya
tapi sehingga menjelangnya tarikh perjalanan
ada sorang ahli tak dapat turut serta disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan
maka, ahli trip kekal pada 15 orang seperti yang dirancang pada asalnya
ahli-ahli trip ni terdiri daripada KakRin, Nasrin, Dee dan 2 orang anaknya Min & Yaya
adik KakRin Nureel dan kawannya Shah
kawan KakRin Siti & Umie bersama anaknya Ika
kawan2 Dee iaitu Zalina, Faiza & Along bersama 2 orang adiknya Erma & Ira
Ada yang dari Penang, Johor, Ipoh dan KL...
semua berjumpa di KLIA

bersambung....

04 October 2013

#41: Kenangan Mencuit Hati

Salam.. :)

Aku teringat masa trip pertama ke Seoul, Korea on Mac 2012 yang lalu. Trip tu 5 hari jer tapi lepas tolak hari perjalanan pergi dan balik maka tinggallah 3 hari sahaja untuk explore Seoul buat kali pertama. Sehari kami (aku + k.ina) plan dah nak pergi 4-5 tempat sekaligus sebab masa yang terhad sangat. Dan salah satu tempat wajib pergi ialah ke Seoul Mosque yang terletak di Itaewon.

Seoul Mosque, Itaewon

Mungkin aku dah cerita dulu yang nak sampai ke masjid ni kemain punya susahnya. Nak sampai ke Itaewon tu senang jer naik subway tapi nak mencari di mana terletaknya masjid ni yang susah. Berpusing-pusing dan beberapa kali berpatah balik aku dan k.ina di jalan yang sama. Tu belum campur naik turun tangga beberapa kali lagi tu. Memusing cari signboard ke masjid tapi x jumpa. Siapa yang pernah pergi ke Korea mesti tau kan yang kat Korea ni jalannya banyak bukit2 dan banyak tangga2. Maka lenguh la kaki kami berdua berjalan cari masjid ni. Dahlah pergi masa musim sejuk. Walaupun xde salji tapi sejuknya macam seolah-olah duduk dalam peti ais kat bahagian beku tu rasanya tau.

Nak tanya kat orang, x reti nak cakap Korea...haha..maklumlah..yang kami hafal pun basic communication jer. Tak sangka pulak susah nak cari masjid tu. Ingatkan di tepi jalan jer. Cuma teringat kata-kata sorang ofismate yang pernah ke Seoul sebelum itu. Dia kata kalau nak ke masjid, mula2 kena naik tangga..pastu kena naik bukit lagi..adoii..aku pulak tak tanya lepas naik tangga tu nak naik bukit di sebelah kiri ke kanan?...sudahnya merasalah berpusing-pusing dan turun naik tangga sampai dah nak berputus asa pun ada dah.

Dek kerana nak tengok jugak masjid ni, maka kami teruskan juga usaha kami nak cari masjid ni sampai jumpa. Maka, dengan izin Allah, akhirnya berjaya juga sampai ke masjid ni setelah hampir putus nyawa mendaki bukit yang tinggi...haha..amboi ayat!..tapi betul tau..masjid ni betul2 terletak atas bukit..kalau dari jalan utama di bawah, kena naik tangga curam dulu...pastu kena naik bukit...pastu naik bukit lagi sekali baru jumpa masjid ni.

Maka kembang kempislah hidung kami sebab berbangga dapat sampai masjid ni walaupun dah beberapa kali sesat jalan. Lepas berpusing-pusing di sekitar masjid dan mengambil gambar, kami pun sepakat nak naik ke tingkat atas masjid iaitu tempat solat untuk wanita. Kalau sebelum tu nak sampai ke masjid kena naik tangga dan 2 kali naik bukit kan? nak ke tempat solat wanita pun kena naik tangga lagi tapi kali ni naik tangga berpusing-pusing pulak. Sebelum naik tangga, kena buka kasut dulu dan daki la tangga tu yang tingginya lebih kurang 3 tingkat.

Bila dah tengok dan berehat sebentar di ruangan tempat solat wanita, kami pun turun semula untuk ke destinasi lain pula memandangkan belum pun masuk waktu solat Zohor waktu itu. Masa turun, kena lebih berhati-hati kerana karpet di tangga masjid tu agak lembab dan licin dek kerana cuaca yang sejuk. Beberapa kali aku tergelincir dan terpaksa berpaut pada pemegang tangga. Aku turun dulu dan K.Ina mengikut dari belakang. Elok dah sampai bawah dan memakai kasut, aku pun ambil peluang melihat-lihat ruang aktiviti masjid berdekatan dengan tangga tu. 

Setelah 20 minit berlalu, kelibat K.Ina langsung tak kelihatan. Dalam hati dah tertanya-tanya juga, mana perginya K.Ina ni sedangkan masa turun tangga sebelum itu, dia betul2 berada di belakang aku. Panik seketika dibuatnya. Isk, dah ke mana pulak dia nih..dahlah datang ke Korea pun berdua jer. Terus bergegas aku ke tangga semula dan memanggil dia. Nampak K.Ina dah terduduk di kaki tangga. Aku ingatkan dia jatuh. Muka dia pun dah cemas sebab ingatkan aku dah hilang ke mana. Rupanya dek kerana banyak berjalan dan suhu yang membeku, kaki K.Ina menjadi cramp sejurus dia turun dari tangga. 

Nampak jer aku, K.Ina terjerit, "Rinie, K.Ina x boleh pakai kasut...kaki K.Ina cramp! tolong K.Ina..." haha..lawak betul!..tapi memang betul sebelah kaki K.Ina cramp dan dia tak boleh nak pakai sebelah lagi kasutnya. Aku yang pada mulanya bengang kerana menyangka K.Ina sengaja lambat, tergelak melihat dia terduduk dengan muka cemas. Maka cepat2 aku tolong urut sebelah kaki dia yang cramp itu untuk melancarkan peredaran darah ke kaki dia. Lama kelamaan kaki K.Ina beransur pulih dan dia dah boleh memakai semula kasutnya yang sejak 20 minit yang lalu hanya mampu dipegangnya.

Kami ketawa di sepanjang perjalanan turun ke jalan utama semula. Malah sampai sekarang pun, jika teringat, masih lagi kami ketawa kelucuan. Inilah salah satu kenangan di Korea yang tidak mungkin dapat kami lupakan sampai bila2...haha...

 Di Itaewon

Aku: Pada yang minat nak backpacking ke Korea boleh tengok-tengok pakej bajet yang ditawarkan oleh Saranghaeyo Backpackers di Facebook yer... :)

19 December 2012

#73: My 2nd Trip to Seoul - Coretan Perjalanan

1. Melancong cara bajet seperti kami ni, bab makan tidaklah diberi keutamaan. Tiada masa khas untuk berhenti makan atau plan nak makan di mana dibuat. Maka sepanjang di Seoul, kalau xde tempat makan yang kami rasa logik untuk kami singgah untuk makan, kami hanya makan biskut & coklat Cadbury yang sentiasa dibawa bersama. Balik ke hostel barulah kami akan masak.

2. Snek atau makanan ringan yang kami selalu beli dan makan dalam perjalanan nak ke mana-mana ialah Manjoo Hana ni.. :) 


Manjoo Hana ni macam wafel la rasanya cuma dalam tu ada custard filling. Selalunya dijual di stesyen subway. Turun subway jer kalau dah terhidu bau wangi macam bau manis2 jagung tu wajib la aku pergi cari kat mana gerai dia..hehe..satu beg kertas camtu ada dalam 20 biji kot..harganya 3000 won.."Ahjumma..hana chuseyo!"..hehe... :)

3. Yang ni pun sedap..kami beli di Namdaemun Market..

This picture credit to: http://blog.neverthesameriver.com/street-vendors-of-korea/

Red beans cake..hehe..pepandai jer aku boh nama dia camtu sebab dalam tu ada red beans paste...5 biji 1000 won kot harganya...dah lupa.. :P 

4. As for me, benda yang paling banyak aku beli di Seoul kali ini ialah:

Ada yang terbeli, ada yg dapat free.. :)

5. Television chanel kat bilik kami ada 78 semuanya. So sepanjang masa boleh jer nak tengok drama, realiti tv, berita ataupun nyanyian (patutlah kat Korea ni ada banyak artis!)...ada yang diulang tayang berkali2 macam kat Astro... :P

6. Hanya h/p 3G sahaja yang berfungsi secara auto (auto-roaming) di Korea...h/p 2G tidak boleh digunakan di sana..

7. Banyak spot free wifi kat Korea...kat hostel kami pun ada.. :)

8. Korean guys yang kami kenal kata, diorang x suka tengok drama Korea dan x pernah tengok Winter Sonata pun (dan x pernah pergi Pulau Nami :P)..kata mereka, drama Korea kebanyakannya ridiculously romantic & would never happen in real life! ouch!!.. Ottokeyo?! anyway, aku still suka tengok drama Korea (helplessly)... :P

9. Masih ingat periuk yang kami beli di Noryangjin Fish Market di hari pertama kami di Seoul? Periuk tu aku bawa balik...sumbat dalam backpack...haha...tiap kali guna mesti teringat kenangan di Seoul... :P

 Periuk 6000 won :)

10. Koleksi gambar yang paling aku suka untuk trip kali ini ialah:




















Ekstra:
Untuk yang masih tertanya2 nak buat detail itinerary macam mana, ini aku bagi contohnya:

Day 1

- Sampai di Incheon International Airport, Seoul
- Beli T-Money Card
- Take Arex at Incheon International Airport to Hongik University Station (7 station)
- Hongik University Station Exit #2 (walk 6 minutes to Pencil Hostel Hongdae)

Address:
Pencil Hostel Hongdae, 570-10 Yeonnam-Dong, Mapo-Gu, Seoul, 121-865,
South Korea. Tel: +827042745622 Faks: +82262801707

Insadong
- From Hongik University Station take Subway Line 2 to Euljiro 3 (sam)-ga Station (Line: to Sinchon – 7 station)
- From Euljiro 3 (sam)-ga Station take Subway Line 3 to Anguk Station (Line: to Daehwa – 2 station)
- Anguk Station Exit #6
- Nami Island Seoul Centre is located 500m from the station (to reserve shuttle bus to Nami Island)

Hangang Park (Yeoido)
- From Anguk Station take Subway Line 3 to Jangno 3 (sam)-ga Station (Line: to Suseo – 1 station)
- From Jangno 3 (sam)-ga Station take subway Line 5 to Yeouinaru Station (Line: to Bangwa – 7 station)
- Yeouinaru Station Exit #1

Noryangjin Fish Market
- From Yeouinaru Station take Subway Line 5 to Singil Station (Line: to Banghwa – 2 station)
- From Singil Station take Subway Line 1 to Noryangjin Station (Line: to Soyosan – 2 station)
- Noryangjin Station Exit #1 (walk 100m over the bridge)

Hotel
- From Noryangjin Station take Subway Line 1 to Sindorim Station (Line: to Daebang – 4 station)
- From Sindorim Station take Subway Line 2 to Hongik University Station (Line: to Mullae – 5 station)
- Hongik University Station Exit #2

Day 2
 
Stone Stairway (Stone Wall Road)
- From Hongik University Station take Subway Line 2 to City Hall Station (Line: to Sinchon – 5 station)
- City Hall Station Exit #2 (walk straight 100m)

Seonyudo Park
- From City Hall Station take Subway Line 2 to Hapjeong Station (Line: to Chungjeongno – 6 station)
- Hapjeong Station Exit # 8 (walk straight for 15 minutes over the bridge, the park is on the right)

World Cup Park
- From Hapjeong Station take Subway Line 6 to World Cup Stadium Station (Line: to Mangwon – 3 station)
- World Cup Stadium Station Exit #1
[cross the street and walk 3-5 minutes toward Mapo Agriculture to Fisheries Market. At the right of the building, take the free shuttle (20 minute interval)]

Itaewon
- From World Cup Stadium Station take Subway Line 6 to Itaewon Station (Line: to Bonghwasan – 11 station)
- Itaewon Station Exit #1 - #4

Hotel
- From Itaewon Station take Subway Line 6 to Sindang Station (Line: to Hangangjin – 5 station)
- From Sindang Station take Subway Line 2 to Hongik University Station (Line: Dongdaemun History & Culture Park – 10 station)
- Hongik University Station Exit #2

Ok yer...aku bagi contoh setakat 2 hari jer...so kalau korang nak pergi 7 hari, buatlah untuk 7 hari juga..x acilah nak bagi semua kan? sebab buat itinerary ni pada dasarnya memang remeh dan ambil masa. Macam aku nak buat jadual penuh untuk 7 hari pun makan masa sebulan jugaklah walaupun dah pernah pergi dulu...sebab apa tau? sebab nak cari tempat mana yang best untuk pergi dan pastu kena susun ikut kedudukan tempat tu supaya mana2 tempat yang berdekatan boleh pergi di hari yang sama tu makan masa juga...kena rujuk guide book, subway map & internet untuk buat semua tu. Selagi belum pergi, beberapa kali jugalah aku edit ikut info terkini yang diperolehi dari internet to make sure itinerary tu up to date..

Walaupun dah ada detail itinerary, still kena ready dengan subway map & guide book juga sebab kadang2 jadual kita kat sana terpaksa diubah..contohnya kalau hari tu hujan lebat, aktiviti outdoor kena ubah ke aktiviti indoor pula so on the spot kena buat plan baru untuk hari tu tapi secara basicnya, bila ada detail itinerary ni, ia akan menjimatkan masa kita sebab kita xdelah terlalu bergantung pada guide book dan subway maps semata2 sahaja. 

Tamatlah siri My 2nd Trip to Seoul :)
 

18 December 2012

#72: My 2nd Trip to Seoul ~ Suatu pagi di Seoul

Salam.. :)

Lokasi:  Stesyen Subway (Hongik University Station)

Seorang nenek warga Korea secara tiba2 menghampiri 3 orang pelancong dari Malaysia (kami ler tu)

Halmeoni (nenek) : Aigoo...ippun-yo (amboi cantiknya..)...good morning!..
Kami : ah aniyo (eh..xdelah!..sambil senyum tersipu2 sbb kena puji cantik)..good morning.. :)
Halmeoni: Igo (ini)...sambil dia memberikan satu risalah mengenai satu agama kepada kami sorang satu...& bla..bla..bla..(dia bagi penerangan mengenai risalah itu)..
Kami: ah (ooo)...(buat2 faham).. :P
Halmeoni : Ippun-yo (puji lagi sekali)...are you from India?
Kami : no...(jawab serentak tiga2 orang sebab terkejut orang puji cantik pastu tanya dari India ke?..hahaha..)
Halmeoni : ah (ooo)...which part of India? Nepal? (sambil pandang Dee & K.Ina secara bergilir2 - hahaha) ~> fakta: Nepal bukan a part of India yer :P
Dee: No...we're from Malaysia...
Halmeoni: ah (ooo) Indonesia? (kurang pendengaran nenek nih!)
Kami: No...Malaysia!
Halmeoni:  ah (ooo)...Malaysia...dan terus pegi duduk kat kerusi di ruang menunggu (aku syak dia blur Malaysia tu kat mana..hahaha..)

Subway pun tiba...sebelum naik subway kami buang risalah tu dalam tong sampah berdekatan kami. Nenek tu x perasan sebab dia tengah bagi penerangan kat orang yang duduk sebelah dia masa tu. Kat dalam tong sampah pun aku tengok banyak dah risalah yang sama dibuang oleh orang Korea...hehe... :p

Agak2 la kan...India & Nepal tu sebenarnya negara yang berlainan... & sian kat K.Ina & Dee...tetiba jadi orang Nepal..hahaha... :P

 We're Malaysian..not from India or Nepal.. :P

17 December 2012

#71: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 17

Salam.. :)

14/11/2012 ~ Day 7 (Wednesday)

Hari terakhir di Seoul...hari ni kami bangun awal dan bersiap2 walaupun semalamnya kami tidur lambat kerana mengemas beg. Flight kami pukul 5.40 petang nanti tapi oleh kerana kami perlu check out pada pukul 12.00 tengahari, jadi dari awal lagi kami sudah selesai berkemas dan bersiap2..biar awal dari lambat kan?...hehe.. :)

Pukul 10.30 pagi , aku turun ke pejabat hostel di tingkat bawah untuk memaklumkan kepada staff hostel yang kami akan check out hari ni pada bila2 masa dan nak bertanya di mana kami boleh dapatkan teksi dari hostel ke airport memandangkan beg kami dah bertambah, jadi mungkin akan menyukarkan kami untuk berjalan ke stesyen subway (especially si Dee tu)... :P tapi si Johnny, staff hostel tu beritau yang lebih mudah ke airport naik Arex (Airport Ekspress) sahaja dari naik teksi sebab lebih selesa, murah & cepat. Pasal beg jangan risau katanya, dia akan tolong hantar beg tu ke stesyen subway. Mula tu ingatkan salah dengar..beberapa kali aku tanya dia..."do you really want to carry our bags to subway station? by walking?"..hehe...beberapa kalilah jugak si Johnny tu iyekan.. :) dia suruh bagitau jer kat dia bila kami dah ready untuk bertolak. Baik si Johnny ni.. :)

Pukul 11.30 pagi, kami pun check out dan bergerak keluar. Johnny tolong bawak 3 bag kami dan sama2 jalan ke stesyen subway. Sambil jalan, sambil sembang2 dengan dia..relax jer dia..hehe..

 
 Ambil gambar dulu dengan Johnny sebagai kenang-kenangan :)

 Kami bertiga..Johnny tolong ambil gambar :)

 Selepas penuh seksa, akhirnya kami naik Arex dengan selamatnya...Dee paling letih sebab dia bawak banyak beg..hehe..(psst..beg mickey mouse tu Dee beli kat Namdaemun Market semalam)..hehe..

 Perjalanan menaiki Arex dari Hongik University Station ke Incheon International Airport memakan masa 45 minit. Kami selamat tiba di airport pada jam 1.00 petang..

 Beg berat giler...mujur travelator kat airport ni panjang...xyah jalan..fuhh!..

 Kami selamat sampai di Departures Hall di tingkat 3..



Cadangnya nak drop bag terus sebab dah buat web check in sebelum ke Seoul tapi check in counter hanya akan dibuka pada pukul 2.30 petang. So kami lepak la dulu sambil tunggu kaunter dibuka. X sanggup nak ronda dalam airport bawak semua beg tu.. :P

Lepas kaunter dibuka dan selamat drop semua backpack, kami ronda2 dalam airport pula sebab masa masih panjang. Sempat tengok live orkestra lagi kat ground floor.










Kami ronda2 sambil mengambil gambar serta refund baki T-Money Card dan seterusnya duit refund tu kami habiskan dengan membeli barang di dalam airport. Duit Korea yang x habis dibelanjakan pula, kami tukarkan semula dengan duit Malaysia di bank di dalam airport dan kemudiannya terus ke balai berlepas.

 Gate berlepas...penerbangan kami D7505 pada jam 5.35 petang

 Tiket balik..

 Boarding time...jom!..

 Dee dah ready dengan neck pillow strawberry dia... :)

 Last view of Seoul....bye2 Seoul!...we'll be back someday.. :)

 Muka ceria orang nak balik tanahair...hehe.. :)


 On board sempat ambil gambar awan kejap....pastu terus lena tiga2 orang... :)

Kami selamat tiba di LCCT, Sepang pada jam 11.45 malam dan settle urusan imigresen & ambil backpack kami dalam masa 15 minit. Dee's hubby & anak2 dia dah menunggu di luar balai ketibaan. Sebelum tu sempatlah beli McDonald untuk bawa balik since kami bertiga memang kelaparan. Memang ada beli on-board meal tapi tau jerlah... airasia punya on-board meal dahlah sikit...x sedap pulak tu...huhu...sorry airasia..tu kenyataan.. :P Kami selamat sampai di rumah Dee di Selayang pada jam 1.15 pagi dan setelah selesai makan & sebagainya, akhirnya kami melelapkan mata pada jam 2.00 pagi...


15/11/2012 ~ Day 8 (Thursday)

Pukul 4.00 pagi, jam mengejutkan kami yang terlena. Terus bersiap2 dan kejutkan Dee...tepat jam 4.30 pagi, kami pun bertolak keluar dari rumah Dee ke KL Sentral. Aku & K.ina cadang nak naik KLIA Ekspress jer untuk ke KLIA. Mengantuk tu usah cakaplah...cer tengok mata aku tu.. dah sama kaler dengan lipstik kan? hehe...

 Beg2 aku & K.Ina.. :)

K.Ina yang separuh sedar..hehe..

KLIA Ekspress yang kami naiki bertolak pada jam 5.30 pagi dari KL Sentral dan selamat tiba di KLIA 45 minit kemudian. Sesampainya kami di KLIA, terus check in dan drop bag kami dan seterusnya ke departure hall..penerbangan balik kami ke Penang adalah pada jam 7.30 pagi dan selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada jam 8.45 pagi. Mr. Hubby & my daughter dah pun menunggu di luar balai ketibaan..:) sementara K.Ina pula pulang ke rumahnya dengan menaiki teksi... aku selamat sampai di rumah pada jam 10.00 pagi dan seterusnya pengsan sampai ke petang...alhamdulillah...maka dengan ini, berakhirlah trip kami ke Seoul kali ini...sekian.. :) 

Nak pergi mana pulak lepas ni? emm...ada beberapa tempat dalam fikiran tapi masih dalam pertimbangan..cuma Seoul mungkin xde dalam list tahun depan..hehe..InsyaAllah...jika diizinkan Allah, mungkin kami akan ke tempat lain pula nanti... InsyaAllah...mudah-mudahan dipermudahkan.. :)