Be My Friend :)

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

30 April 2013

#24: Trip to Sabah

Salam... :)

Akhirnya setelah nak masuk sebulan, baru trip Sabah ni keluar...haha...sorilah...aku bizi tahap x ingat punya...ni pun setelah memaksa diri dengan jayanya nih..hehe..

Trip to Sabah ni seperti yang telah diberitahu sejak awal hari tu, adalah merupakan trip yang dianjurkan oleh jabatan tempat aku bertugas. Setiap tahun, kami diberikan peluang untuk memilih trip lawatan yang ingin diikuti. Makanya, untuk tahun ini, aku memilih untuk mengikut trip ke Sabah (tahun lepas aku pergi JB & Singapore). Trip ini disertai oleh 17 orang peserta kesemuanya yang terbang dari Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 10.30 pagi, 7 April 2013 yang lalu dan selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 1.15 petang (lebih kurang la...2 jam 45 minit dalam penerbangan) ...

Muka2 ceria kat airport sebelum terbang (sebelah aku tu k.ina...ada jer dia kat sebelah :P)

Memula tu cuak jugaklah nak ke Sabah ni lepas kejadian di Lahad Datu tu..kiranya sebelum pergi ni fikir macam2 la benda negatif. Tapi dek keterujaan nak ke Kota Kinabalu dan Kundasang buat pertama kalinya ni lebih kuat dan mengatasi kecuakkan tu, maka kami teruskan juga plan yang telah dirancang sebelum pencerobohan di Lahad Datu ini lagi dengan diiringi doa keluarga dan kawan2 kami...hehe...:)

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami dibawa oleh tour guide kami untuk menikmati makanan tengahari di restoran yang tidak jauh dari airport dan kemudiannya, dibawa ke apartment tempat kami menginap iaitu Marina Court Resort, Kota Kinabalu untuk check in terlebih dahulu sebelum anggota rombongan dibawa pula melawat ke Monsopiad Cultural Village. Hanya aku, k.ina & k.faezah memilih untuk tidak mengikuti rombongan ke sana dan kami diturunkan di Pasar Filipina yang tidak jauh dari apartment tempat kami menginap itu...makanya, di hari pertama, kami bertiga dah start shopping...hehe...

Rambang mata berada dalam pasar filipina ni. Jenuh la nak belek mutiara...hehe...

Sebelum diambil semula oleh tour guide, kami sempat membeli mee goreng sebagai makan malam. Punyalah banyak portion mee goreng di sana. Sebungkus pun sebenarnya boleh dimakan oleh 3 orang. Makanya, malamnya, kami bertiga hanya berehat2 di dalam apartment sambil menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian di televisyen sambil juga berusaha menghabiskan mee goreng masing2 yang terasa seperti tidak luak2 itu..haha.... Yang lain pula keluar menikmati makan malam mereka beramai-ramai di tepi pantai.....kita sambung lagi untuk day 2 pula nanti yer.. :)

05 December 2012

#66: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 12

Salam.. :)

Hongdae Street
Setelah selamat sampai di Hongik University Station, kami tidak terus pulang ke hostel. Kami berjalan-jalan dahulu di Hongdae Street yang terkenal dengan shopping outlets & hundred of cafes, restaurants & bars. Tak sengaja nak pergi pun sebab xtau..haha..tapi bila nampak orang macam ramai jer kat situ, kami pun pergilah tengok. Tak sangka sampai di Hongdae Street. Nak pulak malam minggu...penuh sesak sepanjang Hongdae Street ni. Lively & happening! :)

 Aku ni sensitif sket bila nampak pokok warna kuning..mesti nak ambil gambar.. :)

 Ramai kan orang? nak jalan pun susah..tapi best tengok :)

Looking for something? Just start with window shopping but in the end, you'll definitely buy something here :P

 Accessories anyone? hehe.. terbeli gak satu dua benda..:P


On weekend meriah Hongdae Street ni. Siap ada special discount for most of the items selling here..weekdays pun buka tapi x semeriah on weekend :)



Kalau malam minggu selalunya ada street performances from indie band macam ni. Sedap suara diorang ni tau. Pandai bermain alat muzik dan  juga pandai berkomunikasi dengan penonton.. 2 thumbs up! :)

Lepas pusing2 dan membeli a few item secara terkawal (memaksa diri sebenarnya :P) kami singgah di restauran ini dahulu untuk makan malam. Dee cepat2 suruh aku ambil gambar dia sebab dia duduk sebelah mamat korea yang hensem tuh..haha.. (adik sapa la tuh! :P)
 
K.Ina makan bimbibap...punyalah penuh mangkuk tu bimbibap dia...haha..termengah2 K.Ina nak habiskan satu mangkuk besar tu dan sudahnya x habis gak.. :P

Close-up set bimbibap yang K.Ina order ~ lengkap dengan anchovy soup (sup ikan bilis) & dua jenis kimchi

Aku dan Dee pula makan Noodle in Anchovy Soup (bihun sup ikan bilis).. sedap tapi termengah2 jugak nak dihabiskan sebab mangkuk tu sama besar dengan mangkuk bimbibap K.Ina..haha..

Habis makan, kami ronda2 lagi di Hongdae Street sampai tak larat dan seterusnya kami pun pulang ke pangkal jalan...haha..dari Hongdae Street nak balik ke hostel x jauh pun. Berjalan kaki kira2 12 minit kot...tak dan nak berpeluh dah sampai..tapi sebenarnya nak berpeluh pun susah sebab sejuk sangat... :) 

Maka selesailah aktiviti hari ke-3 kami di Seoul... :)

21 November 2012

#57: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 3

Salam.. :)

08/11/2012 ~ Masa kami sampai di Incheon International Airport, suhu waktu itu 8 darjah celcius. Tapi dalam airport x terasa la sejuknya tu... :P and for 2nd timer macam aku & K.Ina yang masih boleh ingat lagi keadaan dalam airport, relax jer la kami keluar dari kapal terbang. Tapi sementelah kami pun duduk di bahagian depan, maka kami keluar dahulu.

Selepas selesai membersihkan diri ala kadar & membetulkan mekap di toilet, kami pun bergerak ke kaunter imigresen dan seterusnya mengambil backpack masing2 di baggage claim area.  Benda pertama yang kami beli ialah T-Money Card dengan harga 3000 won dan kemudiannya direcharge 30000 won setiap satu. Setelah itu, berjalanlah kami ke station AREX (Airport Express) di bahagian basement airport untuk ke Hongik University Station iaitu di mana terletaknya hostel yang kami booking.  

 Sambil berjalan, sambil ambil gambar di sekeliling airport :P

 Depan ATM machine pun nak ambil gambar :P

 Belakang K.Ina tu la stesyen AREX

 Dalam airport pun ada panggung wayang tau..

 K.Ina termenung kejap masa dalam AREX..aku syak dia mengantuk..hehe.. :P

Perjalanan menaiki AREX dari Incheon International Airport ke Hongik University Station memakan masa 45 minit dan melalui exit 2, kami berjalan ke 2nd Pencil Hostel mengikut plan yang diberikan oleh pihak hostel. Taklah susah mencari..sekejap sahaja kami sudah berjumpa dengan hostel itu dan dibenarkan check in lebih awal dari waktu sepatutnya iaitu jam 2.00 petang. Waktu ketibaan flight kami sudah diberitahu lebih awal..sebab itulah bilik kami sudah disediakan dari awal.. :) Payment is upon check in. 

Setelah mengambil masa untuk berehat sebentar, membersihkan diri, mekap semula & bertukar pakaian yang lebih sesuai dengan suhu di luar, kami akhirnya keluar bagi memulakan eksplorasi kami di Seoul.. :) 

 Bergambar di luar exit 2, Hongik University Station

 Pelancong ginilah..dengan tiang subway pun nak ambil gambar..haha :P

Tempat pertama dalam itinerary kami hari ini ialah ke Insadong dan pokok yang berwarna kuning kehijauan ini menyambut kami sebaik sahaja kami sampai di sana.. :)

Sebenarnya dari Malaysia lagi kami tak henti berdoa moga2 sempatlah kami melihat keindahan musim gugur sebaik sampai di Seoul kerana menyedari hakikat bahawa Seoul sudah pun mula memasuki musim sejuk. Tapi alhamdulillah..suasana di hujung musim gugur masih jelas kelihatan di sekitar Seoul rupanya.. p/s: Walcott ssi..did i told you that the leaves will wait for me :P

 Ramainya orang kat Insadong..tapi cantik kan warna pokok2 tu.. :)

Beg2 man won (10000 won = RM30.00) di Insadong buat Dee rambang mata :P

Tujuan utama ke Insadong ialah kerana kami hendak ke Nami Island Seoul Centre yang terletak di situ bagi membuat reservation for shuttle bus untuk ke Nami Island. Susah juga nak mencari Nami Island Seoul Centre tersebut dengan hanya berpandukan alamat semata. Tapi dek kerana terleka dengan suasana di Insadong dengan berjalan, berjalan & berjalan, sedar tak sedar akhirnya kami berjumpa juga dengan Nami Island Seoul Centre tersebut dengan tak sengaja. Maka dapatlah kami membuat reservation untuk ke Nami Island pada hari Sabtu nanti.. :) yay!
    
Selesai urusan di Insadong dan mengambil kesempatan untuk bershopping secara terkawal di sana, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Yeouido Hangang Park.. :)

21 March 2012

#13: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 3

Misi kami di Itaewon adalah hendak melihat mercu tanda Islam di Seoul iaitu Seoul Mosque yang merupakan satu2nya masjid yang terdapat di Seoul. Maka sebab itulah Itaewon berada di dalam senarai teratas di dalam itinerary kami. Dari Kkachisan Station di mana kami menyimpan backpack kami, kami menaiki subway Line 5 dan turun di Gongdeok Station sebelum bertukar menaiki subway Line 6 untuk ke Itaewon Station. Kami sampai di Itaewon pada jam 10.30 pagi waktu Korea. Suhu yang amat sejuk menjemput kami apabila kami keluar dari Itaewon Station melalui exit 4 dan memaksa kami memakai sarung tangan yang dibawa. Agak teruja juga apabila wap2 keluar dari mulut dan hidung kami apabila bernafas. Sebelum meneruskan misi mencari masjid Itaewon, kami berjalan secara santai sambil mengambil gambar di sekitar jalan di kawasan Itaewon. Berikut adalah gambar2 yang diambil di sekitar Itaewon:






Namun keterujaan kami mengambil gambar sedikit terbantut apabila kamera aku mengalami kekejangan..hehe..jammed kerana suhu terlampau sejuk. Tangan kami juga sudah terasa kebas walaupun telah memakai sarung tangan. Maka kami membuat keputusan untuk berhenti untuk menikmati makan pagi/tengahari terlebih dahulu di samping memanaskan badan yang kesejukan sebelum misi mencari masjid Itaewon diteruskan. Brunch (breakfast + lunch) pertama kami di Seoul ialah Kebab Daging bersama air Mountain Dew di restoran arab Pasha. Harga untuk satu set ialah 9200 won (RM27.00).

Usai menikmati makan tengahari yang agak menyelerakan dan membungkus sebahagian lagi untuk dibawa balik kerana portionnya yang agak besar, kami seterusnya meneruskan misi mencari masjid di Itaewon dengan dibantu oleh signboard yang terdapat di sepanjang jalan. Sebarang usaha untuk memulihkan kamera aku yang kekejangan semasa berada di restauran juga menemui kegagalan kerana kemera masih kesejukan. Maka gambar berikutnya diambil dari kamera partner aku iaitu Kak Ina. Sedikit tersasar kami pada mulanya dan setelah menaiki anak tangga yang agak curam dari jalan utama dan kemudiannya berpenat lelah mendaki bukit yang agak tinggi juga, kami akhirnya berjaya menemui masjid yang dicari-cari. Tersergam indah masjid di hadapan mata.     



Pastinya tidak lengkap lawatan kami ke masjid Itaewon jika tidak masuk ke dalam masjid dan melihat tempat solat muslimah yang berada di tingkat 3. Ternyata keletihan mendaki anak tangga dan bukit untuk sampai ke masjid sebelum itu memperlahankan langkah kami berdua untuk sampai ke ruangan tempat solat muslimah tersebut sehingga tercungap2 kami mengambil nafas sehingga berjaya sampai ke situ. Namun begitu, gambar di dalam masjid tidak dapat diambil kerana kami terlihat simbol larangan mengambil gambar di dalam masjid yang dilekatkan di dinding masjid, maka kami akur dan hanya berada di ruang solat muslimah selama 5 minit sebelum turun semula ke bahagian bawah. Waktu itu, belum masuk waktu solat zohor. Mulanya kami bercadang ingin menunggu sehingga masuk waktu solat Zohor tetapi apabila mendapati tempat mengambil wuduk bagi muslimah & tandas yang berada di bahagian belakang masjid berkunci dan hanya di situ sahaja tempat yang boleh digunakan oleh muslimah untuk mengambil wuduk maka hasrat tersebut terpaksalah kami batalkan. Maka kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..National Museum of Korea..