Be My Friend :)

Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

24 December 2014

#85: Trip to Medan, Indonesia - Part 3

Salam... :)

Last part of Trip to Medan, Indonesia. Lepas ni aku nak buat rangkuman 2014 pulak as the last entry for this year (kalau rajin la..hehe..)

Seperti biasa, hari ni pun lepas breakfast kami pun keluarlah dari hotel. Plan hari ni dimulakan dengan Pajak Sambas. Makanya kami naik la betor ke sana. Dah cakap dah nak pergi Pajak Sambas. Tapi ntah kat mana geng betor ni bawak kami. Kedai mana ntah yang jual macam2 barang jugaklah. 


Aku x tau nama kedai ni tapi kedai ni ada jual macam2 pakaian, kain sulam, telekung, jubah, kain batik & kain pelekat. Tapi kalau dibandingkan dengan barang yang dijual kat Pajak Ikan, kat sini jauhhhh lagi mahal. Contohnya kain pasang sulam. Kat sini kain pasang sulam yang sama jenis yang aku tengok kat Pajak Ikan hari tu harganya Rp300,000 sedangkan kat Pajak Ikan baru Rp170,000. Beza banyak kan?

Dek kerana semuanya mahal2, sudahnya kami cuma beli kain batik jer kat sini. Itupun xde la murah sangat. Tapi sebab dah datang sini, beli jugaklah kan.

Dari situ, kami naik betor yang sama untuk ke Pasar Petisah. Tambang betor untuk dua tempat ni ialah Rp50,000 satu betor. Macam bazar la pasar ni. Ada jual macam2 jenis pakaian. Gambar xde sebab malas nak amik gambar..huhu..kat sini kami cari baju nak pakai untuk kenduri adik lelaki aku kat Setiawan tu. Tapi 2-3 orang jer dapat baju yang dicari. Yang lain beli kat Malaysia. Dah penat ronda2, makanya semua pun dah lapar sebab dah tengahari. Dee cadang kami pegi makan nasi padang. Maka dari Pasar Petisah, kami naik angkutan kota (van) ke Restoran Nasi Padang Garuda. Tambang satu van tu Rp100,000.



Tu antara menu di Restoran Nasi Padang Garuda tu. Ada berpuluh2 lauk untuk dipilih. Tapi xdelah kami ambil semua. More than a half kami letak kat meja sebelah yang kosong termasuk desert dia iaitu puding coklat. Desert buah-buahan potong, kami makan. Sedap tapi mahal. Haruslah mahal kan sebab restoran Garuda ni restoran famous. Untuk 9 orang makan, bil kami Rp750,000. Fuhh...mujur kongsi2 bayar...

Dari Restoran Garuda tu, kami naik angkutan kota yang sama yang hantar kami ke restoran tu sebab susah nak dapat transport dan driver angkutan kota tu pun ada bagi no telefon dia pada kami. Kami ke Medan Mall lagi untuk ke Pasar Sentral yang terletak bersebelahan dengan Medan Mall tu. Kali ni, driver angkutan kota tu dah tau kami dari Malaysia dan nak tau dia charge berapa untuk tambang dari Restoran Garuda ke Medan Mall yang xde la jauh sangat tu? Tambangnya Rp500,000!!

Gila! x berbaloi sebab masih dalam kawasan bandar Medan. 3 kali kami tanya harga tambang. Rupanya kami memang x salah dengar. Memang dia cakap Rp500,000. Nak tak nak, bayar jugaklah sebab dah sampai pun Medan Mall. Lari bajet kami di situ. Bengang!

Di Pasar Sentral, kami beli baju tshirt Medan. Tapi aku tak beli pun. I don't love Medan, so no need to buy tshirt 'I Love Medan' pun kan. Aku masih bengang dengan angkutan kota yang over charged tadi tu. Sekejap jer di Pasar Sentral, kami masuk ke Medan Mall untuk minum2 menyejukkan hati. Dee sambung shopping kat Supermarket Matahari dalam Medan Mall tu.

Lepas dah rehat sekejap, kami decide nak ke Pajak Ikan sekali lagi untuk membeli kain pasang sulam lagi sebelum balik ke hotel. Pajak Ikan ni, pukul 5 petang dah tutup. Maka bergeraklah kami menaiki betor ke sana. Tambang Rp30,000. 

Elok dah sampai kat Pajak Ikan, maka aku hulurlah tambang Rp30,000 kat driver betor yang aku naik (kami naik 3 betor semuanya). Sekali driver betor tu cakap 'mana cukup ni bu..tambangnya Rp60,000. Aik!! tadi kat Rp30,000 jer tambang kan? Dia kata sebab aku naik berdua, maka tambangnya jadi Rp60,000! Dia kira per person bukan per betor! Ni lagi gila! Sepanjang aku naik betor dalam 3 hari kat Medan ni, belum pernah betor dikira satu kepala. Semua dikira tambang satu betor tau!

Aku cakaplah, mana pulak. Semua betor yang saya naik tambang dikira satu betor bukan kira tambang satu orang! Dia x puas hati. Tiga2 betor dah berpakat nak kira tambang ikut per orang! Memang bengang! sudahnya suami Dee bayar jer satu betor Rp50,000 sebab malas dah nak bergaduh kat tempat orang. Kang jadi lain kan. Maka lepas bayar tambang, kami semua masuk Pajak Ikan sambil maki2 dalam hati!. Dahlah makan mahal sampai Rp750,000 pastu tambang angkutan kota dah kena Rp500,000...ni naik betor pun kena tipu lagi sampai Rp50,000 untuk jarak yang x berapa jauh pun. That's it! serik dah aku pegi Medan ni!

Mujur dalam Pajak Ikan kami jumpa satu kedai kain pasang sulam yang banyak pilihan & murah2 juga harga kainnya. Kedai pun sejuk ada aircond & kipas dan kami diberi kerusi kecil sorang satu untuk duduk sambil memilih kain. Settle beli kain pasang sulam kat sini, kami pun baliklah ke hotel. Kedai2 dalam Pajak Ikan pun semua dah start nak tutup kedai dah pun.

Nak balik ke hotel pun kami naik betor. Mula tu cuak jugaklah nak naik betor lagi. Kang dia kira per person lagi kan tambangnya. Takut kena tipu lagi. Pantang nampak orang Malaysia jer nak tipu. Macam la orang Malaysia yang pergi sana tu semua kaya raya kan? Tanya betul2 kat yang bawak betor tu..tambang kira satu betor ke satu orang? Diorang ada la 4-5 orang kat situ yang berkumpul lepak tunggu pelanggan. Diorang cakap tambang mmg sepatutnya dikira untuk satu betor. Bukan kira ikut berapa orang naik. Diorang kata, betor yang kami naik dari Medan Mall tu, betor luar yang suka tipu orang. Tambang dari Pajak Ikan ke hotel kami Rp20,000 aje satu betor. Padahal kalau nak kira jarak, dekat lagi jarak dari Medan Mall ke Pajak Ikan tau!

Sampai kat hotel, suruh Ani & Nureel bawak budak2 naik ke bilik dulu manakala aku, mak aku, Dee & husband Dee keluar lagi ke kedai kek Zulaikha untuk cari Bika Ambon untuk dibawa pulang. Katanya kalau dah ke Medan, tak sah kalau x beli bika ambon kan? Kami naik betor lagi ke sana sebab agak jauh juga dari hotel nak kedai kek tu. Tambang satu betor untuk pergi balik ialah Rp50,000. Settle beli bika ambon, balik ke hotel dan mulalah mengemas barang2 ke dalam beg. Esoknya pagi2 lagi kena bertolak untuk ke airport dah.

 Ready to go home

Hari Keempat di Medan, lepas breakfast, kami bertolak ke airport dengan menaiki free airport shuttle yang disediakan oleh pihak hotel. Dah bayar sesiap charge Rp200,000 yang dikenakan untuk 2 orang kanak2 dewasa dalam group kami tu. Pukul 9.30 pagi dah bertolak dari hotel sebab takut jalan jem. Flight Dee berlepas pada pukul 1.30 ptg ke KL. Manakala flight aku yang sepatutnya berlepas pada jam 2.25 petang ke Penang delayed ke jam 3.10 petang. Masa check in kat kaunter, bayar Rp200,000 seorang untuk airport tax. Group Penang selamat sampai pada jam 5.05 petang manakala Group KL selamat sampai pada jam 3.30 petang. Alhamdulillah.

Pada aku, xdelah best sangat Medan ni. Cumanya bearable sebab pergi dengan family kot. Mungkin pengalaman orang lain best, tak macam aku pun kan. Tapi pada aku, cukuplah. Next time xmo dah pergi sini. Pergi tempat lain pulak...insyaAllah.

Aku: Bika ambon tu bukan my cup of tea...bolehlah..

18 December 2014

#84: Trip to Medan, Indonesia (Part 2)

Salam... :)

Lamanya nak sambung balik part 2 kan? ke xyah sambung? hahaha...aku kemalasan plus kesibukan dengan kenduri kawin adik lelaki aku. Yang nak kawin tu adik, tapi kakak2 dia yang haru biru 2 minggu sebab dia. But takmolah elaborate kenapa kan. Anyway......kenduri sebelah pihak perempuan di Setiawan dah pun selamat berlangsung pada 12 Disember (nikah) & 13 Disember (kenduri) yang lalu. Kenduri sebelah pihak lelaki mungkin akan dibuat pada tahun hadapan (kalau ada bajet) :P

Lepas habis kenduri di rumah pihak perempuan, sempatlah kami si rombongan pihak lelaki ni pusing2 Lumut sambil beli ikan bilis dan kemudiannya lepak mandi laut kat Teluk Batik. Dah dekat dah kan...

7 pasang pengantin baru tengah tunggu turn untuk dinikahkan dengan pasangan masing2

 Rombongan pihak pengantin lelaki...kak long (tuan blog) telah dipaksa oleh emaknya untuk membawa tepak sirih :P

 Pengantin lelaki (no. 5) diapit oleh kakaknya yang no. 3 (kiri) & kakak no. 4 (kanan)

Pengantin perempuan pulak diapit oleh dua orang kakak iparnya
  
Gambar lain ada dalam kamera tapi aku malas nak transfer lagi dalam pc. Tengok la bila rajin nanti..hahah...

Oklah...jom sambung citer Trip to Medan (part 2):

Hari kedua di Medan, kami keluar ke Pajak Ikan dengan menaiki Betor (beca motor) dari hotel setelah semuanya selesai menikmati sarapan pagi. Adik2 aku semua makan breakfast yang disediakan oleh pihak hotel manakala aku, Nasrin dan mak aku, bersarapan ala kadar dalam bilik jer dengan bekalan yang dibawa (ada roti, maggi & biskut). Naik betor dari hotel Rp20,000 sahaja tapi mak aku x perasan dia bagi duit Rp50,000 kat pemandu betor tu dan bakinya tidak dikembalikan. Kira burn la lagi Rp30,000 tu...huhu..

Gambar kat Pajak Ikan aku x ambil. Malas nak keluarkan hp atau kamera dari dalam beg sebab sibuk pegang anak Dee & anak sendiri (Nasrin). Dah tu, kalut nak mengelak penjual barang2 cenderahati yang sibuk mengikut lagi. Kat Pajak Ikan ni, yang dicari ialah kain pasang sulam. Ada a few pasang jugalah aku beli untuk diri sendiri dan kawan2 yang mengirim. Tapi harga kain pasang sulam kat sini lebih mahal dari yang dijual di Bandung. 

Selepas habis berjalan dari lorong ke lorong dalam Pajak Ikan ni, kami pun bergerak pula ke Sun Plaza dengan menaiki betor juga. Tambang satu betor Rp25,000. Kami makan tengahari di Sun Plaza ni iaitu di Restoran Texas Chicken. Bawak budak2, kalau ada nasi lauk ayam goreng memang laku la kan? Lepas makan, ronda2 kejap dalam Sun Plaza..cuci2 mata.

 Nureel (No.6), Dee (No. 2), Yaya (anak Dee), Nasrin & Min (anak Dee)

 Sepupu...berebut 2 beradik ni jalan nak pegang tangan Kak Long Nasrinnya :)

 Kena paksa ambil gambar tepi pokok krismas oren :P

My Mom with anak perempuan bongsunya :P

Lepas ronda2 kat Sun Plaza, kami bergerak pula ke Medan Mall. Naik betor juga...Rp25,000. 


Medan Mall ni ada 4 tingkat. Sibuk tapi bersih dan xde orang mengikut kita soh beli macam2. Masa aku pergi ni, Supermarket Matahari dalam mall tu tengah buat sales hujung tahun. Beli 2 gratis 1..means, beli 2 percuma 1 so kami ambil kesempatan beli baju, kasut, seluar & handbag dalam Medan Mall ni.

Sebelum balik, kami bungkus set nasi & ayam kfc untuk dinner

Dari medan mall, kami balik ke hotel dengan menaiki Angkutan Kota (van). Muat semua 9 orang kami dalam satu van tu. Tambangnya Rp80,000 satu van. Maka settle cerita di hari kedua....sambung...  

Aku: Betor tu tempat duduknya punyalah kecil. Duduk 2 orang pun rasa sendat gila!

03 December 2014

#83: Trip to Medan, Indonesia

Salam... :)

Sebab hari ni boring xde benda nak buat atau fikir, jom la cerita pasal trip to Medan...hehe..semacam jer kan? x best ke pegi Medan? jom la cerita...

Aku pergi Medan hari Rabu lepas (25/11) sampailah hari Sabtu (29/11). 4 hari jer kat sana, 2 hari jer jalan kat bandar (Bandara) Medan sebab 1 hari kira hari pergi & 1 lagi hari balik. Ini family trip yang disertai oleh 2 group. Group aku terbang dari Penang terdiri daripada aku, Nasrin, Mak aku & adik aku perempuan aku Nureel. Satu lagi group terbang dari KL terdiri daripada adik aku Di, husband dia (An), 2 orang anak dia (Min & Yaya) & adik ipar Di (Ani). So semua sekali 9 orang.

Rabu tu flight from Penang berlepas seperti dalam jadual iaitu pkl 6.30 ptg dan selamat sampai di Kualanamu International Airport, Medan pukul 6.20 ptg (waktu Medan). Patutnya flight group Di dari KL berlepas pukul 5.30 ptg dan mereka perlu menunggu kami di airport sebelum ke hotel tapi flight diorang delay 2 kali sehingga akhirnya berlepas pada jam 8.00 mlm. Flight diorang tiba pada pukul 8.10 mlm waktu Medan tapi dek kerana tidak mengisi borang ketibaan di dalam flight, diorang terpaksa mengisinya sebelum ke kaunter Imigresen Medan dan akhirnya keluar ke arrival hall pada jam 9.00 mlm. Kami yang menunggu ni dah cramp kaki dibuatnya!

Dari airport, kami menaiki free shuttle yang disediakan oleh pihak hotel iaitu Hotel Soechi International. Aku booking dan bayar harga bilik melalui Booking.com. Perjalanan dari airport ke hotel memakan masa hampir 1 jam. Menurut supir (driver), kalau jalan jammed (macet), perjalanan mungkin memakan masa sehingga 2 jam. Mujur malam tu jalan tak jammed walau banyak kenderaan di jalan raya.

Sampai di hotel dah 10.00 malam... kami kepenatan dan urusan di kaunter check in lebih menambahkan penat yang sedia ada. Kami book 3 bilik untuk 6 orang dewasa & 3 orang kanak2 dan bayaran telah dibuat secara online. Tapi kat sana, rupanya masih perlu membayar Rp800,000 untuk deposit bilik & Rp200,000 untuk airport shuttle untuk 2 orang kanak2 yang melebihi umur 5 tahun dan telah dikira sebagai dewasa (Nasrin 11 tahun, Min 7 tahun). Hanya Yaya sahaja dikira sebagai kanak2 sebab dia umur 4 tahun. Dan polisi hotel, 1 bilik standard = 2 penginap dewasa sahaja. Maknanya 3 bilik = 6 penginap dewasa sahaja. Memang group kami 6 orang dewasa tapi oleh kerana Nasrin + Min telah dikira sebagai dewasa juga, maknanya dah terlebih 2 orang 'dewasa' untuk 3 bilik maka, free shuttle tidak dikira untuk 2 orang 'dewasa' yang terlebih itu tadi. Itu yang kena charge Rp200,000 iaitu Rp100,000 seorang untuk sehala. Untuk balik, kena bayar lagi Rp200,000!

Masuk bilik pun belum, dah kena bayar Rp1 juta. Pastu lagi satu yang menyakitkan hati ialah perangai supir aka driver shuttle hotel tu sendiri. Sebenarnya dari airport lagi dia dah bising2 kat aku untuk tambah 2 extra bed untuk 2 orang kanak2 dewasa tu. Katanya, aku memang WAJIB kena tambah extra bed sebab 2 orang budak tu dikira sebagai dewasa. Tak boleh tak tambah katanya. Aku diam jer sampai ke hotel. 

Kat kaunter, dia bising2 lagi kat aku. Sudahnya aku tanya kat petugas kaunter tu, kalau aku taknak tambah extra bed tak boleh ke? Sbb anak2 Di walaupun 2 orang, kecik2 kurus kering jer diorang tu. So boleh jer share katil dengan parent diorang kan? Anak aku pun boleh share katil dengan aku sebab aku ambil 2 katil super single untuk semua tiga2 bilik. So it won't be a problem kalau share katil pun. Petugas kaunter tu cakap, boleh jer kalau xmo tambah extra bed. Cuma diorang bagi cadangan untuk bagi keselesaan kat aku. Kalau xmo, xyah tambah dah. Hah! boleh pun...xde la WAJIB pun! So aku cakap, aku takmo tambah dah apa2 sebab extra bed = extra charge. Diorang cakap OK! dan settle la bab tu kat kaunter. Tapi rupanya belum settle kat supir aka driver tu tadi. Dia cakap apa ntah kat petugas kaunter tu dengan muka x puas hati. Masih nak paksa aku ambil extra bed kaedahnya. Lantaklah..aku ajak mak & adik2 aku naik ke bilik. Itupun 2 bilik jer dah ready. Lagi 1 bilik dapat lepas setengah jam kemudian.

Bilik hotel besar & selesa. Ada 2 katil super single. So xde problem nak share tidur dengan Nasrin pun. Mak aku stay dengan aku, Di sefamily 1 bilik, Nureel + Ani 1 bilik. Semua dapat bilik di tingkat berbeza, Di di tingkat 9, aku kat tingkat 10 & Nureel kat tingkat 11. Hotel besar tapi aku x suka lif hotel ni. Nak pegi bilik, kena slot kad bilik kat dalam lif tu dan lif tu akan berhenti kat tingkat berapa bilik kita jer. Means, macam aku yang biliknya kat tingkat 10, aku cuma boleh pergi tingkat 10 dan turun lobi jer. Kalau nak pergi ke bilik adik2 aku kat tingkat 9 atau tingkat 11, aku kenalah naik atau turun tangga dari tingkat 10. Gila kan? Dahlah tangga dia menakutkan. Huh! hari pertama pun dah buat aku rasa macam nak balik Malaysia balik...huhu... 

...bersambung  

p/s: gambar hotel aku x amik...xde hati..

24 February 2014

#59: Trip to Bandung - Day 4 & 5

Salam.. :)

Day 4

Day 4 di Bandung merupakan hari terakhir untuk jalan2 sebelum pulang ke Malaysia. Maka haruslah hari last ni kami repeat ke Pasar Baru...hehe..seperti biasa, pagi tu breakfast dulu di hotel. Nasi goreng lagi menunya hari ini. Tak sedap pun gagah jugaklah makan...hehe..

Lepas breakfast, aku ajak Dee pergi melawat Kartika Sari lagi. Al-maklumlah dekat sangat dengan hotel. Pergi tengok jer apa yang best sangat sampai berpusu-pusu orang kat kedai dia ni..hehe...dan seperti yang diduga, memang dah ramai betul orang kat Kartika Sari walaupun masa tu belum pun pukul 9.00 pagi. Macam berebut-rebut pun ada sebab masing2 menunjuk kek2 lapis yang ada dalam cermin kepada pekerja untuk diambil. Aku terkesima sekejap melihatnya...hehe..

Pada pemerhatian aku, rata2 yang ada di dalam kedai Kartika Sari adalah warga mereka juga. Mungkin dari Jakarta agaknya. Kalau memang penduduk Bandung, takkan pepagi lagi berebut nak beli kek lapis kan? musykil jugak aku...hehe..

Dan aku & Dee hanya sekadar membuat lawatan. Habis pusing satu kedai, kami jalan balik ke hotel semula. Langsung x beli apa2..hehe...sebab seperti yang pernah aku bagitau hari tu, kek lapisnya mahal..155,900rupiah (RM46.77) untuk satu kek lapis saiz standard, pada aku mahal harganya... :) kain pasang sulam kat Pasar Baru lagi murah dari tu...hehe..

Balik hotel, Topan si supir kami sudah pun tiba. Terus zass naik kereta dan bergerak ke Pasar Baru. Peniaga kat situ pun baru nak bukak kedai. Jadi kami pergi tukar duit dulu di Lantai 3. Rate tukaran wang asing kat situ ok la jugak..lebih murah kalau dibandingkan dari kita tukar kat airport. Dah ada duit baru seronok nak shopping kan? hehe..maka memusing la kami dari satu lantai ke lantai yang lain mencari barang2 yang masih belum dibeli atau ditambah... :P

Xder gambar semasa shopping kerana terlalu sibuk sampai xde mood nak ambil gambar kaedahnya..haha...tapi yang aku perasan, mentang2 hari ni hari Sabtu, harga barangan sedikit tinggi dari hari aku shopping kat sana hari Khamis lepas. Kalau kita mintak tawar pun, x dapat harga yang sama macam hari tu. Mungkin sebab weekend, orang pun lebih ramai dari hari biasa kan..jadi diorang up sedikit harga. Habis shopping, terus perut rasa lapar...jadi kami ke Lantai 6 untuk makan tengahari..kami makan set ayam penyet bakar.. :)

 Ayam penyet bakar

 Side dishes

 Sup ekor

 E & mak :)

 Me & Dee (ini Dee's idea :P)

Sedap makanannya tapi mahal giler..campur air semua dekat 300,000rupiah (RM100)..huh! aku rasa dah kena tipu nih sebab kami amik satu set jer kongsi 4 orang..bukan amik 2 set pun..xperlah...jadikan ikhtibar..lain kali jangan makan kat situ dah..huhu..lepas makan, terus call Topan untuk balik ke hotel. Malam x pergi mana2 dah. Masing2 sibuk kemaskan beg.

Day 5

Flight kami pukul 8.30 pagi, jadi seawal jam 6.00 pagi lagi kami dah bertolak ke airport. Jalan pun clear so x sampai 15 minit kami dah sampai ke airport. Bayar 75000rupiah seorang untuk airport tax, balut beg supaya tidak rosak (30,000 satu beg) & kemudiannya drop luggage bila kaunter dibuka. Masa tengah timbang beg2 tu, aku & Dee punyalah berdebar2 takut terlebih berat...hahaha..mujur ngam2 jer dengan berat luggage yang dibeli (50kg)...lega..:P

 Us with all the bags.. :)

At departure hall

Flight balik memang berlepas tepat pada masanya dan 2 jam kemudiannya, kami selamat tiba di LCCT. Mak aku ikut Dee balik ke rumahnya dan balik ke Sungai Siput keesokkan harinya, E balik terus ke Ipoh dengan bas, aku pulak tunggu flight ke Penang jam 3.30 petang dan selamat sampai pada jam 4.25 petang. Lega tatkala terlihat 2 wajah kesayangan yang sudah sedia menunggu di arrival.. :)

Maka tamatlah cerita trip to bandung :)

Aku: balik tu terus demam, batuk & selesema selama 2 minggu (mr. hubby kata: kena stop pegi jalan2 dah kot sebab asal balik jer terus demam ni...) hehe.. :P

17 February 2014

#58: Trip to Bandung - Day 3

Salam... :)


Tepat jam 9.00 pagi day 3 di Bandung, kami bertolak ke Tangkuban Perahu setelah menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel. Nasi goreng & sayur..bolehlah... :P

Perjalanan ke Tangkuban Perahu mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan. Trafik pun bolehlah dikategorikan sebagai agak sesak juga memandangkan hari ni dipanggil 'Hari Merah' iaitu cuti umum sempena Chinese New Year...sama macam kat Malaysia la yer..cuma sambutannya di sini kurang meriah sket (mengikut pemerhatian aku :P)...

Masa kereta kami sedang bergerak perlahan, aku sempat ambil gambar banner nih...hahaha...

 Kawah Ratu

Akhirnya, kami selamat sampai di Tangkuban Perahu dan perlu membayar tiket masuk terlebih dahulu iaitu sebanyak 75,000 rupiah  setiap orang, driver free tapi kena bayar untuk kereta 15,000 rupiah sebab kereta boleh dibawa naik sampai atas... :P

 1st time sampai di Tangkuban Perahu untuk mereka bertiga nih... :)

Bukti dah sampai sini... me & Dee..hehe.. :)

Suhu di sini sejukkkkk giler...hehe...kawah dilitupi kabus tebal dan agak berdebu. Kalau tak pakai sweater, memang boleh beku sebab sesekali angin dia bertiup....fuhh...rasa dalam peti ais..dan lihatlah gambar2 kami di sekitar kawasan ini...:)








 My mom yang dah macam orang eskimo...hehehe..

 Tiga beranak.... :)

 Ramainya orang kan?..

 Mak...ingat kat sapa tuh?..hehe..

 Kawah Ratu di sebalik ranting...



Sapa yang rajin, bolehlah jalan2 di sekeliling kawah...E jer pergi sekerat jalan..pastu berpatah balik..hehe.. kami lepak kat atas sambil makan bekalan yang dibawa...ada Pisang Bollen + Cheese Stick yang dibeli di Kartika Sari..




Me.. :)

Hampir 2 jam berada di Tangkuban Perahu, aku dah ajak balik ke Bandung...buat apa lama2 kan? hehe...dah tengok kawah, dah ambil gambar, dah makan...jom balik!...hehe..dan syukur Alhamdulillah..keputusan itu mengelakkan kami dari tersekat di dalam kesesakan trafik turun dari Gunung Tangkuban Perahu tu sebab ada bas persiaran yang telah mengalami kerosakan brek ketika turun dari gunung tu dan melanggar lereng bukit dan melintang jalan keluar masuk ke Gunung Tangkuban Perahu. Kereta kami berselang 2 kereta dengan bas itu dan sempat melepasi bas itu sebaik sahaja bas itu kemalangan. Esoknya, menurut supir kami si Topan, kawan2 supir dia hanya dapat turun dari Gunung Tangkuban Perahu pada lewat petang disebabkan kemalangan tu...fuhh...





Dah sampai Bandung, singgah sekejap kat Factory Outlets. Tengok2 jer sambil ambil gambar. Standard la FO kan...harga baju xde la sama macam yang jual kat Pasar Baru...sebab kualitinya pun berbeza...

Dari FO, kami singgah sekejap kat Cihampelas Walk. Antara tempat wajib pergi kalau dah sampai Bandung nih tau...hehe..kami lunch kat KFC kat sini & jalan2 sambil ambil gambar ajelah sebelum balik ke hotel kami semula. Malam pun dinner nasi goreng dari gerai tepi hotel ajelah..x larat dah nak keluar memana...hehe...



 Mercu tanda Cihampelas Walk...wajib semua ambik gambar di sini.. :P

 Set KFC yang dipilih...ada nasi, boneless chicken, salad & sos cili.. :)

Air kotak Frestea apel (termasuk dalam set nasi)

 E sorang jer xmo makan nasi...dia amik set 2 ketul ayam + French Fries...

 Jemput makan! kata Dee... :)

Dan gambar2 di sekitar Cihampelas Walk:





Aku: Abis cerita day 3...fuhh..lega... :)