08/11/2012 ~ Masa kami sampai di Incheon International Airport, suhu waktu itu 8 darjah celcius. Tapi dalam airport x terasa la sejuknya tu... :P and for 2nd timer macam aku & K.Ina yang masih boleh ingat lagi keadaan dalam airport, relax jer la kami keluar dari kapal terbang. Tapi sementelah kami pun duduk di bahagian depan, maka kami keluar dahulu.
Selepas selesai membersihkan diri ala kadar & membetulkan mekap di toilet, kami pun bergerak ke kaunter imigresen dan seterusnya mengambil backpack masing2 di baggage claim area. Benda pertama yang kami beli ialah T-Money Card dengan harga 3000 won dan kemudiannya direcharge 30000 won setiap satu. Setelah itu, berjalanlah kami ke station AREX (Airport Express) di bahagian basement airport untuk ke Hongik University Station iaitu di mana terletaknya hostel yang kami booking.
Sambil berjalan, sambil ambil gambar di sekeliling airport :P
Depan ATM machine pun nak ambil gambar :P
Belakang K.Ina tu la stesyen AREX
Dalam airport pun ada panggung wayang tau..
K.Ina termenung kejap masa dalam AREX..aku syak dia mengantuk..hehe.. :P
Perjalanan menaiki AREX dari Incheon International Airport ke Hongik University Station memakan masa 45 minit dan melalui exit 2, kami berjalan ke 2nd Pencil Hostel mengikut plan yang diberikan oleh pihak hostel. Taklah susah mencari..sekejap sahaja kami sudah berjumpa dengan hostel itu dan dibenarkan check in lebih awal dari waktu sepatutnya iaitu jam 2.00 petang. Waktu ketibaan flight kami sudah diberitahu lebih awal..sebab itulah bilik kami sudah disediakan dari awal.. :) Payment is upon check in.
Setelah mengambil masa untuk berehat sebentar, membersihkan diri, mekap semula & bertukar pakaian yang lebih sesuai dengan suhu di luar, kami akhirnya keluar bagi memulakan eksplorasi kami di Seoul.. :)
Bergambar di luar exit 2, Hongik University Station
Pelancong ginilah..dengan tiang subway pun nak ambil gambar..haha :P
Tempat pertama dalam itinerary kami hari ini ialah ke Insadong dan pokok yang berwarna kuning kehijauan ini menyambut kami sebaik sahaja kami sampai di sana.. :)
Sebenarnya dari Malaysia lagi kami tak henti berdoa moga2 sempatlah kami melihat keindahan musim gugur sebaik sampai di Seoul kerana menyedari hakikat bahawa Seoul sudah pun mula memasuki musim sejuk. Tapi alhamdulillah..suasana di hujung musim gugur masih jelas kelihatan di sekitar Seoul rupanya.. p/s: Walcott ssi..did i told you that the leaves will wait for me :P
Ramainya orang kat Insadong..tapi cantik kan warna pokok2 tu.. :)
Beg2 man won (10000 won = RM30.00) di Insadong buat Dee rambang mata :P
Tujuan utama ke Insadong ialah kerana kami hendak ke Nami Island Seoul Centre yang terletak di situ bagi membuat reservation for shuttle bus untuk ke Nami Island. Susah juga nak mencari Nami Island Seoul Centre tersebut dengan hanya berpandukan alamat semata. Tapi dek kerana terleka dengan suasana di Insadong dengan berjalan, berjalan & berjalan, sedar tak sedar akhirnya kami berjumpa juga dengan Nami Island Seoul Centre tersebut dengan tak sengaja. Maka dapatlah kami membuat reservation untuk ke Nami Island pada hari Sabtu nanti.. :) yay!
Selesai urusan di Insadong dan mengambil kesempatan untuk bershopping secara terkawal di sana, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Yeouido Hangang Park.. :)











