Be My Friend :)

Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

24 February 2014

#59: Trip to Bandung - Day 4 & 5

Salam.. :)

Day 4

Day 4 di Bandung merupakan hari terakhir untuk jalan2 sebelum pulang ke Malaysia. Maka haruslah hari last ni kami repeat ke Pasar Baru...hehe..seperti biasa, pagi tu breakfast dulu di hotel. Nasi goreng lagi menunya hari ini. Tak sedap pun gagah jugaklah makan...hehe..

Lepas breakfast, aku ajak Dee pergi melawat Kartika Sari lagi. Al-maklumlah dekat sangat dengan hotel. Pergi tengok jer apa yang best sangat sampai berpusu-pusu orang kat kedai dia ni..hehe...dan seperti yang diduga, memang dah ramai betul orang kat Kartika Sari walaupun masa tu belum pun pukul 9.00 pagi. Macam berebut-rebut pun ada sebab masing2 menunjuk kek2 lapis yang ada dalam cermin kepada pekerja untuk diambil. Aku terkesima sekejap melihatnya...hehe..

Pada pemerhatian aku, rata2 yang ada di dalam kedai Kartika Sari adalah warga mereka juga. Mungkin dari Jakarta agaknya. Kalau memang penduduk Bandung, takkan pepagi lagi berebut nak beli kek lapis kan? musykil jugak aku...hehe..

Dan aku & Dee hanya sekadar membuat lawatan. Habis pusing satu kedai, kami jalan balik ke hotel semula. Langsung x beli apa2..hehe...sebab seperti yang pernah aku bagitau hari tu, kek lapisnya mahal..155,900rupiah (RM46.77) untuk satu kek lapis saiz standard, pada aku mahal harganya... :) kain pasang sulam kat Pasar Baru lagi murah dari tu...hehe..

Balik hotel, Topan si supir kami sudah pun tiba. Terus zass naik kereta dan bergerak ke Pasar Baru. Peniaga kat situ pun baru nak bukak kedai. Jadi kami pergi tukar duit dulu di Lantai 3. Rate tukaran wang asing kat situ ok la jugak..lebih murah kalau dibandingkan dari kita tukar kat airport. Dah ada duit baru seronok nak shopping kan? hehe..maka memusing la kami dari satu lantai ke lantai yang lain mencari barang2 yang masih belum dibeli atau ditambah... :P

Xder gambar semasa shopping kerana terlalu sibuk sampai xde mood nak ambil gambar kaedahnya..haha...tapi yang aku perasan, mentang2 hari ni hari Sabtu, harga barangan sedikit tinggi dari hari aku shopping kat sana hari Khamis lepas. Kalau kita mintak tawar pun, x dapat harga yang sama macam hari tu. Mungkin sebab weekend, orang pun lebih ramai dari hari biasa kan..jadi diorang up sedikit harga. Habis shopping, terus perut rasa lapar...jadi kami ke Lantai 6 untuk makan tengahari..kami makan set ayam penyet bakar.. :)

 Ayam penyet bakar

 Side dishes

 Sup ekor

 E & mak :)

 Me & Dee (ini Dee's idea :P)

Sedap makanannya tapi mahal giler..campur air semua dekat 300,000rupiah (RM100)..huh! aku rasa dah kena tipu nih sebab kami amik satu set jer kongsi 4 orang..bukan amik 2 set pun..xperlah...jadikan ikhtibar..lain kali jangan makan kat situ dah..huhu..lepas makan, terus call Topan untuk balik ke hotel. Malam x pergi mana2 dah. Masing2 sibuk kemaskan beg.

Day 5

Flight kami pukul 8.30 pagi, jadi seawal jam 6.00 pagi lagi kami dah bertolak ke airport. Jalan pun clear so x sampai 15 minit kami dah sampai ke airport. Bayar 75000rupiah seorang untuk airport tax, balut beg supaya tidak rosak (30,000 satu beg) & kemudiannya drop luggage bila kaunter dibuka. Masa tengah timbang beg2 tu, aku & Dee punyalah berdebar2 takut terlebih berat...hahaha..mujur ngam2 jer dengan berat luggage yang dibeli (50kg)...lega..:P

 Us with all the bags.. :)

At departure hall

Flight balik memang berlepas tepat pada masanya dan 2 jam kemudiannya, kami selamat tiba di LCCT. Mak aku ikut Dee balik ke rumahnya dan balik ke Sungai Siput keesokkan harinya, E balik terus ke Ipoh dengan bas, aku pulak tunggu flight ke Penang jam 3.30 petang dan selamat sampai pada jam 4.25 petang. Lega tatkala terlihat 2 wajah kesayangan yang sudah sedia menunggu di arrival.. :)

Maka tamatlah cerita trip to bandung :)

Aku: balik tu terus demam, batuk & selesema selama 2 minggu (mr. hubby kata: kena stop pegi jalan2 dah kot sebab asal balik jer terus demam ni...) hehe.. :P

17 February 2014

#58: Trip to Bandung - Day 3

Salam... :)


Tepat jam 9.00 pagi day 3 di Bandung, kami bertolak ke Tangkuban Perahu setelah menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel. Nasi goreng & sayur..bolehlah... :P

Perjalanan ke Tangkuban Perahu mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan. Trafik pun bolehlah dikategorikan sebagai agak sesak juga memandangkan hari ni dipanggil 'Hari Merah' iaitu cuti umum sempena Chinese New Year...sama macam kat Malaysia la yer..cuma sambutannya di sini kurang meriah sket (mengikut pemerhatian aku :P)...

Masa kereta kami sedang bergerak perlahan, aku sempat ambil gambar banner nih...hahaha...

 Kawah Ratu

Akhirnya, kami selamat sampai di Tangkuban Perahu dan perlu membayar tiket masuk terlebih dahulu iaitu sebanyak 75,000 rupiah  setiap orang, driver free tapi kena bayar untuk kereta 15,000 rupiah sebab kereta boleh dibawa naik sampai atas... :P

 1st time sampai di Tangkuban Perahu untuk mereka bertiga nih... :)

Bukti dah sampai sini... me & Dee..hehe.. :)

Suhu di sini sejukkkkk giler...hehe...kawah dilitupi kabus tebal dan agak berdebu. Kalau tak pakai sweater, memang boleh beku sebab sesekali angin dia bertiup....fuhh...rasa dalam peti ais..dan lihatlah gambar2 kami di sekitar kawasan ini...:)








 My mom yang dah macam orang eskimo...hehehe..

 Tiga beranak.... :)

 Ramainya orang kan?..

 Mak...ingat kat sapa tuh?..hehe..

 Kawah Ratu di sebalik ranting...



Sapa yang rajin, bolehlah jalan2 di sekeliling kawah...E jer pergi sekerat jalan..pastu berpatah balik..hehe.. kami lepak kat atas sambil makan bekalan yang dibawa...ada Pisang Bollen + Cheese Stick yang dibeli di Kartika Sari..




Me.. :)

Hampir 2 jam berada di Tangkuban Perahu, aku dah ajak balik ke Bandung...buat apa lama2 kan? hehe...dah tengok kawah, dah ambil gambar, dah makan...jom balik!...hehe..dan syukur Alhamdulillah..keputusan itu mengelakkan kami dari tersekat di dalam kesesakan trafik turun dari Gunung Tangkuban Perahu tu sebab ada bas persiaran yang telah mengalami kerosakan brek ketika turun dari gunung tu dan melanggar lereng bukit dan melintang jalan keluar masuk ke Gunung Tangkuban Perahu. Kereta kami berselang 2 kereta dengan bas itu dan sempat melepasi bas itu sebaik sahaja bas itu kemalangan. Esoknya, menurut supir kami si Topan, kawan2 supir dia hanya dapat turun dari Gunung Tangkuban Perahu pada lewat petang disebabkan kemalangan tu...fuhh...





Dah sampai Bandung, singgah sekejap kat Factory Outlets. Tengok2 jer sambil ambil gambar. Standard la FO kan...harga baju xde la sama macam yang jual kat Pasar Baru...sebab kualitinya pun berbeza...

Dari FO, kami singgah sekejap kat Cihampelas Walk. Antara tempat wajib pergi kalau dah sampai Bandung nih tau...hehe..kami lunch kat KFC kat sini & jalan2 sambil ambil gambar ajelah sebelum balik ke hotel kami semula. Malam pun dinner nasi goreng dari gerai tepi hotel ajelah..x larat dah nak keluar memana...hehe...



 Mercu tanda Cihampelas Walk...wajib semua ambik gambar di sini.. :P

 Set KFC yang dipilih...ada nasi, boneless chicken, salad & sos cili.. :)

Air kotak Frestea apel (termasuk dalam set nasi)

 E sorang jer xmo makan nasi...dia amik set 2 ketul ayam + French Fries...

 Jemput makan! kata Dee... :)

Dan gambar2 di sekitar Cihampelas Walk:





Aku: Abis cerita day 3...fuhh..lega... :)

13 February 2014

#56: Trip to Bandung - Intro

Salam... :)


Asalnya aku nak update pasal trip to Bandung ni minggu lepas lagi setelah balik dari Bandung tapi balik jer aku diserang demam sekali dengan pakej batuk & selesema la pulak...makanya, delay sikitlah entry terkini blog picisan aku ni..hehe..

Masa tunggu KLIA Transit untuk ke LCCT

Trip ni bolehlah dianggap sebagai trip pembuka tirai tahun 2014 ni. Planning untuk trip ni sebenarnya telah dibuat since pertengahan tahun lepas lagi. So bermakna urusan tiket flight, hotel & supir dah settle dari tahun lepas lagilah. Asalnya, aku nak bawak mak aku sorang jer pergi Bandung ni. Saja la nak ada quality time dengan mak aku. Tapi tetiba Dee (adik aku) tau...mak aku tercerita kat dia...makanya mestilah dia gedik jugak nak ikut....hehe.. Maka jadilah kami bertiga..dan last minit sorang lagi adik aku, E pulak ikut sekali sebab aku fikir elok jugak ada sorang lelaki dalam group kami...hehe..maka jadi 4 orang... lepas tu ada lagi permohonan dari adik2 lain yang ingin mengikut...tapi aku x bagi...haha..jahat tak?...ramai2 pergi macam nak buat hari keluarga pulak kaedahnya...haha...maybe next time la yer...:P

Flight ke Bandung, kami naik dari KL. Aku fly dari Penang ke KL sehari sebelum bertolak ke Bandung (28 Januari), manakala mak aku naik bas dari kampung (Sg. Siput) dan E pulak naik bas dari Ipoh. Semua berkumpul kat rumah Dee di Selayang. Esoknya, pukul 11.00 pagi kami berempat dihantar oleh suami Dee ke KL Sentral. Naik KLIA Transit ke LCCT, dan pukul 1.00 ptg selamat sampai di LCCT. Flight kami pukul 3.00 ptg sebenarnya tapi delay ke 4.30 ptg...huhu..

Mak aku first time naik flight, so aku & Dee duduk kiri & kanan dia..pegang tangan dia masa flight berlepas & mendarat...hehe..

E pun first time naik flight...aku tau dia cuak..tapi xmo mengaku..haha..

Dah sampai di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung selepas 2 jam di udara...muka2 lega :P

Aku dah 2nd time ke Bandung tapi first time juga sampai di lapangan terbang Bandung ni sebab kali pertama datang dulu, aku ikut trip ofis aku ke Jakarta-Puncak-Bandung..so turun di Jakarta dan naik bas ke Bandung..

Bukti dah sampai di Bandung :P

Lapangan terbang di Bandung ni kecil jer, turun jer flight boleh selamba ambil gambar lagi. Xde sapa nak marah...hehe..elok masuk bangunannya, terus check passport, masuk beg dalam mesin scanner, terus jumpa pintu keluar..hehe..

Sampai jer kat pintu keluar, aku dah nampak supir dari Hayukka Bandoeng dah tunggu. Siap pegang kertas atas nama aku lagi...hehe..lega juga sebenarnya sebab aku deal untuk ambil khidmat supir di Bandung ni semata-mata melalui facebook Hayukka Bandoeng jer. Dengan x bayar apa-apa deposit...so xde apa2 bukti confirmation. Kira bila aku dah setuju dengan quotation yang diberi melalui facebook, maka jadi la...gitu..hehe..terima kasih yer Amel dari Hayukka Bandoeng...dan supir kami namanya Topan...hehe..gambo xde..aku terlupa nak amik.. :P


Dari airport, kami ke hotel kami dulu. Hotel Unik namanya di Jalan H.Akbar. Hotel biasa2 jer...gambo hotel pun x amik...hehe...settle check in, kami keluar semula untuk makan malam. Disebabkan flight delay, kami sampai di Bandung pukul 6.30 petang. Dah nak gelap. Badan pun dah letih sebab menunggu lama di LCCT. Makanya, kami cuma makan malam di restoran berhampiran dengan hotel kami dan kemudiannya balik berehat di bilik. Esoklah baru start ronda Bandung...



Malam pertama, makan di restoran makanan Sunda..makan set nasi dengan ikan Gurame bakar, ayam penyet, udang & cumi (sotong) bakar... :)

Aku: Menaip sambil batuk...kuhkuhkuh..