Be My Friend :)

Showing posts with label Winter. Show all posts
Showing posts with label Winter. Show all posts

12 January 2017

#2/2017: Ke Korea Lagi (2)

Day-1
 Boarding Pass

 Nasrin & Min (cousin)

KakRin, Dee & Yaya

Assalamualaikum...

Untuk trip kali ni, kami naik Thai Airways dari Kuala Lumpur ke Seoul via Bangkok
Entah macam mana masa KakRin tengah survey tiket flight
nampak macam Thai Airways more affordable dari Air Asia dan MAS
tiket pergi balik lebih kurang RM1700++ termasuk makan, luggage 30kg & in-flight intertainment
boleh pilih seat sendiri (free) & request muslim meal
dalam flight diberi bantal dan selimut
tahap keselesaan macam flight yang lain juga
cuma masa pergi, dalam flight rasa panas sket..mungkin aircon x berapa kuat
berkipas akak dengan risalah keselamatan dalam flight .. :)
yang duduk bahagian tengah jer rasa panas rupanya
yang bahagian tepi elok jer lenanya
flight dari KLIA ke Bangkok berlepas lewat maka sampai di Bangkok juga lewat
berlari2 kami turun untuk ke departure hall untuk flight seterusnya
oleh kerana ianya connecting flight, maka flight itu menunggu kami
kami pula tersekat di pemeriksaan kastam Bangkok yang panjang dan cerewet
sampai di gate pelepasan, ketibaan kami dialu-alukan oleh petugas untuk memasuki pesawat
nampaknya kami kumpulan penumpang yang terakhir
masuk dalam flight tercungap2..hahaha..
kenangan...

 Muslim meal from Kuala Lumpur to Bangkok

 Muslim Meal from Bangkok to Seoul

Makanan yang disediakan di dalam flight ok la boleh tahan
nak kata sedap sangat tu xlah
tapi yang untungnya, sebab request muslim meal
maka kami akan dapat makanan terlebih dahulu dari yang lain
Air jus pun boleh diminta dan ditambah
Overall, ok la Thai Airways ni..

Kami sampai di Incheon International Airport sekitar jam 6.30 pagi
selepas melepasi imi korea kami terus menuntut bagasi
tunggu punya tunggu akhirnya confirm 2 bag x sampai...masih di airport Bangkok
bag Dee & Siti
bag itu kemudiannya dihantar terus dari airport ke guesthouse kami pada jam 9.00 mlm
alhamdulillah tiada kerosakan
di airport kami reload kat T-Money siap2 sebanyak 30000won
T-Money tu kami dapat secara percuma setelah menjawab soalan survey dari VisitKorea, Malaysia
dapat coupon book juga
lepas masing-masing dah jawab survey secara online di website mereka
KakRin dan Siti sebagai wakil pergi ambil kupon & T-Money ni kat pejabat VisitKorea di KL


Dari airport kami terus ke guesthouse kami yang terletak di Myeongdong
Naik subway airport railroad (allstop) dari airport ke Seoul Station
dan kemudian ke Myeongdong Station
Namsan Guesthouse x jauh dari exit 3, Myeongdong Station
selesai KakRin menguruskan check in dan bayar
kami dibenarkan masuk terus ke bilik
masing-masing dah letih dan mengantuk
maka berehatlah sebentar melepas lelah
tukar baju, makan,
dan keluar semula selepas itu
first day ni kami ke Insadong sahaja
mulanya ada beberapa tempat dalam itinerary asal
tapi memandangkan semua pun masih keletihan
so KakRin decide bawa ke tempat yang dekat dahulu
boleh juga survey2 barang cenderahati terlebih dahulu
nanti boleh plan nak beli apa kan?



Insadong hujan
maka jalan2 pun terhad
beli sikit sorang lebih kurang
pastu gerak balik guesthouse
macam yang sedia maklum,
masa winter, pukul 5 petang pun dah gelap macam pukul 8 malam
suhu pun drop sebab hujan
maka eloklah balik bilik dan berehat
malamnya kami masak nasi dan makan dengan telur goreng dan sambal ikan bilis kering
pastu masing2 melayan hp sebab wifi kat guesthouse lajuuu...
so selesailah cerita day-1
bersambung...

05 January 2017

#1/2017: Ke Korea Lagi

 
Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru! Semoga Allah panjangkan umur kita, murahkan rezeki kita, berikan kesihatan yang baik untuk kita & berkati hidup kita di dunia dan di akhirat..amin... :)

So nak citer ni..
sebelum berakhirnya tahun 2016 yang lalu
from 20 - 28 Disember 2016
KakRin pergi cuti2 Korea (lagi) bersama-sama 15 orang ahli trip
trip ni dah dirancang selama setahun iaitu dari hujung tahun 2015
maklum jerlah trip jauh2 ni kan..
kena buat calculation bab expenses..
kena buat study dulu nak jalan ke mana
even dah pergi 3 kali kan...hehe
that's why lamaaaa plannya

So gedebuk gedebak, by Januari 2016 dah cukup 15 orang ahli trip
memang KakRin yang tetapkan jumlah ahli sebab risau xleh handle
ni first time KakRin pegi ramai2
selalunya paling ramai pun 3 orang jer
pastu dalam group ni, hanya KakRin & adik KakRin si Dee jer yang pernah sampai Seoul
14 orang lagi tu first timer
ada pulak yang baru first time nak pergi luar negara
so banyak benda la yang KakRin kena handle
dari buat itinerary, booking tiket kapal terbang, booking hotel
buat senarai keperluan, jawab semua kemusykilan
study itu ini
tapi semua tu xdelah susah sangat sebab dah ada pengalaman kan

kali ni memang sengaja pilih waktu winter
sebab nak rasa salji turun
walaupun tahu, salji tu macam hujan jugaklah
maknanya, x tentu akan turun salji walaupun itu time winter
tapi kira gamble jerlah...harap2 dapat rasa salji turun kan
alhamdulillah...dapat juga rasa 
tu nanti kita cerita lagi..

So here is the itinerary:

20 Disember 2016 (Selasa) 
- Bertolak dari KLIA

21 Disember 2016 (Rabu) 
- Tiba Di Seoul
- Check in hotel (Namsan Guesthouse)
- Insadong

22 Disember 2016 (Khamis) 
- Nami Island
- Petite France

23 Disember 2016 (Jumaat) 
- Gyeongbokgung Palace
- Gwanghwamun Square
- Cheonggyecheon Stream
- Gwangjang Market

24 Disember 2016 (Sabtu) 
- Pyeongchang Trout Festival

25 Disember 2016 (Ahad) 
- Namsan Tower
- Dongdaemun Design Plaza
- Dongdaemun Market
- Hongdae Sunday Bazaar

26 Disember 2016 (Isnin) 
- Insadong
- Namdaemun Market
- Itaewon

27 Disember 2016 (Selasa) 
- Check Out
- Bertolak balik dari ICN

28 Disember 2016 (Rabu) 
- Tiba di KLIA

So sepanjang setahun merancang dan menguruskan pelbagai urusan trip
ada la pertukaran dan pertambahan ahli trip sehingga menjadi 16 orang kesemuanya
tapi sehingga menjelangnya tarikh perjalanan
ada sorang ahli tak dapat turut serta disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan
maka, ahli trip kekal pada 15 orang seperti yang dirancang pada asalnya
ahli-ahli trip ni terdiri daripada KakRin, Nasrin, Dee dan 2 orang anaknya Min & Yaya
adik KakRin Nureel dan kawannya Shah
kawan KakRin Siti & Umie bersama anaknya Ika
kawan2 Dee iaitu Zalina, Faiza & Along bersama 2 orang adiknya Erma & Ira
Ada yang dari Penang, Johor, Ipoh dan KL...
semua berjumpa di KLIA

bersambung....

17 December 2013

#50: Trip to Tokyo - Asakusa, Sumida Park & Tokyo SkyTree

Salam.. :)

Day 3 in Tokyo :)

Planning di hari ketiga ni ialah nak ke Asakusa Shrine iaitu tempat wajib kalau ke Tokyo, Sumida Park yang terletak berhampiran dengan Asakusa Shrine dan Tokyo SkyTree iaitu mercu tanda Tokyo yang terbaru yang juga terletak berdekatan.

Oleh kerana dilanda keletihan, kami keluar agak lewat dari hotel iaitu sekitar jam 9.15 pagi setelah bersarapan ala kadar. Matahari sudah cerah memancar namun masih terasa sejuk sewaktu kami berjalan menuju ke stesen subway (Iriya Station) untuk ke Ueno Station. Dari Ueno Station, kami seterusnya bertukar ke Subway Ginza Line untuk ke Asakusa Station. Jaraknya cumalah berselang 3 station sahaja dari Ueno Station. Terasa sekejap berada di dalam subway... :)


 Pintu masuk utama Asakusa Shrine


 Tanglung gergasi yang digantung di pintu utama

"Hai!"...kata Nasrin :P

Sewaktu kami tiba di sana sekitar jam 10.30 pagi, orang ramai telah mula membanjiri kawasan ini.

 Kak Ina pun tidak ketinggalan bergambar di pintu masuk utama.. :P

 Dan lagi.. :P

Kaminarimon Gate nama pintu masuk utama ni rupanya.. :)

Puas mengambil gambar di hadapan pintu masuk utama, maka kami pun bergerak masuk ke dalam Asakusa Shrine ini..

 Pintu masuk utama dari sebelah dalam

 Bergambar dengan replika kasut tali gergasi yang merupakan kasut tradisional orang Jepun

Berlatar belakangkan bangunan pagoda di belakang pula .. :)

Dari pintu masuk utama, sepanjang jalan menuju ke Sensoji Temple yang terletak di bahagian belakang terdapat Asakusa Nakamise iaitu deretan kedai-kedai di kiri dan kanan jalan yang menjual pelbagai barangan cenderahati Jepun. Tempat yang paling sesuai untuk membeli barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Walaupun harganya agak mahal, namun terdapat banyak pilihan yang diberikan. Harga barangan yang dijual adalah fixed price...jadi tawar menawar tidak akan dilayan...hehe..

Setiap kedai ada memaparkan tanda larangan "No Photo"...tapi dah nama pun pelancong kan...mesti nak curi-curi ambil gambar juga sebagai kenang-kenangan pernah sampai di sini...lagipun bukan rugi pun kalau gambar diambil..kan? :P dahlah bukan senang nak sampai ke Jepun nih wehh...hehe..(Tips: ambil gambar dengan kamera hp..so xdelah diorang perasan sangat kita ambil gambar kedai diorang)... :P

Antara Japan sweets yang comel-comel dan berwarna warni yang dijual...geram tengok..rasa nak beli..tapi tak beli..hehe.. :P

Di hujung Asakusa Nakamise ialah Sensoji Temple iaitu Tokong Buddha yang terkenal di sini. Kami tak masuk pun. Cuma ambil gambar dari jauh..hehe..

 Nak tulis wish? 100yen yer... :)

Tulis wish atas kertas dan ikat begini kat tempat yang disediakan... (aku ambil gambar jer yer..)

Pokok kuning yang cantik di tepi Sensoji Temple :)

Setelah membeli barangan cenderahati, kami berjalan pula ke Sumida Park yang terletak di tepi Sungai Sumida. Sempat beli kebab ayam dari kedai pak arab dan hot chocolate dari mesin vending dalam perjalanan.. :)

 Gambar yang diambil dari jambatan yang menyeberangi Sungai Sumida

 Sungai Sumida :)

Kak Ina yang bergambar berlatar belakangkan Sungai Sumida dan jambatan :P

Di tepi Sungai Sumida, kami duduk melepaskan lelah sambil menikmati makan tengahari kami iaitu kebab ayam dan air coklat panas (aku berkongsi dengan Nasrin), manakala K.Ina menikmati coklat Cadbury yang dibawa & air coklat panas yang juga dibeli dari mesin vending.

Sesudah berehat lebih kurang 30 minit di tepi Sungai Sumida, kami berjalan pula ke Tokyo SkyTree. Kenapa berjalan? kerana malas hendak berpatah balik ke Asakusa Station untuk menaiki keretapi Tobu Line ke Tokyo Sky Tree Station yang jaraknya hanya 1 stesyen sahaja. 

 Nampak macam dekat jer kan Tokyo SkyTree tuh? Sebenarnya, xdelah dekat sangat! hehe..

Akhirnya setelah berjalan lebih kurang 20 minit dari Sungai Sumida, akhirnya kami sampai di Tokyo SkyTree Station...fuhhh!..walaupun letih Kak Ina masih boleh tersenyum.. :)

Tokyo SkyTree :)

Tokyo SkyTree ini merupakan struktur tertinggi di Jepun dan merupakan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa. Tiket untuk naik ke Tokyo SkyTree Observation Deck boleh dibeli di kaunter tiket di tingkat 4 atau melalui online (berbahasa Jepun). Tiket untuk dewasa adalah 2000yen,  kanak-kanak 900yen. Kami tak naik pun. Mahalnya tiket...huhu..pelancong bajet macam kami ni hanya mampu ambil gambar dari bawah jer...hehe...yang penting, dah sampai ke sini kan?

Puas mengambil gambar, kami menaiki keretapi Tobu Line dari Tokyo SkyTree Station untuk balik ke Asakusa Station. Dah tak mampu nak berjalan balik kaedahnya..haha...dari Asakusa Station, kami menaiki Subway Ginza Line ke Ueno Station dan kemudian bertukar ke Subway Hibiya Line untuk ke Akihabara. Berjalan-jalan sekejap di Akihabara sebelum mengambil Subway Hibiya Line untuk balik ke hotel kami (Iriya Station). Malamnya, aku diserang demam...

23 November 2013

#46: Tokyo - Aku Datang

Gambar: Hoshinoya-Karuizawa, Japan from www.xoprivate.com

Salam... :)

Hari ni, insyaAllah aku, K.Ina and my daughter Nasrin akan bertolak ke Tokyo for year end trip kami selama 8 hari (termasuk perjalanan). Kiranya ini trip penutup untuk tahun ini bagi aku setelah ke Langkawi (kursus), Kota Kinabalu & Kundasang (trip ofis) & Kota Bahru, Kelantan (sukan ofis) di sepanjang tahun ini.

Itu trip yang 3 hari ke atas jer la. Kalau takat pergi KL aku x letak la dalam senarai tu sebab pegi KL for interview & exam paling lama pun 2 hari jer..hehe..tu x kira la kan...so doakan semoga perjalanan dan urusan kami di sana dipermudahkan yer! Aku berharap dapat memberikan pengalaman baru yang baik-baik saja kepada Nasrin since ini pengalaman pertamanya ke luar negara...selama ni, asyik kena tinggal jer kan...hehe...sian dia.. :P

Untuk trip ni, mengikut plan awal..aku cadang nak explore Tokyo, Karuizawa & Yokohama. InsyaAllah boleh kot..hehe..cuba dulu ikut itinerary asal kan....moga2 kesampaian la...nanti dah balik aku cerita pasal trip ini yer... :)

Aku: Yeay! :)

04 October 2013

#41: Kenangan Mencuit Hati

Salam.. :)

Aku teringat masa trip pertama ke Seoul, Korea on Mac 2012 yang lalu. Trip tu 5 hari jer tapi lepas tolak hari perjalanan pergi dan balik maka tinggallah 3 hari sahaja untuk explore Seoul buat kali pertama. Sehari kami (aku + k.ina) plan dah nak pergi 4-5 tempat sekaligus sebab masa yang terhad sangat. Dan salah satu tempat wajib pergi ialah ke Seoul Mosque yang terletak di Itaewon.

Seoul Mosque, Itaewon

Mungkin aku dah cerita dulu yang nak sampai ke masjid ni kemain punya susahnya. Nak sampai ke Itaewon tu senang jer naik subway tapi nak mencari di mana terletaknya masjid ni yang susah. Berpusing-pusing dan beberapa kali berpatah balik aku dan k.ina di jalan yang sama. Tu belum campur naik turun tangga beberapa kali lagi tu. Memusing cari signboard ke masjid tapi x jumpa. Siapa yang pernah pergi ke Korea mesti tau kan yang kat Korea ni jalannya banyak bukit2 dan banyak tangga2. Maka lenguh la kaki kami berdua berjalan cari masjid ni. Dahlah pergi masa musim sejuk. Walaupun xde salji tapi sejuknya macam seolah-olah duduk dalam peti ais kat bahagian beku tu rasanya tau.

Nak tanya kat orang, x reti nak cakap Korea...haha..maklumlah..yang kami hafal pun basic communication jer. Tak sangka pulak susah nak cari masjid tu. Ingatkan di tepi jalan jer. Cuma teringat kata-kata sorang ofismate yang pernah ke Seoul sebelum itu. Dia kata kalau nak ke masjid, mula2 kena naik tangga..pastu kena naik bukit lagi..adoii..aku pulak tak tanya lepas naik tangga tu nak naik bukit di sebelah kiri ke kanan?...sudahnya merasalah berpusing-pusing dan turun naik tangga sampai dah nak berputus asa pun ada dah.

Dek kerana nak tengok jugak masjid ni, maka kami teruskan juga usaha kami nak cari masjid ni sampai jumpa. Maka, dengan izin Allah, akhirnya berjaya juga sampai ke masjid ni setelah hampir putus nyawa mendaki bukit yang tinggi...haha..amboi ayat!..tapi betul tau..masjid ni betul2 terletak atas bukit..kalau dari jalan utama di bawah, kena naik tangga curam dulu...pastu kena naik bukit...pastu naik bukit lagi sekali baru jumpa masjid ni.

Maka kembang kempislah hidung kami sebab berbangga dapat sampai masjid ni walaupun dah beberapa kali sesat jalan. Lepas berpusing-pusing di sekitar masjid dan mengambil gambar, kami pun sepakat nak naik ke tingkat atas masjid iaitu tempat solat untuk wanita. Kalau sebelum tu nak sampai ke masjid kena naik tangga dan 2 kali naik bukit kan? nak ke tempat solat wanita pun kena naik tangga lagi tapi kali ni naik tangga berpusing-pusing pulak. Sebelum naik tangga, kena buka kasut dulu dan daki la tangga tu yang tingginya lebih kurang 3 tingkat.

Bila dah tengok dan berehat sebentar di ruangan tempat solat wanita, kami pun turun semula untuk ke destinasi lain pula memandangkan belum pun masuk waktu solat Zohor waktu itu. Masa turun, kena lebih berhati-hati kerana karpet di tangga masjid tu agak lembab dan licin dek kerana cuaca yang sejuk. Beberapa kali aku tergelincir dan terpaksa berpaut pada pemegang tangga. Aku turun dulu dan K.Ina mengikut dari belakang. Elok dah sampai bawah dan memakai kasut, aku pun ambil peluang melihat-lihat ruang aktiviti masjid berdekatan dengan tangga tu. 

Setelah 20 minit berlalu, kelibat K.Ina langsung tak kelihatan. Dalam hati dah tertanya-tanya juga, mana perginya K.Ina ni sedangkan masa turun tangga sebelum itu, dia betul2 berada di belakang aku. Panik seketika dibuatnya. Isk, dah ke mana pulak dia nih..dahlah datang ke Korea pun berdua jer. Terus bergegas aku ke tangga semula dan memanggil dia. Nampak K.Ina dah terduduk di kaki tangga. Aku ingatkan dia jatuh. Muka dia pun dah cemas sebab ingatkan aku dah hilang ke mana. Rupanya dek kerana banyak berjalan dan suhu yang membeku, kaki K.Ina menjadi cramp sejurus dia turun dari tangga. 

Nampak jer aku, K.Ina terjerit, "Rinie, K.Ina x boleh pakai kasut...kaki K.Ina cramp! tolong K.Ina..." haha..lawak betul!..tapi memang betul sebelah kaki K.Ina cramp dan dia tak boleh nak pakai sebelah lagi kasutnya. Aku yang pada mulanya bengang kerana menyangka K.Ina sengaja lambat, tergelak melihat dia terduduk dengan muka cemas. Maka cepat2 aku tolong urut sebelah kaki dia yang cramp itu untuk melancarkan peredaran darah ke kaki dia. Lama kelamaan kaki K.Ina beransur pulih dan dia dah boleh memakai semula kasutnya yang sejak 20 minit yang lalu hanya mampu dipegangnya.

Kami ketawa di sepanjang perjalanan turun ke jalan utama semula. Malah sampai sekarang pun, jika teringat, masih lagi kami ketawa kelucuan. Inilah salah satu kenangan di Korea yang tidak mungkin dapat kami lupakan sampai bila2...haha...

 Di Itaewon

Aku: Pada yang minat nak backpacking ke Korea boleh tengok-tengok pakej bajet yang ditawarkan oleh Saranghaeyo Backpackers di Facebook yer... :)

29 March 2012

#18: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 8

Setelah menikmati brunch kami yang sangat simple pada hari ketiga berada di Seoul ini, kami kemudiannya mendaki lebih kurang 200 meter lagi sehingga sampai ke mercu tanda kebanggaan Seoul iaitu Namsan Tower.  






Dan kami ke sini:











Habis bergambar di sekitar kawasan, kami pun turun sehingga ke tempat menunggu bas di bahagian bawah. Memandangkan kami telah mengambil masa yang lama berjalan ke Namsan Tower ini, maka kami membuat keputusan untuk turun dari situ dengan menaiki bas bernombor 03 yang akan membawa kami ke destinasi terakhir trip jalan2 ke Seoul kami ini iaitu ke Namdaemun Market. Bas yang kami naiki itu hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk turun dari Mt. Namsan dan kami turun di Gate 8 Namdaemun Market serta memulakan sesi shopping kami. Tiada gambar dirakamkan di sini kerana kami sibuk membeli ole2 untuk dibawa pulang. Selesai membeli kami pun pulang ke hotel dan mengemas bag memandangkan awal pagi esok kami akan bertolak pulang ke Malaysia.