Be My Friend :)

Showing posts with label KLIA. Show all posts
Showing posts with label KLIA. Show all posts

20 November 2012

#56: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 2

Salam.. :)

07/11/2012 ~ Aku & K. Ina bertolak dari Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 8.00 malam. Sepatutnya terbang pada pukul 7.40 mlm tapi biasalah kan...7.40 tu baru nak masuk pesawat.. :P..jadi pukul 9.00 malam barulah kami sampai di KLIA. 

 Check in di airport sebab tak boleh nak check in online :P

Merasalah naik pesawat baru yang lengkap dengan tv screen at the back seat walaupun yang ditonton cuma demonstrasi langkah keselamatan dalam pesawat :P

 Wajah ceria K.Ina dalam flight :P senyum lebar sampai ke telinga..haha...

Kalau dalam flight K.Ina dok senyum, sampai KLIA dah nak menangis pulak dia sebab backpack yang ditunggu x keluar dari carousel. Tunggu punya tunggu dari penuh beg atas carousel tu sampai habis beg orang dah ambil, dia punya backpack x keluar2. Backpack aku dah keluar awal2 lagi tapi basah sebab hujan lebat di KLIA. Cuma harap x basahlah baju2 dalam backpack aku tu. K.Ina dah cemas, muka dia dah pucat. Tapi bukan dia jer yang cemas, aku pun cemas jugak. Mujur flight ke Seoul jam 1 pagi. Jadi ada la masa nak cari beg dia. 


Petugas MAS yang ada di situ suruh K.Ina buat report kat kaunter MAS yang berdekatan situ. Ada la dalam 5-6 orang yang mengalami nasib yang serupa dengan K.Ina rupanya. Petugas tu kata, nanti kalau diorang jumpa beg tu, diorang akan poskan. Melompatlah kami. Next flight kami in a few hour jer lagi. Kalau xde beg tu, for sure K.Ina xde baju nak pakai masa kat Seoul. Nak pinjam baju aku memang x boleh sebab K.Ina tu kecil molek jer orangnya. 

Sementara K.Ina buat report kat kaunter MAS, aku masih menunggu di tepi carousel tu tadi. Ada flight dari Alor Setar kot baru sampai dan beg diorang pun keluar dari carousel yang sama. Aku pun turut sibuk menunggu sama...kot2 la backpack K.Ina bercampur dengan beg diorang. Petugas MAS pun ada jugak tunggu di situ. Dia pun hairan kenapa banyak pulak bag dari Penang yang hilang. Memang betul. Bila dia check satu2 tag pada bag yang keluar dari carousel tu, dia jumpa a few bag yang dari Penang termasuklah backpack K.Ina. Aku dah nampak dari awal jadi cepat2 aku ambil backpack K.Ina. Sempat cakap, "ini bag saya" kat petugas tu :) dan berlari mendapatkan K.Ina kat kaunter. 

K.Ina nampak jer aku yang sedang galas backpack dia, terus berubah muka dia. Lega agaknya. Sejuk tangan dia masa ambil backpack dia dari bahu aku...hehe..sapa2 pun mesti panik macam dia kan?..tapi Alhamdulillah..jumpa juga bag dia walaupun hampir sejam kami di situ...haha...cepat2 keluar dari situ untuk ke LCCT pula. Jam dah hampir 10.00 malam. 
   
Flight ke Seoul awal2 lagi aku dah buat web check in. Jadi xdelah risau sangat kalau sampai lambat di LCCT..cuma untuk drop bag, perlu sejam lebih awal dari waktu penerbangan. Mujur dari KLIA ke LCCT, kawan aku dah volunteer untuk tolong hantarkan. Dia dah menunggu di luar arrival gate dengan BMWnya.. terima kasih..merasa aku naik BMW buat pertama kalinya..hehe..(kesian) :P
  
Sampai di LCCT, my sis Dee dah menunggu...jadi kami terus check in di kaunter dan drop luggage. Lega. Baru perut terasa lapar. Makan dulu di McD sebelum masuk ke departure hall. Departure hall malam tu sibuk. Ramai betul orang. Sambil menunggu waktu untuk menaiki pesawat yang dijadualkan berlepas pada jam 1.00 pagi, kami bergambar dulu..:P

 K.Ina yang kembali ceria..hehe..

 My sis Dee..a year younger than me..(sama x muka kami?).. :P

Flight kami berlepas tepat jam 1.00 pagi dari LCCT dan selamat tiba di Incheon International Airport pada jam 8.30 pagi (waktu Korea)... Annyong Haseyo! :)

29 March 2012

#19: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 9

Ini hari terakhir kami berada di Seoul, Korea. Sejak dari pukul 4.30 pagi lagi kami sudah terjaga dari tidur kerana masing2 pun tidak boleh lena. Walaupun badan sangat penat kerana mendaki Mt. Namsan semalamnya, namun mata kami enggan bekerjasama dek kerisauan kami takut kalau2 kami terlewat tiba di Incheon International Airport dan akan menyebabkan kami terlepas penerbangan yang dijadualkan pada pukul 11.00 pagi (waktu Korea). Maka sebab itulah kami asyik terjaga dari tidur setiap sejam walaupun yakin yang masing-masing sudah mengunci alarm di hp masing2. Selesai mandi, bersolat dan bersiap2 serta memeriksa kalau2 ada yang tertinggal, kami keluar dari hotel pada jam 7.00 pagi dan bergerak menuju stesyen subway.

Dari Kkachisan Station, kami menaiki subway Line 5 ke Gimpo Airport dan seterusnya bertukar subway ke Incheon pula. Perjalanan lancar dan kami tiba di Incheon International Airport pada jam 8.30 pagi dan terus ke kaunter check in. Urusan di kaunter check in selesai 30 minit kemudian dan kami terus bergegas mencari kedai untuk refund semula kad t-money kami yang masih berbaki. Setelah berjumpa dan refund kad t-money kami serta membeli dan menikmati sarapan pagi kami iaitu roti dan strawberry milk, kami pun bergerak secara pantas ke kaunter pemeriksaan Imigresen untuk berlepas. Agak sukar pada mulanya nak mencari kaunter pemeriksaan Imigresen kerana kawasan Incheon International Airport yang sangat luas dan mengelirukan.

Setelah bertanya beberapa kali, kami akhirnya berjumpa dengan kaunter pemeriksaan Imigresen yang rupa-rupanya berada di kawasan yang tertutup dan bergerak dengan pantas menaiki keretapi ke tempat berlepas. Tercungap2 kami sampai di Gate penerbangan kami dan akhirnya memasuki pesawat dengan selamatnya. Pesawat kami berlepas pada jam 11.15 pagi (waktu Korea) dan sampai di KLIA pada jam 5.00 petang (waktu Malaysia) dan terbang ke Penang pula pada jam 6.30 petang dan sampai di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 7.30 malam. Walaupun penat, kami bersyukur trip kami ini berjalan dengan lancar malah dipermudahkan walaupun inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke bumi Korea yang selama ini hanya mampu dilihat dari drama2 Korea yang kami selalu tontoni. Alhamdulillah dan semoga kami diberi peluang lagi untuk kembali ke Korea suatu hari nanti dan mungkin juga merancang trip ke negara lain pula nanti...insyaAllah... :)

 
Suasana di Incheon International Airport
Lunch aku di dalam pesawat (Pasta with fish, bread, cheese cake, coslow salad, fresh orange & plain water, kimchi)

      

15 March 2012

#12: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 2

Hari yang dinantikan pun tiba. Malam tu tidur x lena walhal flight pukul 8.35 malam...haha..berdebar2 x tentu hala...macam tu la bila nak pegi berjalan kan..normal la..ye tak? So pagi Sabtu (10 Mac) tu cuma checking balik barang2 yang dah disimpan dalam beg ajelah sebab barang2 tu sebenarnya telah dikemas seminggu lebih awal sebab xmau kelam kabut sehingga menyebabkan ada barangan yang tertinggal. Nanti kalau tertinggal, nak cari kat tempat orang yang kita memang tak tau apa2 mestilah susah kan..jadi baik ready dari awal. Petang tu pun keluar awal dari rumah sebab xmau terlewat sampai di airport. Flight pukul 8.35 malam jadi pukul 6.30 petang dah kena check in. Aku dihantar oleh Mr. Hubby, my daughter dan pil aku (parent in law)..kami sampai pukul 6.00 petang di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Masa tu partner aku, Kak Ina belum sampai lagi. Dia sampai 15 minit kemudiannya dan dihantar oleh adiknya. Elok dia sampai kami berdua pun terus ke kaunter check in. 

Flight ke KL terlewat sampai kerana cuaca kurang baik jadi kami akhirnya berlepas pukul 9.00 malam dari Penang dan sampai di KLIA pada jam 10.00 malam. Keluar saja dari pesawat, kami terus bergegas ke kaunter pemeriksaan Imigresen untuk pelepasan antarabangsa dan urusan di kaunter berkenaan selesai 20 minit kemudian. Dari kaunter pemeriksaan Imigresen kami terus bergerak ke Gate G-8 untuk flight seterusnya. Termengah2 kami berdua sebab jarak kaunter pemeriksaan Imigresen tu dengan gate untuk berlepas agak jauh. Flight ke Seoul, Korea Selatan sepatutnya berlepas pada jam 11.30 malam tetapi terlewat sedikit dan akhirnya berlepas pada jam 12.15 pagi dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul Korea Selatan pada jam 7.10 pagi (waktu Korea) dengan suhu pada waktu itu -3 darjah celsius. Sepanjang dalam flight kami berdua x boleh nak tidur. Ada la sejam agaknya kami terlelap. Selebihnya hanya diisi dengan melihat tayangan filem di skrin di hadapan. Flight ke Seoul malam itu penuh (fully booked).

Elok sampai barulah kami berdua ke tandas sebab mengelak untuk ke tandas di dalam kapal terbang..hehe..sengaja xmau ke tandas dalam flight sebab nampak ramai sangat yang berulang alik ke tandas. Siap kena beratur. Jadi kami bertahan hingga selamat mendarat di Seoul. Setelah membersihkan diri lebih kurang dan melepasi kaunter pemeriksaan Imigresen di situ dan seterusnya mengambil backpack masing2, kami berdua pun memulakan pengembaraan kami di Seoul. Oh yer, untuk trip kali ini kami menggunakan pakej MAS Holiday yang meliputi tiket kapal terbang (pergi balik) termasuk tax, insurans perjalanan MAS dan hotel di Seoul selama 4 hari 3 malam.

Oleh kerana masih awal dan menyedari bahawa kami hanya boleh check in di Hotel selepas jam 2 petang, maka kami decided untuk terus ke destinasi pertama dalam itinerary kami iaitu ke Itaewon. Tetapi sebelum itu, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, kami perlu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo untuk ke Seoul. Maka dengan berpandukan signboard (papan tunjuk arah) di lapangan terbang tersebut, kami berjaya sampai ke station subway (keretapi bawah tanah) Arex untuk ke Gimpo Airport. Tambang untuk 2 orang adalah sebanyak 9100 won dan sampai di Gimpo Airport 40 minit kemudian (bertolak pada jam 8.30 pagi dari Incheon International Airport). Dari situ kami membeli T-Money card untuk digunakan sepanjang trip kami di Korea kerana lebih menjimatkan dari membeli tiket tiap kali menaiki subway. Harga T-Money card ialah 2500 Won dan perlu direcharge terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Maka kami sama2 recharge 30000 Won untuk T-Money Card masing2 dengan menggunakan mesin recharge yang terdapat di setiap stesen subway. Nak recharge juga mudah kerana mesin tersebut ada memberi pilihan bahasa Inggeris selain bahasa Korea.

Dari Gimpo International Airport kami seterusnya menaiki subway Line 5 untuk ke KKachisan Station di mana berdekatan dengan hotel yang kami booking. Di situ kami menyimpan backpack kami di locker yang terdapat di stesen tersebut. Nak memilih locker ini juga mudah kerana terdapat beberapa saiz locker dan kami boleh memilih locker yang bersesuaian untuk menyimpan kedua2 backpack kami dalam satu locker sahaja. Pembayaran untuk perkhidmatan locker ini juga menggunakan T-Money card yang kami beli sebelum itu. Setelah urusan locker selesai, kami pun bertolak ke destinasi pertama kami iaitu ke Itaewon. Apa ada di Itaewon? nanti kita sambung lagi yer.. :)