Be My Friend :)

Showing posts with label Hakkeijima Sea Paradise. Show all posts
Showing posts with label Hakkeijima Sea Paradise. Show all posts

15 January 2014

#54: Trip to Tokyo - Yokohama (Part 2)

Salam... :)

Sambung cerita Hakkeijima Sea Paradise, Yokohama...

Settle beli tiket, kami pun memulakan explorasi kami di Hakkeijima Sea Paradise. Masuk Aqua Museum dulu. Dalam Akua Museum ni sebenarnya xde la macam museum pun. Ia sebenarnya rangkaian akuarium yang menempatkan haiwan yang ada kena mengena dengan air seperti beruang kutub, penguin, singa laut & anjing laut dan juga pelbagai ikan & haiwan-haiwan akuatik yang lain.. 

 Nasrin minat sangat dengan penguin...tu muka puas hati la sebab dapat tengok penguin.. :P

 Tu pegang cermin jer tapi perasaan dia macam pegang betul-betul ikan pari tuh...haha.. :P

 Kak Ina pun nak bergambar gak tepi akuarium besar nih.. :P

 Naik eskalator untuk ke tingkat atas pula sambil tengok ikan lagi

 Wahh..goreng pun sedap nih!...hehe..macam ikan sardin kan?

 Ikan keli laut yang berbelang-belang...apa kes ntah menempek beramai-ramai kat tepi cermin...

 Obor-obor yang berlampu...jadi ralit sekejap tengok..

 Sotong Kurita nih macam marah jer... :p

 Ni lipas laut kot...teka jer la sebab tak reti nak baca kat descriptions (tulisan jepun jer)...hehe..

 Apa tengok-tengok?! kata dek ikan buntal ni agaknya..sebab dia pun macam marah jer..macam marah jer...hehe..

Kat dalam Aqua Museum ni juga kami berkesempatan melihat persembahan haiwan-haiwan akuatik ini secara live. Ada persembahan singa laut, anjing laut, penguin, ikan paus & ikan lumba-lumba.

 Persembahan bersama ikan paus bintik yang besar ....tu kalau dia telan la pelatih dia 2 orang tu, sekali telan dua-dua tu elok jer masuk perut dia...hehe..

 Nasrin yang happy walaupun menggigil kesejukan dek angin yang kuat di Hakkeijima..fuhh..

 Persembahan ikan lumba-lumba yang merupakan persembahan kemuncak (highlight)

Habis melihat persembahan secara live tu, kami bergerak keluar dari Aqua Museum dan seterusnya ke Dolphin Fantasy pula iaitu akurium khas untuk ikan lumba-lumba...


 Masuk jer Dolphin Fantasy, jumpa ikan ini dulu...Nasrin seronok main-main dengan ikan ni sebab ikan ni seolah-olah mengikut gerakan tangan dia...

 Rupa penuh ikan unik tu...

 Nama ikan tadi ialah Mola mola atau Ocean Sunfish...itu jer yang faham pun.. penerangan lain memang tak dapek den nak nolong laie... :P

Habis tengok ikan Mola mola, kami ambil gambar dengan ikan lumba-lumba pula...

 Apa yang happy sangat tu Kak Ina?... :P

 Dolphin yang macam senyum jer...macam senyum jer... hehe...

Akak pun nak gak bergambar ngan ikan lumba-lumba... :)

Nasrin yang terkesima tengok ikan lumba-lumba :P

Puas hati sebab dapat ambil gambar dengan ikan lumba-lumba, kami pun bergerak ke tempat ke-3 iaitu Fureal Lagoon...sebelum tu ambil gambar di luar dulu...

 Cuaca macam panas...tapi sejuknya macam dalam peti ais tau!....

 Kak Ina nak ambil gambar di sini sebab ada tulisan Jepun kat situ (walaupun tak faham apa maksud ayat tu)..hehe...

 Nasrin & burung bangau..ambil gambar pun takut-takut sebenarnya tu..takut burung tu terbang ke arah dia...haha...

Habis tengok burung bangau, ingatkan nak masuk la Fureal Lagoon...entah macam mana tiket Nasrin hilang. Puas cari dan sampai aku berpatah balik ke Dolphin Fantasy untuk cari tiket tu tapi still tak jumpa tiket tu...sudahnya, tak jadilah nak teruskan lawatan kami dalam Hakkeijima Sea Paradise ni. Takkan nak tinggal dia sorang-sorang kat luar kan? Sudahnya kami decided untuk balik saja ke hotel memandangkan hari pun dah petang. Perjalanan balik juga macam perjalanan pergi pagi tadi...jauh dan bertukar-tukar keretapi beberapa kali. Dalam keretapi, Kak Ina suggest kami singgah sekejap di Asakusa sebelum balik ke hotel kerana dia masih mahu membeli beberapa lagi barang cenderamata...oklah...kami pun terus ke Asakusa dulu...

Sampai Asakusa pun dah gelap tapi pengunjung masih ramai. Waktu tu baru pukul 5 petang sebenarnya. Nampak macam pukul 9 malam kan? 

Selesai membeli (last minute shopping) di Asakusa, kami pun bertolak pulang ke hotel kami. Malam tu dinner kami ialah habiskan stok yang masih ada saja sebab esoknya dah nak balik Malaysia...hehe..

Tokyo Day 7 (30/11/2013)

Pukul 6.00 pagi kami bertolak keluar dari hotel setelah meninggalkan kunci & short notes di kaunter hotel sebab kaunter masih belum dibuka sehingga jam 8 pagi nanti. Kami terus bergerak ke Iriya Station untuk ke Ueno Station dan seterusnya menaiki keretapi laju ke Narita Airport (Terminal 2). Kalau masa datang ke Tokyo kami menaiki N'EX (Narita Express), balik ni kami naik Keisei Skyliner pula. Tiket untuk dewasa adalah sebanyak 2400yen seorang dan 1200yen untuk kanak-kanak.

 
Keisei Skyliner


Lepas check in, kami terus bergerak ke departure hall...flight kami pukul 10.30 pagi 

Bye Tokyo! Panjang umur & dimurahkan rezeki, next time kami turun Tokyo lagi... :)

Kami selamat tiba di KLIA pada jam 6.30 petang dan seterusnya bertolak ke Penang pada jam 8.15 malam dan selamat sampai di Penang pada jam 9.15 malam...

Aku: Sampai kat rumah, aku dan Nasrin terus demam...seminggu baru sihat...then Kak Ina pulak demam + batuk selama 2 minggu....hehe...dasyat kan penangan angin Jepun?!... :P

06 January 2014

#53: Trip to Tokyo - Yokohama (Part 1)

Salam... :)

Tokyo Day 6 - 29/11/2013

Hari ni merupakan hari terakhir we'll exploring Tokyo sebelum bertolak balik ke Malaysia esok so nak pergi jauh sikit. Kami nak ke Yokohama sebab nak pergi ke Hakkeijima Sea Paradise. Yeay! Tapi oleh kerana Yokohama tu jauh, so terpaksalah kami bertukar-tukar keretapi beberapa kali sebelum sampai ke destinasi yang dituju. 

The journey: Dari Iriya Station, kami menaiki subway Hibiya Line ke Ueno Station dan kemudian dari situ, naik pula keretapi JR Keihin-Tohoku Line ke Yokohama Station. Dari Yokohama Station naik pula keretapi JR Nageshi Line to Shin-Sugita Station dan akhir sekali naik JR Kanazawa Seaside Line to Hakkeijima Station pula. 4 buah keretapi dan kami akhirnya sampai ke Hakkeijima!

Yokohama Station

 Shin-Sugita Station



 Pemandangan yang diambil dari dalam keretapi menuju ke Hakkeijima

Suhu yang amat sejuk menyambut kedatangan kami sebaik sahaja keluar dari Hakkeijima Station. Nampak jer macam panas kan? tapi sangat-sangat sejuk sebenarnya. Dengan angin kuat yang bertiup. Fuhh...rasa nak beku. Tapi bukan itu ayat pertama yang keluar dari mulut kami...sebaliknya, masing-masing kata "Cantiknya!".. dan sebab cantik sangat pemandangan di sebelah kanan sebaik keluar dari Hakkeijima Station, kami ambil masa sedikit untuk jalan-jalan dan mengambil gambar walhal, nak ke Hakkeijima Sea Paradise, kami sebenar kena berjalan ke kiri...hehe..


 Peace! kata Nasrin :)

 K.Ina di celah batu... :P

 Comel tak kami? hehe.. :P

 Cantiknya....kan?

 K.Ina & batu...x dapat dipisahkan...hehe... :P

 Nasrin pulak bergambar dekat batu.. :)

 K.Ina lagi.. :P

 Us 2 beranak.. :)

 Kena melintasi jambatan ini sebelum tiba di Hakkeijima Sea Paradise

 Ambil gambar dulu di atas jambatan...masa ni terasa macam kamera nak melayang sebab angin terlalu kuat...fuhh..mujur la tak...hehe...

Ambil gambar ni dari atas jambatan tadi...:)


Tiket masuk kami

Tiket masuk ke Hakkeijima Sea Paradise ni adalah sebanyak 2,900yen untuk dewasa dan 850yen untuk kanak-kanak...tiket ini membolehkan kami masuk ke Aqua Museum, Dolphin Fantasy, Fureal Lagoon & Umi Farm. Kalau nak full day ticket & unlimited rides kena beli tiket yang berharga 4,900yen...tapi memang tak la nak beli tiket memahal macam tuh sebab kami pun bukan boleh lelama kat sini memandangkan jalan pulang juga bukan mudah...jauh..kena bajet-bajet masa..kang gelap sangat sampai hotel..beg nak balik esok pun belum kemas sepenuhnya lagi..hehe...

...bersambung...

Aku: Gambar banyak sangat...so kenalah buat 2 bahagian...hehe...tungguuuuu....