Be My Friend :)

Showing posts with label Insadong. Show all posts
Showing posts with label Insadong. Show all posts

12 January 2017

#2/2017: Ke Korea Lagi (2)

Day-1
 Boarding Pass

 Nasrin & Min (cousin)

KakRin, Dee & Yaya

Assalamualaikum...

Untuk trip kali ni, kami naik Thai Airways dari Kuala Lumpur ke Seoul via Bangkok
Entah macam mana masa KakRin tengah survey tiket flight
nampak macam Thai Airways more affordable dari Air Asia dan MAS
tiket pergi balik lebih kurang RM1700++ termasuk makan, luggage 30kg & in-flight intertainment
boleh pilih seat sendiri (free) & request muslim meal
dalam flight diberi bantal dan selimut
tahap keselesaan macam flight yang lain juga
cuma masa pergi, dalam flight rasa panas sket..mungkin aircon x berapa kuat
berkipas akak dengan risalah keselamatan dalam flight .. :)
yang duduk bahagian tengah jer rasa panas rupanya
yang bahagian tepi elok jer lenanya
flight dari KLIA ke Bangkok berlepas lewat maka sampai di Bangkok juga lewat
berlari2 kami turun untuk ke departure hall untuk flight seterusnya
oleh kerana ianya connecting flight, maka flight itu menunggu kami
kami pula tersekat di pemeriksaan kastam Bangkok yang panjang dan cerewet
sampai di gate pelepasan, ketibaan kami dialu-alukan oleh petugas untuk memasuki pesawat
nampaknya kami kumpulan penumpang yang terakhir
masuk dalam flight tercungap2..hahaha..
kenangan...

 Muslim meal from Kuala Lumpur to Bangkok

 Muslim Meal from Bangkok to Seoul

Makanan yang disediakan di dalam flight ok la boleh tahan
nak kata sedap sangat tu xlah
tapi yang untungnya, sebab request muslim meal
maka kami akan dapat makanan terlebih dahulu dari yang lain
Air jus pun boleh diminta dan ditambah
Overall, ok la Thai Airways ni..

Kami sampai di Incheon International Airport sekitar jam 6.30 pagi
selepas melepasi imi korea kami terus menuntut bagasi
tunggu punya tunggu akhirnya confirm 2 bag x sampai...masih di airport Bangkok
bag Dee & Siti
bag itu kemudiannya dihantar terus dari airport ke guesthouse kami pada jam 9.00 mlm
alhamdulillah tiada kerosakan
di airport kami reload kat T-Money siap2 sebanyak 30000won
T-Money tu kami dapat secara percuma setelah menjawab soalan survey dari VisitKorea, Malaysia
dapat coupon book juga
lepas masing-masing dah jawab survey secara online di website mereka
KakRin dan Siti sebagai wakil pergi ambil kupon & T-Money ni kat pejabat VisitKorea di KL


Dari airport kami terus ke guesthouse kami yang terletak di Myeongdong
Naik subway airport railroad (allstop) dari airport ke Seoul Station
dan kemudian ke Myeongdong Station
Namsan Guesthouse x jauh dari exit 3, Myeongdong Station
selesai KakRin menguruskan check in dan bayar
kami dibenarkan masuk terus ke bilik
masing-masing dah letih dan mengantuk
maka berehatlah sebentar melepas lelah
tukar baju, makan,
dan keluar semula selepas itu
first day ni kami ke Insadong sahaja
mulanya ada beberapa tempat dalam itinerary asal
tapi memandangkan semua pun masih keletihan
so KakRin decide bawa ke tempat yang dekat dahulu
boleh juga survey2 barang cenderahati terlebih dahulu
nanti boleh plan nak beli apa kan?



Insadong hujan
maka jalan2 pun terhad
beli sikit sorang lebih kurang
pastu gerak balik guesthouse
macam yang sedia maklum,
masa winter, pukul 5 petang pun dah gelap macam pukul 8 malam
suhu pun drop sebab hujan
maka eloklah balik bilik dan berehat
malamnya kami masak nasi dan makan dengan telur goreng dan sambal ikan bilis kering
pastu masing2 melayan hp sebab wifi kat guesthouse lajuuu...
so selesailah cerita day-1
bersambung...

21 November 2012

#57: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 3

Salam.. :)

08/11/2012 ~ Masa kami sampai di Incheon International Airport, suhu waktu itu 8 darjah celcius. Tapi dalam airport x terasa la sejuknya tu... :P and for 2nd timer macam aku & K.Ina yang masih boleh ingat lagi keadaan dalam airport, relax jer la kami keluar dari kapal terbang. Tapi sementelah kami pun duduk di bahagian depan, maka kami keluar dahulu.

Selepas selesai membersihkan diri ala kadar & membetulkan mekap di toilet, kami pun bergerak ke kaunter imigresen dan seterusnya mengambil backpack masing2 di baggage claim area.  Benda pertama yang kami beli ialah T-Money Card dengan harga 3000 won dan kemudiannya direcharge 30000 won setiap satu. Setelah itu, berjalanlah kami ke station AREX (Airport Express) di bahagian basement airport untuk ke Hongik University Station iaitu di mana terletaknya hostel yang kami booking.  

 Sambil berjalan, sambil ambil gambar di sekeliling airport :P

 Depan ATM machine pun nak ambil gambar :P

 Belakang K.Ina tu la stesyen AREX

 Dalam airport pun ada panggung wayang tau..

 K.Ina termenung kejap masa dalam AREX..aku syak dia mengantuk..hehe.. :P

Perjalanan menaiki AREX dari Incheon International Airport ke Hongik University Station memakan masa 45 minit dan melalui exit 2, kami berjalan ke 2nd Pencil Hostel mengikut plan yang diberikan oleh pihak hostel. Taklah susah mencari..sekejap sahaja kami sudah berjumpa dengan hostel itu dan dibenarkan check in lebih awal dari waktu sepatutnya iaitu jam 2.00 petang. Waktu ketibaan flight kami sudah diberitahu lebih awal..sebab itulah bilik kami sudah disediakan dari awal.. :) Payment is upon check in. 

Setelah mengambil masa untuk berehat sebentar, membersihkan diri, mekap semula & bertukar pakaian yang lebih sesuai dengan suhu di luar, kami akhirnya keluar bagi memulakan eksplorasi kami di Seoul.. :) 

 Bergambar di luar exit 2, Hongik University Station

 Pelancong ginilah..dengan tiang subway pun nak ambil gambar..haha :P

Tempat pertama dalam itinerary kami hari ini ialah ke Insadong dan pokok yang berwarna kuning kehijauan ini menyambut kami sebaik sahaja kami sampai di sana.. :)

Sebenarnya dari Malaysia lagi kami tak henti berdoa moga2 sempatlah kami melihat keindahan musim gugur sebaik sampai di Seoul kerana menyedari hakikat bahawa Seoul sudah pun mula memasuki musim sejuk. Tapi alhamdulillah..suasana di hujung musim gugur masih jelas kelihatan di sekitar Seoul rupanya.. p/s: Walcott ssi..did i told you that the leaves will wait for me :P

 Ramainya orang kat Insadong..tapi cantik kan warna pokok2 tu.. :)

Beg2 man won (10000 won = RM30.00) di Insadong buat Dee rambang mata :P

Tujuan utama ke Insadong ialah kerana kami hendak ke Nami Island Seoul Centre yang terletak di situ bagi membuat reservation for shuttle bus untuk ke Nami Island. Susah juga nak mencari Nami Island Seoul Centre tersebut dengan hanya berpandukan alamat semata. Tapi dek kerana terleka dengan suasana di Insadong dengan berjalan, berjalan & berjalan, sedar tak sedar akhirnya kami berjumpa juga dengan Nami Island Seoul Centre tersebut dengan tak sengaja. Maka dapatlah kami membuat reservation untuk ke Nami Island pada hari Sabtu nanti.. :) yay!
    
Selesai urusan di Insadong dan mengambil kesempatan untuk bershopping secara terkawal di sana, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Yeouido Hangang Park.. :)

27 March 2012

#16: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 6

Bangun pagi di hari kedua, badan rasa ok cuma kaki masing2 terasa macam baru lepas berlari merentas desa hari sebelumnya...hehehe..namun begitu, kami tidak luntur semangat. Hari kedua ni, ada 5 tempat di dalam senarai kami yang mesti kami penuhi kerana peluang berada di bumi Korea ni mestilah digunakan sebaiknya..tak gitu?

Kami keluar dari hotel pada jam 9.30 pagi (waktu Korea) dan berjalan menuju ke stesyen subway iaitu Kkachisan Station yang mengambil masa selama 10 minit dari hotel. Dari Kkachisan Station kami menaiki subway Line 5 untuk ke Jangno 3 (sam)-ga Station untuk ke tempat pertama dalam jadual hari ini iaitu ke Cheonggyecheon Stream.  Sungai Cheonggyecheon ini adalah sungai yang mengalir di tengah2 bandar Seoul yang menjadi tempat warga Seoul bersantai. Dari Jangno 3 (sam)-ga kami terpaksa berjalan selama 20 minit dan menyusuri deretan kedai2 di tepi jalan sebelum sampai ke tempat yang dituju.






  
Oleh kerana cuaca adalah baik dan juga suhu yang amat sejuk, keletihan berjalan tidaklah begitu dirasakan. Malah kami begitu tidak sabar untuk melihat sendiri sungai yang terkenal ini.







Namun, oleh kerana di Korea sedang mengalami musim sejuk, maka hanya permandangan beginilah yang boleh disaksikan di sepanjang sungai. Kami percaya, kawasan sungai ini akan kelihatan sangat cantik apabila tiba musim bunga & musim panas kelak. Lagi gambar2 menarik di sepanjang Cheonggyecheon Stream ini:





Kami kemudiannya berpatah balik ke Jangno 3 (sam)-ga Station untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Insadong dengan menaiki subway Line 3 ke Anguk Station.  Di Anguk Station, kami keluar melalui pintu exit #6 dan berjalan tidak sampai 10 minit untuk sampai ke Insadong.




Insadong adalah deretan kedai2 yang menjual pelbagai barangan kraftangan Korea. Di sini terdapat ramai pelancong asing yang pastinya ingin melihat hasil2 kraftangan Korea yang amat menarik. Kami juga pastinya tidak melepaskan peluang berada di sini dengan membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang. Setelah itu, kami meneruskan pula perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Samcheongdong yang berdekatan dengan Insadong. Samcheongdong terkenal dengan deretan art galeries, cafes, restaurants dan butik2 kecil yang diubahsuai dari rumah traditional Korea iaitu 'hanok'.  




Selesai mengambil gambar, kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami Dongdaemun market pula. Dari Samcheongdong, kami berpatah balik ke Anguk Station dan menaiki subway Line 3 sebelum turun di Jangno 3 (sam)-ga station dan kemudiannya dari situ, kami menaiki subway Line 1 pula dan turun di Dongdaemun Station dan keluar melalui exit #8.




Tiada barangan yang kami beli di sini. Kami hanya melihat2 dan mengambil gambar sahaja. Suasana di Dongdaemun Market juga sangat sibuk. Apatah lagi di Dongdaemun Shopping Town di mana terdapat bangunan putih 4 tingkat yang menjual barangan seperti kain sutera untuk membuat baju tradisional korea iaitu 'hanbok', kain kapas, fake fur, lace, sequin, buttons dan pelbagai lagi alatan menjahit. Tidak menunggu lama di situ, kami kemudiannya mengambil keputusan untuk ke destinasi kelima dan terakhir untuk hari kedua kami di Korea ini iaitu ke Gwanghwamun Square.  Untuk ke Gwanghwamun Square tidak susah kerana kami cuma perlu berpatah balik ke Jangno 3 (sam)-ga Station dari Dangdaemun Station dan seterusnya menaiki subway Line 5 untuk ke Gwanghwamun Station.








Gwanghwamun Square ini adalah seperti Dataran Merdeka di KL yang terletak di tengah2 bandaraya Seoul. Keluar sahaja dari Gwanghwamun Station kami disambut oleh statue of King Sejong the great yang seolah-olah mengatakan "silalah masuk"..hehe... Dan jauh nun di bahagian depan dataran ini pula ialah statue of Admiral Lee Sun Sin yang jika kita mendongak melihatnya dari arah depan, seolah2 dia sedang melihat kita dengan garangnya..hehe..so jangan tengok lama2..tangkap gambar..terus gerak..hehe..berada di dataran yang sangat sejuk, barulah kami sedar yang kami belum lagi menjamah apa2 makanan dari pagi. Waktu tu dah pun menjangkau pukul 4.00 petang waktu Korea. Maka kami pun singgah di restoran berhampiran dengan Gwanghwamun Square ini untuk menikmati makan pagi/tengahari/petang kami sebelum bertolak balik ke hotel kami...selesai aktiviti kami di hari kedua di Seoul.   

Set Bibimbap & Cuttlefish Tteokbokki