Be My Friend :)

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

11 December 2013

#49: Trip to Tokyo - Karuizawa & Ueno Park

Salam... :)

Jom sambung cerita Jepun jom! hehe..

Hari kedua, kami tinggalkan kesibukan Bandaraya Tokyo untuk ke Karuizawa. Oleh kerana Karuizawa terletak agak jauh dari tempat kami tinggal, maka awal-awal lagi kami sudah bangun dan bersarapan. Sarapan hari ini agak berat kerana semalamnya kami hanya makan maggi sebagai dinner.
 
Breakfast kami: Milo panas, Ayam Brand fried mackerel in chilli sauce, kari ayam & kentang Brahim & nasi (beras & stok makanan dibawa dari Malaysia) :P

 Ueno Station (disebut sebagai yu-wen-no)
 
Selesai bersarapan, maka bergeraklah kami berjalan ke Iriya Station dan seterusnya menaiki keretapi ke Ueno Station. Di station ini, kami mendapatkan tiket keretapi JR (shinkansen - bullet train) ke Karuizawa dengan hanya menunjukkan JR Kanto Area Pass yang kami beli di Narita Airport semalam di kaunter jualan tiket keretapi JR. Tiket yang diberikan tertera nombor gerabak & nombor tempat duduk yang telah direservedkan untuk kami. Sekiranya tiada JR Kanto Area Pass, harga tiket untuk menaiki shinkansen ke Karuizawa adalah sebanyak 5500yen (RM181.50) sehala...(pengsan!) :P

 Antara 'wajah' shinkansen (bullet train) di platform untuk menaiki keretapi JR

 Shinkansen yang kami naik untuk ke Karuizawa adalah yang berwarna hijau ini :)

 Nombor tempat duduk kami di dalam keretapi laju ini 

Karuizawa Station

1 jam 15 minit di dalam shinkansen, maka akhirnya kami tiba di Karuizawa Station dan suhu yang amat sejuk menyambut kedatangan kami sehingga memaksa kami memakai sarung tangan bagi mengelakkannya daripada membeku..hehe...


 Nasrin yang ceria :)

Sebenarnya kehadiran kami di Karuizawa adalah untuk melihat tempat luncur salji yang terdapat di sini. Walaupun pada amnya Jepun telahpun memasuki awal musim sejuk, tetapi hanya kawasan di sebelah utara sahaja seperti Hokkaido dan Sapporo telah menerima kehadiran salji. Manakala kawasan lain terutamanya di Tokyo hanya akan menerima kehadiran salji bermula pada bulan Januari nanti. Maka jika hendak melihat salji lebih awal dan mencari tempat yang paling dekat dengan Tokyo, maka Karuizawa adalah pilihan utama yang boleh dipertimbangkan walaupun salji kat sini cumalah salji buatan jer (sebelum salji sebenar turun). 

Karuizawa Prince Shopping Plaza

Dari Karuizawa Station, kami berjalan kaki ke tempat luncur salji yang terletak tidak jauh dari stesen tersebut. Dalam perjalanan, kami melalui Karuizawa Prince Shopping Plaza yang menempatkan berpuluh-puluh kedai yang menjual pelbagai barangan seperti kasut, pakaian untuk musim sejuk & kedai serbaneka.

Antara kedai yang terdapat di Karuizawa Prince Shopping Plaza


Satu-satunya barang yang kami beli di Karuizawa Prince Shopping Plaza - strawberry milk yang sedap  :)

Dan akhirnya...:)

 Karuizawa Prince Snow Resort

 Nasrin yang happy :)

 Muka orang yang masih penat sebab bawak backpack batu semalam :P

 Kak Ina yang seronok :P

 Nasrin & Mamanya (we was here!) :)

Rupa salji dari dekat

 Nasrin & Kak Ina yang sama tinggi :P

 Nasrin lagi :)

Puas bergambar di tepi track ski, kami pun bergerak pulang semula ke Karuizawa Station untuk balik semula ke Ueno Station. For info, tempat luncur salji ni terletak di kawasan terbuka. Maknanya, setakat nak ambil gambar, memang free jer. Kecualilah kalau nak try meluncur...kenalah sewa segala peralatan yang diperlukan dan perlu membayar certain amount untuk naik lift (mcm cable chair) ke tempat yang lebih tinggi untuk meluncur. For more info, boleh google :P

 On the way balik ke stesyen keretapi, sempat ambil gambar di deretan bas comel ni.. :)


Untuk balik semula ke Ueno Station dengan menaiki shinkansen, sama juga prosesnya iaitu di Karuizawa Station, kami mendapatkan tiket kami di kaunter tiket JR dengan menunjukkan JR Kanto Area Pass kami. Tiket yang diberikan juga tertera nombor gerabak dan nombor tempat duduk kami yang telah direservedkan.  Sepanjang perjalanan balik, ketiga-tiga orang kami tidur di dalam shinkansen sehinggalah sampai di Ueno Station :)

Kami sampai awal di Ueno Station. Maka kami membuat keputusan untuk ke Ueno Park yang terletak berdekatan dengan Ueno Station ni. Mengikut tanda arah exit ke Ueno Park, kami seterusnya menyemberangi jalan dan menaiki tangga sehingga akhirnya sampai ke Ueno Park yang sebenarnya ada dalam planning kami untuk hari pertama. Namun oleh kerana sampai lambat akibat flight yang delay 2 kali tu, kami tidak dapat ke sini semalam. 

 Nasrin seronok dapat bergambar di depan pokok berwarna merah ni :)

Tengok tu! Dia pun sibuk dengan kemeranya.. :P

 Pokok kuning pulak kali nih :)

Sekejap sahaja kami berpusing dan mengambil gambar di Ueno Park ni sebab cuaca semakin sejuk dan suasana pun sudah mula nak gelap. Seperti yang aku beritahu di dalam entry terdahulu, Tokyo di musim sejuk ni, pukul 4 petang sudah mula gelap macam pukul 7 malam di Malaysia.


Sempat lagi kami singgah di Ameyokocho (macam pasar malam) yang terletak di hadapan Ueno Park sekejap sebelum bergerak ke Ueno Station semula untuk menaiki keretapi ke Iriya Station untuk balik ke hotel kami. Tiada barang yang dibeli di sini..cuma nak tengok2 sahaja kaedahnya...hehe...Untuk makan malam, aku masak... :)

 Sayur, telur & minyak zaitun yang dibeli dari family mart. Sambal belacan adabi aku bawak (sekali dengan Cukup Rasa pun aku bawak) :P


   Tadaa! dah siap dinner kami malam ini iaitu nasi goreng sardin :)

Aku: settle agenda hari kedua di Tokyo :)

30 April 2013

#24: Trip to Sabah

Salam... :)

Akhirnya setelah nak masuk sebulan, baru trip Sabah ni keluar...haha...sorilah...aku bizi tahap x ingat punya...ni pun setelah memaksa diri dengan jayanya nih..hehe..

Trip to Sabah ni seperti yang telah diberitahu sejak awal hari tu, adalah merupakan trip yang dianjurkan oleh jabatan tempat aku bertugas. Setiap tahun, kami diberikan peluang untuk memilih trip lawatan yang ingin diikuti. Makanya, untuk tahun ini, aku memilih untuk mengikut trip ke Sabah (tahun lepas aku pergi JB & Singapore). Trip ini disertai oleh 17 orang peserta kesemuanya yang terbang dari Lapangan Terbang Bayan Lepas pada jam 10.30 pagi, 7 April 2013 yang lalu dan selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 1.15 petang (lebih kurang la...2 jam 45 minit dalam penerbangan) ...

Muka2 ceria kat airport sebelum terbang (sebelah aku tu k.ina...ada jer dia kat sebelah :P)

Memula tu cuak jugaklah nak ke Sabah ni lepas kejadian di Lahad Datu tu..kiranya sebelum pergi ni fikir macam2 la benda negatif. Tapi dek keterujaan nak ke Kota Kinabalu dan Kundasang buat pertama kalinya ni lebih kuat dan mengatasi kecuakkan tu, maka kami teruskan juga plan yang telah dirancang sebelum pencerobohan di Lahad Datu ini lagi dengan diiringi doa keluarga dan kawan2 kami...hehe...:)

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami dibawa oleh tour guide kami untuk menikmati makanan tengahari di restoran yang tidak jauh dari airport dan kemudiannya, dibawa ke apartment tempat kami menginap iaitu Marina Court Resort, Kota Kinabalu untuk check in terlebih dahulu sebelum anggota rombongan dibawa pula melawat ke Monsopiad Cultural Village. Hanya aku, k.ina & k.faezah memilih untuk tidak mengikuti rombongan ke sana dan kami diturunkan di Pasar Filipina yang tidak jauh dari apartment tempat kami menginap itu...makanya, di hari pertama, kami bertiga dah start shopping...hehe...

Rambang mata berada dalam pasar filipina ni. Jenuh la nak belek mutiara...hehe...

Sebelum diambil semula oleh tour guide, kami sempat membeli mee goreng sebagai makan malam. Punyalah banyak portion mee goreng di sana. Sebungkus pun sebenarnya boleh dimakan oleh 3 orang. Makanya, malamnya, kami bertiga hanya berehat2 di dalam apartment sambil menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian di televisyen sambil juga berusaha menghabiskan mee goreng masing2 yang terasa seperti tidak luak2 itu..haha.... Yang lain pula keluar menikmati makan malam mereka beramai-ramai di tepi pantai.....kita sambung lagi untuk day 2 pula nanti yer.. :)

07 January 2013

#2: Jalan-jalan Pulau Pangkor 2

Salam.. :)

Jom sambung cerita Pulau Pangkor.. :)

Sabtu ~ Pepagi lagi budak2 ni dah sibuk nak mandi laut. Rajin pulak tu bangun awal pagi... lepas paksa diorang makan roti dulu barulah bawak diorang pergi pantai..kalau x paksa memang x ingat nak makan dah budak2 nih.. :P

 Sepupu ~ anak Dee yang kecik tu..yang besar tu anak aku :) memula diorang main pasir dulu..warming up kot...hehe..

 Masa ni baru pukul 9.30 pagi kot..tapi dah sibuk..ada yang sewa bot pergi round island..



Pastu Paksu (adik aku yg bongsu) pulak join geng anak sedara main pasir...Pakteh kat belakang sekali tu nak join gak tu rasanya tapi malu...haha... :P

 Si seksi ni anak Dee...dia sambung main pasir bila yang lain mandi laut..

 Seronok sampai kecut2 mandi laut..


 Bila budak2 semua dah terjun laut...paklong (Mr. Hubby) pulak yang sambung main pasir...haha...lepas aku gelakkan dia, dia tarik aku pergi jalan2 tepi pantai pulak sebelum balik bilik...dah tengahari..nak masak pulak la..


 Ini mercu Teluk Nipah kot.. :P

Balik bilik semua gotong royong masak. Alah..bakar ikan, udang & sotong jer pun..hehe..nasi mak aku dah masak dalam bilik (pstt...kami bawak periuk nasi sekali! hehe)..

 Aku bertugas bahagian seasoning :P

 Semua ni Dee's hubby beli kat pekan Pulau Pangkor..murah jer katanya..

 Api dah ready..jom bakar!

 Ni petugas bahagian bakar..hehe..

Emm...sedapnya..... :)

Selesai makan tengahari kat bilik mak, semua pun balik rehat ke balik memasing dulu sebelum keluar semula lebih kurang 3 petang untuk naik bot pula ke Coral Island.




 Dah sampai Coral Island... :)

 Cari port dulu & pasang khemah...adik2 la pasangkan..aku tukang jaga barang2 dlm khemah jer bila yang lain pegi mandi laut since aku x mandi laut...Mr.Hubby pulak tukang ambil gambar..dia pun xmo mandi laut.. :P

 Ada mcm dalam Baywatch tak? hehe..

 My sis tengah cuba pakai benda alah nih..dia nak try snorkeling...ada la x sampai 10 minit pun dia snorkeling...pastu tertelan air laut bila air masuk corong pernafasan tu...haha...


 Penat snorkeling, semua pakat main pasir pulak..

 Hasilnya.. :P


 Pastu nampak orang candat sotong...terus abah & adik aku pun sewa pancing untuk candat sotong gak...alhamdulillah...akhirnya dapat gak 5 ekor sotong...kami buat bakar untuk makan malam.. :)

 Aku sibuk nak pergi tengok abah aku candat sotong so gigih la panjat batu2 segala tu sebelum sampai dekat abah aku...hehe..seksa kemain tau panjat batu2 tu..licin & membahayakan (tau pulak bahaya :P)...Mr.Hubby dari jauh dah urut dada...risau aku jatuh...sorry..aku x sangka pulak aku dah risaukan dia... :P


 Tak sedar senja telahpun melabuhkan tirainya. Bot pun dah sampai...jom balik seberang sana...:)

Malamnya kami buat bbq lagi..bakar sotong yang berjaya dipancing & makanan lain yang dibawa dari rumah. Dan esoknya bersarapan di kedai makan tepi pantai pula...

 Selesai bersarapan, kami ronda2 dulu kat tepi pantai sebelum balik balik untuk berkemas...dah nak balik...

3 generasi.. > my daughter, me & my mom.. :)

 Dah ready untuk check out...

Sampai di Jeti Pangkor, bot pun sudah sedia ada..so x payah nak tunggu2 lagi...jom balik! Dapat duduk di bahagian depan sekali pulak tu.. :)


 Nak balik pun ceria.. :)

 Ala...comelnya Yaya!!... :)


Sebelum balik, kami singgah sebentar di Telok Batik. Si Dee la...dia nak tengok Pesta Bilis la kononnya...tapi memandangkan dah petang, ekor ikan bilis pun dah x nampak! haha...tapi Telok Batik punyalah crowded..nak masuk jem..nak keluar pun jem..huh! so tak tunggu lama, kami pun bergerak balik ke kampung dan selamat sampai pada jam 8.00 malam...maka dengan itu tamatlah percutian keluarga 3 hari 2 malam kami di Pulau Pangkor sebagai penutup tirai tahun 2012 ini...:)

Sekian... :)