Be My Friend :)

Showing posts with label Gwanghwamun Square. Show all posts
Showing posts with label Gwanghwamun Square. Show all posts

30 November 2012

#63: My 2nd Trip to Seoul ~ Part 9

Salam :)

Gwanghwamun Square
Selesai membayar bil makan tengahari, kami pun bergerak keluar. Ada lagi destinasi dalam itinerary kami untuk hari ini yang perlu dipenuhi. Dari Gwanghwamun kami perlu berpatah balik ke City Hall Station yang berhampiran Deoksugung Palace semula kerana merasakan adalah lebih mudah untuk mengikut planning yang sedia ada. 
 

 
 Bergambar di luar kawasan School Food Restaurant

Melalui Gwanghwamun Square kami berhenti seketika bagi memberi peluang kepada Dee untuk mengambil gambar bersama the statue of Admiral Yi Sun-Shin

Kebetulan masa kami di Gwanghwamun Square, kelihatan ramai pekerja sedang menyusun pokok bunga hiasan di dalam pasu besar yang terdapat di sekeliling Gwanghwamun Square ini dan bila diamati dari dekat, rupanya mereka menjadikan pokok salad pelbagai warna ini sebagai pokok hiasan tersebut.

Cantik kan pokok2 salad ni.. :) macam nak curi sepokok untuk dimakan kat hostel nanti.. haha..

 Close-up

Dari Gwanghwamun Square kami melalui jalan bawah tanah dan mendaki tangga yang tinggi ini untuk ke seberang jalan dan berpatah balik ke Deoksugung Palace untuk menaiki subway di City Hall Station


 Dalam perjalanan, jumpa 4 buah pasu besar yang penuh dengan bunga2 kekwa pelbagai warna ini.. wajib ambil gambar! :) 


Jauh sebenarnya dari Gwanghwamun Square nak berpatah balik ke Deoksugung Palace. Maklumlah dah kenyang...jadi berjalan balik pun tidaklah selaju masa berjalan pergi ke sana...haha...beberapa kali juga kami berhenti untuk melepaskan lelah dan mengambil gambar di sepanjang jalan. Sesampainya di City Hall Station, kami terus menaiki subway ke destinasi seterusnya iaitu ke Seonyudo Park.

Seonyudo Park 
Kami turun di Hapjeong Station dan keluar dari Exit #8. Dari situ, kami perlu berjalan kira2 20 minit untuk ke Seonyudo Park. Sambil berjalan, sambil ambil gambar supaya tidak terasa jauhnya terpaksa berjalan sebelum sampai ke Seonyudo Park.



Untuk ke Seonyudo Park ini, kami terpaksa berjalan sehingga melintasi jambatan untuk ke seberang sana jalan. Memang termengah2 kami dibuatnya. Namun permandangan dari atas jambatan ini sangatlah menakjubkan. Deretan pokok2 berwarna warni di sepanjang jalan memukau pandangan kami.






Setelah melintasi jambatan, kami perlu turun melalui tangga yang terdapat di tepi jambatan tersebut untuk ke Seonyudo Park yang terletak betul2 di bawah jambatan tersebut. Ambil gambar lagi sebelum turun... :P







Cuaca nampak macam panas terik kan? tapi sebenarnya suhu waktu itu dalam lingkungan 12 darjah celcius sahaja.

 Inilah dia Seonyudo Park :)


Seonyudo Park ini terletak betul2 di tepi Sungai Hangang (Hangang River). Kami hanya duduk2 di bawah jambatan bagi melepaskan lelah dan minum bekalan air yang dibawa bersama sambil menikmati permandangan di kawasan sekitar dan dibuai angin yang menghembus kuat...sejuk & nyaman. Setelah berehat kira2 setengah jam di situ, kami kemudiannya berpatah balik ke Hapjeong Station.

Sepatutnya jika mengikut itinerary kami hari ini, destinasi seterusnya ialah ke World Cup Park pula. But then we realized that we've seen enough colorful trees for today and decided to skip our planning to the World Cup Park. Jadi kami terus ke destinasi terakhir iaitu ke Itaewon. 

Itaewon
Tidak lengkap rasanya kunjungan ke Seoul jika tidak ke Itaewon. Tujuan asal hanyalah mahu membawa Dee ronda2 di sini. Bagi aku & K.Ina yang telah ke sini pada 1st trip dahulu, mungkin tiada apa yang menariknya di Itaewon melainkan deretan kedai2 makanan Arab. 

Tiada barangan yang dibeli di sini kerana harganya yang agak mahal berbanding dengan tempat2 lain di Seoul. Contohnya, barangan cenderahati yang jika di Insadong dijual pada harga 10000 won, di Itaewon, barang yang sama dijual antara 15000 won ~ 20000 won dan sukar untuk ditawar harganya kerana Itaewon terkenal sebagai bandar warga asing di mana kebanyakkan pelancong dari pelbagai negara bertumpu di sini.

Kami akhirnya bertolak balik ke hostel setelah membeli 6 biji buah pisang kaki (persimmons) pada harga 3000 won dan singgah di kedai serbaneka berhampiran dengan hostel untuk membeli nasi, kimchi & telur untuk makan malam.


Buah pisang kaki @ Persimmons - gambar kredit to www.groworganic.com


Aku masak sardin & rebus telur, kemudian hangatkan semula nasi yang sudah siap dimasak menggunakan microwave. Untuk side dishes pula ada sambal ikan bilis & yeolmu kimchi (young radish leaves)...sedapnya..:) tidur lena kami malam itu.. :P       

27 March 2012

#16: Trip ke Seoul, Korea Bahagian 6

Bangun pagi di hari kedua, badan rasa ok cuma kaki masing2 terasa macam baru lepas berlari merentas desa hari sebelumnya...hehehe..namun begitu, kami tidak luntur semangat. Hari kedua ni, ada 5 tempat di dalam senarai kami yang mesti kami penuhi kerana peluang berada di bumi Korea ni mestilah digunakan sebaiknya..tak gitu?

Kami keluar dari hotel pada jam 9.30 pagi (waktu Korea) dan berjalan menuju ke stesyen subway iaitu Kkachisan Station yang mengambil masa selama 10 minit dari hotel. Dari Kkachisan Station kami menaiki subway Line 5 untuk ke Jangno 3 (sam)-ga Station untuk ke tempat pertama dalam jadual hari ini iaitu ke Cheonggyecheon Stream.  Sungai Cheonggyecheon ini adalah sungai yang mengalir di tengah2 bandar Seoul yang menjadi tempat warga Seoul bersantai. Dari Jangno 3 (sam)-ga kami terpaksa berjalan selama 20 minit dan menyusuri deretan kedai2 di tepi jalan sebelum sampai ke tempat yang dituju.






  
Oleh kerana cuaca adalah baik dan juga suhu yang amat sejuk, keletihan berjalan tidaklah begitu dirasakan. Malah kami begitu tidak sabar untuk melihat sendiri sungai yang terkenal ini.







Namun, oleh kerana di Korea sedang mengalami musim sejuk, maka hanya permandangan beginilah yang boleh disaksikan di sepanjang sungai. Kami percaya, kawasan sungai ini akan kelihatan sangat cantik apabila tiba musim bunga & musim panas kelak. Lagi gambar2 menarik di sepanjang Cheonggyecheon Stream ini:





Kami kemudiannya berpatah balik ke Jangno 3 (sam)-ga Station untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Insadong dengan menaiki subway Line 3 ke Anguk Station.  Di Anguk Station, kami keluar melalui pintu exit #6 dan berjalan tidak sampai 10 minit untuk sampai ke Insadong.




Insadong adalah deretan kedai2 yang menjual pelbagai barangan kraftangan Korea. Di sini terdapat ramai pelancong asing yang pastinya ingin melihat hasil2 kraftangan Korea yang amat menarik. Kami juga pastinya tidak melepaskan peluang berada di sini dengan membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang. Setelah itu, kami meneruskan pula perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Samcheongdong yang berdekatan dengan Insadong. Samcheongdong terkenal dengan deretan art galeries, cafes, restaurants dan butik2 kecil yang diubahsuai dari rumah traditional Korea iaitu 'hanok'.  




Selesai mengambil gambar, kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami Dongdaemun market pula. Dari Samcheongdong, kami berpatah balik ke Anguk Station dan menaiki subway Line 3 sebelum turun di Jangno 3 (sam)-ga station dan kemudiannya dari situ, kami menaiki subway Line 1 pula dan turun di Dongdaemun Station dan keluar melalui exit #8.




Tiada barangan yang kami beli di sini. Kami hanya melihat2 dan mengambil gambar sahaja. Suasana di Dongdaemun Market juga sangat sibuk. Apatah lagi di Dongdaemun Shopping Town di mana terdapat bangunan putih 4 tingkat yang menjual barangan seperti kain sutera untuk membuat baju tradisional korea iaitu 'hanbok', kain kapas, fake fur, lace, sequin, buttons dan pelbagai lagi alatan menjahit. Tidak menunggu lama di situ, kami kemudiannya mengambil keputusan untuk ke destinasi kelima dan terakhir untuk hari kedua kami di Korea ini iaitu ke Gwanghwamun Square.  Untuk ke Gwanghwamun Square tidak susah kerana kami cuma perlu berpatah balik ke Jangno 3 (sam)-ga Station dari Dangdaemun Station dan seterusnya menaiki subway Line 5 untuk ke Gwanghwamun Station.








Gwanghwamun Square ini adalah seperti Dataran Merdeka di KL yang terletak di tengah2 bandaraya Seoul. Keluar sahaja dari Gwanghwamun Station kami disambut oleh statue of King Sejong the great yang seolah-olah mengatakan "silalah masuk"..hehe... Dan jauh nun di bahagian depan dataran ini pula ialah statue of Admiral Lee Sun Sin yang jika kita mendongak melihatnya dari arah depan, seolah2 dia sedang melihat kita dengan garangnya..hehe..so jangan tengok lama2..tangkap gambar..terus gerak..hehe..berada di dataran yang sangat sejuk, barulah kami sedar yang kami belum lagi menjamah apa2 makanan dari pagi. Waktu tu dah pun menjangkau pukul 4.00 petang waktu Korea. Maka kami pun singgah di restoran berhampiran dengan Gwanghwamun Square ini untuk menikmati makan pagi/tengahari/petang kami sebelum bertolak balik ke hotel kami...selesai aktiviti kami di hari kedua di Seoul.   

Set Bibimbap & Cuttlefish Tteokbokki