Be My Friend :)

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

22 January 2014

#55: Trip to Tokyo - Fakta Menarik & Tips

Salam... :)


Pengangkutan: 

1.  Kalau korang bercadang nak travel serata tokyo menggunakan perkhidmatan keretapi/subway, aku cadangkan korang ready dengan train maps sekali. Sebab, berbanding dengan sistem keretapi/subway di Seoul, sistem keretapi/subway di Tokyo was a little bit complicated. Complicated macam mana? Sistemnya lebih besar & lebih sibuk. Ada banyak jenis keretapi/subway di Tokyo yang mana operasinya dijalankan oleh pelbagai syarikat keretapi yang berbeza. Ada Metro, ada JR, ada Toei..dan sebagainya. Selalunya, semua jenis keretapi ni berkongsi platform yang sama di sesebuah stesen keretapi. Tapi akan membawa korang ke destinasi yang berbeza kalau tersilap naik keretapi. Macam mana nak elak daripada tersilap naik keretapi? Alert! masa nak naik keretapi tu make sure korang tau keretapi jenis apa yang korang nak naik. Contoh, nak naik keretapi Metro untuk ke Asakusa misalnya, semasa keretapi dah sampai, korang tengok lambang pada keretapi tu. Kalau Metro, lambang dia M, maka betul dah tu. Boleh dah naik...gitu..

2.  Kadang-kadang, nak pergi satu-satu tempat tu kita kena bertukar beberapa keretapi untuk sampai ke tempat tu. Jadi untuk memudahkan korang & menjimatkan masa, korang guna Suica card yang macam kad touch 'n go tu. Aku ada cerita pasal Suica card ni kat entry awal trip to Tokyo ni hari tu. Sebab apa mudah & cepat? Sebab, bila tukar keretapi, kita kena keluar dari keretapi yang terdahulu dan kena masuk ke platform lain untuk naik keretapi yang lain. Untuk itu, kalau xde Suica card ni, korang kena keluar dari platform dan kena beli tiket lain untuk ke destinasi yang seterusnya. Beli tiket senang juga sebab ada mesin jual tiket. Tapi yang lecehnya, mesin tu banyak bahasa Jepun dari bahasa Inggeris. Mau terkebil-kebil kejap masa nak beli tiket tu...haha... Kalau ada Suica card senang, touch jer kat scanner masa nak keluar dari platform, pastu touch pulak kat scanner masa nak masuk ke platform lain. Senang dan macam pro jer kan? haha...Suica card ni boleh beli kat banyak tempat tapi yang paling mudah, beli sesiap masa sampai kat Narita Airport. Kat Haneda Airport pun ada juga. Satu kad 2000yen termasuk 500yen harga kad. Pastu boleh reload semula kat mesin reload kat mana2 stesen keretapi. Nak beli air kat mesin vending pun senang. Scan jer terus boleh beli air. 

3.  Kalau nak travel keluar sket dari Tokyo dengan menaiki keretapi laju (shinkansen), baik beli JR Pass. Jimat dari harga sebenar tambang keretapi laju kalau beli secara manual.  Macam aku beli JR Kanto Area Pass untuk travel ke Karuizawa hari tu, 8000yen untuk harga JR Kanto Area Pass tu, dah cover perjalanan pergi & balik ke Karuizawa, Narita Express (N'EX) ke Tokyo Station dan boleh guna selama 3 hari untuk naik unlimited mana-mana keretapi JR. Cuma tunjuk pass tu kat pegawai yang bertugas kat pintu masuk platform jer. Ada banyak jenis JR Pass, tapi tu korang boleh google sendiri mengikut jadual perjalanan korang.

4. Kebanyakkan stesen keretapi di Tokyo, memang sibuk dan sesak. Nak pulak masa peak hour. So make sure, korang jalan kat tepi kalau korang jalan slow sebab orang Jepun ni, jalan laju2 macam kena kejar kaedahnya..haha...ada yang sampai berlari2 pun ada.. :P Pastu, pastikan korang tau nak keluar exit no berapa. Sebab stesen keretapi diorang ni ada banyak pintu keluar (exit) yang menghala ke pelbagai tempat. Kalau salah exit, harapan adalah cerah untuk korang berjalan lebih jauh untuk ke tempat yang dituju.  

5.  Mod pengangkutan (persendirian) pilihan di Tokyo adalah basikal. Kat kawasan kejiranan (neighborhood) selalunya diorang guna basikal sebagai pengangkutan. Pagi-pagi dan petang-petang boleh la tengok ibu-ibu hantar/ambil anak-anak mereka ke sekolah dengan menaiki basikal. Bawa haiwan peliharaan seperti anjing bersiar-siar pun naik basikal. Yang nak pergi kerja pun naik basikal juga. Pakai kot & kasut kulit elok-elok, kayuh basikal pergi office. Kalau kat Malaysia, mau orang kata gila...hehe..sebab sana cuacanya sejuk. Mungkin x berpeluh sangat atau x berpeluh langsung kan? Pihak majikan diorang juga menyediakan tempat parking khas untuk basikal tau. Jaranglah nampak motorsikal kecuali motorsikal berkuasa besar atau motorsikal yang digunakan untuk menghantar makanan. Maka bolehlah jimat minyak, kurangkan asap & bersenaman secara tidak langsung.  

* pengangkutan lain seperti teksi & bas, aku xde tips sebab x naik...hehe...sori..

Makanan:

1.  Sepanjang berada di Tokyo, kebanyakkannya kami masak makanan yang dibawa dari Malaysia. Mujur hotel ada dapur. Senanglah nak masak. Selalunya kami masak untuk makan pagi & makan malam sahaja sebab tengahari selalunya makan masa travel. Kalau masa travel, kami makan coklat atau biskut yang dibawa ataupun beli kebab dari kedai makanan arab. Kat Tokyo ada banyak kedai makanan arab so don't worry. Cumanya harganya agak mahal. Teringin juga nak makan makanan Jepun tapi oleh kerana buta huruf Jepun dan gagal bertutur dalam bahasa Jepun, maka kami x beranilah nak makan ikut suka hati...haha..yer la kan..dari ragu-ragu baik jangan makan..betul tak?

Cenderamata:

1.  Kalau korang nak cari barangan cenderamata sebagai kenang-kenangan, better beli di Asakusa Shrine jer sebab ada banyak pilihan. Nak kata murah tu tak juga sebab mostly barang-barang kat Tokyo ni mahal-mahal belaka. Apa nak buat, negara maju la katakan, maka dah tentu taraf hidupnya juga tinggi la kan..kat area Akihabara pun ada juga tempat menjual barangan cenderamata Jepun ni tapi harganya agak mahal dan pilihannya juga terhad...gitu..

2.  Kalau nak beli barang-barang keperluan lain, baik beli jer kat Daiso...harga satu barangan yang dijual = 105yen jer. Ada banyak Daiso kat area Tokyo. Itu korang boleh google sendiri. Yang aku pergi cuma Daiso di Harajuku & Akihabara. 
 
Plug Power:


1. Plug power kat Jepun ni pelik sket. Diorang guna 2 point-flat-pin plugs power sahaja. Xde round atau 3-pin plugs kat Jepun. Maknanya susah sket kalau kita nak guna peralatan elektrik yang kita bawak dari Malaysia. Even international plug pun x boleh digunakan di sini kecuali korang dah ready dengan plug adapter yang bersesuaian dari awal. Macam aku, ada la bawak periuk kukus mini masa pergi Tokyo hari tu. Ingatkan bolehlah guna untuk masak nasi sebab ada bawak international plug sekali. Rupanya sekian terima kasih ajelah sebab international plug pun x boleh digunakan. Mujur bilik hotel kami ada dapur maka bolehlah juga nak masak nasi. 

2.  Plug power yang lain dari yang lain tu jugak telah menyebabkan kami tidak dapat nak mengecas handphone kami. Jadi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ni, aku beli jer charger baru untuk handphone Samsung kat kedai serbaneka kat sana. Mahal pun mahal la janji boleh charge handphone. Apa kes xleh nak call atau sms nanti kan?..Mujur aku, Kak Ina & Nasrin guna jenis handphone yang sama...Samsung..maka bolehlah share2 guna charger tu....

Kesimpulannya:

Kesimpulannya, Trip to Tokyo ni sangat enjoy walaupun kami demam sebelum pergi, masa kat sana dan selepas balik dari trip ni...hahaha..dan mungkin lebih enjoy kalau kami sihat sepenuhnya kan...tapi memandangkan keadaan cuaca yang sangat sejuk dan penderaan akibat berjalan banyak semasa travel telah menyebabkan antibody menjadi lemah so sebab tu la demam. Berbanding dengan di Seoul, di Tokyo kita lagi kena banyak berjalan sebab jarak tempat-tempat untuk dilawati tu jauh-jauh. Bertukar keretapi di stesen keretapi/subway pun dah meletihkan sebab jarak antara platform tu jauh2 pastu terpaksa turun naik tangga pulak. Nak cari exit (pintu keluar) pun kadang-kadang memeningkan sebab banyak exit, pastu jauh2 pulak tu. Oleh itu, pakailah kasut yang bersesuaian dan kuatkan semangat! hehehe... the end... :P 

Aku: Rindukan Korea :)

01 June 2012

#33: Trip ke Seoul, Korea - Tips

Since ramai yang hantar emel bertanya, so aku bagi tips2 bagi yang merancang untuk ke Seoul, Korea berdasarkan pengalaman aku & dari apa yang aku tau..

Visa: Dari Malaysia ke Korea, memang x memerlukan visa. Jadi anda cuma perlukan passport antarabangsa dan cuma perlu mengisi 2 borang yang diberikan di dalam kapal terbang sebelum mendarat. Satu dari borang ini diserahkan kepada pihak imigresen semasa anda melalui pihak imigresen Korea dan satu lagi borang diserahkan sebelum anda keluar dari kawasan tempat anda mengambil luggage di carrier. Waktu balik, tidak perlu mengisi apa2 borang lain lagi dah so terus check in dan terus ke departure hall. 

T-Money Card: Jika anda ke Seoul dengan planning sendiri iaitu tidak mengikuti mana2 tour, adalah dicadangkan anda bergerak di sekitar Seoul dengan menaiki subway. Lebih mudah dan menjimatkan. Beli T-Money Card (macam kad touch&go) di mana-mana kedai serbaneka yang ada logo T-Money di dalam airport tempat anda mendarat dengan harga W2500. Kad ini mestilah di reload/recharge terlebih dahulu menggunakan mesin reload yang ada terdapat di setiap stesyen subway. Kalau anda bercadang berada di sekitar Seoul lebih kurang 3-4 hari, reload antara W20,000 atau W30,000 sudah mencukupi. Itupun bergantung kepada kekerapan anda menaiki subway. 

T-money card ini juga boleh digunakan untuk menaiki bas, membayar sewa locker & membeli barang2 di kedai2 serbaneka atau kedai barangan kosmetik yang memaparkan logo T-Money. Kad yang tidak habis digunakan boleh direfund semula di kedai2 tempat anda membeli kad tersebut asalkan baki dalam kad tidak melebihi W20,000. Bagi kad yang mempunyai baki melebihi W20,000, anda dinasihatkan untuk membeli apa2 barang di kedai terbabit sehingga bakinya kurang dari W20,000 bagi membolehkan baki tersebut dipulangkan kepada anda. Kad yang telah direfund bolehlah disimpan sebagai kenangan.

Subway: Subway di Seoul terdapat banyak laluan (line). Jadi untuk memudahkan anda, pastikan anda telah dilengkapi dengan subway map supaya anda tidak tersesat dan menaiki subway yang betul. Subway map ini bolehlah didownload di internet ataupun dengan membeli mana2 buku travel guide. Jangan risau kerana terdapat papan tanda berbahasa Inggeris di setiap stesyen subway. Pengumuman juga ada yang dibuat dalam bahasa Inggeris. Malah skrin di dalam subway juga akan memaparkan nama tempat dalam bahasa Inggeris apabila tiba di setiap stesyen sebelum berhenti.   

Money Changer: Setiap bank di Korea selalunya ada memberikan perkhidmatan penukaran wang. Namun begitu, adalah digalakkan supaya anda menukar wang anda terlebih dahulu di Malaysia sebelum bertolak ke Korea. Jika anda masih memerlukan tukaran wang semasa berada di Seoul, tempat2 ini ada menyediakan perkhidmatan penukaran wang:

  • Citibank (Jonggak) - Subway Line 1, Exit 3
  • Hana Bank (Hongik University) - Subway Line 2, Exit 5
  • Korea Exchange Bank (Itaewon) - Subway Line 6, Exit 1
  • Shinhan Bank (Jonggak) - Subway Line 1, Exit 5
Bahasa: Berkomunikasi dengan warga Seoul dalam bahasa Inggeris adalah agak sukar kerana rata2 mereka tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, apatah lagi dalam bahasa Malaysia. Jadi adalah dinasihatkan supaya anda mempelajari serba sedikit bahasa Korea bagi membantu anda untuk berkomunikasi dengan masyarakat Korea terutamanya pada waktu2 kecemasan seperti bertanya arah atau semasa membeli barangan. Adalah dinasihatkan supaya anda bersedia dengan phrase book, mini dictionary, travel guide book, maps & complete itinerary bagi memudahkan perjalanan anda.

Ubat-ubatan: Anda mungkin tidak tahan dengan cuaca di Korea jadi adalah lebih baik anda membekalkan diri anda sendiri dengan ubat-ubatan yang dibawa dari Malaysia. Ubat-ubatan seperti panadol, plaster luka, iodin & bandage dapat melepasi pemeriksaan imigresen dengan mudahnya kecualilah jika anda membawa bekalan dadah...:P Terdapat banyak farmasi di sekitar Seoul, cuma barrier in communication mungkin akan menyukarkan anda untuk mendapatkan apa yang anda perlukan.

Pakaian: Pakailah mengikut musim di Korea ketika anda terbang ke Seoul. Jika anda pergi ke sana di musim sejuk, anda dinasihatkan untuk memakai pakaian secara berlapis bagi mengelakkan anda dari mati kesejukan..:P Barangan di Seoul agak mahal harganya jika dibandingkan dengan di Malaysia kerana taraf hidup di Seoul adalah tinggi. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya anda membawa segala barangan yang mungkin diperlukan dari Malaysia lagi.

Penginapan: Terdapat banyak hotel, hostel & guesthouse di sekitar Seoul. Anda boleh melihat review & membandingkan harga tempat penginapan di Seoul melalui website http://www.booking.com/city/kr/seoul. Melalui website ini, bayaran hanya dibuat apabila anda mendaftar masuk ke hotel yang anda pilih nanti bermakna tiada bayaran akan dikenakan semasa anda membuat tempahan. Mudah dan fleksibel :) 

Hotel di Busan: http://www.booking.com/city/kr/pusan
Hotel di Jeju Island: http://www.booking.com/city/kr/saektal-tong
Hotel di Incheon: http://www.booking.com/city/kr/inchon

Keselamatan: Pada amnya, Seoul adalah sebuah negara yang selamat untuk para pelancong. Namun begitu adalah wajar anda menitikberatkan faktor keselamatan semasa berada di tempat orang. Melintaslah di tempat yang disediakan kerana keadaan trafik di Seoul agak sibuk dan kadangkala ada penunggang motorsikal yang menggunakan lorong pejalan kaki dan sesuka hati menunggang dengan laju.

Handphone: Pada asasnya, jika anda menggunakan handphone 3G, talian handphone anda akan secara automatiknya akan bertukar ke 'auto-roaming'. Jadi, tiada masalah untuk membuat & menerima panggilan. Cuma anda perlu memastikan handphone anda mempunyai kredit yang secukupnya (jika menggunakan prepaid) kerana setiap panggilan yang diterima atau dibuat akan dicharge kepada anda. Begitu juga sms yang diterima atau dihantar kepada anda. Handphone 2G, tidak boleh digunakan di Korea. 

Makanan:  Makanan halal banyak terdapat di sekitar Itaewon kerana terdapat banyak kedai makanan arab di sana. Setiap harga set makanan tersebut mungkin agak mahal tetapi portionnya agak besar yakni boleh dikongsi oleh 2 orang. Sebagai bekalan, anda bolehlah membawa bekalan makanan anda sendiri dari Malaysia. Malah boleh memasak sendiri jika anda tinggal di hostel ala apartment style yang lengkap dengan barang2 kelengkapan dapur. Jika anda hendak makan di kedai makanan Korea, pastikan menu yang anda pesan tidak mengandungi apa2 jenis daging.  

Credit Card: Banyak tempat di Seoul terutamanya Supermarket, Hypermarket, kedai2 besar & restoran menerima kad kredit dari negara asing. Namun begitu, mereka lebih prefer anda membayar dengan menggunakan wang tunai. Oleh kerana itu, adalah dinasihatkan supaya anda menukar wang anda dengan mencukupi.

Struktur Geografi: Seoul sebuah bandar yang terdapat banyak bukit2 dan tangga2. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk memakai kasut yang bersesuaian lebih2 lagi jika anda bergerak dengan menggunakan subway. Juga adalah lebih mudah untuk travel dengan menggunakan backpack dari membawa beg luggage jenis tarik jika anda menggunakan subway kerana menaiki tangga dengan mengangkat beg luggage pastinya akan sangat menyeksakan..:P 

Perbezaan soket/plug: Setiap negara menggunakan soket/plug yang berbeza. Jadi untuk memastikan anda boleh mengecas peralatan elektronik yang dibawa seperti laptop, handphone, kamera & sebagainya, anda perlulah membawa international plug adapter yang boleh dibeli di mana2 supermarket (bahagian luggage & winter jacket). 

Shopping: Tempat best untuk shopping di Seoul adalah seperti berikut:

(a) Cenderahati/Handbag: Insadong (banyak pilihan, lebih murah & boleh ditawar harga)
(b) Skin Care/Make up/Handbag: Myeongdong, Hongdae Street (banyak pilihan)
(c) T-Shirt/Brooch: Namdaemun Market (banyak pilihan & lebih murah)
(d) Handphone/Camera: I'Park Mall/Yongsan Electronic Market (banyak pilihan)
(e) Makanan Laut: Noryangjin Fish Market (fresh)
(f) Pakaian: Namdaemun Market/Hongdae Street (banyak pilihan & lebih murah)

Untuk maklumat tambahan sekiranya diperlukan, bolehlah diemel kepada aku yer (rinie21@gmail.com). Berani dan yakin, InsyaAllah korang pun boleh sampai ke sana dengan selamatnya... :) good luck! :)